Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
9Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Contoh Artikel

Contoh Artikel

Ratings:

4.5

(2)
|Views: 2,133 |Likes:
Published by Seli adalah Saya

More info:

Published by: Seli adalah Saya on Jan 20, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF or read online from Scribd
See more
See less

05/18/2013

 
1
Pengaruh Pengiklanan Tunjangan Terhadap Tanggapan PenggunaTentang Imej Korporat
Iskandar AbdullahChong Yee Lee
 ABSTRAK 
Kajian ini dijalankan untuk mengetahui bagaimana pengguna menilai pengiklanantunjangan dan seterusnya membantu memahami tanggapan pengguna tentang imejkorporat. Kaedah penerokaan telah dijalankan untuk memahami bagaimana penggunamengaitkan pengiklanan tunjangan dengan imej pengiklan. Seterusnya, kajian terperincitentang tanggapan pengguna ke atas pengiklananan sedemikian dijalankan denganmenggunakan kaedah pengesahan. Justeru, kajian ini mendapati bahawa daya tarikaniklan, disusuli dengan kepercayaan dan persamaan nilai mesej yang diutarakan, bolehmempengaruhi tanggapan pengguna terhadap imej korporat penaja. Disamping itu, pengguna didapati kurang mementingkan aspek kepakaran yang dimiliki oleh penaja. Didapati juga bahawa penglibatan pengiklan dan pengguna dalam isu-isu yangdiperjuangkan hanya mempengaruhi tanggapan pengguna secara pasif. Maka, adalahdisyorkan agar para penyelidik pada masa hadapan perlu menerokai sertamengembangkan skala-skala yang telah dibincangkan, termasuk mempertimbangkansamada skala-skala tersebut akan mempunyai kesan yang sama terhadap mesej komersialdan bukan komersial. Juga, bagaimanakah pula tahap keyakinan pengguna terhadapkeluaran pengiklan dapat mempengaruhui tanggapan mereka terhadap imej penaja?
 
 ABSTRACT 
This research sought to understand how consumers evaluate advocacy advertising and thereon help to understand consumer perceptions of corporate image. The exploratorymethod was first conducted to understand how consumers associate advocacy advertisingwith the advertiser’s image. This was followed by a detailed study of consumer perceptionof such advertising, using the confirmatory method. This research found that theadvertisement’s attractiveness, followed by its trustworthiness and the message valuecongruency can influence consumers’ perception on the advertiser’s corporate image.. Besides this, consumers were found to place less importance on the advertiser’s expertise. Moreover, the advertiser and consumer’s involvement in the issues they championed only passively influenced consumers’ perceptions. We urge future researchers to explore and expand the scales discussed, as well as consider of whether they will create a similar impact on commercial and non-commercial messages. Futhermore, how will the level of consumer assurance towards a certain product advertised, influence consumers’ perception towards the advertiser’s image?
 
2
PENGENALANSecara tradisinya, pengiklanan di Malaysia adalah berorientasikan barangan. Namunbegitu, pada penghujung tahun 1990’an, persaingan perdagangan di Malaysia semakinrumit ekoran dari perkembangan pasaran globalisasi. Pada mulanya, objektif utamasyarikat komersial adalah untuk mempromosikan semangat muhibbah (goodwill) danpembentukan imej positif. Akibat dari perkembangan pengaruh politik, sosial dan ekonomidalam sektor perdagangan, syarikat komersial beralih menggunakan kaedah pengiklanantunjangan (advocacy advertising) untuk memaparkan pandangan mereka mengenai politik,sosial dan ekonomi, dan seterusnya cuba mendapatkan sokongan masyarakat terhadappendiriannya.Penyelidikan pengiklanan tunjangan yang terdahulu lebih menumpukan empatpersoalan utama (Chew, 1992) saperti berikut:-(1)Apakah tanggungjawab syarikat kepada masyarakat di samping urusniaga komersial?(2)Bagaimana mengukur kesan dari perubahan imej syarikat?(3)Apakah faedah yang dapatdinikmati dari penglibatan syarikat dalam isu sosial? dan (4) Patutkah dimensi politik diberikan pertimbangan dalam pengikanan korporat?Pengiklanan bertemakan “isu” merupakan satu topik kontroversi. Disampingkeperluan untuk menyemaikan kedudukan syarikat di kalangan masyarakat danmemperuntukkan belanjawan pengiklanan yang tinggi, persoalannya ialah sejauh manakahmasyarakat akan menyokong pendirian syarikat berkenaan mengenai sesuatu isu yangdiperjuangkan berdasarkan iklan tunjangan dan aktiviti-aktiviti promosi yang dijalankan?Oleh itu, pengiklan bukan hanya sekadar perlu membentuk mesej yang dapatmempamerkan pendirian syarikat terhadap sesuatu “isu”, tetapi juga perlu mengetahuiapakah reaksi pengguna terhadap mesej sedemikian.Pandangan tersebut telah mendorong kajian ini untuk mengkaji persoalan berikut;
 
3
(1)Apakah kekuatan setiap dimensi mesej (kepercayaan, kepakaran dan daya tarikan) yangdigunakan untuk menyalurkan idea pengiklan dan bagaimanakah dimensi-dimensi inidapat mempengaruhi tanggapan pengguna ke atas imej korporat? (2)Bagaimana penggunamenghubung-kaitkan dimensi-dimensi tersebut untuk menghuraikan keberkesanaan mesejyang diutarakan dan seterusnya mempengaruhi pengadilannya terhadap imej korporat?dan, (3)Apakah faktor-faktor sampingan yang dapat mempengaruhi pengamatan penggunaterhadap isu yang dipaparkan dan kesannya ke atas imej korporat?
PENGIKLANAN TUNJANGAN
Dari segi konsepnya, pengiklanan tunjangan menyerupai pengiklanan korporat,pengiklanan imej, pengiklanan korporat berorientasikan isu, dan pengiklanan korporatberhubung dengan kepentingan umum. Penaja iklan cuba membangkitkan sertamemperjuangkan sesuatu isu supaya masyarakat akan lebih cenderung terhadap pendiriansyarikat berkenaan (Haley, 1996). Pengiklanan bertemakan “isu” berbeza denganpengiklanan barangan dimana objektif utamanya bukan ingin memperkenalkan baranganpenaja iklan tetapi hendak mencipta imej syarikat yang positif dengan mempromosikansyarikat berkenaan sebagai hero atau warganegara yang bertanggungjawab.Middleton (1991), mengatakan pengiklanan bertemakan “isu” yang mengandungiunsur-unsur politik boleh dikategorikan sebagai ucapan komersial jika; (1) iklan tersebutdibiayai oleh sesebuah syarikat, (2) merujuk ke atas sesuatu barangan komersial dan (3)bermotivasi ekonomi. Ringkasnya, pengiklanan bertemakan “isu” boleh berunsurkanpolitik, komersial atau kedua-duanya sekali.Oleh kerana niat utama pengiklanan tunjangan adalah untuk mengumumkan pendirianpihak penaja iklan terhadap sesuatu isu, pengiklan boleh membentuk mesejnya sepertiberikut; (1)Tidak membuat sebarang rujukan terhadap barangan penaja seperti iklan yangditaja oleh Petronas, MAS, dan Benson & Hedges. Penonton iklan tersebut tidak akanmempunyai idea terhadap barangan yang disediakan oleh pihak penaja dengan hanyamenonton iklan sebegitu. Juga, (2)Mengandungi unsur-unsur komersial seperti iklan atauaktiviti promosi yang ditaja oleh P&G, RHB Bank, dan Hong Kong & Shanghai Bank.Umpamanya, P&G cuba menyeru masyarakat untuk berperihatin terhadap kanak-kanak terencat akal dengan membeli barangannya, di mana syarikat tersebut akanmenyumbangkan sebahagian dari keuntungan diperolehi kepada tabung kebajikan.

Activity (9)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Indra Maniam liked this
Celemans Kasim liked this
Yan Man liked this
bizgaleri liked this
bizgaleri liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->