You are on page 1of 8

SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN JASMANI DI MALAYSIA 1) ERA PRA-KOLONIAL (sebelum penjajahan Inggeris) Sistem pendidikan di Tanah Melayu adalah

sistem tidak formal seperti kelas-kelas agama dan Al-Quran, kelas kesenian dan pertukangan dan tiada pendidikan jasmani. Murid-murid libatkan diri secara sukarela dalam pelbagai aktiviti kebudayaan dan permainan tradisional untuk isi masa lapang dengan cara yang menyeronokkan. Kerja-kerja pertukangan dan kebun serta kesenian yang mengutamakan seni mempertahankan diri dianggap sebagai PJ. Masyarakat libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang berbentuk rekreasi seperti bersilat, berdayung, berenang, menari , bermain congkak, layanglayang dan sepak raga. Aktiviti tersebut adalah sebahagian daripada kebudayaan rakyat pada masa itu. Latihan jasmani dipertutunkan secara tidak formal kepada kanak-kanak melalui peniruan orang dewasa. Kebanyakan penyertaan permainan berbeza mengikut kelas sosial masing-masing. Contoh: golongan biasa bermain sepak raga, gasing dan congkak. Golongan Istana akan menunggang kuda, memanah dan memburu. Secara amnya, PJ pada masa ini boleh dibahagikan kepada tiga bentuk, iaitu aktiviti-aktiviti:o Permainan masa lapang o Keperwiraan o Senaman tradisional

2) ERA PENJAJAHAN a) Era Kolonial Inggeris Lama) PJ yang formal masih tiada dalam jadual persekolahan walaupun Permainan-permainan baru seperti bola sepak, hoki, ragbi dan Tujuan PJ pada masa ini adalah untuk mengekalkan status quo sekolah-sekolah telah ditubuhkan semenjak tahun 1821. badminton telah mula diperkenalkan oleh penjajah dan peniaga-peniaga. penjajahan Inggeris dimana latihan jasmani dicampur dengan berkebun supaya rakyat kekal menjadi pesawah. Sebelum mulakan pelajaran harian, murid-murid akan disuruh 1890-an : Murid-murid perempuan mula diajar olahraga, murid1900-an : Pihak Inggeris mula mengawal perkembangan kehidupan 1913-an : Maktab perguruan di Matang, Perak ditubuhkan untuk berkebun dan bersenam. murid lelaki diberi latih tubi di sekolah-sekolah. penduduk-penduduk ternasuk bidang pendidikan. membolehkan bakal-bakal guru diberi latihan berkawad dan mereka digalakkan memasuki pasukan-pasukan sukarelawan. 1922-an : MPSI dibuka di Tanjung Malim, latihan jasmani dan 1920-an : Keutamaan diberi kepada aktiviti senaman, latihan Tahun 1924 : Seorang pengusaha PJ utk negeri-negeri selat telah kebersihan dalam kurikulum diutamakan. kawad, dan permainan yang membawa pengaruh penjajahan Inggeris. dilantik. Sukatan pelajaran PJ belum tersusun dan guru-guru yang tak pernah terima latihan PJ ditugaskan mengajar mata pelajaran tersebut. Tahun 1930-an : Usaha rancangan PJ untuk sekolah-sekolah dimulakan. Sukatan yang digunakan ialah Latihan Fizikal. Rancangan latihan guru PJ mula dilancarkan ke suluruh negara melalui kursus perkhidmatan. Masayarakat mula sedar kepentingan PJ.

1940-an : Sukatan pelajaran telah disemah dan dikaji semula untuk

dikemas kini supaya selaras dengan perkembangan pendidikan. b) Era Penjajahan Jepun Rancangan yang diusahakan dalam pendidikan telah tergendala. Latihan jasmani bertujuan membentuk individu yang patuh kepada Arahan diberi dalam Bahasa Jepun dan kanak-kanak terpaksa Murid telah diperkenalkan sejenis latihan jasmani yang dipanggil Pengajaran latihan jasmani lebih bercorak ketenteraan. Di setengah sekolah latihan berkawad diadakan sekeliling

arahan, taat pada pemerintah dan berdisiplin. membuat senaman beramai-ramai setiap pagi selama 30 minit. Tai Sho yang lebih kurang sama dengan latih tubi beramai-ramai.

kampung berhampiran dengan sekolah dan murid juga menjalani latihan berkebun. 3) ERA KOLONIAL (pemerintahan British ataupun sebelum merdeka) lama. Sekolah dibuka semula dan latihan jasmani sebagai satu mata Senaman diadakan 30minit setiap hari seblum masuk belajar. Pertandingan senaman dan permainan seperti yang dijalankan Tidak semua sekolah dapat jalankan latihan jasmani dengan Ada sekolah kekurangan kemudahan, kawasan dan guru-guru pelajaran dikekalkan di sekolah. Tujuan PJ seakan sama dgn tujuan semasa era kolonial Inggeris

sebelum penjajahan jepun dihidupkan semula. sepenuhnya. terlatih dalam pengajaran latihan jasmani.

Rancangan latihan perguruan termasuk pengajaran latihan jasmani

diteruskan semula di MPSI dan MPPM, Melaka utk tambah bilangan guru senaman. 1946-1948, sukatan pelajaran latihan jasmani dikeluarkan dan diterbitkan oleh MPSI untuk mengadakan sukatan yang formal untuk sekolah rendah dan menengah. 1950an, kepentingan PJ meningkat kerana diwajibkan di semua Setiap hari persekolahan, latiahn jasmani dan berkebun diadakan Aktiviti luar diadakan pada hari Sabtu. 1952, guru tempatan dihantar ke luar negara untuk luaskan sekolah. 30minit sebelum masuk kelas.

pengetahuan tentang PJ. 4) ERA SELEPAS MERDEKA 1960an, Sukatan pelajaran PJ dikaji semula. 1966, wujud sukatan pelajaran PJ untuk kanak-kanak laki dan Tujuannya untuk membolehkan semula sekolah guna satu sukatan Usaha meninggikan mutu pelajaran PJ disekolah diteruskan dgn Kursus tambahan 1tahun diadakan di MPIK (1960) dan

perempuan. pelajaran PJ yang baru dan lebih sesuai bagi kank-kanak dinegara kita. penubuhan MPIK di Cheras. kurikulumnya seakan sama dengan KDP PJ di britain dan kursus tambahan untuk guru wanita (1961). Rancangan PJ di sekolah diutamakan aktiviti sukan dan Pertandingan permainan dan olahraga sebagai aktiviti lanjutan PJ 1958, Kementerian Pelajaran tubuhkan MSSM. permainan. di sekolah.

men. -

PJ menjadi mata pelajaran wajib dalam kurikulum sek. ren dan 1971, Sukatan PJ disemak semula dan dikeluarkan dalam BM dan

BI (lebih berkesan dan dinamik kerana memberi fokus kepada kesan pergerakan dan kemahiran termasuk taraian moden, taraian pendidikan dan gimnastik untuk perempuan). 1977, UM memasukkan PJ ke dalam kurikulum kursus diploma Tujuannya untuk melengkapkan bakal-bakal guru siswazah dgn pendidikan. kemahiran dan pengetahuan dalam pengajaran PJ.

Sejarah perkembangan pendidikan jasmani di Malaysia. sistem pendidikan asal iaitu sistem pendidikan yang telah ada sebelum kedatangan pengaruh Barat. Kedua, zaman penjajahan menghasilkan pendidikan yang formal yang telah menghasilkan pertumbuhan sekolah-sekolah Inggeris, Melayu, Cina dan India. Zaman ini berlanjutan hingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Ketiga, Zaman pendidikan moden, iaitu zaman selepas merdeka. Sebelum datangnya pengaruh pendidikan Barat, sistem pendidikan merupakan sistem yang tidak formal seperti kelas-kelas agama dan al-Quran, kelas kesenian dan pertukangan. Sistem ini tidak memberatkan ciri-ciri pendidikan secara formal. Oleh itu, tidak ada langsung pendidikan jasmani. Sistem pendidikan yang formal diperkenalkan di negara ini selepas kedatangan Inggeris di negeri-negeri Selat. Ini adalah usaha penganjur Kristian dan Kompeni Inggeris. Sekolah yang pertama didirikan di Tanah Melayu ialah Penang Free School yang ditubuhkan dalam tahun 1816. Usaha mendirikan sekolah ini dibuat oleh Rev. R.S Hutching. Sekolah itu ialah dibawah pengelolaan Kompeni Inggeris. Pendidikan jasmani tidak dijalankan lagi. Sehingga tahun-tahun 1920-an masih belum ada sistem dan sukatan pelajaran yang formal walaupun peajaran pendidikan jasmani mula diajar secara tidakm formal. Keutamaan diberi kepada aktiviti senaman, latihan kawat dan permainan yang membawa pengaruh penjajahan Inggeris. Tahun 1924 dilantik seorang pengusaha pendidikan jasmani untuk negeri-negeri Selat.

Sungguhpun begitu, sukatan pelajaran pendidikan jasmani belum tersusun. Guru-guru yang tidak pernah menerima latihan pendidikan jasmani ditugaskan mengajar pelajaran itu. Tahun-tahun 1930-an barulah usaha rancangan pendidikan jasmani untuk sekolah-sekolah dimulakan. Sukatan pelajaran itu merupakan asas untuk pelajaran pendidikan jasmani di Tanah Melayu. Ia berdasarkan kepada sukatan pelajaran Latihan Fizikal untuk sekolah-sekolah Inggeris di England, yang mana telah diperkenalkan dalam tahun 1933. Siri buku-buku Jefferson, How To Teach Physical Training dijadikan asas sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani. J.W Jefferson yang dilantik sebagai penguasa pendidikan jasmani dalam tahun 1932, telah melancarkan rancangan latihan guru pendidikan jasmani ke seluruh negara. Kursus-kursus dalam perkhidmatan diadakan di seluruh negara. Tahun 1946-48, suatu sukatan yang formal untuk sekolah-sekolah rendah dan menengah. Sukatan ini diterbitkan oleh Maktab Perguruan Sultan Idris, (MPSI) Tanjung Malim (kini Universiti Pendidikan Sultan Idris). Sistem latihan guru pendidikan jasmani dilancarkan secara berperingkatperingkat, iaitu dari peringkat 1 hingga peringkat 4. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu menunjukkan pengaruh penjajahan Inggeris dalam perkembangan pendidikan jasmani. Gimnastik, sukan dan rentakrama merupakan bahagian program-program yang terdapat di sekolahsekolah rendah, sementara di sekolah-sekolah menengah, Inggeris memajukan satu program yang serupa dengan yang terdapat di negara-negara Asia di bawah British Komanwel. Bola sepak, bola keranjang, berenang d tenis adalah popular tetapi permainan badminton paling popular. Pada tahun 1952 guru-guru tempatan mula dihantar ke luar negara untuk meluaskan pengetahuan mengenai pendidikan jasmani. Setahun kemudian, Pendidikan Jasmani dimasukkan sebagai satu mata pelajaran bagi kursus asas dan pilihan utama di Kirby. Kemudian diadakan pula kursus pendidikan dan kesihatan di Kirby dan Brinsford, England. Tahun 1955, Jawatan Penguasa Pendidikan Jasmani diambil oleh anak tempatan iaitu, En. Teoh Teik Lee. Pada tahun 1958, bahagian Penguasa

Pendidikan Jasmani dipindahkan kepada Bahagian Nazir Sekolah-sekolah dan juga disatukan dengan Bahagian Latihan Guru. Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani IPSI dikekalkan dalam tahun 1950-an dengan beberapa penyesuaian dan pindaan. Pada tahun 1960, B.E Chamber diganti oleh E.D Clay sebagai Nazir Sekolahsekolah Persekutuan, Bahagian Pendidikan Jasmani. Sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dikaji semula dan wujudlah sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan pada tahun 1966. Kursus tambahan, satu tahun Pendidikan Jasmani diadakan di Maktab Perguruan Ilmu Khas pada tahun 1960. Kemudian, diikuti dengan kursus tambahan untuk guruguru perempuan dalam tahun 1961. Pada tahun 1971, sukatan pelajaran disemak semula,kemudiaanya sukatan itu dikeluarkan dalam 2 bahasa iaitu Melayu dan Inggeris. Sukatan ini lebih dinamik dan berkesan kerana memberatkan kepada kesan,pergerakan dan kemahiran. Dimasukkan juga aspek-aspek moden seperti tarian moden atau tarian pendidikan dan gimnastik untuk perempuan.

You might also like