You are on page 1of 1

PENGHAYATAN KEMERDEKAAN DI SEKOLAH LUAR BANDAR

Pada 30 Julai yang lepas Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia mula membara di SMK Layang Layang, Kluang, Johor. Majlis tersebut dilancar kan oleh Pengetua Pn.Hjh.Siti Fatimah Binti Umar. SMK Layang layang merupakan satu-satunya sekolah menengah di Pekan Layang Layang yang terletak 40km dari Bandar Kluang. Namun demikian Sambutan kemerdekaan cukup meriah di sekolah inin dengan pelbagai aktiviti menarik seperti Pertandingan Deklamasi Sajak, pertandingan menulis Esai, pertandingan Melukis Poster, Pertandingan Menghias Kelas dan lainlain acara lagi. Pada masa yang sama terdapat juga tayangan video dan gambar berkaitan dengan patriotism seperti Bukit Kepong dan tayangan Movie Hati Malaya 1957. Bagi pelajar sekolah ini sambutan pada kali ini cukup bermakna walaupun sekolah ini terletak diluar Bandar. Majority pelajar sekolah ini yang tinggal di tanah rancangan FELDA masih menjiwai sambutan Hari Kemerdekaan bagi Kali yang ke-55. Pelajar cukup terharu dalam menyertai segala acara tersebut walaupun ia diadakan selepas waktu persekolahan harian. Jarak sekolah dengan rumah mereka ada kala mengambil masa lebih kurang 30minit bukan satu alasan tetapi mereka mengagap sekolah diluar Bandar ini juga boleh menunjukkan bakat mereka setanding dengan sekolah Bandar yang lain. Segolongan lagi sanggup hadir untuk melukis dan menghias kelas mereka dalam menunjukan semangat patriotism. Bagi pelajar menengah atas disekolah ini mereka cetus dengan idea baru dalam membuat satu bersembahan pantomin pada majlis penutup bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia dengan tajuk Sultan Mahmud Mangkat Dijulang dan Koir Lagu Patriotik. Dengan bantuan guru-guru mereka, pelajar ini menunjukan komitmen mereka utuk hadir pada petang untuk membuat latihan. Pada masa yang sama ibubapa juga turut memberi sokongan dengan memberikan sumbangan pakaian bagi persembahan pantomin tersebut. Bagi adik Akmal Sambutan Kemerdekaan ini jauh berbeza dengan sambutan disekolah rendah pada tahun lepas kerana beliau mempersembahkan deklamasi sajak pada majlis perasmian dan mendapat tepukan dan pujian daripada guru-guru dan rakan. Dhinseh pulak menyatakan bahawa persembahan pantomin yang disembahkan itu cukup bermakna, kerana dapat mengharugi sejarah Kesultan Melayu pada zaman dahulu. Walaupun watak yang dimainkan itu tidak begitu gah tetapi mengharugi sambutan kemerdekaan bersama rakan tingkatan empatnya sangat teruja. Komitmen yang ditunjukan oleh adik Chang dalam menghias kelas merupakan satu pengalaman yang manis. Ini kali pertama beliau berkerjasama denagn Melayu dan India yang lain dalam menghias kelas. Jarak jauh sekolah dari rumah bukan merupakan satu halangan buat beliau utuk hadir semula kesekolah selepas waktu sekolah. Walaupun kawasan FELDA jauh dari Bandar tetapi jiwa mereka dalam melibatkan diri dalam aktiviti bulan kemerdekaan sangat tinggi. Semangat patriotism dalam kalangan genarasi muda pada masa sekarang seharusnya disematkan dari alam persekolahan. Guru guru turut menjadi pahat yang mengukir anak-anak bangsa yang lahir menjadi modan insan kepda negara ini.

You might also like