Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
20Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Isl- Tamadun Dunia

Isl- Tamadun Dunia

Ratings:

4.8

(5)
|Views: 7,442|Likes:
Published by sheidah

More info:

Published by: sheidah on Jan 21, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
See More
See less

11/13/2012

 
TAKRIF TAMADUN
 Daripada catatan Kamus Dewan, tamadun diertikan sebagai kebudayaan, kemajuan, peradaban sesuatu bangsa yang bertamadun, bermakna bangsa yang beradab, bersopan-santun dan berkemajuan. Kalau ditinjau dari segi aspek bahasa, perkataan tamadun berasal daripada kata dasar Bahasa Arab Tamaddana atau Madana yang mengandungi erti pemilihan sesuatu lokasi sebagai tempat tinggal, membangun sesuatu kawasan hinggamenjadi suatu perbandaran. Dari perepektif Barat, Arnold Toynbee telah mengatakan tamadun ialah satu sistemmasyarakat yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran atau produktiviti dan ia mempunyai empat elemen, iaitu bahan-bahan ekonomi, sistem politik, pengetahuan dan seni. Dari perspektif Islam pula, Dr. Muhammad al-Bahly mengatakan tamadun itu ialahkeseluruhan penghasilan atau produktiviti yang menggambarkan nilai keperibadianmanusia sama ada berbentuk falsafah, pengetahuan, kesenian, politik, kesusasteraan dansebagainya. 
 
CIRI-CIRI TAMADUN AWAL MANUSIA
 
Pembentukan Bandar
Setelah manusia mengetahui cara bercucuk tanam dan menternak, mereka mulamembentuk penempatan menetap. Perkampungan-perkampungan ini lama-kelamaanakan membentuk bandar-bandar kerajaan atau negara kota. Proses perubahan ini jugadikenali sebagai urbanisasi. Negara kota ini akan menjadi tumpuan kegiatan ekonomimanusia, pusat perdagangan bagi petempatan-petempatan yang ada di sekitarnya. Contohnegara kota yang terdapat pada zaman ini ialah negara kota Ur, Urech dan Kish diLembah Tigris-Eupharates di Sumeria dan Mohenjo DAro dan Harappa di Lembah Indusdi India. 
Pembentukan Kerajaan
Perkembangan bandar ini seterusnya mewujudkan satu sistem kerajaan atau pentadbiranyang teratur. Ketua-ketua masyarakat bertanggungjawab mentadbir bandar-bandar ini.Sebab itulah munculnya golongan pemerintah dan golongan diperintah pada zaman ini.Undang-undang telah digubal untuk menjamin keselamatan nyawa dan harta benda.Sebagai contoh, Kod Hammurabi yang diamalkan di Tamadun Sumeria telahmerangkumi 280 undang-undang atau hukuman yang meliputi semua aspek kehidupan. 
Wujudnya Organisasi Sosial
Perkembangan bandar atau negara kota melahirkan satu masyarakat yang mempunyaiorganisasi sosial yang tersusun. Setiap individu menjadi anggota dalam satu lapisanmasyarakat yang tersusun dan memainkan peranan tertentu mengikut kedudukannyadalam lapisan masyarakat. Raja mempunyai kedudukan yang paling tinggi diikuti olehgolongan pendeta dan bangsawan. Golongan pemerintah ini diikuti oleh golongan yangdiperintah seperti rakyat bebas, petani dan artisan. Golongan yang mempunyaikedudukan yang paling rendah ialah hamba abdi. 
Perkembangan Teknologi
Perkembangan sains dan teknologi telah tercapai dalam bidang pertanian, perdagangandan pengangkutan. Dalam bidang pertanian, terusan dibina untuk mengairi sawah. Rodadicipta untuk memudahkan sistem pengangkutan, digunakan sebagai pedati, kincir air dan peroda untuk membuat tembikar. Penemuan-penemuan baru ini telah berlaku dalam beberapa bidang sains seperti astronomi, matematik dan perubatan. Wujudnya penciptaanlayar kapal, kalendar, alat menyukat dan penimbang pada zaman ini juga. Sebagaicontoh, rakyat Mesir membina piramid dan orang Mesopotamia membina Ziggurat. 
Pengkhususan Kerja
Kemajuan dalam teknik-teknik baru berlaku serentak dengan kepelbagaian dan pertambahan kegiatan ekonomi dalam masyarakat susun lapis yang diurbanisasikansehingga wujud masyarakat yang mengkhusus dalam satu-satu pekerjaan. Pengkhususantelah melahirkan orang yang pakar dalam bidang-bidang seperti pertukangan kayu, barang-barang kemas, kain dan sebagainya. Hal ini disebabkan permintaan yang tinggi.Secara tidak langsung, pengkhususan telah meningkatkan kecekapan seseorang. 
 
Wujudnya Kepercayaan
Agama dan kepercayaan menjadi unsur penting dalam masyarakat bertamadun. Penduduk awal ini percaya kepada semangat roh yang ada pada alam semula jadi seperti pokok, binatang, sungai yang dikatakan mempunyai semangat yang tersendiri yang dikenalisebagai kepercayaan animisme. Selain itu, mereka juga mengamalkan pemujaan nenek moyang. Amalan ini dapat dilihat di Tamadun Hwang-Ho. Kepercayaan mereka berkaitrapat dengan kepercayaan Politeisme atau kepercayaan kepada banyak tuhan. Dengan itu,mereka telah menyembah dewa-dewi dan patung atau tuhan tertentu serta pemujaan alamsemesta dan kehidupan selepas mati. 
Wujudnya Bahasa dan Tulisan
Perkembangan ekonomi dan perdagangan berkait rapat dengan perkembangan dalamsistem tulisan dan bahasa. Sistem tulisan ini diperlukan untuk mencatatkan semua urusanyang berkaitan dengan agama dan perdagangan supaya dapat diperturunkan kepadagenerasi yang lain. Kemajuan dalam sistem tulisan dan bahasa memudahkan danmenggalakkan lagi perniagaan dan interaksi antara masyarakat negara kota yang berlainan. Tulisan yang terawal merupakan tulisan lukisan (piktograf), terutama diTamadun Sumeria dan Mesir.http://www.geocities.com/cominglucky/tmanusia.htm

Activity (20)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Nur Syazwani CK liked this
Mas Nazurah liked this
Nazierah Zierah liked this
Grace Anun liked this
Lydia Marshanda liked this
merdeka07 liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->