Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010
“
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonisdari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usahaini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbanganterhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1986
dasar dan MatlaMat
5.04
Dasar KPM adalah untuk membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuandan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni. Matlamat KPM adalah untuk memupuksemangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, menerapkan nilai,moral dan sikap positi serta membina disiplin diri di kalangan pelajar.
5.05
Pembangunan modal insan bertujuan untuk memastikan anak bangsa Malaysiamempunyai ilmu pengetahuan serta kepakaran yang tinggi bagi penyediaan gunatenaga dalam pelbagai jenis pekerjaan. Di samping itu pelajar-pelajar ini akandilengkapi dengan kemahiran, komunikasi berkesan, kebolehan mengunakan ICTdengan baik, berupaya berkir secara kreati dan kritis serta mampu bertindak secararasional; mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat; mempunyai nilai yang tinggiserta berupaya menjadi pemimpin berkesan dalam keluarga dan masyarakat.
5.06
Bagi mencapai dasar dan matlamat tersebut, okus pembangunan modal insan KPMsepanjang tempoh RMKe-9 adalah:
•
Mengadakan lebih banyak pilihan pendidikan kepada ibu bapa dan pelajar;
•
Meningkatkan keupayaan dan minat pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan dankemahiran;
•
Membentuk keterampilan dan keperibadian pelajar melalui:– pemantapan kurikulum– pemantapan program kokurikulum– pemantapan program sukan– pembudayaan adab dan budi bahasa– pengukuhan program 3K (Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan)– pengukuhan disiplin pelajar; dan
•
Memantapkan dan memperbaharui sistem pentaksiran dan penilaian pelajar.
statUs seMasa, CaBaran dantUMpUan dalaM rMke-9
5.07
Salah satu hasrat KPM adalah untukmembangunkan modal insan yangmemiliki penampilan unggul untukmendukung cita-cita negara sertamenyediakan kepimpinan yang utuh
(towering personality
). Seseorangdengan penampilan unggul mem-punyai ciri-ciri berhemah mulia,berpendidikan serta berjaya dalambidang yang diceburi. Di samping itu,seseorang yang memiliki penampilanunggul akan memiliki siat-siatseperti amanah, berbudi pekerti, rajin,berdisiplin, ikhlas dan tekun dalamsemua usahanya. Cabaran KPM adalahuntuk menyemai nilai-nilai yang akanmenghasilkan perwatakan pelajaryang unggul. Menyedari bahawaperancangan untuk melahirkan generasidengan siat keunggulan adalahtanggungjawab yang berat, usahaini harus dilakukan secara berterusandengan penggemblengan tenaga dankomitmen jitu daripada semua pihak.
M bh by h bu b j
5.08
Sistem pendidikan di Malaysiamempunyai sejarah yang unik hasilpengaruh perkembangan agama Islamdi rantau ini, dan juga zaman penjajahanInggeris. Akibat pengaruh ini, sistem