You are on page 1of 5

Aktiviti : Jadual Waktu Belajar 1. Objektif : 1.1 Pelajar boleh membina jadual belajar secara terancang dan sistematik.

1.2 Pelajar dapat mengagihkan mata pelajaran dalam jadual berdasarkan kekuatan dan kelemahan diri. 2. Langkah : 2.1 Guru meminta pelajar merujuk borang PM 6 (Format PDF). 2.2 Pelajar menyenaraikan semua mata pelajaran mengikut keutamaan sama ada dari segi kepentingannya atau ikut kelemahan pelajar. 2.3 Pelajar mengagihkan masa bagi setiap mata pelajaran. Mata pelajaran yang penting dan sukar hendaklah diperuntukkan masa yang lebih. 2.4 Pelajar memasukkan nama mata pelajaran dalam jadual mengikut kesesuaian dan mengikut kemampuan masing-masing. 2.5 Setelah selesai rujuk Borang PM 7. (Format PDF) 3. Rumusan : 3.1 Pelajar perlu mengagihkan semua mata pelajaran dalam jadual supaya pelajar dapat belajar secara konsisten dan sistematik. 3.2 Jadual belajar sangat penting bagi semua pelajar. 3.3 Apa yang paling penting ialah mematuhi jadual belajar yang telah dirancang

Aktiviti : Sehari Dalam Kehidupan Saya 1. Objektif : 1.1 Pelajar dapat mengenal pasti apa yang mereka lakukan dalam sehari. 1.2 Pelajar dapat mengenal pasti jenis aktiviti yang dilakukan 2. Langkah : 2.1 Guru meminta pelajar merujuk borang PM 1 (Format PDF). 2.2 Pelajar menjalankan aktiviti dengan bimbingan guru. 2.3 Guru membantu pelajar mengenal pasti aktiviti harian mereka. Contoh : i. Belajar iv. Ulangkaji ii. Rehat v. Riadah / Bermain iii. Kerja rumah / ulangkaji

3. Rumusan : 3.1 Pelajar sensitif pada masa 3.2 Perlunya disiplin kendiri yang kuat dalam menentukan pengurusan masa yang berkesan. 3.3 Pelajar yang tidak sensitif pada masa akan terus ketinggalan.

Tips ini bertujuan membantu pelajar mengatur jadual secara efektif. Penjadualan Waktu adalah membuat dan melaksanakan jadual belajar agar dapat mengatur dan mengutamakan pelajaran anda dari segi membahagi waktu dengan aktiviti, keluarga, dan lain-lain. Pedoman: ~ Perhatikan masa anda. ~ Fikirkankan bagaimana anda mengguna masa anda. ~ Bilakah anda menghabiskan masa anda dengan sia-sia. ~ Ketahuilah masa yang produktif. Dengan mengetahui bagaimana anda menghabiskan waktu, akan dapat membantu anda : 1. Membuat daftar "Tugasan". Tulislah perkara-perkara yang patut anda lakukan, kemudian tentukan apa yang dilakukan sekarang, apa yang akan dilakukan nanti, apa yang perlu dilakukan oleh orang lain, dan apa yang boleh ditangguh dahulu. 2. Membuat jadual harian/mingguan. Catat temu janji, kelas dan pertemuan pada buku/jadual kronologi. Sentiasa mengetahui jadual untuk tempoh sehari, dan selalu masuk tidur dengan mengetahui anda sudah siap untuk menghadapi hari esok. 3. Merancang jadual yang lebih panjang. Gunakan jadual bulanan supaya anda boleh merancang aktiviti lebih awal. Jadual ini juga dapat membantu anda memanfaatkan waktu lapang dengan lebih selesa. Merancang Jadual Belajar Efektif: Agihkan waktu yang cukup untuk tidur, makan dan rekreasi. Susun tugas-tugas mengikut keutamaan. Luangkan waktu untuk berbincang atau mengulangkaji pelajaran sebelum ke sekolah atau masuk ke kelas. Sediakan waktu untuk mengulang kaji pelajaran selepas waktu sekolah. Ingatlah bahawa anda mungkin akan lupa pelajaran tersebut sekiranya pelajaran itu tidak diulang baca dalam tempoh 24 jam. Jadualkan waktu 50 minit untuk setiap sesi belajar. Pilih tempat yang selesa (tidak mengganggu penumpuan) untuk belajar. Rancangkan juga "deadline". Jadualkan waktu belajar anda sebanyak mungkin pada pagi/siang/malam. Jadualkan ulangkaji tajuk pelajaran mingguan. Hati-hati, jangan sampai dipermainkan oleh jadual anda sendiri !

Resepi Kek Usaha Kejayaan

Bahan-bahannya; 250 gm Daya usaha 100 gm Kesabaran 100 gm Keimanan 190 gm Keinsafan 150 gm Pengorbanan 150 gm Campuran akhlak mulia ( boleh didapati dari didikan yang baik dan sempurna ) 8 sudu teh rasa tanggungjawab 200 gm senyum secukup rasa

Cara-cara membuatnya: Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental. Masukkan usaha dan kesabaran, gaul sehingga sebati. Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit . Biarkan adunan menjadi lembut. Setelah itu campurkan keimanan , rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia. Ia perlulah dibungkus dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba. Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk bertimbang rasa dan tolak ansur. Hiaslah dengan senyum yang menawan kemudian bakar dengan tenaga yang ada.

U/p : Untuk mendapatkan kek yang cantik dan elok, jauhilah ia dari air mata putus asa walaupun setitik. Oleh kerana kek kejayaan ini amat sukar unutk dibuat, syabas kepada sesiapa jua yang berjaya melaksanakan dengan baik.

Aktiviti : Aktiviti Saya 1. Objektif : 1.1 Pelajar dapat melihat pembahagian masa mereka dalam sehari. 1.2 Pelajar dapat mengenal pasti masa mereka yang memberi faedah dan yang tidak berfaedah 1.3 Mengelak pelajar membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah. 2. Langkah : 2.1 Guru meminta pelajar merujuk borang PM 2 (Format PDF). 2.2 Pelajar menjalankan aktiviti dengan bimbingan guru. 2.3 Pelajar mengira jumlah masa yang digunakan bagi setiap aktiviti berdasarkan Borang PM 1. 2.4 Selepas mengira, pelajar diminta melakarkan dalam rajah yang disediakan dalam Borang PM 2. 3. Rumusan : 3.1 Pelajar mesti boleh membahagi masa mereka dalam sehari secara sistematik. 3.2 Pelajar perlu mengenal pasti aktiviti yang boleh memberi faedah kepada mereka. 3.3 Pelajar perlu menambah masa untuk belajar dan membuat kerja rumah / ulang kaji untuk mencapai kejayaan.

Aktiviti : Apa Yang Saya Hendak Lakukan Pada Minggu Ini 1. Objektif : 1.1 Pelajar dapat mengenal pasti aktiviti penting yang hendak dilakukan dalam tempoh seminggu. 1.2 Pelajar dapat mengingat aktiviti penting yang hendak dilakukan sekiranya ia dicatat dalam satu buku catatan. 2. Langkah : 2.1 Guru meminta pelajar merujuk borang PM 4 (Format PDF). 2.2 Pelajar dikehendaki menulis semua aktiviti yang hendak dilakukan dalam tempoh seminggu. 2.3 Guru membimbing pelajar mengisi Borang PM 4. 3. Rumusan : 3.1 Pelajar mesti mencatat semua aktiviti yang dirancang supaya aktiviti tersebut dapat dilaksanakan dengan sempurna. 3.2 Pelajar dapat mengurus masa dengan lebih berkesan jika diagih dengan cara yang sistematik.

Aktiviti : Kontrak Belajar 1. Objektif : 1.1 Pelajar dapat mengenal pasti waktu mata pelajaran yang perlu diberi keutamaan / perhatian. 1.2 Pelajar dapat menentukan kekerapan belajar setiap mata pelajaran. 2. Langkah : 2.1 Guru meminta pelajar merujuk borang PM 5 (Format PDF). 2.2 Pelajar dikehendaki melengkapkan Borang PM 5 dengan bimbingan guru / fasilitator. 2.3 Pada akhirnya guru membuat rumusan. 3. Rumusan : 3.1 Pelajar perlu menentukan mata pelajaran yang penting atau mata pelajaran yang mereka lemah supaya dapat memberi peruntukan masa yang lebih untuk mata pelajaran berkenaan. 3.2 Pelajar dapat mengagihkan jumlah masa belajar bagi semua mata pelajaran yang diambil dalam peperiksaan. 3.3 Pelajar dapat mengamalkan budaya belajar yang konsisten dan sistematik.

Aktiviti : Jadual Pengurusan Masa Strategik 1. Objektif : 1.1 Pelajar boleh mengenal pasti tugasan-tugasan yang hendak dilaksanakan mengikut kepentingan.. 1.2 Pelajar dapat menyusun tugasan / aktiviti harian mengikut keutamaan dan keperluan. 2. Langkah : 2.1 Guru meminta pelajar merujuk borang PM 9 (Format PDF). 2.2 Pelajar diminta mengisi semua jenis aktiviti / tugasan yang akan dilaksanakan itu Borang 1 (Mengikut kod yang ditetapkan). 2.3 Pelajar diminta mengenal pasti dan menyusun atur tugasan / aktiviti mengikut keutamaan berdasarkan masa / waktu yang perkara itu hendak dilaksanakan. 3. Rumusan : 3.1 Pelajar dapat mengenal pasti jenis aktiviti yang dilakukan mengikut kepentingan dan urusan masa yang betul. 3.2 Memudahkan pelajar mengagihkan aktiviti dan waktu tertentu mengikut keutamaan tugasan.

You might also like