You are on page 1of 4

SKRIP MAJLIS PENUTUP PROGRAM MESRA BAKTI IPG KKB BERSAMA PPDK KEM DESA PAHLAWAN

Mengumumkan ketibaan yang berbahagia ____________________________ Bismillahirahmanirrahim, Sireh berlipat sireh pinang, mari dilipat si anak dara, pemanis kata selamat datang, awal bismillah pembuka bicara. Yang berbahagia Major Mohamad Azam Bin Mustafa Setiausaha Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Kem Desa Pahlawan,..yang berusaha Tuan Haji Shaari Bin Nawi wakil Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, yang

dihormati Encik Azahari Mahmud Ketua Jabatan Pendidikan Khas IPG KKB, Pn Noor Zamrina Bt Jusoh Pensyarah Penasihat, yang dihormati Puan Roshayati Bt Omar Timbalan Pengarah Kanan Bahagian OKU Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan, Puan Nor Asyikin Bt Hamzah Pegawai Penyelaras Pemulihan Dalam Komuniti Negeri Kelantan, Kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat bahagian OKU negeri Kelantan, tuan-tuan dan puan-puan serta para hadirin yang dihormati sekalian. Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia. Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia serta keizinanNya dapat kita berkumpul bersama-sama di majlis penutup program mesra bakti Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu bersama Pusat Pemulihan dalam komuniti Kem Desa Pahlawan ini. Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, dijemput Guru Pelatih IPG KKB Ahmad Asyraf b Yahya untuk membacakan doa. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahmad Asyraf b yahya diatas bacaan doa itu tadi.

Tanpa melenggahkan masa, majlis dengan penuh sukacitanya

menjemput

Ahmad Asyraf Bin Yahya selaku Pengarah Program untuk memberikan ucapan.. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahmad asyraf Bin Yahya diatas ucapan itu tadi. Seterusnya, majlis dengan penuh rasa hormatnya menjemput Tuan Haji Shaari Bin Nawi selaku wakil daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu untuk memberikan ucapan.,.majlis dengan segala hormatnya dipersilakan...Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Haji Shaari Bin Nawi diatas ucapan itu tadi. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan balas daripada Major Mohamad Azam Bin Mustafa Setiausaha Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Kem Desa Pahlawan, majlis dengan segala hormatnya dipersilakan. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Major Mohamad Azam Bin Mustafa diatas ucapan itu tadi. Majlis diteruskan lagi dengan Tayangan Slaid Power Point mengenai Program Mesra Bakti oleh guru pelatih dari IPG KKB. Majlis dipersilakan. Majlis mengucapkan jutaan terima kasih diatas tayangan sebentar tadi. Jelas terpancar kegembiraan pada wajah anak-anak istimewa ini dengan aktiviti dan program yang telah dijalankan seterusnya, majlis menjemput Tuan Haji Shaari Bin Nawi wakil Institut

Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu untuk menyampaikan cenderahati kepada Major Mohamad Azam Bin Mustafa Setiausaha Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Kem Desa Pahlawan.Majlis dipersilakan. Majlis menjemput Major Mohamad Azam Bin Mustafa Setiausaha Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Kem Desa Pahlawan untuk menerima cenderahati. Majlis dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Shaari Bin Nawi kerana sudi menyampaikan cenderahati sebentar tadi. seterusnya, majlis menjemput Major Mohamad Azam Bin Mustafa Setiausaha Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Kem Desa Pahlawan untuk menyampaikan

cenderahati kepada Tuan Haji Shaari Bin Nawi wakil Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu serta Puan Roshayati BT Omar Timbalan Pengarah Kanan Bahagian OKU negeri Kelantan.Majlis dipersilakan. Majlis menjemput untuk Tuan Haji Shaari Bin Nawi menerima cenderahati... Puan Roshayati BT Omar. Majlis dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Shaari Bin Nawi kerana sudi menyampaikan cenderahati sebentar tadi Sekarang tibalah masa yang ditunggu-tunggukan iaitu simbolik perasmian majlis. Untuk itu saya menjemput Major Mohamad Azam Bin Mustafa dan Tuan Haji Shaari Bin Nawi bersama-sama para pensyarah, Pegawai-pegawai Kanan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan dif-dif jemputan untuk ke kolam ikan bagi melakukan simbolik perasmian majlis penutupan program mesra bakti IPG KKB bersama Pusat Pemulihan dalam Komuniti Kem Desa Pahlawan. majlis mempersilakan. ucapan ribuan terima kasih diucapkan kepada Major Mohamad Azam Bin Mustafa dan Tuan Haji Shaari Bin Nawi kerana sudi merasmikan program mesra bakti. _________________ Dengan ini majlis menjemput Major Mohamad Azam Bin Mustafa dan Tuan Haji Shaari Bin Nawi, pesyarah-penyarah IPG, Bin Mustafa dan Tuan Haji Shaari Bin Nawi bersama-sama para pensyarah, Pegawai-pegawai Kanan Jabatan Kebajikan Masyarakat, dif-dif jemputan, ibubapa, penjaga serta semua pelatih untuk menjamu selera.... Diminta semua hadirin mengambil tempat untuk merakamkan gambar bersamasama. Dipersilakan Dijemput Major Mohamad Azam Bin Mustafa dan Tuan Haji Shaari Bin Nawi untuk menandatangani buku lawatan. Dipersilakan Dengan berakhirnya acara itu tadi maka berakhirlah majlis kita pada hari ini. saya sudahi majlis ini dengan serangkap pantun.

Kalau ada sumur diladang, boleh kita menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, boleh kita berjumpa lagi.

sesungguhnya yang baik itu datangnya dari ALLAH S.W.T dan yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri. Assalamualaikum...

You might also like