Projek Keceriaaan Sekolah “
Sekolahku Indah
”
1.0PENGENALAN
Projek ini adalah salah satu aktiviti Jawatankuasa Keceriaan Sekolah, SK Brantian,Tawau bagi tahun 2012. Kertas kerja ini sedapat mungkin menggariskan pengisian programdengan mengambilkira penglibatan semua warga sekolah di atas bantuan dari semua guru-guru SK Brantian, Tawau. Di masa yang sama semangat kecintaan terhadap sekolah dapatdipupuk dengan meletakkannya sebagai matlamat yang utama di samping dapat menceriakanlagi kawasan sekolah. Oleh sebab itu, Unit Jawatanakuasa Keceriaaan Sekolah memohon agar kerjasama dari semua pihak sekolah untuk menjayakan Projek Keceriaaan ini untuk kebaikanbersama.
2.0NAMA PROJEK
PROJEK KECERIAAN SEKOLAH - “SEKOLAHKU INDAH”
3.0 MATLAMAT
Menceriakan kawasan sekolah agar dapat memberikan impak sihat, segar dan indah danseterusnya menarik minat murid-murid untuk hadir ke sekolah.
4.0 OBJEKTIF
✔
Meningkatkan peratus keceriaan sekolah.
✔
Memberikan impak ceria dan indah kepada kawasan sekolah untuk menarik minatmurid-murid hadir ke sekolah.
✔
Mewujudkan kawasan-kawasan menarik untuk dijadikan kawasan P&P luar bilik darjah.
✔
Menyumbang tenaga dan buah fikiran dalam sebagai sumbangan terhadap sekolah.
✔
Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan nilai profesionalisme keguruan secaraberterusan.
5.0PELAKSANAAN
Tempoh: September hingga Oktober 2012Tempat:Sekolah Kebangsaan Brantian, Tawau
1