You are on page 1of 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

NAMA SEKOLAH KOD SEKOLAH 1. 2. 4. 6. 7. Nama Guru Judul

: Sekolah Tanjung Rambutan Perak : ZZZ4431 Ali Adam (bukan nama sebenar) Kerja Bukan Kerana Pangkat TIADA TIADA 3. Bidang : 5. Masa :

Tarikh Pembentangan Tempat Pembentangan Sinopsis

Selain daripada mencari rezeki, salah satu kita bekerja adalah untuk memberi khidmat kepada organisasi. Selain itu kita perlu menilai dan mengenal pasti kelemahan-kelemahan untuk dijadikan panduan dan teladan bagi memberi perkhidmatan terbaik. Setiap perkara yang dilaksanakan, sudah pasti ada ganjaran samada yang sementara seperti upah, kepuasan diri, penghormatan dan ganjaran yang kekal seperti balasan nikmat akhirat. Buku ini mengupas banyak perkara yang dapat dijadikan sandaran bagi mereka yang mahu berubah dan perbaiki diri. 8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran Buku yang dicoretkan ini penuh dengan bukti yang sahih dari ayat Al-Quran dan Hadis. Kita didorong untuk mengimbas kembali tujuan utama kita bekerja dan penyataan contoh bagi setiap tajuk diberikan dengan gambaran yang mudah difahami. Penulis juga menyatakan dengan baik cara untuk kita mempertahankann minat pada pekerjaan, latihan menjelaskan nilai (baik) samada ketika masa kini dan pada zon selesa. Kita didedahkan dengan pelbagai teknik untuk mewujudkan kepuasan kerja dan mengadakan hubungan baik dalam organisasi. 9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P Kecenderungan untuk terus berusaha bilamana kita berada di landasan yang betul. Guru yang merasakan diri sudah berada dalam zon selesa, dapat mengubah cara dan teknik dengan lebih baik untuk memainkan peranan yang berkesan dalam sebuah organisasi di sekolah. Selain itu, contoh yang diberikan oleh penulis, dapat menjadi pengajaran kepada guru untuk lebih berintegriti ketika laksanakan tugas tanpa mengharapkan balasan dan ganjaran. Ini adalah kerana ganjaran di dunia berupa sementara manakala di akhirat kekal abadi dan setiap perkara (amanah) yang kita lakukan di dunia pasti dan pasti akan dipersoalkan di akhirat kelak. Bersama kita terus cemerlangkan mutu kerja bukan hanya mengharap pangkat atau kerja sekadar rasa untuk merasa gaji di hujung bulan dan menanti masa (timebased) untuk dinaikkan pangkat. Teruskanlah berkhidmat dan perbaiki niat kita. Disediakan oleh, Disahkan oleh,

Maklumat buku Tajuk : Kerja Bukan Kerana Pangkat Penulis: Mumtaz Begam Abdul Kadir Keluaran: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd Tahun Pengeluaran : 2010 Sumber Buku: Perpustakaan Sabah Cawangan Lahad Datu ISBN: 978-967-61-2401-2 Harga: RM 19.50 (Sabah/Sarawak)

You might also like