You are on page 1of 18

BMM 3103 |1

Konsep Pentaksiran, Pengujian, dan Penilaian Konsep Pentaksiran menurut Moktar Ismail, konsep pentaksiran ialah langkah untuk menentukan sejauh mana seseorang mempunyai sifat tertentu. tahap, status, dan nilai. proses menilai secara kuantitatif. merangkumi skala ordianal dan skala slang. kesimpulan : pentaksiran bertujuan untuk menentukan kedudukan dan pencapaian murid. Konsep Pengujian cara yang sistematik untuk mengukur perubahan tingkah laku seseorang (murid) dengan menggunakan bahan yang mempunyai kebolehpercayaan. tujuan : mengesan penguasaan kemajuan dan pencapaian murid dalam pelajaran. alat mengukur pencapaian (kognitif struktur bahasa lisan, psikomotor perubahan tingkah laku, efektif pencapaian nilai-nilai) penilaian pencapaian berlaku secara eksplisit (memahami, lisan, menulis) berlaku pada tiga peringkat 1. persediaan 2. pelaksanaan 3. penyemakan Konsep Penilaian penilaian ialah merupakan proses pengumpulan maklumat atau proses menganalisis yang berlaku selepas pengujian dan penilaian untuk membuat keputusan atau melakukan tindakan yang seterusnya. prosedur ujian 1. persediaan ujian 2. pentaksiran ujian 3. pemeriksaan dan pengukuran 4. dapatan atau tindakan Taksonomi Bloom Taksonomi ini pertama kali disusun oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1956. Taksonomi Bloom menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan. Ia bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi). Guru akan membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar. Menekankan aspek kognitif (pengetahuan) apa yang dicari adalah seperti fakta, teori, dan hukum. Tujuan : membina kebolehan, pemikiran, dan pemahaman (cth : mencari isi penting daripada petikan yang dibaca) Terdapat enam peringkat (tidak semestinya menggunakan kesemua peringkat ini dalam soalan cth : pada kertas soalan tahun 1 tidak terdapat tahap sintesis kerana tahap ini merupakan tahap yang tinggi dan tidak sesuai dengan umur murid) 1. Pengetahuan 2. Kefahaman 3. Aplikasi 4. Analisis 5. Sintesis 6. Penilaian 1. Pengetahuan ( selalunya mengunakan kata tanya, cth : bilakah, dimanakah, mengapakah, dan sebagainya) Tujuan : mengingat semula perkaraperkara yang sudah dipelajari tanpa sebarang perubahan. Contoh : 1. Bilakah Malaysia merdeka ? 2. Berapa buah negerikah yang terdapat di Malaysia? 3. Siapakah Bapa Kemerdekaan Malaysia? Objektif 1. Umum : mengetahui 2. Khusus / spesifik : melebal, menyatakan, menulis (eksplisit)

BMM 3103 |2
2. Kefahaman (kebolehan untuk memberi penjelasan / makna sesuatu perkara) Konsep : menjelaskan maklumat dengan terperinci. Merupakan peringkat yang tinggi berbanding peringkat pengetahuan. Tiga aras penting : 1. Terjemahan isi (isi kepada huraian, cth : Ibu Ali meninggal dunia.) 2. Memberi tafsiran / makna sesuatu maklumat (cth : Setiap manusia di muka bumi ini akan menemui ajal masing-masing. ) 3. Ekstrapolasi (tafsiran lanjut berdasarkan maklumat yang digambarkan (cth : Kita sebagai manusia biasa mestilah sentiasa bersedia untuk menghadapi perkara yang berlaku pada bilabila masa sahaja) Tujuan : memahami sesuatu bahan, menjelaskan menterjemah, merumuskan,menulis, dan membezakan. Cth : jelaskan, bezakan, bandingkan, ringkaskan, nyatakan, dan seumpamanya. 3. Aplikasi Tujuan : menggunakan pengetahuan mujarat (abstrak) untuk menyelesaikan masalah yang maujud. Objektif : 1. Umum : menggunakan, menyelesaikan, menunjukkan 2. Khusus / spesifik : menggunakan, menyelesaikan, mengira, menghubungkan, mengendalikan. Cth : soalan yang menggunakan perkataan bagaimana dan jelaskan. Menekankan kaedah, prinsip, hukum, dan teori. organisasi. - Cth : Yang manakah antara berikut tidak menerangkan cirri criteria yang betul? - Cth : Yang manakah antara berikut merupakan kata kerja? Kosa kata popular : bezakan, bandingkan, asingkan, tafsirkan bahagian, klasifikasikan, sebab, mengapa, huraikan, menaakul, mencerakinkan.

4. Analisis (mengenal pasti sebab secara terperinci) Definisi : kebolehan untuk menceritakan dan menyusun perkaraperkara yang telah dipelajari kepada beberapa bahagian. Tujuan : menaakul (mencari) sebab dan musabab (akibat) Cth : 1. Berikan faktor, punca-punca, sebab-sebab, mengapakah perkara tersebut berlaku. 2. Meleraikan sesuatu komunikasi kepada beberapa bahagian. Objektif 1. Am : mencerakinkan, menaakul, menjelaskan, menilai kerelevenan data. 2. Spesifik : mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan, menjelaskan srtuktur dan

5. Sintesis (lebih kepada sains, BMkarangan) Menguji kebolehan calon mencantumkan, mengabungkan, dan meintegtrasikan fakta atau idea yang berkaitan (mengembang fakta menggunakan ayat sendiri) Tujuan : membentuk sesuatu yang baharu. Objektif : 1. Am : menulis karangan, mencadangkan sesuatu pandangan, menghasilkan karya 2. Spesifik : mengabungkan, mengubah, mereka cipta, merancang, menulis Cth : Berdasarkan tajuk saya sebatang pen bina ayat-ayat yang dapat menerangkan mengenai pen tersebut.

BMM 3103 |3
Kosa kata popular : mereka bentuk, kumpulkan, susunkan, gubahkan. Cth mencadangkan : senaraikan beberapa cara kamu boleh mengatasi masalah itu. 6. Penilaian Menguji kebolehan calon, membuktikan, menilai, mengesahkan, mengkritik, memberi pendapat mengenai sesuatu peryataan, dll. Tujuan : membuat penilaian dan pertimbangan berdasarkan kretiria tertentu. Objektif : 1. Am : menimbangkan nilai, ketekalan, kecukupan data. 2. Spesifik : menilai, membuat pertimbangan. Jenis : sejauh mana, nilaikan, apakah pendapat kamu. Cth : Berikan pendapat anda mengenai hal tersebut. : Sejauh manakan kebaikan menggunakan kereta ke kuliah. Kasa kata popular : nilaikan, rumuskan, tafsirkan, kritikkan, bandingkan, ulaskan, huraikan, buktikan. Cth : 1. Pada pendapat kamu, ujian apakah yang sesuai diberikan kepada murid tahun enam? 2. Berbagai faktor perlu dipertimbangkan dalam proses penilaian program. Bandingkan. Domain Afektif Kalthwohl 1964 Diasaskan oleh, David R. Krathwohl Merupakan bidang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap. Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang baik. Pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan dengan adanya murid yang dapat membentuk sikap positif. Terdapat 5 peringkat bagi domain ini : 1. Penerimaan 2. Bertindak balas 3. Menilai 4. Organisasi 5. Perwatakan 1. Penerimaan Keinginan dan kesanggupan menerima (kesanggupan memberi perhatian, mendengar ucapan, pendapat orang lain, menghormati kebudayaan yang berlainan) Kesedaran (faktor estitik, ekabentuk, kecantikan sesuatu benda, pelbagai pendapat dalam sesuatu perkara) Perhatian terkawal (kebolehan memberi perhatian kepada sesuatu ransangan cth : mendengar dan menghayati sajak) Objektif am : 1. Mendengar dengan berhati-hati. 2. Menunjukkan kesedaran dalam kepentingan pembelajaran. 3. Menunjukkan sensitiviti dalam masalah sosial. 4. Menerima perbezaan keturunan dan kebudayaan. 5. Mengambil bahagian dalam aktiviti. Hasil pelajaran spesifik : 1. Menyoal 2. Memilih 3. Menghuraikan 4. Mengikut 5. Menamakan 6. Menggunakan 2. Bertindak balas Kesanggupan bertindak balas terhadap ransangan. Mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti. Murid mengambil perhatian dan bertindak balas. Terdapat 3 kategori : 1. Persetujuaan membalas (Bersetuju dengan peraturan / arahan yang diberi.) 2. Kesediaan membalas (Bertindak balas dengan persetujuan yang dibuat.) 3. Kepuasan (Mencapai objektif )

BMM 3103 |4
Objektif 1. Am Melengkapkan kerja Mengambil bahagian dalam perbincangan kecil Seronok membantu rakan Melakukan tugas secara sukarela. 2. Spesifik Dapat menulis isi pelajaran Menjawab soalan Dapat melafazkan sesuatu (main peranan) 3. Menilai Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan. Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan. Kebolehan membuat penilaian dan memberi penghargaan terhadap sesuatu benda atau tingkah laku. Penilaian berdasarkan penghayatan nilai spesifik (melalui pemerhatian) Kategori 1. Penerimaan - Menerima dan melakukan arahan aktiviti. 2. Pilihan - Usaha untuk memperoleh sesuatu nilai yang dipilih. 3. Penglibatan - Aktif dalam aktiviti dan mematuhi peraturan. dan pemberatan taburan aras kesukaran. Tujuan JSU diwujudkan. Menghasilkan soalan yang berkualiti (tidak membentuk soalan secara spontan tidak tahu aras) Soalan yang dihasilkan tidak mempunyai kesahan / tiada keutuhan. Ciri-ciri JSU Merupakan matrik yg terdiri drpd 2 paksi iaitu paksi melintang aras kemahiran dan menegak kandungan. Bilangan item dinyatakn dalam JSU mengikut aras kemahiran yg ditetapkan. Mengandungi aras yg mengikut aras taksonomi. Kandungan aras kemahiran mengikut lama masa mengajar dan kepentingan kemahiran. Kepayahan item dlm lingkungan 20% 80%. Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas khusus dan lain-lain. Kandungan ujian berupa topik-topik pelajaran.

4. Organisasi Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya. Kategori 1. Penenggapan -Mampu mencipta konsep anstrak. 2. Organisasi - Menyatukan / aplikasi nilai-nilai berkaitan dan membentuk satu sistem. 5. Perwatakan Perubahan tingkah laku positif. Kategori 1.Set up mengekalkan nilai-nilai 2.Perwatakan disiplin diri. JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU) Definisi JSU jadual yg menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi kandungan iaitu konstruk yang ditaksirkan, pemberatan tiap-tiap kontruk, konteks, pemberatan tiap konteks,

BMM 3103 |5
Kepentingan JSU Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan. Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian. Menimbulkan rasa kepentingan topiktopik dan aras-aras kemahiran. Menentukan pertimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran yang diuji. kertas ujian dapat digubal secara sistematik kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran adalah terjamin; Memberi panduan untuk membentuk format ujian. Memberi panduan untuk membentuk soalan. Menstabilkan taraf serta aras kesukaran ujian dari tahun ke tahun. Mengambil kira bilangan masa yg diperuntukkan untuk sesuatu topik. Membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yg lain. taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang; ujian meliputi keseluruhan sukatan pelajaran 4 syarat JSU 1. Ujian tidak dibina semberangan. 2. Menimbulkan kepentingan topik dan aras kemahiran yg diuji. 3. 4. memberi panduan dan penentuan kepada pengubalan ujian. Memastikan kesesuaian taburan soalan mengikut aras dan kemahiran. Menyemak item soalan 1. Bahasa 2. Isi (mengikut kemahiran) 3. Arahan yg diberi jelas 4. Masa yg diberi mencukupi 5. Susunan soalan (mudah-sukar) Ujian Pra 1. Dijalankan setelah menyemak soalan 2. Menentukan kesahan 3. Kebolehpercayaan 4. Kebolehtakbiran (boleh diurus perjalanan peperiksaan) 5. Kemudahtafsiran (dianalisis) 6. Maklumat ujian pra membantu guru menentukan soalan Konsep IK (Indeks Kesukaran) Tujuan : menentukan indeks soalan (sukar, sederhana, mudah) Pengiraan : 1. IK = B / J (jumlah yg sedikit) B = bil. Calon menjawab betul J = jumlah keseluruhan calon 2. IK = BT + BR / J (jumlah yg banyak lebih 40 orang) BT = jumlah calon dlm kumpulan tinggi yg menjawab betul BR = jumlah calon dlm kumpulan rendah yg menjawab betul J = jumlah keseluruhan calon

Langkah-langkah membinan JSU Langkah 1 Senaraikan tajuk-tajuk yg hendak diuji. Langkah 2 Tentukan soalan yg hendak dibina. a.Soalan objektif (30 soalan) b.1 markah bagi satu soalan c.Jumlah soalan bg setiap topik dikira = jumlah masa / jumlah masa keseluruhan x jumlah soalan Langkah 3 Tentukan model aras kesukaran (mudah sukar). Langkah 4 Menentukan jenis soalan yg hendak diuji (objektif, struktur, esei, dll) Langkah 5 1.Tentukan soalan bg setiap komponen. 2.Penentuan aras kesukaran (mudah kepada sukar) 3.Pemarkahan. Langkah 6 1.Tentukan mata pelajaran. 2.Tahun / tingkatan 3.Susunan nomdor mengikut tajuk.

BMM 3103 |6
PEMBINAAN UJIAN SOALAN OBJEKTIF DAN SOALAN SUBJEKTIF SOALAN OBJEKTIF Definisi : merupakan perkara atau alat yang digunakan untuk mendapatkan respon. Merupakan item respon tetap (memilih satu jawapan beberapa jawapan). Mengandungi pokok soalan (kata kunci) dan beberapa pilihan jawapan bagi setiap item. Soalan berbentuk objektif terbahagi kepada dua jenis: 1. Item respon bebas 2. Item respon tetap (item objektif pilihan) Item respon bebas Item jenis respon bebas memerlukan calon meneliti soalan dan menuliskan sendiri jawapan sendiri. Biasanya jawapan yang ditulis pada hujung soalan. Terdapat juga soalan yang berbentuk melengkapkan penyataan. Contoh; 1. Apakah lawan bagi perkataan rajin ? ________ 2. Kita mesti ______bermain sekarang sebab hujan. Item respon tetap (item jenis pilihan) Item respon tetap memerlukan pelajar memikirkan jawapan yang paling betul atau paling tepat. Jawapan dipilih daripada dua atau lebih pilihan. Jenis soalan respon tetap; 1. Format salah betul 2. Padanan 3. Aneka pilihan 1. Format salah betul Soalan jenis ini mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dua pilihan sahaja iaitu betul (B) atau salah (S), setuju (S) atau tidak setuju (TS), dan ya (Y) atau tidak (T). Contoh; Tandakan sama ada Betul (B) atau SALAH (S) bagi contoh antonim berikut: Hitam Putih ( ), 2. Padanan Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan dengan memadankan objek atau perkara yang berkaitan di sebelah kiri atau di sebelah kanan. Bilangan padanan tidak perlu terlalu banyak bagi mengelakkan kekeliruan semasa menjawab. Ayat yang digunakan juga tidak perlu terlalu panjang. 3. Aneka Pilihan Aneka pilihan tergolong dalam item tetap kerana item jenis ini diberikan tindak balas tetap. Jenis item aneka pilihan; 1. Berbentuk soalan 2. Pokok soalan berbentuk ayat tidak lengkap 3. Analogi 4. Antonim 5. Jenis negatif 6. Mengisi tempat kosong 7. Jenis campuran 8. Teknik kloz 9. Mengelaskan Panduan pembinaan 1. Pokok soalan (stem) Bahasa mudah difahami Berbentuk soalan / ayat tidak lengkap Kesukaran mengikut aras kesukaran taksonomi Kurangkan soalan berbentuk negative (10%-hitamkan / garis) Gambar, rajah, dan carta disertakan bagi soalan yg berkaitan. 2. Bahan ransangan 3. Pilihan jawapan Jawapan yang disediakan haruslah logik.

BMM 3103 |7
Ditulis sejajar (semua huruf / semua angka) Elakkan menggunakan perkataan semua di atas betul atau semua di atas salah. Jawapan disusun mengikut urutan abjad atau nombor. Jawapan juga perlu disusun mengikut dari ayat pendek ke ayat paling panjang. Tiada perkataan yg berulang Pastikan satu jawapan shj yg betul 4. Distraktor (penganggu jawapan)4. Struktur item (roman & abjad) Kelebihan 1. Mudah disemak 2. Mempunyai ciri kebolehpercayaan (pengurusan masa pelaksanaan) 3. Menguji banyak topik 4. Mempunyai nilai potensi diagnostik (mengesan pencapaian murid) 5. Mengukur proses mental yang tinggi Kelemahan 1. Murid tidak dapat mengeluarkan idea. 2. Potensi untuk meneka jawapan tinggi 3. Sukar untuk dibina 4. Tidak dapat mengetahui tahap penguasaan murid dalam pelajaran 5. Calon bijak tidak perlu belajar banyak 6. Tidak dapat mengukur keaslian SOALAN SUBJEKTIF Definisi : Soalan subjektif merupakan satu bentuk penyataan yang berbentuk pertanyaan untuk menguji pengetahuan, pengalaman, kemahiran serta tahap kebolehan kognitif calon melalui respon secara tulisan. Terdapat dua jenis 1. Tindak balas terhad (struktur jwpn : 1 frasa, 1 ayat, 1 pernyataan) Prinsip pembinaan soalan jenis struktur Item jenis struktur terbentuk daripada satu atau dua bahagian isi kandungan jawapan yang mengandungi beberapa patah perkataaan dan bahan-bahan yang disertakan pada soalan. Jenis soalan sebegini mengehadkan isi dan bentuk jawapan. Jawapan yang ditulis biasannya berbentuk pendek dan tidak 2. Tindak balas lanjutan (esei) panjang. Jawapan tidak memerlukan huraian lanjutan. Prinsip pembinaan soalan jenis esei Aras kesukaran soalan hendaklah setara. Bahasa yang digunakan tidak perlu berbunga-bunga. Soalan hendaklah jelas dan sesuai dengan aras kemahiran pelajar. Panduan Pembinaan Item Subjektif Membentuk JSU Mengubal soalan berdasarkan prinsip berikut : 1.Tugas / arahan soalan jelas 2.Perkataan yg digunakan setaraf dgn pencapaian bahasa calon. 3.Menggunakan perkataan yg kelas (jelaskan, bandingkan, dan lain-lain) 4.Mengubal bilangan soalan secara berpatutun. 5.Sediakan satu skema pemarkahan. Kelebihan Mudah digubal Sesuai untuk semua mata pelajaran Sesuai untuk semua aras taksonomi Membuatkan calon menganalisis, mengintegrasikan idea yg siperoleh. Mengurangkan konsep meneka. Berguna untuk mengesan punca kelemahan, salah tafsiran, konsepkonsep yang samar-samar. Murid boleh mengelolakan pengetahuan mengemukakan pendapat dan sikap, dan boleh membuktikan inisiatif daya cipta atau keaslian

BMM 3103 |8
Kelemahan Bidang yg diuji terhad Soalan boleh diramal Mengukur pengetahuan dlm satu bidang sahaja. Proses memeriksa lama dan memerlukan tenaga yang banyak. JENIS PENILAIAN BAHASA Terdapat tiga jenis penilaian bahasa dalam sistem pendidikan masa kini. Berikut adalah jenis penilaian bahasa: 1. Ujian Formatif dan Sumatif 2. Ujian Kefasihan dan Kemajuan 3. Ujian Bakat dan Pencapaian Ujian Formatif Ujian Formatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran atau subkemahiran bahasa yang diajar. Biasanya skop pengajaran dan pembelajaran ujian tersebut agak terhad dan tidak luas. Tujuan utama guru menjalankan ujian formatif untuk memperbaiki lagi mutu proses pengajaran dan pembelajaran. Ujian Formatif dapat mengesan kelemahan dan pembelajaran murid secara serta-merta. Biasanya ujian ini dijalankan dalam bentuk pemerhatian atau pun dalam satu siri ujian yang pendek. Ujian Sumatif Ujian sumatif ialah proses penilaian yang dijalankan secara menyeluruh pada akhir satu peringkat pembelajaran untuk menentukan tahap pembelajaran dalam kalangan murid. Skop pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk Ujian Sumatif diasaskan dan dibina secara luas dan melibatkan kesemua kemahiran dan aspek bahasa. Terdapat beberapa jenis ujian, iaitu ujian formatif, ujian sumatif,ujian kefasihan,ujian kemajuan, ujian bakat dan ujian pencapaian. Perbezaan antara ujian formatif dan sumatif pada asasnya berdasarkan skop kemahiran, jangka masa P&P atau objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak diujian. Perbezaan Antara Ujian Formatif dan Ujian Sumatif

3. Ujian Kefasihan Ujian Kefasihan pula bertujuan untuk menentukan setakat manakah seseorang telah mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan. Ujian ini menilai kebolehan umum seseorang terhadap bahasa yang dipelajarinya. Biasanya ujian ini digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dengan pengetahuan dan kebolehan mereka.

BMM 3103 |9
4. Ujian Kemajuan Ujian Kemajuan merupakan ujian yang menentukan kemajuan murid dari semasa ke semasa di sepanjang pembelajaran mereka. Seterusnya anda dikehendaki membuat bacaan tambahan dan mengakses internet untuk mendapatkan maklumat tambahan. Ujian Bakat Ujian bakat bertujuan mengesan bakat seseorang dalam menguasai bahasa asing. Ujian ini biasanya melibatkan datadata bahasa yang mengandungi unsur-unsur bahasa seperti fonetik,tatabahasa dan kosa kata. Melalui ujian ini murid-murid akan melakukan berbagai-bagai aktiviti bahasa seperti meniru penyebutan bunyi-bunyi, mengubah bentuk, atau struktur sesuatu bahasa, menentukan makna berdasarkan konteks dan sebagainya. Setelah hasil ujian dianalisis guru dapat mengenal pasti murid-murid yang berbakat dan berpotensi untuk mempelajari sesuatu bahasa dengan cepat. 6. Ujian Pencapaian Ujian Pencapaian bertujuan untuk menentukan setakat manakah muridmurid telah menguasai kemahiran, bahan atau isi pelajaran yang telah dipelajari. Ujian ini boleh dijalankan pada akhir kursus atau setelah tamatnya sesuatu unit pembelajaran. Sejauh mana sesuatu kemahiran itu dikuasai dalam satu jangkamasa yang ditetapkan boleh ditentukan melalui dua set ujian yang berlainan. Ujian ini dinamakan ujian pra dan ujian pos. KAEDAH PENILAIAN BAHASA 1. PENILAIAN PORTFOLIO Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama. Terdapat beberapa jenis portfolio untuk tujuan dan konteks pembelajaran yang berbeza. Selain portfolio, rekod anekdot dan lainlain bukti pembelajaran yang lain boleh digunakan untuk menghasilkan penilaian yang menyeluruh. Portfolio berbentuk dokumentasi yang berstruktur. Ia memerlukan perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang teliti. Proses pembelajaran dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dan fakta dari peringkat awal hingga ke akhir.

Tujuan Portfolio Sesebuah portfolio diwujudkan adalah untuk: 1. Memberi peluang pelajar mendokumentasi kemahiran dan pengetahuan yang diperolehmelalui pengalaman sewaktu menyempurnakan tugasan. 2. Menggalakkan pelajar menyemak dan menganalisis pembelajaran mereka secara sistematik. 3. Menyediakan ruang pelajar membuat refleksi dan menentukan matlamat peribadi. Kegunaan Portfolio 1. Menilai perkembangan dalam satu tempoh (authentic assessment). 2. Menilai perkembangan kemahiran dan kebolehan. 3. Menggambarkan keperluan spesifik dalam penyempurnaan gred. 4. Menilai secara sumatif pembelajaran. 5. Menunjukkan kesesuaian

B M M 3 1 0 3 | 10
kurikulum dan kejayaan pelajar Ciri-ciri Portfolio 1. Menggambarkan sejelas-jelasnya aktiviti pelajar iaitu rasional,matlamat, halatuju, prosedur kerja, pengalaman dan harapan. 2. Sesuatu yang dilaksanakan oleh pelajar secara auntentik. Ini adalah kaedah konkrit untuk pelajar menghasilkan kerja melalui pengalaman sendiri ketika melakukan kerjakerja amali atau kerja-kerja lapangan. 3. Menunjukkan perlakuan pelajar yang dibimbing oleh guru seperti ulasan, komen, dan cadangan harus direkod untuk menghadapi dan mengatasi sesuatu tugasan pembelajaran. 4. Membuat catatan pembimbing yang membantu pelajar merenung dan membuat refleksi tentang kerja yang dibuat untuk menentukan tindakan susulan. 5. Kriteria penilaian yang dipilih diterangkan dan dipersetujui bersama dengan pelajar sebagai penggalak kepada pelajar untuk mengambil bahagian secara aktif Jenis-jenis Portfolio Yang Boleh Dibina. 1. Portfolio Kerja Harian 2. Portfolio Hasil Terbaik 3. Portfolio Dokumen Bagaimana Menilai Portfolio? 1. Berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan dan berfokuskan kepada perkembangan pelajar dalam aspek kemahiran kemahiran, pengetahuan dan kefahaman. 2. Menggunakan peta perkembangan pembelajaran pelajar yang memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh dari awal hingga akhir. Sebagai contoh mari kita lihat peta perkembangan pembelajaran pelajar yang mempunyai lima tahap perkembangan, seperti di bawahini. E 5 Berdikari mengeja perkataan-perkataan J 4 Mencantum suku kata dengan bimbingan guru A 3 Membentuk suku kata A 2 Menyebut bunyi huruf N 1 Permulaan mengenal huruf 3. Menggunakan inferens dengan rekod menimbang pelbagai bukt seperti hasil pemerhatian, jurnal dan rekod anekdot sebelum membuat anggaran seimbang (on-balance) tentang tahap pencapaian pelajar. 4. Membuat laporan samada secara huraian atau grafik untuk memberi matlamat yang lebih lengkap dari markah mentah ujian yang hanya membandingkan seorang pelajar dengan pelajar lain sahaja. Aspek-aspek yang perlu dalam sesebuah Portfolio a. Sesebuah portfolio mengandungi: b. Senarai semak yang disediakan oleh guru c. Nota-nota yang disediakan oleh guru d. Catatan jurnal e. Buku log f. Refleksi kendiri murid g. Gambar dan foto Kebaikan Penilaian Portfolio 1. Penglibatan murid sepenuhnya dalam pengajajaran dan pembelajaran 2. Guru mendapat banyak maklumat untuk menilai pencapaian murid-murid 3. Merupakan satu cara untuk menilai tahap perkembangan murid-murid 4. Dapat memotivasikan murid-murid dan meningkatkan tahap kefahaman kendiri mengenai tugasan pembelajaran yang diberi oleh guru. 2. PENILAIAN MELALUI PEMERHATIAN Penilaian melalui kaedah ini dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu yang ditentukan bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan P&P. Aspek yang diperhatikan menyeluruh meliputi aspek kognitif,afektif dan psikomotor yang melibatkan juga faktor-

B M M 3 1 0 3 | 11
faktor bahan dan persekitaran. Jenis Pemerhatian Berdasarkan tujuan dan aspek yang hendak dinilai: 1. Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran dan tanggapan. 2. Memerhati apa yang telah dirancang secara open ended. 3. Memerhati untuk jangka pendek dan jangka panjang. Strategi Pemerhatian 1. Berterusan mengikut keperluan yang dirancang. 2. Kaedah pemerhatian boleh dilakukan secara global dan analitikal berdasarkan objektif yang ditentukan oleh guru. 3. Guru boleh menggunakan instrument seperti senarai semak,rekod anekdot rubrik yang merangkumi aspek kognitif, afektif, psikomotor, bahan dan persekitaran. 4. Menjalankan tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian yang dijalankan. Pelaksanaan Proses Pemerhatian Beberapa perkara perlu diambil kira dalam melaksanakan proses pemerhatian. Antaranya ialah: a. Kualiti Pemerhatian b. Bentuk Perancangan c. Jenis-jenis Pemerhatian dan memikultanggungjawab. Memberi kebebasan pelajar untuk menunjukkan kreativiti dan inovasi. 3. Memberi peluang pelajar menggunakan bahan sumber yang terdapat di luar bilik darjah.

2. Fungsi Pemerhatian 1. Melihat perkembangan individu atau kumpulan dalam sesuatu proses pembelajaran. 2. Dilakukan oleh pelajar untuk melihat tahap pencapaian sendiri atau rakan sebaya dalam sesuatu pembelajaran. 3. Dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan seperti projek. . 3. PENILAIAN MELALUI PROJEK Projek ialah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data persediaan satu laporan yang betul. Dalam konteks kurikulum sekolah, projek bermaksud secara amali. Tugasan ini boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan dan dilaksanakan dalam satu jangkamasa yang munasabah. Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah kepada tahap hasil disediakan. Apakah tujuan pembelajaran Projek ini? Sebagai satu aktiviti pembelajaran projek membawa tujuan berikut: 1. Menggalakkan pelajar bekerjasama

Ciri-ciri Penilaian Projek a. Projek mempunyai pelbagai reka bentuk ( lisan, visual, kinestetik ). b. Jangka masa yang panjang c. Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar. d. Pelajar boleh membina penyelesaian alternatif. Tidak ada satu jawapan yang benar. e. Pelajar perlu melibatkan diri secara aktif sama ada ketika menyediakan projek atau dalam kumpulan. f. Tugasan boleh dilaksanakan secara kumpulan atau individu. g. Merupakan peluang menilai pelajar dalam kreativiti, kemahiran merancang, integrasi pengetahuan, kebolehan membuat tugasan bersama orang lain. h. Pelajar menunjukkan kebolehan mengkaji/ membentukkan sesuatu. i. Pelajar melaksana dan menghasilkan sesuatu. j. Pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.

B M M 3 1 0 3 | 12
Jenis-jenis penilaian Projek 1. Latihan dan soalan open ended untuk pelaar meneroka secara lisanatau bertulis. 2. Extended tasks assignment seperti menulis puisi, melaksana dan menerangkan keputusan ujikaji,membina model. 3. Portfolio-koleksi tugasan berdasarkan prestasi. 4. Tugasan prestasi drama,lakonan, persembahan, poster atau model. Langkah-langkah untuk menjalankan Projek. Langkah 1 : Penentuan tajuk dan skop Projek. Langkah 2 : Penilaian awal projek. Langkah 3 : Pelaksanaan strategi. Langkah 4 : Pemprosesan Maklumat. Langkah 5 : Penilaian hasil projek. 4. Kontrak Pembelajaran juga dikenali sebagai Perjanjian Pembelajaran iaitu suatu persetujuan atau kontrak yang dibuat di antara guru dengan pelajar ( individu / kumpulan) dilakukan secara bertulis. meliputi kriteria yang berkaitan dengan penghasilan tugasan iaitu : 1. Bentuk akhir tugasan yang dihasilkan tahap manakah tugasan itu perlu disiapkan? 2. Bagaimana tugasan itu dilaksanakan 3. Berapa lama tugasan tersebut perlu disiapkan 4. konsekuen yang diterima oleh pihak yang gagal memenuhi atau mematuhi kontrak yang telah dibuat (penolakan markah) Ditandatangani apabila kedua belah pihak bersetuju dengan kriteria / syarat yang disenaraikan. Terdapat kompromi dalam kriteria yang dikenakan Kriteria ditetapkan oleh guru Cara-cara 1. Penilaian objektif tugasan Guru tentukan objektif, manakala pelajar tetapkan strategi pelaksanaan Guru sarankan beberapa set objektif, kemudia pelajar pilih mana-mana yang difikirkan paling sesuaI. Pelajar rangka beberapa objektif, kemudian guru persetujui mana2 yang paling sesuai 2. Hasil pembelajaran Pelajar bertanggungjawab terhadap strategi pembelajaran bentuk tugasannya sama ada dalam bentuk portfolio, laporan kajian, rencana dsb. Jenis atau bentuk hasil pembelajaran telah ditentukan terlebih dahulu oleh guru 3. Penilaian Pelajar nyatakan gred akademik yang diharapkan & sistem penggredan untuk keseluruhan dalam kontrak mereka Guru tentukan sistem penggredan & kaedah penilaian keseluruhan proses serta hasil tugasan Gred terakhir boleh dibincangkan. Kompromi di antara guru & pelajar

Fungsi Kontrak Pembelajaran 1. Pelajar mengenal pasti & merekod 2. Menetapkan objektif & matlamat pembelajaran kendiri 3. Kenal pasti kaedah2 yang akan diambil untuk mencapai matlamat tersebut 4. Tetapkan jangka masa pelaksanaan & penghasilannya 5. Pamerkan bukti yang menunjukkan objektif telah tercapai 6. Tentukan bagaimana & pada tahap mana pencapaian matlamat/tugasan dinilai 7. Beri peluang kpd pelajar untuk tentukan matlamat pembelajaran mengikut minat & keupayaan masing-masing 8. Hasilkan kerja yang terancang 9. Bantu pelajar membuat refleksi sepanjang proses penyiapan tugasan

B M M 3 1 0 3 | 13
berdasarkan syarat-syarat / kriteria tertentu Dibuat oleh individu berkenaan & rakan sebaya 4. Format / bentuk Keperluan tugasan/kontrak boleh dibuat dalam mengikut bentuk keperluan tugasan/kontrak & pihak yang terlibat Sesetengah kontrak/tugasan berbentuk formal; prosedur dinyatakan dengan jelas & rapi Terdapat juga berbentuk tidak formal tetapi terancang & jelas Dalam kontrak pembelajaran, penilaian selalunya berpusatkan pelajar, penggredan perlu dikawal oleh guru agar kesahannya tidak terjejas. Senarai semak bagi butiran yang hendak dinilai, bagaimana penggredan dibuat perlu dilampirkan. Senarai semak mesti disusun bersama penghasilan dan penilaian tugasan ataupun ditetapkan oleh guru dan dibentangkan kepada pelajar semasa membuat negotiation sebelum mematrikan kontrak. Matlamat yang hendak dicapai semasa melalukan tugasan perlu difikirkan terlebih dahulu. kemudian ditentukan pula kaedah dan prosedur serta jangka waktu yang akan diambil untuk menyiapkan tugasan tersebut. Kontrak akan menjadi dokumen yang akan mengingatkannya tentang objektif / tujuan kerjanya, tahap kerja yang disempurnakan di samping memberi maklumat tentang apa yang patut dilakukan. PENILAIAN KEMAHIRAN BAHASA : A. Penilaian Kemahiran Mendengar dan Bertutur. B. Penilaian Kemahiran Membaca. C. Penilaian Kemahiran Menulis. A. Penilaian Mendengar dan Bertutur. Menurut J. Floyd(1985) mendapati kajian kecekapan mendengar penting dan perlu diajar bersama 3 kemahiran lain. Berikut merupakan peratus kemahiran bahasa yang dikaji oleh J. Floyd. Kemahiran Mendengar----42% Kemahiran Bertutur----32% Kemahiran Membaca----15% Kemahiran Menulis----11% KEMAHIRAN MENDENGAR: Kemahiran mendengar merupakan satu kemahiran yang diperolehi secara semulajadi oleh penutur sesuatu bahasa. Kemahiran mendengar berlaku pada peringkat penerima. Tetapi kemahiran ini diabaikan dalam pengajaran bahasa. Sebenarnya kemahiran ini perlu diajar secara sistematis supaya pelajar akan berkebolehan mendengar dan menguasai kecekapan bahasa dengan berkesan.

SOAL JAWAB Guru akan dapat menilai murid-muridnya melalui soal jawab yang dijalankan di dalam kelas. Guru dapat mengetahui kelemhan setiap murid dalam sesuatu topik yang diajarkan Guru dapat mencari penyelesaian terhadap kelemahan yang dialami oleh murid. Jika ada di antara murid yang tidak faham tentang topik yang diajar, proses pembelajaran akan diulang semula. guru akan mengajar murid yang lemah itu dengan menggunakan kaedah yang lebih mudah lagi. Tujuannya supaya murid itu memahami serta mengikuti segala topik yang sedang diajar itu.

B M M 3 1 0 3 | 14
Penilaian Kemahiran Mendengar: 1. Tahap kebolehan murid-murid memahami maksud yang didengar dalam teks yang dirakamkan. 2. Terdiri daripada pelbagai jenis laras seperti laporan,ucapan, syarahan,perbincangan dan perbahasan. 3. Kecekapan berbahasa murid dapat dinilai melalui kemahiran mendengar seperti berikut: a. Petikan Laporan. -Berdasarkan petikan teks yang mengandungi satu peristiwa dan disampaikan oleh gaya bahasa laporan yang ringkas dan tepat. b. Petikan Ucapan. -Membuat rakaman berdasarkan teks yang mengandungi satu peristiwa dan disampaikan dalam gaya ucapan yang menggunakan bahasa, intonasi dan sebutan yang betul. c. Petikan Syarahan. -Teks yang mempunyai tajuk tertentu disampaikan dengan menggunakan bahasa ,intonasi, gaya dan suara yang menarik. d. Petikan Perbincangan. - Rakaman berdasarkan petikan teks yang mengandungi buah fikiran dalam situasi bilik darjah antara guru dengan murid-murid yang mengandungi isi dan idea yang jelas, tepat dan teratur. e. Petikan Berbahasan. - Rakaman berdasarkan petikan teks yang mengandungi buah fikiran dalam suatu perbahasan dengan menggunakan perbendeharaan kata dan susunan kata yang sesuai , gaya dan suara yang baik. KEMAHIRAN BERTUTUR: Kemahiran bertutur merujuk kepada keupayaan murid-murid menyampaikan maklumat ,pendapat ,perasaan serta idea yang kritis dan kreatif secara lisan dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberikan pada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai. Ia merupakan satu kemahiran semulajadi pada peringkat penglahiran. Satu kemahiran yang perlu ditiru dan diajuk. Melafazkan bunyi bahasa daripada alatalat artikulasi untuk berkomunikasi antara manusia. Penilaian Kemahiran Bertutur: Penilaian kemahiran bertutur dinilai dari segi sebutan ,tekanan,jeda, intonasi tatabahasa, kelancaran dan kefasihan. 1. Sebutan. Kecekapan berbahasa murid-murid jelas apabila pelajar mahir mengenal huruf dan bunyi setiap abjad ,suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat. Selain melatih murid-murid menyebut dengan tepat, mereka juga perlu bertutur dengan betul mengikut bunyi,ejaan dan makna. Biasanya kesalahan menyebut sering berlaku di kalangan murid-murid bahasa kedua. Gangguan bahasa ibunda yang sering menghalang pembelajaran mereka 2. Tekanan. Satu cara menyebut perkataan,frasa atau ayat dengan memberikan tekanan pada tempat-tempat tertentu. Biasanya tekanan dilakukan pada suku kata dan ia bertujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan. Lambang yang diberikan untuk tekanan itu ialah /?/. Dalam Bahasa Malaysia ,tekanan tidak membezakan makna. Ia hanya untuk menyedapkan percakapan atau bacaan ( Misalnya dalam bacaan sajak) atau untuk menandakan tempat atau aspek yang perlu diberi perhatian..

B M M 3 1 0 3 | 15
3. Jeda. Disebut sebagai persendirian. Unsur ini digunakan untuk memisahkan elemenelemen lingustik seperti perkataan, rangkai kata atau ayat. Jeda digunakan sebagai hentian sebenar. Lambang jeda ditanda seperti ini # dan apabila digunakan ia boleh membawa makna yang berbeza. 4. Intonasi: Intonasi:adalah keadaan yang menaik dan menurun sewaktu sesuatu ayat dilafazkan. Ia kadangkala disebut nada suara. Intonasi ayat dalam Bahasa Malaysia biasanya tidak sama dan berbeza-beza mengikut jenis ayat yang dituturkan. Intonasi boleh menurun ,menaik, mendatar, meninggi dan sebagainya. Misalnya, Ayat Tanya mempunyai intonasi yang menaik di akhir ayat manakala Ayat Penyata mempunyai intonasi yang menurun. 5. Tatabahasa: adalah system, peraturan atau undangundang yang menggabungkan perkataan untuk membentuk ayat. Antara aspek yang dinilai ialah fonologi, morfologi dan sintasis. 6. Kelancaran: Kelancaran bermaksud boleh bertutur atau bercakap dengan baik dan kemas. Dinilai melalui kelancarannya menyampailkan idea, pandangan atau hujah yang baik, bernas, licin dan teratur. 7. Kefasiran: Kefasiran bererti boleh bercakap bukan sahaja dalam bentuk yang kemas,teratur, dan lancar tetapi boleh membunyikan kata atau menyebut perkataan yang dituturkan itu secara tepat dan jelas. Ini bererti seseorang itu menuturkan bahasa itu seperti seorang penutur jati. Tujuan kemahiran lisan: 1. Menyebut perkataan atau ayat dengan betul. 2. Melatih murid-murid mendengar dan mamahami pertuturan orang lain. 3. Melatih murid agar berkeyakinan dan percaya kepada diri supaya berani bercakap, menyatakan perasaan dan kehendak. 4. Membolehkan murid bertutur menggunakan ayat yang tersusun, perkataan yang sesuai dan perbendaharaan kata yang luas. 5. Untuk berinteraksi dengan orang lain untuk menyampaikan perasaan ,kehendak dan lain-lain. Penilaian Kemahiran Bertutur dalam lisan: i. Guru berperanan mengenalpasti tahap kebolehan murid dalam menguasai bahasa. ii. Murid-murid diberi peluang untuk membaca petikan, menjawab soalan dan mengemukakan pendapat. iii. Dapat dilihat melalui pemikiran secara kritis dan kreatif dalam menyampaikan idea. penilaian Kemahiran Membaca: Ia merupakan kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh murid-murid. Penilaian kemahiran membaca penting untuk guru-guru mengetahui tahap kemajuan murid-murid. Penilaian ini boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk penilaian dan jenis pengujian. Kemahiran mem,baca merupakan keupayaan murid-murid membaca ayat dengan lancer serta sebutan ,intonasi dan jeda yang betul. Penekanan perlu diberikan kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara krirtis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca.

B M M 3 1 0 3 | 16
Ciri-ciri Penilaian Membaca: 1. Merupakan satu proses yang berterusan. 2. Menjelaskan kemajuan pembelajaran seseorang. 3. Penilaian menghendaki sampel kerja ,murid yang mencukupi. 4. Boleh dilakukan secara penilaian dengan sendiri. 5. Terbuka dan tiada batasan. 6. Teknik penilaian seharusnya member peluang kepada murid merasai perubahan tingkah laku yang ingin dicapai oleh mereka. Matlamat Afektif: 1. Penilaian ini harus menimbulkan perasaan dan sikap murid terhadap bahan yang dibaca. 2. Murid-murid dinilai secara berterusan dengan jujur dan adil agar pelajar dapat mengalami setiap aras kesukaran iaitu dari mudah kepada kompleks. Proses Penilaian Membaca dibahagikan kepada 3: 1. Mengenal pasti idea keseluruhan. 2. Mengenal idea utama dan sokongan. 3. Membuat ramalan dan kesimpulan. 4. Mengenal pasti idea keseluruhan: i. Mesej utama yang disampaikan penulis. ii. Mengesan pandangan, pendapat , emosi penulis. 5. Kenal pasti prinsip penulisan: i. Pengelasan mengikut kronologi. ii. Pengelasan mengikut hierarki. iii. Pengelasan mengikut ciri-ciri. 6. Mengenal idea Utama dan Keterangan: a. Idea Utama. -satu atau lebih idea utama. -satu idea utama dalam satu perenggan b. Sokongan -Huraian atau keterangan yang menyokong idea utama. -Disertai dengan contoh-contoh. Membuat Ramalan dan Kesimpulan: a. Dibuat sesudah pembaca mengesan isi tersirat. b. Mesti baca dan teliti seluruh teks. c. Tidak semestinya disokong dengan contoh dan keterangan. d. Lahir daripada resolusi dan kefahaman pembaca. Penilaian Kamahiran Menulis: Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang penting dan mesti diajar. Penulisan merupakan satu aspek penting dalam merakamkan bahasa yang melibatkan fikiran, pengetahuan, teknik dan gaya. Teknik pengujian yang paling kerap digunakan bagi menguji kemahiran penulisan murid-murid ialah menulis karangan. Tujuan Penilaian Menulis: 1. Untuk mengetahui sejauh mana muridmurid telah menguasai kemahiran menulis dalam sesuatu bahasa. 2. Menurut Heaton(1988), kemahiran ini bukan sahaja memerlukan penguasaan aspek tatabahasa dan retorik tetapi juga unsure konseptual dan penilaian. 3. Komponen kemahiran menulis Heaton: Menggunakan bahasa,kemahiran mekanikal, penggunaan isi, gaya dan kemahiran menilai.

Matlamat Dalam Penilaian Kemahiran Membaca Dibahagikan Kepada 3: 1. Matlamat Persepsi. 2. Matlamat Kognitif. 3. Matlamat Afektif. Matlamat Persepsi: 1.Dalam penilaian, murid-murid harus prihatin terhadap kebolehubahan. 2.Mereka boleh menyesuaikan kadar membaca dan peka terhadap sesuatu konsep perkataan. Matlamat Kognitif: 1. Untuk mencapai matlamat ini dalam penilaian,keprihatinan harus ditumpukan terhadap jenis aras pemukiran yang digunakan semasa membaca.

B M M 3 1 0 3 | 17
Jenis Ujian : 1. Ujian pencapaian yang berkait rapat dengan sesuatu kursus bahasa atau sukatan pelajaran. 2. Bertujuan menentukan pencapaian muridmurid dalam objektif bpelajaran yang diikuti. 3. Ujian pencapaian kemajuan adalah ujian pencapaian yang digunakan untuk mengukur kemajuan murid-murid dalam sesuatu kursus. 4. Ujian diagnostik adalah untuk mengesan kekuatan dean kelemahan murid-murid dalam kemahiran mengarang. Cara menguji: 1. Seperti mencatat nota, mengembangkan maklumat berasaskan nota, mengisi borang, menulis surat dan menulis karangan berbentuk cerita, huraian, laporan dan perdebatan. 2. Peringkat awal penulisan boleh diuji dengan menyambung ayat. 3. Peringkat tinggi boleh diuji dalam tugasan. Jenis Tugasan: i. Tugasan-tugasan Bebas. Pelajar diberi satu tajuk dan pelajar dikehendaki menulis tanpa bimbingan guru. ii. Tugasan Berpandu. Pelajar diberi ransangan dalam bentuk graf, jadual, gambar atau bahan bahasa yang lain untuk ditulis. Tugasan Berdasarkan Pengalaman. Pelajar diberi peluang mendapat bahan dan kemahiran melalui pengalaman ,sebelum mereka diberi tugasan yang sebenar untuk dilaksanakan. Penulisan Ujian: Untuk kesahihan isi dan juga kesan yang baik ke atas pengajaran ,pilihan antara kemahiran menulis ini perlu dibuat untuk diuji. Sebelum ujian ditulis, perlu diadakan spesifikasi ujian iaitu maklumat tentang isi ,format, masa yang diperuntukkan ,peringkat perlakuan mengikut kriteria yang tertentu dan cara memberi markah. Isi Ujian: i. Tugasan-tugasan yang perlu dilaksanakan oleh pelajar dalam ujian penulisan harus berdasarkan sukatan pelajaran. Tugasan ini memerlukan pelajar menulis dengan menggunakan kemahiran menulis yang sesuai dengan jenis teks. ii. Jenis karangan . cerita ,huraian ,laporan,ulasan dan pengumuman,arahan ,nota, surat kiriman dan lain-lain. iii. Penerima /pembaca. Orang yang menerima(membaca)apa yang ditulis pelajar. iii. iv. Format dan masa. Ujian dibentuk mengikut struktur termasuklah peruntukan masa dan jenis soalan. Kepentingan Skim Permarkahan Dalam Teknik Penilaian Menguji dan mengukur kebolehan murid menyusun fikiran dan pendapat serta melahirkannya dengan menggunakan perkataan,gaya dan bahasa sendiri dalam bentuk komunikasi tulisan. Dilihat dari sudut ketekalan pemarkahan dan kebolehpercayaan pengukuran, skim pemarkahan dianggap sangat penting bagi seorang pemeriksa atau kumpulan pemeriksa. Skim pemarkahan karangan sesuatu bahan pemeriksaan membuktikan antara lain subkemahiran yang perlu diukur dan dinilai. Penilaian Berdasarkan 3 aspek kebolehan dalam karangan: 1. Isi karangan 2. Penyusunan 3. Bahasa Tujuan Skim Pemarkahan Disediakan Untuk Para Guru atau Pemeriksa. 1. Mengurangkan unsur-unsur subjektif dengan memasukkan unsur-unsur keobjektifan dalam sisitem pengukuran dengan menggunakan skala tertentu.

B M M 3 1 0 3 | 18
Mengawal ketekalan pemarkahan pemeriksa dengan menggunakan panduan gred yang standard dalam proses pemarkahan dan mengawal kebolehpercayaan pengukuran yang dihasilkan. 3. Menyenaraikan semak sub-sub kemahiran penting yang berkaitan dengan sesuatu kemahiran. 4. Mengkuantitikan kemahiran dalam bentuk markah dan markat. Dua Teknik Penilaian Dalam Karangan: a. Teknik Global(Holistik) i. Pemeriksa menilai kualiti sesuatu karangan berdasarkan tanggapan pemeriksa secara keseluruhan. ii. Merunut Heaton(1979), sebaik-baiknya 3 atau 4 orang pemeriksa menilai karangan dan 1 persetujuan diambil untuk menentukan mutu karangan itu. iii. Terdapat skala pemarkahan yang menggunakan skala 5 mata, 10 mata dan sebagainya. iv. Skema pemarkahan yang menggunakan teknik global menurut Azman Wan Chik. 10 Markah- cemerlang.Daripada semua aspek prestasinya tinggi. Cemerlang dalam perbendaharaan kata, tatabahasa,gaya dan lainlain. 9 Markah- Amat Baik. Lebih tinggi pencapaian daripada 8 . 2. 8 Markah- Baik. Walaupun jelas. 7 Markah- Hampir Baik. 6 Markah- Sedang. 5 Markah- Boleh Diterima. 4 Markah- Lemah. 3 Markah- Terlalu Lemah. 2 Markah- Buruk 1 Markah- Tidak Berkemanpuan Langsung. 0 Markah- Tidak Ada Sambutan. b. Teknik Perincian(Analitikal) i. Teknik perincian ialah cara pemarkahan yang menganalisa atau memecahkan kemahiran penulisan kepada beberapa aspek yang dianggap penting dalam menghasilkan karangan yang baik. ii. Tiap-tiap satu aspek subkemahiran itu dinilai secara berasingan. iii. Heaton (1979) berpendapat bahawa 5 aspek yang penting yang perlu diteliti secara berasingan adalah: tatabahasa,perbendaharaan kata,kaitan isi dengan tajuk, kelancaran dan aspek mekanis. iv. Setiap aspek diberi sebanyak 5 markah. 5 Markah-Sangat Baik 4 Markah-Baik 3 Markah-Sederhana 2 Markah-Lemah 1 Markah-Sangat Lemah Menurut Abdul Aziz Abdul Talib(1993) sub kemahiran adalah seperti berikut. i. Kemahiran struktur dan gaya. Kemahiran ini menekankan kebolehan menulis ayat yang betul, manipulasi ayat dan menggunakan bahasa secara berkesan. ii. Kemahiran memilih isi. Kemahiran ini menekankan kebolehan memilih isi karangan yang sesuai dengan tajuk. iii. Kemahiran perbedaharaan kata. Kemahiran ini mencakupi kebolehan memilih , menggunakan perkataan beragam dan luas dengan tepat dan berkesan iv. Kemahiran menyusun. Kemahiran ini memerlukan kebolehan menyusun isi atau idea yang berkaitan secara teratur dalam turutan yang paling logic dan berkesan. v. Kemahiran Mekanis. Kemahiran ini mencakupi kebolehan mengeja, menggunakan tanda baca ,pemerengganan dan tulisan yang boleh dibaca.

You might also like