4.Membezakan antara pembolehubah Kualitatif dan Kuantitatif
Pembolehubah adalah ciri ahli-ahli populasi yang dikaji. Contoh pembolehubah yangmengukur ciri populasi adalah umur, pendapatan, berat badan, jantina, taraf perkahwinan, jumlahharta yang dimiliki dan sebagainya.Pembolehubah kualitatif merupakan satu pembolehubah yang tidak dinyatakan dalam bentuk nombor. Sebagai contoh, jantina, keturunan seseorang, taraf pendidikan, gred getah, gredkoko dan lain-lain. Pembolehubah Kuantitatf pula merupakan pembolehubah yang dinyatakandalam bentuk nombor, contohnya adalah tinggi, berat badan seseorang, jumlah pendapatan bulanan, bilangan kereta yang mengunakan kereta di lebuhraya dan sebagainya. Pembolehubahkuantitatif boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu pembolehubah kuantitatif diskret dan pembolehubah kuantitatif selanjar.
5.Menerangkan aras pengukuran : nominal, ordinal, selang dan nisbah.Asas Pengukuran Nominal
Data adalah kualitatif yang diklasifikasikan kepada kategori sahaja. Dengan perkataan lain, iamerupakan data yang tidak boleh diukur dan tidak ada unit ukuran yang digunakan. Data jenis iniadalah semata-mata untuk dibilang sahaja. Jenis data lain yang tergolong dibawah kategori iniadalah data, Jantina, bangsa, agama, jenis pekerjaan dan sebagainya. Untuk memudahkan pemprosesan data nominal tersebut, kategori-kategori tersebut diberikan kod tertentu, 1 2 3 4…..dan sebagainya. Kod tersebut tidak boleh digunakan untuk membuat perbandingan antara satusama lain. Data nominal tidak mempunyai taburan tertentu atau ia dikenali sebagai data bukan parametrik.
Leave a Comment