KONSEP PEJABAT@RUMAHKonsep “bekerja dari rumah” atau “
work from home
” merujuk kepada mereka yang bekerja darikediaman mereka, rumah, apartmen, kondominium dan sebagainya. Mereka mungkin bekerja untuk diri sendiri ataupun bekerja untuk sesebuah syarikat tetapi tidak perlu berada di premis pejabatmajikan untuk melaksanakan kerja harian mereka secara sepenuh masa atau atas dasar perlu sahaja.Penganalisis ekonomi berpendapat bekerja dari rumah adalah cara bekerja masa akan datang. Di negara Amerika Syarikat umpamanya, bekerja dari rumah sedang pesat berkembang dengan kadarpertumbuhan tahunan kira-kira sepuluh peratus. Keinginan untuk mencapai
economic self-sufficiency
memberi motivasi dan semangat kepada ramai penduduk negara itu untuk memasarkan kemahirandari kediaman mereka bagi memperolehi pendapatan.Perkembangan semasa ini mendorong semakin ramai orang di seluruh dunia untuk mengurus semulakehidupan mereka dengan bekerja dari rumah atau memulakan perniagaan dari rumah. Konsep ini bolehmenjadi sumber pendapatan utama seseorang ataupun kerjaya separa-masa bagi memperolehi pendapatansampingan untuk keluarga mereka.Inovasi dan perkembangan pesat dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT),terutamanya internet telah membuka peluang bagi membolehkan orang ramai bekerja dari rumah.Dari pengalaman negara Barat, didapati bahawa sebahagian besar pengamal konsep bekerja dari rumahmemulakannya secara sambilan terlebih dahulu. Seterusnya, pekerjaan tersebut akan berkembangmenjadi pekerjaan sepenuh masa dan sumber pendapatan utama.Di Malaysia, konsep bekerja dari rumah telah mula dipraktikkan olehmasyarakat tempatan, tetapi belum lagi diamalkan secara meluas.Kini terdapat sebilangan individu di Malaysia yang sudahpunmenjalankan kegiatan bekerja dari rumah secara kecil-kecilan.
I. Pendahuluan
Buku Panduan
•
Pejabat@Rumah1
Leave a Comment
ada sesiapa yang ada pengalaman join jawatan ini? mintak tolong bagi pendapat