You are on page 1of 25

PENGENALAN Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, sosio adalah berkaitan dengan faktor sosial manakala budaya pula

adalah tamadun, kemajuan fikiran, akal budi & mengenai budaya (Kamus Dewan Edisi ke-4). Selain itu, kebudayaan terdiri daripada semua hasilan yang dikongsi bersama oleh masyarakat atau berlaku dalam satu kelompok (Mohd Salleh Lebar, 1998; Pengenalan Sosiologi Sekolah & Pendidikan). Budaya atau kebudayaan (daripada perkataan Sanskrit buddayah, yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi, yang bermaksud budi pekerti atau akal) secara amnya membincangkan hal-hal berkaitan budi dan akal manusia. Ahli antropologi dan sosiologi membuat persetujuan umum tentang konsep budaya yang meliputi pelbagai aspek kehidupan sosial seperti adat perkahwinan, kehidupan keluarga, cara bersantai, pola pekerjaan, dan sebagainya. Dalam hal ini Robert B. Taylor (1871) menegaskan bahawa kebudayaan adalah keseluruhan kompleks yang mengandungi antaranya pengetahuan, kepercayaan, keseniaan, tatasusila, undang-undang, moral, adat resam dan apa jua kebolehan serta kebiasaan yang didapati oleh manusia sebagai ahli sesebuah masyarakat. Sharifah Md. Nor (1992) berpendapat bahawa budaya ialah suatu amalan yang merangkumi nilai, kepercayaan, tingkah laku dan objek-objek material yang meliputi cara hidup sesebuah kelompok manusia tertentu. Lima komponen utama budaya yang ada

pada tiap-tiap kelompok sosial, iaitu simbol, bahasa, nilai, norma dan objek material. Harry Hoijer menjelaskan bahawa budaya ialah bidang yang mencakupi ilmu pengetahuan, kepercayaan, seni, akhlak, undang-undang, dan adat resam yang

diwarisi oleh seseorang individu ahli masyarakat . Budaya dapat ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban. Ia juga dimaksudkan dengan kemajuan fikiran dan akal

budi iaitu merangkumi cara berfkir dan berkelakuan. Asmad (1990: 1) menyatakan budaya adalah berasal daripada perkataan budi dan daya. Dua perkataan itu dirangkumkan menjadi budaya. Bu memberi maksud asli, menyenangkan, bahkan dimuliakan. Daya mengandungi erti akal, jalan fikiran, ciptaan atau bikinan dan yang seumpamanya manakal Mohamed Yusoff Ismail (1992) ada menjelaskan bahawa budaya merupakan satu cara hidup atau warisan sosial yang merangkumi kedua-dua idea dan amalan hidup sesebuah masyarakat. Daripada kesemua pengertian ini, budaya bolehlah disimpulkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok masyarakat. Sosiobudaya pula dapat ditakrifkan sebagai hubungan masyarakat dengan budaya seperti cara hidup, adat istiadat dan lain-lain (Kamus Dewan Edisi Ke-4). Proses pengajaran dan pembelajaran adalah sangat penting bagi

menyampaikan pengetahuan kepada para pelajar. Proses ini mempunyai pelbagai kaedah dan teknik. Kaedah pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada tindakan guru yang berurutan dan bersisitematik bagi memastikan objektif pengajaran dapat dicapai. Selain itu, kaedah pengajaran dan pembelajaran juga mempunyai beberapa langkah yang memerlukan pelajar terlibat secara aktif. Teknik pengajaran dan pembelajaran pula adalah bahagian kecil dalam sesuatu kaedah yang digunakan dan ianya melibatkan kemahiran guru dalam merancang dan melaksana kaedah mengajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran seperti sumbangsaran, syarahan, bercerita, simulasi, demonstrasi, perbincangan, tunjuk cara, permainan dan lakonan.

Kepelbagaian

sosio-budaya

zaman

sekarang

di

negara

kita

akan

memberikan kesan langsung kepada perkembangan sistem pendidikan secara umumnya dan kepada suasana pembelajaran secara khasnya. Oleh yang demikian, sebagai pendidik adalah penting untuk mereka mengetahui peranan guru dan murid dalam usaha untuk memberikan pendidikan yang seimbang kepada semua murid dari pelbagai kaum dan latar belakang. Pengetahuan ini akan menghakis sikap prejudis guru dalam menangani kepelbagaian sosio budaya murid, khususnya ketika mengendalikan aktivitinya dalam sesi pengajaran dan pengajarannya.

Implikasi kepelbagaian sosio budaya

guru

murid

Pengurusan kelas

Implikasi kepelbagaian sosio-budaya terhadap pengurusan kelas dapat mewujudkan perpaduan sesuai dengan konsep 1 Malaysia yang diwar-warkan oleh kerajaan. Kelas atau bilik darjah merupakan tempat di mana proses pengajaran dan pembelajaran berlaku (Boon Pong Ying,1998). Sebuah bilik darjah dilengkapi kemudahan-kemudahan asas seperti meja, kerusi, papan hitam dan sebagainya. Peralatan-peralatan tersebut perlu disusun rapi agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Di samping itu, susunan peralatan seperti kerusi-meja memainkan peranan penting dalam aktviti pengajaran dan pembelajaran kerana dapat mewujudkan persekitaran yang kondusif, menyeronokkan dan membentuk perpaduan antara kaum atau konsep 1 Malaysia seperti mana yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Bilik darjah juga boleh ditafsirkan sebagai sebuah bilik di sekolah di mana sekumpulan pelajar mempelajari ilmu pengetahuan( Ragbir Kaur,1998). Ia juga merupakan satu peluang pembelajaran berlaku dan meliputi pelajar-pelajar dan guru berkomunikasi antara satu dengan yang lain.interaksi antara guru dengan murid(Melayu, Cina, India) merupakan aspek penting dalam mencapai gagasan 1 Malaysia. Peringkat sekolah secara amnya, dapat diterapkan pelbagai idea dalam merealisasika Buluh,Biarlah gagasan Dari 1 Malaysia.. Bak kata pepatah melayu Melentur dalam

Rebungnya.

Aspek

kepelbagaian

sosio-budaya

pengurusan kelas memainkan peranan dalam merealisasikan perpaduan kaum di dalam kelas malah di sekolah secara amnya. Keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada pengurusan kelas oleh guru.

Antara implikasi kepelbagaian sosio-budaya terhadap pengurusan kelas ialah penyusunan bilik darjah di mana aspek ini dilihat boleh mewujudkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India di dalam sesebuah bilik darjah. Susunan bilik juga darjah dapat mempengaruhi faktor psikososial murid-murid malah dapat melatih kemahiran sosial, komunikasi, interpersonal dan intrapersonal(Choong Lean Keow,2008). Hal ini juga membantu murid-murid yang terdiri daripada pelbagai sosio-budaya bersosialisasi di dalam kelas. Bagi menyokong pernyataan ini, susunan meja gaya auditorium sesuai bagi mewujudkan perpaduan selaras dengan konsep 1 Malaysia dan rasionalnya, murid-murid yang terdiri daripada Melayu, Cina dan India yang diletakkan berpasangan akan berkomunikasi sesama mereka ketika melakukan aktviti pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, mereka juga boleh berkolaborasi dengan rakan di bahagian hadapan, belakang dan tepi mereka. Oleh itu, guru seharusnya meletakkan murid-murid tidak dalam kelompok kaum agar perpaduan dapat dicapai melalui bidang pendidikan.

Penyusunan bilik darjah melalui gaya bersemuka di mana murid belajar dalam keadaan bersemuka antara satu sama lain dan bersama-sama melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam 1 kumpulan. Gaya penyusunan bilik darjah ini dilihat salah satu cara untuk mewujudkan perpaduan di dalam kelas. Melalui gaya penyusunan ini, murid-murid yang terdiri daripada pelbagai

latarbelakang bangsa diletakkan dalam satu kumpulan dapat bekerjasama dalam melakukan aktiviti pembelajaran. Contohnya, murid Melayu, Cina dan India boleh berganding bahu dalam menyumbang idea untuk menjayakan pembentangan yang telah diberikan kepada mereka. Senario ini secara tidak langsung dilihat sebagai

satu usaha dalam mewujudkan keharmonian dan perpaduan kaum di sekolah dalam konteks bilik darjah selaras dengan konsep 1 Malaysia.

Gaya seminar juga dapat membantu guru dan sekolah dalam usaha mewujudkan perpaduan ketika di sekolah. Gaya ini dilihat dapat membentuk perpaduan kaum di dalam kelas kerana kumpulan murid yang terdiri daripada 10 orang duduk dalam bulatan, segiempat atau berbentuk U. peranan guru amat penting dalam gaya seminar kerana guru sebagai pembimbing dalam aktiviti pelajar dan menggalakkan murid-murid yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kaum bekerjasama dalam menyelesaikan masalah. Contohnya, murid Melayu, Cina dan India dalam kumpulan yang besar dapat menyelesaikan masalah dan sudah tentunya dapat memberikan pelbagai idea dan persembahan yang menarik seperti isu pakaian tradisional dalam subjek kajian tempatan. Sebagai tambahan, guru juga boleh menggunakan gaya kluster jika murid-murid didalam kelasnya mempunyai tahap kognitif yang membanggakan. Contohnya, dalam kelas matematik, guru boleh mengambil pelajar-pelajar pintar dari pelbagai kaum duduk dalam satu kumpulan. Hal ini,dapat membantu dalam aktiviti pembelajaran mereka serta menggalakkan persaingan yang sihat antara mereka untuk berjaya dan usaha untuk mewujudkan perpaduan akan tercapai.

Penyusunan meja dan kerusi secara kumpulan membawa kepada pengajaran berpusatkan pelajar. Hal ini akan menimbulkan minat dan semangat pelajar menyertai aktiviti pembelajaran. Guru sebagai pembimbing atau pemudahcara bagi

murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. murid juga mempunyai peranan secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, guru member tajuk pembentangan dan murid hanya mencari isi pembentangan yang telah terdapat dalam buku-buku teks atau rujukan. Melalui cara ini, perpaduan dapat dibentuk jika murid Melayu, Cina dan India diletakkan dalam satu kumpulan. Mereka berbincang dan bersama-sama menyelesaikan kerja yang telah diamanahkan, akan wujud semangat perpaduan di kalangan mereka.

Interaksi guru dan murid-murid berlainan kaum akan meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran kerana mereka dapat mengemukakan pendapat mereka. Selain itu, perkembangan sosio-emosi yang sihat dikalangan murid yang belajar dalam bentuk kumpulan dan pemupukan nilai-nilai seperti bertolak ansur, bekerjasama serta pertukaran idea akan membentuk perpaduan selaras dengan konsep 1 Malaysia yang diwar-warkan sejak kebelakangan ini. Aktiviti pembelajaran juga akan berlaku dengan lancar kerana mengikut kebolehan intelek pelajar dan hal ini akan menjimatkan masa guru dan pelajar. Kemahiran kognitif, afektif dan psikomotor akan dapat dipertingkatkan lagi agar mereka menjadi generasi yang bijak pandai.

Selain itu, aktiviti pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan merupakan aspek penting dalam pengurusan kelas yang berjaya malah membantu untuk mewujudkan perpaduan melalui aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai. Contohnya, penggunaan bahan bantu mengajar mempunyai unsur-

unsur kreatif akan menggalakkan murid untuk belajar seperti bahan maujud, persembahan elektronik(powerpoint) dan sebagainya. Oleh yang demikian, medium ini membantu membentuk perpaduan dengan isi pengajaran yang diajar oleh guru sebagai set induksi. Misalnya, tayangan video yang mempunyai unsur-unsur muhibbah di mana murid Melayu, Cina dan India dapat menimbulkan minat untuk mengajukan soalan serta idea dalam menjayakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Hal ini dapat mewujudkan situasi pembelajaran positif kerana penglibatan murid dalam member dan menerima isi pengajaran.

Guru yang cemerlang adalah guru yang mempunyai pelbagai kaedah dan teknik dalam menyampaikan isi pelajaran kepada muridnya. Justeru itu, guru perlu mempelbagaikan kaedah dan teknik dalam mengajar murid-murid mereka. Penggunaan keadah kolaboratif di mana murid dan guru bekerjasama dalam dalam konteks pengurusan kelas dilihat mampu mencapai perpaduan selaras dengan konsep 1 Malaysia. Misalnya, subjek matematik di mana guru memberi soalan dan murid menyelesaikan masalah. Dari segi aspek perpaduan, murid Melayu, Cina dan India bersama-sama menjawab soalan dan guru boleh mengambil jawapan yang berlainan daripada setiap murid yang berlainan kaum. Tugas guru ialah menerangkan sebab beliau melakukan aktiviti sedemikian untuk mengeratkan hubungan antara kaum dan menghapuskan jurang yang terdapat pada ketiga-tiga kaum tersebut.

Gabungan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran memastikan pengusaan kemahiran-kemahiran dan menggalakkkan perkembangan jasmani, emosi, rohani ,emosi dan sosial(JERIS) menyeluruh di kalangan murid Melayu, Cina dan India. Perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor akan berkembangan dengan lebih baik, perjalanan menimba ilmu akan lebih menyeronokkan kerana guru bijak menggunakan pelbagai kaedah dan teknik dalam usaha memikat minat muridmuridnya. Perkara ini juga merupakan usaha guru dalam membentuk perpaduan dalam kelas kerana kehendak perdana menteri untuk mewujudkan gagasan 1 Malaysia dan di sekolah merupakan medium yang sesuai untuk menanamkan semangat ini. Contohnya, kaedah lakonan di mana guru atau murid yang melakonkan sesuatu peristiwa seperti kemerdekaan, mengimbas peristiwa sejarah di mana mempunyai nilai-nilai perpaduan. Aspek penggunaan bahasa merupakan usaha ke arah perpaduan selaras dengan konsep 1 Malaysia. Di sini, guru memainkan peranan penting kerana pemyampaian guru dalam menyampaikan isi pelajaran haruslah difahami oleh semua murid tidak mengira jantina. Oleh itu, penggunaan bahasa standard(bahasa melayu) haruslah digunakan dengan sebaiknya agar perpaduan dapat dibentuk dan menggalakkan kaum bukan melayu untuk bertutur dalam bahasa kebangsaan iaitu bahasa melayu. Jika kesemua murid berlainan bangsa bertutur dalam bahasa standard maka perpaduan akan mudah dicapai dan tidak timbul isu penggunaan bahasa ibunda. Penggunaan bahasa standard akan memberi peluang sama rata kepada murid yang terdiri dari pelbagai latarbelakang sosio-budaya untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran. Aktiviti kearah peningkatan bahasa perlu disertai supaya tahap penguasaan bahasa mereka akan berkembang dari semasa

ke semasa. Perbendaharaan kata yang tepat akan membantu mereka mencapai kematangan sosial yang sepatutnya.

Dalam aspek pengurusan kelas, guru mesti merumuskan hasil pembelajaran yang telah dikembangkan melalui kaedah yang pelbagai. Guru juga harus menggerakkan minda murid untuk member rumusan berdasarkan pengalaman pembelajaran tersebut. Rumusan juga boleh dipindahkan dalam pelbagai cara seperti sajak, pantun, soal jawab dan sebagainya. Oleh yang demikian murid-murid yang berlainan kaum akan dapat mengambil bahagian dan mencuba untuk berpantun, bersajak, gurindam dan berpuisi dan sebagainya. Melalui aktiviti-aktiviti ini, dapat mengeratkan hubungan antara kaum dan pembelajaran akan lebih bermakna bagi murid Melayu, Cina dan India. Guru juga akan menerima manfaat daripada situasi ini kerana murid-murid member kerjasama yang sewajarnya kepada guru.

Di samping itu, murid digalakkan berinteraksi dengan mereka yang berlainan jantina dan kaum. Pada masa yang sama, mereka perlu diingatkan tentang batasan perhubungan dan isu sensitiviti yang melibatkan komunikasi sesama mereka agar tidak tercetus perbalahan. Segala aktiviti pembelajaran yang diikuti perlulah melibatkan rakan yang berlainan kaum dan jantina dan bersesuian dengan tugasan yang telah diberikan agar perpaduan dapat dibentuk. Misalnya, dalam aktiviti pendidikan jasmani, guru menggalakkan murid-muridnya berpasangan dengan kaum yang berlainan agar mereka dapat berinteraksi secara sihat. Sebelum, semasa atau

selepas melakukan aktiviti, guru boleh memberikan rasional aktiviti yang dijalankan agar mereka mengerti nilai-nilai yang terdapat dalam isi pelajaran tersebut. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa perpaduan boleh dibentuk jika murid-murid melakukan perkara yang sedemikian.

Di samping itu, keadilan guru dalam pengurusan kelas akan membawa pelbagai implikasi kepada sosio-budaya murid-murid yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang. Guru juga tidak seharusnya membezakan murid-murid mengikut kaum mahupun kelas sosial. Jika seorang guru melakukan perkara sedemikian, maka isu diskriminasi, perkauman dan terasa dipinggirkan akan timbul. Oleh yang demikian, akan wujud perasaan tidak gembira sebelum, semasa dan selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta akan mengundang pelbagai masalah. Oleh itu, seorang guru haruslah berlaku adil kepada semua pelajarnya tanpa mengira kaum. Misalnya, seorang guru yang mengajar subjek bahasa melayu perlu berinteraksi dengan memilih murid terdiri daripada kesemua kaum untuk mengajukan soalan supaya mereka tidak merasakan guru mereka pilih kasih dan pilih bulu semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

Dalam aspek pengurusan kelas, seorang guru perlu memahami murid di mana perlu mencari kelemahan dan kekuatan agar memacu mereka bergerak ke hadapan bersama-sama tanpa mengira kaum. Hal ini di mana guru perlu mengawasi setiap muridnya terutama kepada guru kelas supaya dapat mencari formula yang berkesan dalam menangani masalah berkenaan. Contohnya, guru-guru yang

mengajar subjek kritikal seperti matematik dan sains perlu peka dengan tahap pencapaian murid tanpa mengira kaum. Natijahnya, murid akan berasa diri mereka disayangi oleh guru,pendidik serta pembimbing. Hal ini akan menyemarakkan minat dan sikap positif mereka untuk belajar. Jika hal ini dilihat berkesan, sudah tentu perpaduan dan gagasan 1 Malaysia akan dicapai hendaknya.

Guru juga perlu adil dalam mengutamakan kebajikan murid tanpa mengira latarbelakang kaum. Dunia hari ini, murid tanpa mengira bangsa Melayu, Cina dan India tidak terlepas dari faktor kemiskinan kerana persaingan ekonomi yang semakin hebat. Bagi golongan yang tidak berkampuan, tentu tidak dapat menyediakan kelengkapan sekolah yang sempurna kepada anak-anak mereka. Justeru itu, guru di sekolah perlu peka dengan kekurangan murid-murid agar membuat usul supaya bantuan disalurkan kepada mereka yang kurang berkemampuan. Contohnya, guru boleh membuat pemerhatian dan penyelidikan mengenai taraf ekonomi dan seterusnya mengusulkan kepada pihak pentadbiran agar mereka dibantu dengan program-program seperti rancangan makanan tambahan, skim pinjaman buku teks, pakaian, bantuan alat tulis dan sebagainya. Secara tidak langsung, akan timbul perasaan hormat kepada bangsa lain dek kerana sikap prihatin dan tolong-menolong sesama manusia. Hal ini dilihat akan membangkit semangat perpaduan sesama murid kerana melihat guru berbangsa melayu menolong murid yang berlainan bangsa misalnya.

Dalam konteks keadilan, guru yang demokratik dapat mempengaruhi emosi pelajar dari segi cara menerima pelajar, menggalakkan mereka menyoal dan memuji pelajar dengan cara baik. Hal ini dapat membina suasana emosi yang menyenangkan dan selesa untuk belajar. Seorang pendidik yang mengajar dalam suasana demokratik akan mewujudkan keadaan di mana murid akan belajar dalam suasana yang tenang dan menunjukkan inisiatif, bekerjasama bertoleransi antara kaum. Hal ini dapat memupuk semangat perpaduan di dalam kelas secara amnya. Misalnya, murid-murid akan lebih bersemangat jika guru bersikap demokrasi dan tidak pilih bulu terutama dalam isu pemilihan kaum seperti tidak berat sebelah dalam soal-soal tertentu. Jika seseorang pelajar melakukan kesalahan, maka guru tersebut harus mengenakan hukuman yang setimpal dengan pelajar terbabit tanpa mengira kaum.

Soal peneguhan seperti pemberian markah, pujian perlu diberikan secara adil dan sewajarnya kepada mereka yang layak tanpa mengira kaum. Suasana emosi lebih berkesan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran jika peneguhan positif diberikan kepada mereka. Hal ini dapat menggerakkan mereka untuk belajar dengan lebih tekun. Guru perlu telus dalam memberi markah kepada murid agar mereka tidak mempertikaikan keputusan yang dibuat, pujian kepada murid juga perlu ikhlas dan tidak mempunyai sikap pilih kasih antara kaum. Hal ini akan menimbulkan perasaan iri hati terhadap guru maka perpaduan tidak akan dicapai jika isu ini timbul. Contohnya, guru tidak harus berat sebelah dalam menilai muridnya dari segi bangsa dan seharusnya berlaku adil jika murid berbangsa lain melakukan perkara positif,harus diberikan pujian yang sewajarnya.

Dalam menjalankan hal-ehwal pengurusan kelas misalnya, guru-guru perlu peka dengan isu sensitiviti murid-murid yang berlainan bangsa agar tidak timbul isu perkauman. Oleh yang demikian, guru perlulah menjaga isu-isu agama,fizikal, adat sesuatu kaum dan berusaha memelihara adat resam budaya masing-masing. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran,guru harus menanamkan nilai-nilai murni bermasyarakat di sebuah negara yang berbilang bangsa. Misalnya, pernyataan ini boleh dipraktikkan dalam subjek kajian tempatan, moral serta sivik dan

kewarnegaraan. Maka, perpaduan akan wujud melalui

aktiviti pengajaran dan

pembelajaran dalam subjek ini. Seterusnya, akan timbul unsur perpaduan dalam diri murid Melayu, Cina dan India kerana pendedahan ketika berada di kelas.

Kesimpulannya, kesan kepelbagaian sosio-budaya terhadap pengurusan kelas dapat mewujudkan perpaduan jika semua pihak mengambil peranan dalam usaha mewujudkan perpaduan di negara kita. Satu mekanisme perlu diambil dalam usaha memperkasakan konsep 1 Malaysia di seluruh negara tanpa mengira latar belakang bangsa agar negara kita dapat mendukung gagasan 1 Malaysia supaya melahirkan bangsa yang cemerlang,gemilang dan terbilang di masa hadapan.

Penghargaan Assalamualaikum, Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, kami dapat menyiapkan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan tanpa sebarang kesulitan. Pertama sekali, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing kami, Encik Nik Ghazali bin Nik Amin kerana telah banyak memberikan input yang berguna sebelum dan semasa projek ini disiapkan. Kami panjatkan syukur ke hadrat ilahi kerana mereka telah mengurniakan kedua ibu bapa yang banyak member sokongan kepada kami dalam menyiapkan tugasan ini, tanpa sokongan moral mereka, siapalah kami sebagai insan di atas muka bumi ini. Penghargaan juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak membantu kami dari segi perkongsian idea dan diskusi yang telah dijalankan, semoga Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas jasa tuan-tuan. Akhir sekali, terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menyiapkan tugasan ini. Jasa dan budi baik anda semua,tidak dapat kami balas, segala yang baik itu, dating daripada Allah dan segala kekurangan dalam menyiapkan tugasan ini,datangnya daripada diri kami sendiri. Sekian,terima kasih

Bibiliografi Boon Pong Ying. (1998). Pedagogi 1(semester 2) Shah Alam. Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Choong Lean Keow.(2008). Murid Dan Alam Belajar. Subang Jaya. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Choong Lean Keow.(2009). Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah laku. Subang Jaya. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang.(1993). Asas pendidikan 1(Sekolah dan Bilik Darjah). Subang Jaya. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. (2001). Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan(semester 2) Kuala Lumpur . Percetakan Sentosa (K.L) Sdn.Bhd.

Syed Ismail Bin Syed Mustapa. (2010). Budaya Dan Pembelajaran Puchong. Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd

NAMA :MUHAMMAD FAIZ BIN ABDUL RAHIM NO KAD PENGENALAN :881027-56-5953 PROGRAM : PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN(PISMP) AMBILAN JANUARI 2008 UNIT :PENGAJIAN SOSIAL 1 (SEMESTER 5) NO KAD MATRIK : 4163 ASAL : KUALA LUMPUR MOTO HIDUP : USAHA ITU,TANGGA KEJAYAAN

PENGURUSAN KELAS SOSIOBUDAYA

1 MALAYSIA

You might also like