Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
0Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
New Microsoft Office Word Document

New Microsoft Office Word Document

Ratings: (0)|Views: 0 |Likes:
Published by Nur Atikah Awang

More info:

Published by: Nur Atikah Awang on Oct 18, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/18/2012

pdf

text

original

 
REFLEKSIPROGRAM BINA INSAN GURU FASA 2 SIRI 1DERMA DARAH
 Nor Anisamrah binti RasaminPISMP 2.12 Pendidikan Prasekolah Alhamdulillah, program yang dilaksanakan telah berjalan dengan lancar. Saya telahmenyertai Program Bina Insan Guru Fasa 2 Siri 1 iaitu Program Derma Darahbertempat Dewan Besar Nik Mahyudin Musa, IPG Kampus Pendidikan Islam. Programini telah dianjurkan oleh PISMP Semester 2 ambilan Januari 2012 dengan kerjasamaUnit Kokurikulum IPG Kampus Pendidikan Islam dan Pusat Darah Negara. Program inibermula lebih kurang jam 8 pagi dan berakhir selepas waktu asar. Program sehari yangdijalankan itu sangat memberi makna kepada saya.Sebelum ini, saya pernah menyertai program sedemikian sebagai pendermadarah di sekolah menengah dahulu. Saya masih ingat situasi dan keadaan yangberlaku ketika itu. Saya terbayang lagi saiz jarumnya yang agak besar. Meremangbulu roma saya. Itulah pertama kali saya menderma darah. Agak lama juga sayaberbaring di atas katil menunggu plastik itu penuh. Saya tidak tahu apa nama khas bagiplastik darah itu. Jadi saya menggelarnya plastik darah. Setelah penuh, jururawatmencabut jarum daripada lengan saya. Saya dikehendaki menunggu darah berhentimengalir. Setelah 30 minit, darah masih belum berhenti mengalir dan saya mulamerasa pening. Guru bertugas ketika itu bertungkus lumus menghentikan darahdengan mengangkat kaki saya ke atas sementara saya berbaring di atas lapisan kotakyang telah dikoyakkan. Rakan-rakan juga turut membantu dengan mengipas sayauntuk meredakan kepanasan. Guru bertugas terpaksa melakukan tugas tersebutkerana para doktor dan jururawat ketika itu telah balik. Akibat daripada peristiwa ini,saya mengalami trauma dan fobia dengan darah. Apabila tiba program ini, saya sangatberdebar dan risau jika saya pengsan ketika menderma nanti. Saya pernah mengujidarah di Klinik Bandar Baru Bangi untuk mengesan virus denggi. Walaupun saya
 
melihat darah yang diambil hanya 2ml, jantung saya berdegup dengan pantas danpening. Saya sangat takut tetapi saya tidak mahu terusberasa trauma. Saya mesti menguasai ketakutan ini. Namun, Allah SWTMaha Mengetahui. Saya tidak boleh menderma darah kerana tidak layak.Saya mempelajari bahawa perempuan yang mengalami pre-menstrual tidakboleh menderma darah. Maka, saya menjadi pemerhati sahaja pada haritersebut.Kami telah mengikuti aktiviti senaman sebelum program bermula. Aktiviti inipenting untuk mengelakkan rasa gemuruh kepada penderma. Setelah itu, kamimendengar taklimat daripada wakil pusat darah negara mengenai derma darah. Antarahal yang perlu dilakukan oleh para penderma ialah mengisi borang dan doktor akanmemeriksa penderma sekiranya layak untuk menderma. Seorang penderma darahmesti berumur antara 18 tahun hingga 65 tahun dan berat badannya mesti lebihdaripada 45 kilogram. Saya juga mendapat tahu bahawa setiap penderma darah mestisihat dan tidak menghidap penyakit kronik. Selain itu, seorang penderma mesti tidur sekurang-kurangnya 5 jam pada malam sebelum menderma.Saya banyak melihat ragam manusia ketika menderma darah. Walaupun darahkita sama berwarna merah, tetapi setiap darah ini mempunyai jenis yangberlainan. Jenis darah yang ada ialah O, A, B dan AB. Saya berdarah a rhesusnegatif. Ada pensyarah mengatakan bahawa orang yang mempunyai darah negatif sangat berisiko ketika melahirkan anak. Hal ini disebabkan darah negatif sangat sukar menerima darah positif. Kelajuan darah orang yang mengalir keluar jugaberbeza. Saya melihat beberapa orang kawan saya yang berbaring dengan lama diatas katil kerana darah mereka sangat lambat memenuhi ruang plastik darah.Menderma darah dapat menyelamatkan nyawa orang lain. Selain itu, menderma darahboleh merangsang badan menghasilkan lebih banyak sel darah baru.Saya mempelajari bahawa sebagai manusia, kita mesti bertoleransi antara satusama lain. Untuk memastikan kelancaran program ini, setiap pihak perlu bekerjasama.Justeru, penghasilan kertas kerja sangat penting. Kuliah kami ditugaskan untukmengurus pendaftaran pada hari tersebut. Persepsi awal sangat penting. Sekiranya

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->