You are on page 1of 4

DEFINISI KOMUNIKASI Komunikasi merupakan aktiviti keperluan bagi setiap individu, kerana ia berlaku setiap hari.

Komunikasi adalah proses berterusan yang melibatkan pemindahan maklumat daripada sumber kepada penerima dan ada maklum balas di antara kedua-duanya (Abram, 1986 ). Selain itu komunikasi juga merupakan sesuatu mesej daripada penyampai kemudian dipindahkan menerusi alat atau saluran khas kepada penerima yang kemudiannya memberi maklum balas terhadap mesej tersebut yang mengembalikan isyaratedalam bentuk yang sama ada mesej tersebut difahami atau tidak difahami (Sulaiman Md Yasin, 2002). KONSEP KOMUNIKASI KHALAYAK Komunikas terbahagi kepada dua bentuk iaitu komunikasi intrapersonal dan komunikasi interpersonal. Komunikasi intrapersonal satu bentuk komunikasi yang berlaku apabila individu terbabit bermonolog dengan diri sendiri. Komunikasi interpersonal pula merupakan satu bentuk komunikasi yang melibatkan beberapa beberapa individu yang teerdiri daripada penyampai dan khalayak.. Komunikasi interpersonal juga mempunyai mesej tertentu semasa proses ini berjalan. Komunikasi khalayak merupakan satu bentuk komunikasi yang melibatkan komunikasi interpersonal. Komunikasi khalayak terbahagi kepada 2 jenis iaitu, komunikasi khalayak umum dan komunikasi khalayak khusus. Komunikasi khalayak umum ialah satu bentuk komunikasi yang melibatkan mereka yang menjadi sasaran umum sumber komunikasi. Komunikasi khalayak khusus pula melibatkan individu atau kelompok masyarakat yang tertentu sahaja. Individu terbabit mempunyai dan dipengaruhi minat yang tertentu.sahaja. MATLAMAT KOMUNIKASI KHALAYAK Setiap aktiviti komunikasi khalayak yang disampaikan oleh penyampai mempunyai matlamatnya yang tersendiri. Antara matlamatnya ialah, memberi pemahaman kepada khalayak. Penyampai memainkan peranan penting dalam proses ini . Keadaan ini perlu supaya penerima memahami apa yang disampaikan serta memberi manfaat kepada penerima....

PENGENALAN KEPADA KOMUNIKASI Menurut Sulaiman Masri (1997:3), Komunikasi membabitkan perlakuan kita setiap hari. Perlakuan itu boleh berbentuk pertuturan, penulisan atau penyelidikan. Pertuturan merupakan gaya atau cara menuturkan perkara tertentu; Penulisan merupakan kegiatan menulis atau mengarang topik tertentu, manakala penyelidikan merupakan perbuatan mencari dan mengumpul maklumat tertentu. Dengan demikian, kebijaksanaan kita berkomunikasi bergantung banyak pada kemahiran-kemahiran pertuturan, penulisan dan penyelidikan. Lebih baik kemahiran-kemahiran ini dikuasai, maka lebih berkesanlah kita berkomunikasi. Manakala Emery, et.al. (1965) mentakrifkan komunikasi sebagai seni memindahkan maklumat, idea, dan sikap daripada seseorang kepada seseorang. Sulaiman Masri mengertikan komunikasi secara ringkas iaitu proses yang bermula apabila satu mesej (maklumat) daripada pengirim (penutur, penulis dan sebagainya), kemudianya dipindahkan menerusi alat atau saluran khas kepada penerima (pembaca, pendengar dan sebagainya) yang kemudianya memberi maklum balas (menekod dan mentafsir) terhadap mesej tersebut dengan mengembalikan isyarat dalam bentuk sama ada mesej tersebut sudah atau belum difahami. Jadi, demi mencapai proses komunikasi yang berkesan, penghantar perlu menyampaikan mesej dengan jelas dan tepat supaya ia senang difahami oleh penerima dan mencapai objektif kominikasi itu. Penghantar mesej juga perlu memilih saluran komunikasi yang bersesuaian untuk menyampai mesej, misalnya melalui media elektronik (televisyen, radio, Internet, telefon bimbit) dan percetaka n (buku, majalah, suratkhabar, risalah, kain bentang dan sebagainya). Akan tetapi, sepanjang proses komunikasi itu, pengirim dan penerima tertakluk kepada timbunan kiu yang mempengaruhi ketersampaian mesej, seperti perwatakan seseorang, taraf pengetahuannya, persekitaran (gangguan seperti suara bising, bunyi kenderaan, mesin, penghawa dingin, hujan, guruh dan lain), kesempurnaan fizikal dan mental (sama ada masalah pendengaran,penglihatan atau mental), dan ketercapaian audien kepada bahan media (akses kepada media elektronik dan percetakan).

Secara amnya, terdapat tiga bentuk komunikasi yang utama iaitu komunikasi lisan sehala (pengumuman, taklimat, pemberian arahan), komunikasi lisan dua hala (perbincangan, mesyuarat, temu bual), atau komunikasi bukan lisan (surat kiriman, laporan, minit mesyuarat). Namun, dalam konteks ini, pengajian/ penekanan terhadap kemahiran komunikasi bertulis akan diberi keutamaan. KOMUNIKASI BERTULIS Komunikasi bertulis merupakan proses mengekspresikan idea, pendapat atau makl umat dalam bentuk tulisan (catatan) atau grafik, dan disampaikan kepada audien untuk tujuan menyalurkan mesej, berhubung atau perkongsian maklumat. Komunikasi penulisan mempunyaik e l e b i h a n tersendiri. Ia kekal dan merupakan bahan yang mudah diasimilasi, serta sesuai untuk komunikasi dengan audien yang ramai. Ia dapat mengampung idea sukar, menyediakan ringkasan analisis dan penilaian, dapat diperbanyak, dapat disahkan, diinterpretasi dan diperjelas; dan audien boleh mengambil masa untuk memahami kandungan mesej serta dapat mengekses kembali kepada bahan penulisan yang diingini pada bila-bila masa. Komunikasi ini juga membolehkan penghantar meramal kesan mesej dan menyalurkan mesej bersesuaian dengan kosa kata penerima, keadaan emosi, kepentingan dan nilai. Sulaiman Masri (1997:9) mengatakan,Menerusi evolusi bahasa, muncullah tulisan yang digunakan sebagai sistem dan alat interaksi dan komunikasi manusia. Tulisan juga melengkapi kita dengan suatu ingatan yang luas, kekal dan umum. Dengan kekekalan tulisan, kita tidak hanya dapat menyimpan suatu rakaman berterusan daripada transaksi manusia, aktiviti dan gagasan, tetapi juga memungkinkan kita meramalkan perkara-perkara tersebut dengan cara baru, lebih tepat dan meluas. Namun, demi mencapai keberkesanan komunikasi bertulis, penghantar mesej memerlukan pengetahuan tatabahasa dan keupayaan menggunakan perkataan dengan mahir untuk menghasilkan penulisan yang lengkap. Oleh itu, aspek-aspek bahasa yang digunakan mestilah mudah difahami oleh pembaca dan bahasa pengantar yang

digunakan perlu mampu mengemukakan setiap pengertian tentang ilmu itu tanpa menimbulkan kekaburan tafsiran kepada audien. Selain itu, penghantar mesej juga perlu mengetahui audien sasaran; menyusun idea atau mesej secara logik, menggunakan laras bahasa dan format penulisan yang betul; sentiasa menyemak mesej sama ada ia memberi makna atau impresi yang lain kepada audien; dan menyampaikan mesej dengan media yang bersesuaian. Selepas mesej disampaikan, penghantar perlu menelitikan maklum balas dan kefahaman audien serta membuat pembaikian atau perubahan jika kenyataan kenyataan yang dibuat telah menimbulkan reaksi yang kurang menyenangkan di kalangan penerima. Apa yang jelas, komunikasi bertulis yang berkesan ditentukan oleh kese nsitifan penghantar mesej terhadap tujuan penghantaran mesej, maklumat yang ingin disampaikan, penyusunan mesej yang sistematik dan jelas, serta penggunaan bahasa dan format penulisan yang sesuai,

You might also like