You are on page 1of 7

1.2.

Pengajaran

Pengenalan Pengajaran ialah cara-cara yang digunakan untuk menyampaikan bahan yang hendak diajar. Hasil daripada pengajaran berlakulah perubahan yang relatif kekal dalam tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman. Perubahan merupakan suatu penambahan yang baru, pengukuhan dan pengubahansuaian yang berlaku terhadap anak dididik. Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses yang kompleks. Ia melibatkan banyak langkah dan usaha yang merangkumi ilmu, kemahiran, pendekatan, kaedah satu teknik yang perlu diketahui oleh seseorang guru. Dalam masa yang sama, ia juga menitikberatkan faktor situasi, persekitaran, emosi, dan peranan murid dalam satu-satu proses pembelajaran yang dijalankan. Ini kerana proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan wujudnya interaksi antara kedua-dua pihak iaitu murid dan guru. Oleh yang demikian, faktorfaktor yang mempengaruhi keadaan kedua-dua pihak perlu di ambil kira. Kurangnya kemahiran dan penekanan terhadap faktor tersebut sering dilihat menjadi punca masalah yang boleh menghalang daripada tercapainya objektif pengajaran, sekaligus dianggap kurang berkesan. Kelemahan ini akan mempengaruhi prestasi kerja guru malah ia akan memberi kesan negatif terhadap pencapaian serta kemajuan murid. Sekiranya masalah ini tidak ditangani, ia akan menjejeskan matlamat utama sistem pendidikan untuk melahirkan generasi yang seimbang mental, fizikal, emosi, dan rohani. Justeru, untuk menjadi seorang guru yang professional dan berkesan dalam pengajaran, seseorang guru perlu melengkapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan bidang perguruan. Terdapat 3 langkah yang perlu diambil iaitu: i. Mengenalpasti masalah Murid-murid kurang faham isi pelajaran. Sukar mengingati fakta penting. Kurang tumpu perhatian Menunjukkan sikap kurang minat belajar.

ii. Mencari punca masalah Murid keliru, tidak faham dan tidak dapat mengaitkan isi pelajaran yang telah dipelajari dengan yang baru dipelajari kerana maklumat yang diterima tidak teratur dan tersusun. Murid-murid tidak memperolehi maklumat yang jelas ketika sesi awal pembelajaran mengenai satu-satu topik.akhirnya, agak sukar bagi mereka untuk mengikuti pelajaran yang seterusnya serta tidak boleh mengingati fakta-fakta penting dalam tajuk tersebut. Murid-murid tidak mampu membezakan jenis rangsangan yang perlu diutamakan. Kesannya, mereka kurang tumpuan ke arah sesi pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung. Kurangnya motivasi dalam aktiviti pembelajaran juga menyebabkan murid-murid tidak minat terhadap apa yang disampaikan guru.

iii. Cadangan menyelesaikan masalah Secara umumnya, empat masalah utama yang dihadapi cikgu dalam pengajarannya boleh diatasi dengan memberi penekanan terhadap aspek-aspek berikut: Pengaplikasian teori-teori yang sesuai dalam pengajaran. Menekankan proses pengajaran dan pembelajaran secara peringkat-peringkatnya. Memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan situasi murid. Ketiga-tiga aspek tersebut akan dibincangkan secara terperinci pada bahagian seterusnya yang didahului dengan penjelasan konsep pengajaran dan pembelajaran secara umum. Konsep Pengajaran Pengajaran merupakan satu proses yang melibatkan sistem aktiviti-aktiviti yang ditujukan kepada murid dengan tujuan membawa perubahan-perubahan tingkah laku dikalangan mereka. Proses pengajaran merangkumi perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian. Kesemua langkah-langkah ini adalah bertujuan untuk menyebarkan ilmu dengan berkesan. Manakala bagi mencapai objektif untuk mendapatkan perubahan tingkah laku, guru perlulah jelas dengan jenis perubahan yang dikehendaki, kemudian merancang aktiviti yang sesuai untuk menjayakannya. Antara perubahan-perubahan yang dikehendaki ialah jenis pengetahuan yang hendak diajarkan, kemahiran dan perubahan sikap. Pengajaran bermaksud aktiviti yang dirancangkan oleh guru dengan teliti dan melaksanakannya melalui kaedah dan teknik tertentu yang bertujuan untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dan kemahiran muridmurid. Ciri-Ciri Pengajaran Pengajaran juga membawa makna pencapaian atau tugasan. Proses pengajaran melibatkan dua pihak iaitu guru dan murid. Pengajaran, selain daripada guru dan murid, meliputi rancangan mengajar, objektif pelajaran, tempat belajar, bahan bantu belajar (BBB), serta strategi, kaedah dan teknik mengajar. Di dalam aktiviti pengajaran, guru memainkan peranan sebagai pengajar dan murid memainkan peranan sebagai pelajar. Aktiviti yang paling rapat dengan pengajaran ialah instruksi (mengajar), diikuti dengan latihan, indoktrinasi dan akhirnya pelaziman. Model-Model Pengajaran Dalam menghasilkan satu proses pengajaran yang sistematik, kita perlu merujuk kepada beberapa model pengajaran. Antara fungsi utamanya ialah sebagai satu panduan kepada guru bagi menghasilkan satu sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang menyeronokkan dan memotivasikan murid-murid selain untuk mengukur sejauh mana keberkesanan penggunaan terhadap murid-murid. Di antara model-model pengajaran yang sering kali diamalkan dalam bilik darjah ialah: Model Ekspositori Model Pemprosesan Maklumat

Model inkuiri Model Projek Model Ekspositori Ia bermaksud penerangan yang jelas dan terperinci. Dalam konteks pengajaran, ekspositori merupakan penyampaian maklumat atau isi kandungan pelajaran secara langsung kepada murid-murid di dalam kelas. Oleh itu, kaedah ekspositori ialah cara penyampaian pelajaran melalui penerangan, bercerita atau demonstrasi dengan tujuan mengajar sesuatu. Dalam model ekspositori ini, guru memberi penerangan terlebih dahulu dan murid mendengar dengan teliti hingga mereka memahami dan mengingatinya atau merekodkan isi pentingnya dalam buku nota mereka. Guru boleh menggunakan model ini untuk menerangkan konsep, fakta, hukum, prinsip atau teorem matematik dan menerang sesuatu konsep dengan bahan bantu belajar untuk menerangkan langkah-langkah penyelesaian masalah berdasar kemahirankemahiran yang telah dipelajari. Contoh utama Model Ekspositori Model Resepsi Ansubel (David P.Ansubel 1961) the presentation of teaching based on the learning materials which are logically & systematically arranged in its final form, would enabled students to integrate them with their previous knowledge by means of their own initiative, so as to acquire new knowledge more effectively Implikasi Dari segi implikasi sesuai untuk peringkat perkembangan. Guru juga mendapat manfaat dari segi menjimatkan masa ketika menyampaikan pelajaran kerana dengan kaedah ini guru dapat terus menyampaikan semua maklumat tentang konsep dalam masa yang lebih singkat dan murid-murid hanya duduk diam dan mendengar sahaja. Model Pemprosesan Maklumat 1. Teori Pemprosesan Maklumat Robert Mills Gagne Teori ini menjelaskan bagaimana maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran diperolehi. Rangsangan dari persekitaran luar diterima dalam sistem saraf melalui deria, selepas itu maklumat akan ditafsir dalam satu ingatan, kemudian ia di hantar kepada stor jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf. Fasa-fasa proses pembelajaran menurut teori Gagne. a. b. c. d. e. f. g. h. Fasa motivasi Jangkaan Fasa kefahaman Pemerhatian Simpanan Persepsi Fasa Perolehan Pengekodan Simpanan Awal Fasa Penahanan Penyimpanan Stor Ingatan Fasa Ingatan Kembali Mengingat Kembali Mencari Fasa Generalisasi Pindahan Fasa Prestasi Gerak balas Fasa Maklum balas Peneguhan

Selain daripada kategori kedayaan pembelajaran, Gagne (1977) juga mengemukakan lapan syarat pembelajaran (jenis pembelajaran) menurut hierarki kemahiran kecerdasan. Berikut adalah huraian ringkasan lapan jenis pembelajaran mengikut kesukarannya dari yang mudah kepada peringkat yang kompleks: i. Pembelajaran Melalui isyarat Pembelajaran isyarat berlaku secara semula jadi dan tidak sengaja. Ia adalah hasil tindak balas rangsangan luar. Individu mempelajari gerak balas terhadap sesuatu isyarat. Contohnya: Manusia melalui pengalaman, mempelajari isyarat asap seperti kebakaran.

ii.

Pembelajaran rangsangan-tindak balas Menghubungkaitkan stimuli yang dirancang dan dirangsangkan dengan tindak balas individu. Contoh: Guru menunjukkan sesuatu benda konkrit, murid menyebut namanya.

iii.

Pembelajaran Melalui Rantaian Merujuk kepada pelbagai hubungkait daripada pembelajaran stimuli-tindak balas selepasnya. Contohnya: Seorang guru yang mengajar bola jarring perlu mengajar beberapa rangkaian kemahiran kecil seperti Kemahiran menghantar bola Kemahiran menerima bola Kemahiran menjaringkan bola

Kemahiran dan urutan daripada peringkat pertama akan menjadi rangsangan untuk turutan yang kedua. Oleh itu, dalam pengajaran, guru perlu membuat ulangan supaya kemahiran yang dipelajari dahulu tidak dilupakan.

iv.

Pembelajaran Melalui Asosiasi Verbal (Pertalian bahasa) Merupakan bentuk asas pembelajaran bahasa. Contohnya: Mengaitkan nama orang dengan alamatnya.

v.

Pembelajaran Melalui Pelbagai Pembezaan (diskriminasi) Merujuk kepada pembelajaran untuk memilih satu sahaja tindak balas terhadap pelbagai rangsangan. Contohnya: Sebutan e dan e, murid akan menggunakan satu sahaja sebutan seperti semak, bela.

vi.

Pembelajaran konsep

Merujuk kepada pembelajaran membentuk konsep dengan perwakilan simbol


berdasarkan ciri-ciri yang sama. Contohnya: Beg, buah-buahan, buku.

vii.

Pembelajaran Hukum (prinsip). Merujuk kepada pembelajaran perkaitan dua atau lebih konsep yang telah dipelajari. Contohnya: Air mengalir ke tempat yang lebih rendah.

viii.

Pembelajaran penyelesaian masalah

Merupakan pembelajaran melalui proses berfikir, iaitu memikir cara penyelesaian


masalah dengan menggunakan konsep dan prinsip yang telah dipelajari. Contohnya: Menyelesaikan masalah matematik. 2. Model TABA

Menekankan pembentukan Konsep; konsep boleh dibentuk dengan tepat melalui


penyusunan bahan-bahan pengajaran dalam suatu sistem yang sesuai. Sesuatu konsep haruslah dilakukan melalui 4 peringkat utama, iaitu: a. Peringkat penyusunan data Menyusun fakta-fakta dengan memerhatikan ciri-ciri persamaan dan perbezaannya. b. Peringkat membentuk konsep Menggolongkan dan mengelaskan fakta-fakta berdasarkan ciri-ciri persamaan supaya menjadi kategori tertentu.

c. Peringkat membentuk hukum


Membuat kesimpulan atau generalisasi ke atas hubungan-hubungan di antara kategori-kategori yang dibentuk dalam peringkat yang ke-2. d. Peringkat aplikasi Penggunaan generalisasi atau kesimpulan dalam situasi baru.

Model Inkuiri
Menekankan proses soal selidik untuk mendapatkan maklumat. Aktiviti soal selidik ini memerlukan murid mengenal pasti bentuk-bentuk soalan, membentuk hipotesis, merancang dan menjalankan aktiviti kajian dan akhir sekali membuat rumusan. Contoh model: a) Model Inkuiri Sains (Model Dewey) Digunakan untuk mengkaji prinsip, fenomena dan ciri-ciri unsur sains berlandaskan kepada 5 langkah:

Mengenal pasti masalah Mencari maklumat rumusan Membuat hipotesis Menguji hipotesis Menilai dan membuat rumusan

b) Model Inkuiri Sosial Mengkaji topik-topik yang berkaitan dengan bidang kemasyarakatan dan kemanusiaan. Proses kajian berlandaskan kepada aktiviti pemerhatian, temubual atau soal selidik merangkumi 6 langkah iaitu: Pembentukan masalah oleh guru Pembentukan hipotesis oleh murid Perbincangan kesahan hipotesis Memberi definisi kepada hipotesis Mencari sokongan untuk hipotesis Membuat kesimpulan atau rumusan

c) Model Inkuiri Jurispudential Digunakan untuk mencari kebenaran dan ketepatan isu-isu. Ia juga berlandaskan kepada aktiviti perdebatan. Contohnya belajar Sains adalah lebih berguna daripada belajar Sastera. Model ini terbahagi kepada 3 iaitu: Inkuiri Terbimbing Melalui bimbingan guru. Sesuai digunakan untuk peringkat Sekolah Rendah dan Menengah. Inkuiri Terbuka Tidak di beri sebarang bimbingan. Segala proses dijalankan oleh murid sendiri. Sesuai digunakan pada peringkat sekolah menengah atas dan peringkat yang lebih tinggi. Inkuiri Suchman Berlandaskan andaian bahawa strategi-strategi yang digunakan oleh ahli sains boleh juga digunakan sebagai model pengajaran dalam mata pelajaran sekolah, khasnya mata pelajaran sains. Langkah-langkah inkuiri suchman: a) Guru kemukakan masalah b) Guru menerangkan proses inkuiri untuk selesaikan masalah c) Pelajar dibimbing membuat hipotesis d) Pelajar mengumpul data e) Uji hipotesis f) Membuat rumusan g) Guru dan pelajar bersama berbincang / menganalisis

Model Projek Diperkenalkan oleh Professor William Kilpatrick (1871-1965). Model ini menekankan konsep pembelajaran murid untuk menambah minat ketika melaksanakan aktiviti pembelajaran

yang dirancang. Di samping itu, model projek menyarankan bahawa murid-murid belajar melalui aktiviti permainan, kerja praktik, kajian luar dan lawatan. Keperluan perancangan pengajaran dan pembelajaran Perancangan perlu dilakukan untuk memenuhi masa yang diperuntukan menepati kehendak objektif/matlamat berkesan sepanjang waktu pengajaran menarik perhatian dan tidak membosankan

Objektif pengajaran Objektif boleh dalam bentuk Objektif implicit melibatkan perubahan tingkah laku yang ketara seperti : i. memahami ii. atau mengetahui iii. atau menghargai sesuatu yang telah diajar Objektif eksplisit melibatkan perubahan tingkah laku yang boleh dilihat seperti : i. menyenaraikan ii. atau menjelaskan iii. atau memberikan contoh iv. atau menunjukkan cara yang betul terhadap apa yang telah diajarkan

You might also like