Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
8Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Pedagogi

Pedagogi

Ratings: (0)|Views: 161 |Likes:
Published by irza_mmps6959

More info:

Published by: irza_mmps6959 on Oct 19, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/24/2013

pdf

text

original

 
54BAB 2TINJAUAN LITERATURBab ini mengandungi kerangka teori, literatur tentang domain pengetahuan meliputikonsep pengetahuan pedagogikal kandungan, guru Pendidikan Moral dan Model InsanMenyeluruh. Konsep pengetahuan pedagogikal kandungan termasuklah pengetahuankandungan dan pedagogi manakala Model Insan Menyeluruh pula menghuraikan tigadimensi moral, iaitu pemikiran, perasaan dan tingkah laku moral. Bab ini turutmembincangkan peranan guru Pendidikan Moral dan sorotan kajian lampau tentangpengetahuan pedagogikal kandungan di kalangan guru pengkhususan mata pelajaran atautidak serta guru-guru berpengalaman dan guru baru. Perbincangan awal adalah tentangkerangka teori yang menjadi asas kepada kajian ini.2.1 Kerangka TeoriDalam kajian mengenai cara guru baru belajar untuk mengajar, Shulman (1987) telahmenggunakan Model of Pedagogical Reasoning and Action. . Model ini terdiri daripadaenam komponen, iaitu kefahaman, transformasi, pengajaran, penilaian, refleksi dankefahaman baru (Rajah 1).Kefahaman merujuk kepada keperluan guru memahami isi kandungan dan pelajar. Guru-guru perlulah isi kandungan dengan beberapa cara dan bagaimana aras perkembanganpelajar mempengaruhi kebolehannya untuk belajar. Transformasi pula adalah satu prosesdi mana idea-idea yang telah difahami kemudiannya ditukar dalam beberapa cara agar iaboleh diajar. Ia melibatkan pengalihan daripada pemikiran tentang mata pelajaran seperti55yang difahami oleh guru ke minda dan motivasi pelajar. Transformasi isi kandungan kedalam bentuk yang boleh diajar memerlukan pemahaman tentang hasil pembelajaran dan
 
 bagaimana pelajar menunjukkan apa yang ia telah pelajari. Komponen pengajaran dalammodel ini merupakan aspek pedagogi yang terpenting melibatkan organisasi danpengurusan bilik darjah, persembahan penerangan serta huraian yang jelas, memberi danmenyemak tugasan, berinteraksi dengan pelajar secara berkesan dengan soalan, proba jawapan dan tindak balas serta pujian dan kritikan.Komponen penilaian pula adalah proses yang merangkumi semakan formal pemahamanpelajar tentang isi kandungan yang telah diajar berdasarkan objektif dan hasilpembelajaran yang telah ditetapkan. Proses refleksi pula dilakukan oleh guru apabila iamerenung kembali pengajaran dan pembelajaran yang telah berlaku lalu membina semulaatau mengingat semula peristiwa, emosi dan pencapaiannya. Proses ini menjadi landasanbagi seseorang profesional belajar daripada pengalaman. Usaha-usaha analitik dalamproses ini digunakan untuk memperbaiki pengetahuan pedagogikal kandungan seseorang.Dalam model ini, pemerolehan kefahaman baru merupakan satu permulaan, melaluilangkah-langkah kefahaman, transformasi, pengajaran, penilaian dan refleksi di managuru dan pelajar memperoleh pemahaman yang lebih jelas tentang isi kandunganWalau bagaimanapun, dalam kajian ini Model of Pedagogical Reasoning and Actiontelah diubahsuai dengan hanya menggunakan tiga komponen awal untuk menyelidikipengetahuan pedagogikal kandungan guru Pendidikan Moral Tingkatan Empat. Tigakomponen tersebut dipilih kerana ianya menjadi asas yang diperlukan oleh semua guru56termasuk guru terlatih yang telah lama berkhidmat seperti peserta kajian ini. Rasionalpemilihan tiga komponen itu dibuat selaras dengan tujuan dan persoalan kajian. Tujuankajian ini hanya untuk mengetahui pengetahuan guru dalam berdasarkan kefahamanmereka, cara guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
 
(Lihat 1.3). Oleh itu, komponen penilaian, refleksi dan pemerolehan kefahaman barutidak dikaji.KefahamanTransformasiPengajaranPenilaianRefleksiKefahaman BaruRajah 1: Model of Pedagogical Reasoning and Action(Adaptasi daripada Shulman, 1987).Berdasarkan Model of Pedagogical Reasoning and Action (Rajah 1), seseorang guruperlu bermula dengan kefahaman tentang apa yang mereka akan ajar dengan beberapacara dalam sesuatu mata pelajaran. Guru perlu memahami cara untuk mengaitkan57sesuatu idea dalam mata pelajaran yang sama atau dengan mata pelajaran lain denganbaik. Bagi mata pelajaran matematik, Ball (1988) menjelaskan, seseorang guru perlulahmemahami konsep-konsep matematik dan prosedur-prosedur bagi menyediakanrancangan pelajaran yang bermakna dan pelbagai aktiviti kepada para pelajar. Inibermakna guru pengkhususan Matematik perlu memahami mata pelajaran Matematik danguru Sejarah pula perlu memahami tentang mata pelajaran Sejarah (Shulman, 1987).Dalam konteks kajian ini, guru Pendidikan Moral perlu memahami konsep-konsep asasmoral sebagai satu disiplin di samping isi kandungan mata pelajaran itu sendiri sepertinilai-nilai, tema, tajuk dan hasil pembelajaran yang berkaitan. Guru juga perlu memahamitentang apa yang membuat sesuatu nilai atau tajuk yang diajar itu menjadi senang ataususah, berdasarkan umur dan latar belakang pelajarnya. Dengan kata lain kefahaman

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->