You are on page 1of 3

Mata Pelajaran Kelas Tarikh Masa Bidang Pelajaran Tajuk Standard Kandungan Standard Pembelajaran

: Matematik : Tahun 1 Merah : 16 Januari 2012 : 9:00a.m. 10:00a.m. (60 Minit) : Nombor dan operasi : Nombor Bulat 1 hingga 10 : 1.2 Menama dan menentukan nilai. : (i) Menamakan nombor 1hingga 10. (a) Membilang objek dalam kumpulan. (b) Menamakan nombor bagi kumpulan objek sebagai mewakili kuantiti. (c) Membandingkan dua kumpulan objek untuk menetukan kumpulan lebih atau kurang. (d) Menamakan angka.

Hasil Pembelajaran

: Di akhir sesi pembelajaran ini, murid-murid dapat: (a) Membilang objek dalam kumpulan. (b) Menamakan nombor bagi kumpulan objek sebagai mewakili kuantiti. (c) Membandingkan dua kumpulan objek untuk menentukan kumpulan lebih atau kurang. (d) Menamakan angka.

Pengetahuan Sedia Ada

: Murid-murid telah tahu membilang dengan menggunakan sebutan.

Konsep Bahan

: Nombor bulat : gula-gula, kad nombor, kad perkataan, komputer, LCD projektor dan lembaran kerja.

Nilai Kemahiran bernilai tambah (KBT)

: bekerjasama, penglibatan aktif, : Aktiviti inkuiri dalam kumpulan, penjanaan idea, penyelesaian masalah.

Langkah / Masa Set Induksi ( 7 minit )

Aktiviti Pengajaran Pembelajaran Isi Pelajaran Aktiviti Guru Aktiviti kumpulan 1. Guru membahagikan murid kepada 2 kumpulan kecil yang mengandungi 5 orang murid sekumpulan. 2. Guru memberi sejumlah gula-gula kepada setiap kumpulan. 3. Guru meminta seorang wakil dalam setiap kumpulan mengumpulkan gula-gula mengikut jumlah seperti kad yang ditunjukkan oleh guru. Contoh: nombor 14,9,27,40 4. Aktiviti dijalankan secara bergilir-gilir bagi setiap murid. Aktiviti Murid 1. Murid-murid duduk dalam kumpulan masing-masing. 2. Murid-murid menjalankan aktiviti seperti yang diarahkan oleh guru. Strategi/Kaedah: Aktiviti inkuiri dalam kumpulan Nilai murni: bekerjasama, penglibatan aktif BBM: gula-gula, kad nombor Catatan

Langkah 2 ( 15 minit )

Perkembangan

1. Guru menayangkan persembahan powerpoint. 2. Guru memberi penerangan yang berkaitan dengan nombor. 2. Guru menunjukkan nombor bulat dalam bentuk nombor dan bentuk perkataan.

1. Murid-murid diminta menyebut nombor yang diperhatikan dalam persembahan power-point. 2. Murid-murid mengejakan perkataan bagi nombornombor yang diperhatikan dalam persembahan power-point dengan guru.

Strategi/Kaedah: Penjanaan idea Nilai murni: bekerjasama, penglibatan aktif BBM: Komputer, LCD projektor

Langkah 3 ( 15 minit )

Permainan Matematik

1. Guru membahagikan murid-murid kepada 2 kumpulan. 2. Guru menagihkan gula-gula, kad nombor dan kad perkataan kepada setiap murid. 3. Guru meminta murid memadankan jumlah gula yang telah kumpulkan dengan kad nombor dan kad perkataan yang betul. 4. Guru membimbing kumpulan yang lambat dan memberi galakkan.

1. Murid mengumpulkan gula-gula mengikut nombor dan memadankan dengan kad perkataan nombor yang disediakan. 2. Aktiviti dijalankan secara pertandingan dan setiap murid mengambil bahagian.

Strategi/Kaedah: Aktiviti inkuiri dalam kumpulan Nilai murni: bekerjasama, penglibatan aktif BBM: gula-gula, kad nombor, kad perkataan

Langkah 4 ( 15 minit )

Penambahbaikan

1. Guru memberikan kad nombor kepada murid. 2. Guru meminta murid menyusun kad nombor secara menaik. 3. Guru memeriksa kerja hasil murid dan memberi galakkan.

1. Murid menyusun kad nombor secara menaik di meja masing-masing.

Strategi/Kaedah: Penyelesaian masalah Nilai murni: bekerjasama, penglibatan aktif BBM: kad nombor

Penutup ( 8 minit )

Latihan pengukuhan

1. Guru mengagihkan lembaran kerja. 2. Guru memberi arahan dan membimbing murid menyelesaikan masalah secara individu. 3. Guru memberi galakkan terhadap murid dapat menjalankan aktiviti dengan baik.

1. Murid menjawab soalan lembaran kerja yang diedarkan dengan bersungguhsungguh.

Strategi/Kaedah: Aktiviti inkuiri dalam kumpulan Nilai murni: bekerjasama, penglibatan aktif BBM: lembaran kerja

You might also like