You are on page 1of 7

RUKUN - RUKUN SEMBAHYANG:-

1. Niat, iaitu tujuan yang dinyatakan dengan hati yang tulus. 2. Berdiri betul. 3. Takbiratul ihram. 4. Membaca Al-Fatihah. 5. Rukuk dengan cara membongkokkan badan, dan meletakkan kedua tangan di atas lutut dengan posisi lurus dan tertib. 6. Berdiri kembali setelah rukuk, tegak lurus dan tertib. 7. Sujud: meletakkan dahi dan hidung ke lantai dengan kedua telapak tangan, lutut dan hujung jari - jari kaki lurus dan tertib. 8. Duduk setelah sujud, tegak dan tertib. 9. Duduk tasyahud akhir(tahiyat akhir). 10. Membaca tasyahud akhir(tahiyat akhir). 11. Membaca selawat. 12. Mengucapkan salam: Assalamu'alaikum warahmatullah, sambil tetap duduk setelah membaca tasyahud(tahiyat). 13. Tertib TAKBIRATUL IHRAM BERDIRI SAMBIL MENGANGKAT TAKBIR Melafazkan "Allahu Akhbar":-

Mengangkat takbiratul ihram sambil melafazkan"Allahu Akbar" Mengangkat takbiratul ihram bagi perempuan Yang Bermaksud:Allah Maha Besar

BAGI PEREMPUAN

Angkat kedua-dua tangan ke paras telinga selepas melafazkan niat sembahyang di dalam hati sambil itu bertakbir sepertimana di dalam gambarajah yang ditunjukkan.

(DO'A IFTITAH) TANGAN DI LETAKKAN DI ATAS PERUT (PUSAT)

Bacaan di dalam bahasa rumi:Allahu Akbaru kabiraw walhamdu lillahi kathiraw wasubhanallahhi bukratau waasila. Wajjahtu wajhia lillazi fataras sama wati wal ardha hanifam muslimaw wama ana minal musyrikin. Inna solati wanusuki wamahyaya wammamati lillahi rabbil'alamin. La syarikalahu wabiza lika umirtu wa ana minal muslimin.

Maksudnya: Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyakbanyaknya. Dan maha suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya . Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orangorang Muslim (Islam).

RUKUK TUNDUK DALAM KEADAAN 90 DARJAH

Bacaan dalam bahasa rumi:Subahana rabbial 'azimi wabihamdih. (3 Kali mengulangi bacaan) Maksudnya:Maha suci Tuhanku yang Maha Agong dengan sifat kepujiannya.

IK'TIDAL IK'TIDAL (KEMBALI BERDIRI SELEPAS RUKUK)

Bacaan dalam bahasa rumi:Sami'allahu liman hamidah. Maksudnya: Allah mendengar orang yang memujinya.

Bacaan dalam bahasa rumi:Rabbana lakalhamdu. Maksudnya: Ya Tuhan kami, Bagimu segala puji.

SUJUD TUNDUK HINGGA KE PARAS LANTAI Bacaan bagi sujud

Bacaan di dalam bahasa rumi:Subhana rabbiayal a'kla wabihamdih (3 Kali mengulangi bacaan). Maksudnya: Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia dengan sifat kepujiannya.

DUDUK ANTARA DUA SUJUD DUDUK SEPERTI MELUTUT Antara bacaan dan cara - cara duduk antara dua sujud:-

Bacaan dalam bahasa rumi:Rabbighfirli warhamni wajburni warfa'kni warzuqni wahdini wa'afini wa'kfu 'anni. Maksudnya: Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku.

TAHIYAT AWAL DUDUK BERSIMPUH SAMBIL MEMBACA TAHIYAT AWAL

Bacaan tahiyat awal dan cara duduknya:-

Bacaan di dalam bahasa rumi:Attahiyatul mubarakatuhs-solawatut-taiyibatu lillah. Assalamu'alaika aiyuhan nabiyu warahmatullahi wabarakatuh. Assalamu'alaina wa'ala ibadillahis salihin. Asyhadu alla ilaha illallah. Wa-asy-hadu anna Muhammadar rasulullah. Allahumma salli 'ala Muhammad. Maksudnya:Segala ucapan selamat yang berkat - berkat (berganda ganda) dan doa yang baik - baik semuanya untuk Allah. Selamat sejahtera atasmu wahai nabi dan Rahmat Allah dan keberkatanNya. Dan selamat sejahtera atas kita dan juga Cara duduk bagi lelaki dan hamba - hamba Allah yang baik - baik. Aku mengaku bahawa perempuan adalah sama seperti tiada Tuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa gambarajah di atas Muhammad utusan Allah. Ya Allah anugerahkanlah kesejahteraan atas Muhammad.

Cara mengangkat jari telunjuk:-

kedudukan jari dan tangan

Apabila bacan sampai kepada"Asyhadualla ilaha illallah" dan seterusnya, hendaklah mengangkat jari telunjuk sebelah kanan

TAHIYAT AKHIR DUDUK BERSIMPUH SAMBIL MEMBACA TAHIYAT AKHIR

Bacaan tahiyat akhir dan cara duduknya:-

Bacaan di dalam bahasa rumi:Attahiyatul mubarakatuhs-solawatut-taiyibatu lillah. Assalamu'alaika aiyuhan nabiyu warahmatullahi wabarakatuh. Assalamu'alaina wa'ala ibadillahis salihin. Asy-hadu alla ilaha illallah. Wa-asy-hadu anna Muhammadar rasulullah. Allahumma salli 'ala Muhammad. Wa'ala a-li Muhammad. Kama sollaita 'ala Ibrahim wa'ala a-li Ibrahim. Wabarik 'ala Muhammad wa'ala a-li Muhammad. Kama barakta a'la Ibrahim wa'ala a-li Ibrahim. Fil 'a-lamina innaka hamidummajid Maksudnya:Segala ucapan selamat yang berkat - berkat (berganda - ganda) dan doa yang baik - baik semuanya untuk Allah. Selamat sejahtera atasmu wahai nabi dan Rahmat Allah dan keberkatanNya. Dan selamat sejahtera atas kita dan juga hamba - hamba Allah yang baik - baik. Aku mengaku bahawa tiada Tuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa Muhammad utusan Allah. Ya Allah anugerahkanlah kesejahteraan atas Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti yang Engkau telah anugerahkan kesejahteraan atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti yang Engkau telah berkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Tinggi.

Cara duduk bagi lelaki dan perempuan adalah sama seperti gambarajah di atas

DO'A QUNUT

Bacaan doa Qunut dan cara - caranya:-

Doa qunut di baca dalam rakaat akhir sembahyang Subuh di mana ia dilakukan selepas rukuk dan sebelum sujud.

Bacaan dalam bahasa rumi:Allah humah dini fiman hadait. Wa'a fini fiman 'afait. Watawallani fiman tawalait. Wabarikli fimaa a'tait. Waqinii syarramaa qadzait. Fainnaka taqdhi wala yuqdha 'alait. Wainnahu layadziluman walait. Walaa ya'izzuman 'adait. Tabaa rakta rabbana wata'alait. Falakalhamdu 'ala maaqadzait. Astaghfiruka wa'atubu ilaik. Wasallallahu 'ala Saidina Muhammadinin nabiyil ummiyi waala aalihi wasahbihi wasalam. Maksudnya: Tuhanku, pimpinlah aku bersama orang yang telah Engkau pimpin. Dan afiatkanlah aku bersama orang yang telah Engkau beri. Dan peliharalah aku seperti orang yang telah Engkau pelihara. Dan anugerahilah aku seperti orang yang telah Engkau anugerahi. Dan lindungilah aku dari perkara yang telah Engkau qadhakkan. Kerana Engkau yang menghukum bukan Engkau yang dihukum. Tidaklah hina orang yang telah Engkau muliakan. Tidaklah mulia orang yang telah Engkau hinakan. Amat berkat Engkau hai Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Maka bagiMu pujian atas apa yang telah Engkau hukumkan. Ampunilah aku dan maafkanlah aku. Dan Allah limpahkanlah rahmat dan sejahtera kepada junjungan Nabi Muhammad yang ummiy dan keluarganya serta sahabatnya.

Cara - cara bagi lelaki dan perempuan semasa membaca doa qunut:-

bagi lelaki

mengangkat kedua - dua tangan seperti gambarajah yang ditunjukkan

bagi perempuan

You might also like