You are on page 1of 27

JABATAN PENDIDIKAN PERAK

PROGRAM SATU SEKOLAH SATU KAJIAN TINDAKAN (2004)

Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Membaca Petikan Mudah Suku kata KVKVK

OLEH: Sekolah Kebangsaan Seri Pangkor 32300 Pulau Pangkor Perak Darul Ridzuan 26 JUN 2004

Kelolaan:

UNIT KURIKULUM JABATAN PENDIDIKAN PERAK

MENINGKATKAN

PENGUASAAN

KEMAHIRAN MEMBACA PETIKAN MUDAH SUKU KATA KVKVK

PENGHARGAAN Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi penyayang. Segala pujian bagi Allah S.W.T pencipta segala alam. Alhamdulillah bersyukur kami ke hadrat Allah kerana dengan izinnya dapat kami menyiapkan dan menyempurnakan kajian ilmiah ini. Program kajian tindakan merupakan satu program yang diperkenalkan untuk memperbaiki dan meningkatkan prestasi pencapaian murid-murid. ini untuk membuat kajian tindakan. Dalam menyiapkan kajian tindakan ini, banyak pihak telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memberi sumbangan. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dengan iringan doa semoga Allah sentiasa memberi rahmat dan melindungi mereka. Penghargaan pertama kami tujukan kepada Encik Ismail Bin Nayan iaitu Guru Besar SK Seri Pangkor kerana telah menyerahkan tugas menyediakan kajian tindakan ini kepada kami serta telah memberi taklimat sebagai tunjuk ajar bagi menjayakan program kajian tindakan ini. Akhir sekali penghargaan ini kami tujukan kepada pihak PPD yang telah memberi taklimat tentang kajian tindakan ini dan kami berdoa agar semuanya diberkati Allah dan memanjangkan usia kalian. Insyaallah. Memandangkan membaca merupakan satu masalah besar di SK Seri Pangkor, kami telah memilih fenomena

ABSTRAK

Kajian ini difokuskan kepada meningkatkan penguasaan membaca petikan mudah suku kata kvkvk bagi murid-murid Pemulihan Tahun 3. Seramai 30 0rang murid terlibat dalam kajian ini. Berkisar daripada masalah buta 3M yang terlalu ramai bagi murid Tahun 3, penyelidik telah melaksanakan tinjauan awal melalui senarai semak , temubual, ujian dan soal selidik. Hasil daripada tinjauan tersebut didapati murid tidak mengenal abjad, tidak boleh membaca sukukata terbuka dan tertutup apatah lagi membaca perkataan. Bagi memudahkan kajian dilaksanakan, kelas telah dibahagikan kepada 2 kumpulan kecil. Teknik yang penyelidik gunakan ialah TEKNIK NYANYIAN iaitu semua sukukata dieja dengan teknik nyanyian. Aplikasi TEKNIK NYANYIAN sebagai alternatif dalam menghafal sukukata telah banyak membantu murid-murid tersebut dalam mengatasi masalah buta 3M. Murid-murid menunjukkan peningkatan yang lebih baik setelah diberi beberapa latihan bacaan cepat. Teknik belajar melalui nyanyian dapat menarik minat murid serta mengukuhkan ingatan dan sebutan di kalangan murid-murid Pemulihan. Lima sesi pengajaran dan pembelajaran (60 minit setiap sesi) dalam tempoh 12 minggu dengan menggunakan TEKNIK NYANYIAN ini telah membantu mengatasi masalah buta 3M di Sekolah Kebangsaan Seri Pangkor.

HALAMAN KANDUNGAN

PERKARA TAJUK PENGHARGAAN ABSTRAK HALAMAN KANDUNGAN

HALAMAN 1 2 3 4

LATARBELAKANG KAJIAN/REFLEKSI P&P YANG 5-6 LALU ISU KEPRIHATINAN/FOKUS KAJIAN OBJEKTIF KAJIAN KUMPULAN SASARAN PERANCANGAN TINDAKAN PELAKSANAAN TINDAKAN DAPATAN KAJIAN REFLEKSI LAMPIRAN 7 8 9 9-12 13 14 15

1. Latar belakang Kajian / Refleksi P&P yang lalu. Bahasa Melayu adalah merupakan mata pelajaran teras dalam KBSR. Untuk melaksanakan sesuatu P&P murid-murid perlu menguasai kemahiran membaca. Malangnya seramai 24.6 peratus murid-murid Tahun 3 di Sekolah Kebangsaan Seri Pangkor adalah buta huruf. Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat mengikuti segala pembelajaran di dalam kelas dalam jangkamasa yang ditetapkan. Melalui kajian ini, penyelidik telah menganalisa data 30 orang murid Pemulihan Tahun 3 yang telah dikenalpasti . Penyelidik berpendapat bahawa masalah amat serius dan perlu dikaji supaya dapat ditangani lebih awal seterusnya mengatasi masalah tersebut daripada berulang. Masalah ini perlu di atasi kerana kemahiran membaca adalah asas yang paling utama bukan sahaja dalam P&P di sekolah sebaliknya dalam kehidupan seharian. Kegagalan murid menguasai kemahiran membaca bukan sahaja menyebabkan mereka menghadapi kesukaran dalam mata pelajaran Bahasa Melayu tetapi juga dalam semua matapelajaran yang lain. Tinjauan secara menyeluruh telah dilakukan di awal tahun ini. Analisa tinjauan seperti jadual berikut: Jadual 1: Analisis ujian awal Kemahiran Mengenal abjad ( 26 abjad ) Suku kata Terbuka Membatangkan perkataan v + kv Membatangkan perkataan kv + kv Suku kata tertutup Membatangkan sukukata tertutup (KV +KVK) Bilangan Menguasai 15 orang 15 orang 6 orang 6 orang 3 orang Tiada

Antara faktor-faktor yang mempengaruhi masalah tersebut ialah:

a) Latarbelakang keluarga yang tidak menekankan kepada pendidikan anak-anak. Penglibatan keluarga dalam proses Pembelajaran anak-anak turut memberi kesan dalam pencapaian akademik seperti menyediakan bahan bacaan, sudut belajar yang selesa serta masa yang diperuntukkan untuk anak dengan memberi bimbingan misalnya. b) Faktor sosio ekonomi. Murid-murid dari keluarga yang kedudukan ekonomi rendah pandangan mereka terhadap pendidikan tidak begitu tinggi maka dorongan dan galakan pada anak-anak kurang. c) Faktor minat dan sikap murid terhadap pelajaran adalah motivasi instrinsik yang ada pada setiap kanak-kanak yang akan mempengaruhi pencapaian sesuatu bidang yang diceburi. Motivasi instrinsik merupakan agen penggerak kepada seseorang kanak-kanak untuk melakukan sesuatu . pemasalahan ini. d) Masalah yang timbul dari pihak guru. Mengajar dengan bersandarkan buku teks semata-mata adalah kelumrahan. Penyesuaian bahan ini dengan situasi kelas dan keadaan murid serta pembinaan bahan sendiri jarang dilakukan oleh guru. Ini menyebabkan murid itu terus tercicir dalam proses P&P. Berdasarkan kajian yang telah penyelidik jalankan menunjukkan bahawa pemasalahan yang timbul bukan sahaja berpunca daripada satu pihak sahaja malah dari pihak lain juga. masalah itu. Dengan terbentangnya masalah berkenaan memudahkan penyelidik mengkaji apakah tindakan sewajarnya dilakukan bagi mengatasi Daripada kajian yang dijalankan membuktikan faktor minat dan sikap murid adalah faktor utama mempengaruhi

2. Isu Keperihatinan / Fokus kajian

Penyelidik memfokuskan kepada meningkatkan penguasaan kemahiran membaca petikan mudah sukukata kvkvk. Sebagai tenaga pengajar, penyelidik akan memberi penekanan kepada bunyi sukukata kv dan sukukata kvk. Apabila murid dapat menguasai bunyi sukukata murid akan diajar mencantumkan bunyi suku kata supaya menjadi perkataan bermakna atau perkataan kv kvk. Kemudian murid akan diajar membaca ayat dan petikan mudah. Sekiranya murid tidak menguasai perkataan kvkvk masalah buta 3M akan bertambah serius.

3. OBJEKTIF KAJIAN

3.1 3.1.1 3.1.2 3.2 3.2.1 3.2.2 3.2.3 3.2.4 3.2.5

Objektif Umum Meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan meningkatkan pencapaian murid-murid. Mempastikan sifar buta membaca dan menulis. Objektif Khusus Meningkatkan penguasaan murid terhadap bunyi vokal, sukukata kv dan sukukata kvk. Meningkatkan kemahiran murid dalam membaca ayat yang betul. Meningkatkan kemahiran murid dalam membaca petikan mudah. Mengubah amalan pengajaran guru ke arah pendekatan yang lebih baik. Mengubah sikap murid ke arah yang lebih baik.

4. KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran adalah murid-murid Pemulihan Tahun 3 seramai 30 orang.

5. PERANCANGAN TINDAKAN Sebagaimana yang dinyatakan, murid-murid yang dikenalpasti dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B. Kumpulan A adalah murid-murid yang telah menguasai abjad manakala Kumpulan B adalah murid yang tidak mengenal abjad. Suatu rancangan aktiviti mengikut kaedah yang ditetapkan berdasarkan Susunan Isi Pelajaran yang dibina oleh penyelidik seperti di bawah dan mengikut kaedah serta Pelan Bertindak seperti Jadual 2. SUSUNAN ISI PELAJARAN SET 1 : Mengenal dan membuntikan suku kata terbuka. 1A1 a i u e o 1A2 ba ma bi mi bu mu be me bo mo ca na ci ni cu nu ce ne co no da pa di pi du pu de pe do po fa ra fi ri fu ru fe re fo so ga sa gi si gu su ge se go to ha ta hi wi hu wu he te ho zo ja wa ji yi ju yu je jo ka ya ki zi ku zu ke ko la za li lu le lo

Mengenal dan membunyikan perkataan dengan mencantumkan dua suku kata terbuka mengikut vokal yang sama. Contoh : baca jasa cili kala cara ciri masa mana para sama mata kata mini siti rasa jaya lama saya nama bapa

10

buku 1A3

bucu

duku

cucu

bulu

busu

Mengenal dan membunyikan perkataan dengan mencantumkan dua suku kata terbuka dari vokal yang tidak sama. Contoh : abu ada baca baju ini itu lari lima satu saya api batu jaga mata siku bawa jari meja sudu bola kaki muka suka buku kayu pagi tali ciku kera paku tepi gali lada roda tiga gigi laju roti tipu ibu lalu saku topi

Nota

1. 2.

Set 1A2 hendaklah dijalankan selepas murid menguasai sukukata terbuka Pada tiap-tiap vokal yang diperkenalkan. Setelah selesai set 1A1, semua murid diharapkan dapat membina perkataan (dua suku kata terbuka) seperti contoh set 1A3. Mengenal dan membunyikan suku kata tertutup. Contoh : cam dah jah bot wan jam pan sut tin ker gam van bom zip tas sam das lam lem kun ram lon bin suh pas cin pin

SET 2 :

Setelah selesai set 2 semua murid diharapkan dapat membina perkataan (suku kata terbuka + suku kata tertutup) Contoh : tidur batik rajin putih merah bawah manis kecil besar kesat kemas keras harum busuk gajah tebal SET 3 : Menyusun dan menulis suku kata supaya menjadi perkataan yang betul. Contoh: ca hi ba mi si SET 4 + + + + + wan tam suh num rap ba ta le sa ga + + + + + yam nam pas yur jah

: Latih tubi ejaan secara lisan dan bertulis

11

SET 5 SET 6

: Menyusun perkataan untuk membina ayat-ayat : Membaca petikan mudah yang disediakan. Program ini telah dijalankan dalam masa 3 bulan iaitu 12 minggu iaitu dalam

bulan Februari hingga April.

Matlamat program ini adalah untuk meningkatkan

penguasaan murid membaca petikan mudah sukukata KVKVK (Rujuk Lampiran 4). Pelaksanaannya dijalankan secara latih tubi setiap hari agar murid-murid benar-benar telah menghafal bunyi sukukata dalam masa yang singkat. Segala aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah berpusat pada murid atau Student Centred dan berfokus kepada dua aspek utama iaitu mengenali huruf abjad dan bunyi suku kata.

KAEDAH Kaedah yang digunakan ialah dengan TEKNIK NYANYIAN contoh : Ba Ca Bot Pam Bom ba ca bot pam bom ba ba ba ca ca ca bot bot bot pam pam pam bom bom bom

Jadual 2 : Pelan Bertindak BIL KEMAHIRAN 12 FEB MAC APRIL

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17.

1 2 Mengenal dan membunyikan / / sukukata terbuka ,vokal a Membina perkataan suku kata / terbuka , vokal a Mengenal dan membunyikan sukukata terbuka , vokal u Membina perkataan- suku kata terbuka , vokal a dan u Mengenal dan membunyikan sukukata terbuka , vokal i Membina perkataan suku kata terbuka vokal a,i dan u Mengenal dan membunyikan suku kata terbuka, vokal o Membina perkataan suku kata terbuka terbuka, vokal a, o,u dan i Mengenal dan membunyikan suku kata terbuka , vokal e Membina perkataan suku kata terbuka, vokal a,o, u, i dan e Mengenal dan membunyikan suku kata tertutup Membina perkataan campuran dari suku kata terbuka dan tertutup Mengeja perkataan kv+ kvk Menyusun dan menulis sukukata kv + kvk supaya menjadi perkataan yang betul Latih tubi mengeja perkataan kv + kvk Menyusun perkataan untuk membina ayat-ayat Membaca petikan mudah yang disediakan.

3 4 1 2 3 4 1 2 3 4

/ / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / /

6. PERLAKSANAAN TINDAKAN

13

6.1 6.1.1

Tinjauan Masalah Perkara-perkara Yang Ditinjau i) ii) iii) iv) v) Ingatan murid terhadap huruf abjad. Ingatan murid terhadap bunyi vokal. Ingatan murid terhadap bunyi sukukata Murid-murid pemulihan Tahun 3 mudah lupa bunyi sukukata yang telah dipelajari. Murid-murid Pemulihan bersikap negatif dan pasif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas biasa mahupun di dalam kelas Pemulihan. vi) Kesesuaian bahan pengajaran dan pembelajaran.

6.1.2

Tindakan yang dijalankan i) Menjalankan ujian sebelum dan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran ii) iii) untuk membuktikan keberkesanan kaedah yang penyelidik gunakan. Penyelidik akan menjalankan pemerhatian terhadap tingkah laku murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Kesesuaian bahan pengajaran dan pembelajaran (ABM) amat dititikberatkan bagi memastikan segala aktiviti dapat dijalankan dengan teratur dan lebih berkesan. Dalam P&P Pemulihan Khas ABM adalah paling utama bagi setiap sesi pengajaran. Tanpa ABM murid pemulihan sukar menerima pengajaran guru.

6.1.3

Pemerhatian

14

i)

Pemerhatian terhadap aktiviti P&P di kelas Pemulihan Khas dibuat sepanjang sesi pengajaran. Setiap perubahan murid dicatat bagi memastikan setakat mana penguasaan mereka dalam sesuatu kemahiran yang telah guru ajarkan. Masalah yang dihadapi oleh murid diperhatikan melalui latihan di dalam kelas Pemulihan secara lisan dan bertulis, semakan buku latihan dan instrumen penentuan penguasaan suku kata kvkvk (LAMPIRAN 3).

7. DAPATAN KAJIAN 7.1.1 Analisis Data i) Analisis ujian akhir. Daripada ujian akhir yang dijalankan menunjukkan peningkatan murid dalam sesuatu kemahiran. Dapatan analisis ujian adalah seperti berikut : Jadual 2 : Analisis ujian akhir Kemahiran 1. Menguasai abjad 2. Sukukata kv 3. Membatangkan perkataan vkv 4. Membatangkan perkataan kv + kv 5. Menguasai sukukata tertutup kvk 6. Membatangkan sukukata kv+ kvk 7. Membaca petikan mudah sukukata kvkvk Bil Menguasai 25 orang 25 orang 25 orang 25 orang 20 orang 20 orang 20 orang

Daripada 30 orang murid-murid Pemulihan Khas yang terlibat dalam kajian ini seramai 10 orang murid telah dikenalpasti boleh membaca dengan baik. 15 orang murid boleh membaca dengan mengeja bunyi sukukata. 5 orang murid lagi termasuk seorang murid istimewa boleh mengenal 80% abjad. Jadual 3 : Analisis Soal selidik dengan murid. BilPERKARAYA%1.Saya selalu menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru1033.32.Saya sering meminta bantuan rakan sebaya untuk membaca516.73.Ibu bapa membantu saya membaca di rumah826.7 7.1.2 RUMUSAN 15

Perlaksanaan kaedah ini mengikut isi pelajaran yang telah ditetapkan dapat memberi kebaikan kepada tiga pihak iaitu pihak murid, pihak guru dan pihak sekolah seperti berikut: a) Kebaikan kepada murid Murid dapat membaca dengan lancar dalam masa yang singkat. Murid tidak membuang masa dengan aktiviti yang membazir. b) Kebaikan kepada Guru i) Kepuasan hati guru meningkat kerana pencapaian murid adalah maksimum. ii) Beban kerja guru berkurangan. iii) Amat mudah bagi guru menjalankan P & P di kelas. c) Kebaikan Kepada Sekolah Masalah Buta 3M dapat diatasi dengan segera. Kos menjalankan operasi adalah rendah. REFLEKSI Penilaian dilakukan secara langsung dan tidak langsung .Daripada maklum balas yang diterima daripada murid-murid melalui latihan bertulis, lembaran kerja, pelbagai aktiviti lisan dan pengukuhan. Dari sini guru dapat merancang dan mengubah suai bahan pengajarannya sekiranya perlu berdasarkan kelemahan murid. Pelaksanaan Program Buta Huruf bukanlah satu tugas yang mudah. Guru terpaksa berdepan dengan sebilangan besar murid yang langsung tidak berminat dalam pelajaran. Tidak kurang juga ada daripada mereka yang sentiasa tidak hadir ke sekolah Kekurangan atau tiada langsung alat bantuan mengajar akan menyukarkan pengajaran guru. Guru yang mengajar murid-murid pemulihan perlu senantiasa inovatif dan kreatif. Amalan pengajaran guru yang bersandarkan kepada buku teks semata-mata adalah faktor yang membuatkan murid-murid bosan dan tidak memberi tumpuan kepada pelajaran. Bagi memahami masalah murid, guru perlu sentiasa peka terhadap perubahan perlakuan mereka dalam sesi pengajaran seperti mengantuk, berbual-bual ketika guru mengajar, bergaduh dan sebagainya. Perlakuan-perlakuan ini adalah petunjuk kepada keberkesanan pengajaran guru. Secara keseluruhannya terdapat perubahan yang ketara daripada perlakuan guru dan murid. Guru lebih prihatin terhadap masalah pembelajaran murid serta berusaha meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran. Murid pula menunjukkan minat untuk

16

memperbaiki diri. Bilangan murid yang buta huruf dapat dikurangkan sebanyak 50 % dalam masa tiga bulan. CADANGAN Saya bercadang untuk meneruskan program ini bagi semua murid-murid Pemulihan Khas di SK Seri Pangkor. Bilangan murid-murid di dalam sesebuah kelas biasa harus dikurangkan supaya guru dapat memberi perhatian kepada pelajar secara individu. Dengan demikian, guru dapat berinteraksi dengan pelajar secara rapat dan mudah memahami masalah mereka serta memupuk minat belajar di kalangan mereka. Ini seterusnya akan membantu mereka dalam proses pembelajaran.

17

KASUT Kasut Bahar kotor. Emak suruh basuh. Bahar basuh guna sabun. Bahar jirus kasut itu. Bahar bubuh kapur. Kasut jadi putih. MULUT Mulut Bedah besar.
18

Bedah rasa segan. Bedah duduk dalam rumah. Nenek suruh sabar.

BOTOL. Botol itu putih. Botol isi getah. Getah nenek toreh. Botol telah pecah KETAM. Tipah masak ketam. Tipah masak masam manis. Tipah suka makan ketam. Rasa ketam sedap. Rasa satu tidak cukup. Tapi ketam mahal betul.

KITAB Saleh baca kitab.

19

Kitab itu kitab adap. Kitab itu tebal betul. Kitab itu murah. Saleh rajin baca kitab. Sebab itu Saleh lekas dapat. Saleh baca sedap.

CEREK. Cerek emak hitam. Emak masak sirap. Emak suruh kakak basuh. Kakak basuh guna sabun. Sabun telah habis. Kakak jadi malas. GAYAH. Gigi Goyah sakit. Gayah jerit-jerit. Gayah kata sakit.

20

Gayah tidak gosok gigi. Gayah cabut gigi. Gayah jerit sebab pedih.

KEBUN DATUK. Datuk ada kebun. Kebun Datuk dekat sawah. Datuk tanam sayur. Sayur itu macam-macam. Datuk siram sayur. Sayur itu lobak dan kubis. Datuk juga tanam timun dan bayam. NANAS. Samad makan nanas. Nanas itu manis. Nanas Samad kupas. Samad kata sedap.

21

Samad minum jus nanas.

SAYUR. Saya beli sayur di pasar. Sayur itu salad. Sayur itu murah. Sayur itu segar. Saya suka makan sayur. Saya suruh nenek masak sayur. Nenek masak sedap. MAWAR. Kakak petik mawar. Mawar itu merah. Mawar jatuh ke tanah. Adik pijak mawar itu. Kakak jadi marah. Adik kata sabar.

22

CAWAN. Ini cawan. Cawan ini hitam. Dalam cawan ada kopi. Sudah minum saya basuh cawan. KAKAK. Ini kakak. Kakak masak ayam. Kakak suka makan ayam. GAJAH. Hari ini panas. Saya lihat gajah. Gajah itu hitam. Hobi adik lukis gajah. Gajah duduk dalam kolam.

23

RUMAH. Ini rumah. Rumah ini mewah. Rumah itu merah. Kakak lukis rumah. Tepi rumah ada taman.

NOVEL. Zul duduk di tepi katil. Zul baca novel. Novel itu tebal betul. Novel itu mahal. Novel itu sudah koyak.

24

BAYAM. Bayam itu nenek tanam. Nenek tanam tepi kolam. Nenek petik bayam. Nenek basuh bayam. Lepas basuh nenek masak sayur bayam. MASAK SUP. Emak masak sup. Emak bubuh kicap. Kicap itu masnis. Sup jadi sedap. Sup saya hirup. Rasa satu tidak cukup. SIRAP. Datuk minum sirap. Sirap itu manis. Datuk kata sedap. Datuk minum tujuh gelas.

25

TIKUS. Harun lukis tikus. Harun guna berus. Tikus itu kurus. Guru kata bagus. KERIS. Keris datuk tajam. Datuk asah malam-malam. Datuk sorok tepi tilam. Datuk balut keris itu. Sebab keris itu tajam. KIPAS. Kipas itu kotor. Kipas ada habuk. Emak suruh kakak basuh. Kakak kata malas. AYAH DOLAH. Letih ayah Dolah.

26

Dolah bawa kopi panas. Ayah minum panas-panas. Tadi ayah Dolah di sawah. Kini ayah Dolah di rumah. Ayah Dolah rehat di katil BETIK. Betik itu keras. Betik belum masak. Lepas masak betik itu manis. Rasa betik sedap.

27

You might also like