You are on page 1of 5

BAHASA MELAYU BAHAGIAN C SKPHA Menuju Kegemilangan

DISEDIAKAN OLEH: EN. MOHD SHAFEE BIN SHAARI

Bahagian C Latihan 1. Tulis lima nilai yang kamu dapat peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Menemui kakanda Mikhail yang kini berada di Universiti California. Kakanda, Tujuan adinda menulis surat ini adalah untuk bertanyakan khabar kakanda yang mungkin sedang sibuk mengikuti pengajian di university. Kami sekeluarga mendoakan agar kakanda Berjaya memperoleh ijazah nanti. Untuk pengetahuan kakanda , kami adik beradik tekun belajar agar dapat mengikuti jejak langkah kakanda. Kami semua sentiasa ingat pesan kakanda agar tidak membuang masa. Lantaran itu, masa kami dipenuhi dengan mengulang kaji pelajaran dan membaca buku. Adinda juga mengucapkan terima kasih atas kiriman hadiah tempoh hari. Adinda berjanji akan terus berusaha lagi untuk Berjaya. Kesempatan ini juga, adinda ingin memohon kebenaran daripada kakanda untuk menggunakan komputer yang ada di dalam bilik kakanda. Adinda ingin menggunakan komputer itu untuk membuat kertas projek. Adinda hendak membuat sendiri walaupun ayanhanda hendak membantu. Adinda harap kakanda memberi keizinanan. Untuk pengetahuan kakanda juga, pada bulan hadapan, adinda akan mewakili sekolah dalam pertandingan pidato. Buat masa ini adinda giat berlatih untuk menghadapi pertandingan tersebut. Adinda juga menyiapkan teks pidato bagi menyertai pertandingan tersebut dengan dibantu ayahanda.

Penyataan adalah untuk bertanyakan khabar kakanda adik beradik tekun belajar kami dipenuhi dengan mengulang kaji pelajaran dan membaca buku adinda ingin memohon kebenaran daripada kakanda hendak membuat sendiri walaupun ayahanda hendak membantu.

Nila murni prihatin rajin menghargai masa Jujur berdikari

Tuliskan jawapan dalam satu perenggan.

BAHASA MELAYU BAHAGIAN C SKPHA Menuju Kegemilangan

DISEDIAKAN OLEH: EN. MOHD SHAFEE BIN SHAARI

Latihan 2. Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang perkataan mestilah tidak lebih 50 patah perkataan. Saudari, Terima kasih kerana sudi mengirim surat kepada saya. Cuma saya memohon maaf kerana agak lambat membalas surat saudari. Saya mengucapkan tahniah kepada saudari yang memperoleh 5A dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2010. Untuk pengetahuan saudari, sekolah saya akan menempuh Peperiksaan Pertengahan Tahun bermula pada 18 Jun 2011. Oleh itu mulai sekarang, saya mula melakukan beberapa persediaan untuk menghadapi peperiksaan tersebut. Antara persediaan-persediaan yang saya lakukan ialah dengan membuat lebih banyak latihan bagi setiap mata pelajaran dan meminta guru menyemak latihan tersebut. Masa yang ada, saya habiskan dengan membaca buku rujukan. Saya akan membuat latihan bersama-sama abang saya yang banyak membantu saya. Disamping itu, saya tidak ketinggalan mengikuti kelas tambahan yang diadakan di sekolah saya. Saya berharap agar kita akan sama-sama berjaya dalam peperiksaan yang bakal kita hadapi nanti. Sekian sahajalah balasan surat daripada saya buat kali ini. Penyataan terima kasih kerana sudi mengirim surat memohon maaf kerana agak lambat membalas surat membuat lebih banyak latihan bagi setiap mata pelajaran masa yang saya ada, saya habiskan dengan membaca membuat latihan bersama-sama abang Nila murni menghargai kawan rendah diri rajin menghargai masa bekerjasama/berdikari

Tulis jawapan dalam satu perenggan .

BAHASA MELAYU BAHAGIAN C SKPHA Menuju Kegemilangan

DISEDIAKAN OLEH: EN. MOHD SHAFEE BIN SHAARI

Latihan 3 Tulis lima pengajaran yang kamu dapat peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Sewaktu Salwa ke sekolah untuk mengikuti kelas tambahan, adiknya telah masuk ke dalam bilik dan mengambil buku cerita. Salwa terlupa menyimpan buku itu di dalam almari. Adiknya telah menconteng buku cerita. Ibu Salwa yang melihat perbuatan adik telah memarahi adiknya. Ibu Salwa menyuruh adiknya mengemas semula kertas yang bertaburan di atas lantai. Apabila Salwa pulang, Salwa mencari buku cerita itu untuk membacanya. Setelah puas mencari, Salwa bertanya kepada ibunya. Ibunya pun menceritakan apa yang berlaku. Ibu menasihati Salwa agar tidak memarahi adiknya kerana adiknya telah sedar kesilapannya. Salwa sedih kerana kerana buku cerita itu adalah pemberian kakak semasa hari lahirnya baru-baru ini. Ibu berpesan kepada Salwa agar menyimpan buku-bukunya ke dalam almari sebelum keluar dari rumah. Salwa mengiyakan pesanan ibunya. Adik Salwa memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan dan berjanji tidak akan melakukan perbutan seperti itu lagi. Salwa memaafkan kesalahan adiknya kerana dia tahu adiknya telah sedar kesilapan yang dilakukan. Penyataan Mengikuti kelas tambahan Pengajaran rajin hak

Meminta kebenaran sebelum mengambil barang orang lain( adiknya Menghormati telah masuk ke dalam bilik dan mengambil buku cerita) orang Menegur perbuatan yang salah( ibu memarahi adik) Perlu menyimpan barang di tempat yang selamat Memohon maaf atas kesilapan Bertanggung jawab Berhati-hati insaf

Tulis dalam satu perenggan

BAHASA MELAYU BAHAGIAN C SKPHA Menuju Kegemilangan

DISEDIAKAN OLEH: EN. MOHD SHAFEE BIN SHAARI

Contoh jawapan Latihan 1 Antara nilai murni yang ada ialah prihatin dengan keadaan ahli keluarga seperti bertanya khabar agar ada perasaan dihargai. Nilai seterusnya ialah rajin iaitu dengan mengulang kaji pelajaran agar lulus dalam peperiksaan. Selain itu, ialah menghargai masa dengan melakukan perkara yang berfaedah seperti membaca buku supaya masa tidak terbuang. Nilai yang lain ialah jujur dengan meminta kebenaran sebelum menggunakan barang kepunyaan orang lain. Nilai terakhir ialah berdikari melakukan sesuatu pekerjaan agar tidak menyusahkan orang lain. Contoh jawapan latihan 2 Antara nilai murni yang ada ialah menghargai kawan kerana kesudian kawan mengirim surat kepada kita. Nilai seterusnya ialah rendah diri iaitu dengan memohon maaf kepada kawan kerana kelewatan membalas surat dan kesilapan yang dilakukan. Selain itu, ialah rajin membuat latihan dan mengulang kaji pelajaran untuk kejayaan dalam peperiksaan. Nilai yang lain ialah menghargai masa dengan melakukan perkara yang berfaedah seperti membaca buku. Akhir sekali ialah berdikari dalam melakukan sebarang pekerjaan tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

BAHASA MELAYU BAHAGIAN C SKPHA Menuju Kegemilangan

DISEDIAKAN OLEH: EN. MOHD SHAFEE BIN SHAARI

Contoh jawapan latihan 3 Antara pengajaran yang terdapat ialah rajin seperti mengikuti kelas tambahan di sekolah agar mendapat ilmu. Seterusnya, kita mestilah menghormati hak orang lain dengan meminta kebenaran sebelum mengambil sesuatu barang. Di samping itu, kita juga harus bertanggungjawab dengan menegur perbuatan yang salah yang dilakukan oleh orang lain. Selain itu, kita hendaklah berhati-hati seperti menyimpan barang kepunyaan kita di tempat yang selamat. Akhir sekali, kita haruslah insaf atas kesilapan yang dilakukan dengan meminta maaf.

You might also like