You are on page 1of 4

Menanam sayur-sayuran

Pengenalan - kumpulan tumbuhan yang penting dalam pemakanan manusia - dimakan secara mentah atau selepas dimasak - membekalkan serat (fiber), vitamin dan mineral - kekurangan sayur-sayuran dalam sajian menyebabkan sembelit, penyakit kekurangan vitamin dan bahan galian Jenis-jenis sayuran - tidak semua bahagian tumbuhan boleh dimakan - bagi kebanyakan tumbuhan sayuran, hanya bahagian tertentu yang dimakan - sayur-sayuran boleh dikelaskan kepada empat kumpulan: Sayur-sayuran jenis daun (sawi putih, sawi bunga, kangkung, daun salad, bayam, kailan, cekur manis dan kobis) Sayur-sayuran jenis buah (tomato, labu, bendi, terung, cili, timun, petola, labu air, peria dan kundur) Sayur-sayuran jenis kekacang (kacang panjang, kacang buncis, kacang tanah, kacang soya dan kacang botor) Sayur-sayuran jenis akar (lobak putih, keladi, keledek, lobak merah, sengkuang, ubi kayu) . Kepentingan sayur-sayuran dari segi diet (a) Nilai zatnya Sumber-sumber penting vitamin dan mineral yang di perlukan bagi tumbesaran badan yang sihat. Sayur-sayuran hijau adalah sumber-sumber vitamin A dan C; juga zat besi untuk pembinaan darah. Sayur-sayuran jenis kekacang membekal-kan protein yang sangat penting untuk tumbesar saiz badan; juga menyediakan sejumlah vitamin B Sayur-sayuran jenis akar membekalkan karbohidrat yang memberi tenaga kepada badan Sayur-sayuran juga membekalkan mineral seperti ferum (besi), kalium, posforus dan kalsium Bahagian sayuran yang berwarna merah, kuning dan jingga mengandungi vitamin A (b) Menambahkan pelawas (roughage) Sayur-sayuran terutamanya daundaun hijau membekalkan pelawas kepada badan Pelawas mengandungi selulosa dan lignin yang tidak hadam atau separuh terhadam Ia menolong dalam peristalsis (pergera-kan bahan makanan melalui saluran penghadaman) Sayur-sayuran yang mencukupi dalam makanan sehari-harian mengelakkan sembelit Kepentingan sayur-sayuran dari segi ekonomi - meningkat dan mempelbagaikan peluang pekerjaan (seperti penanam, pemborong, peruncit, pengilang, pembekal input pertanian, pegawai pemasaran, pegawai pertanian, penyelidik dan sebagainya) penanaman sayuran memberikan pendapatan utama atau sampingan kepada pengusaha-nya - pengeluaran sayur-sayuran secara besarbesaran dapat menambah pendapatan negara melalui eksport - mengurangkan pergantungan negara kepada import dan aliran keluar wang negara

Pemilihan tapak Faktor-faktor penting dalam pemilihan tapak yang sesuai dijadikan tapak penanaman sayur: (a) Jenis tanah seeloknya tanah gembur membolehkan sayur-sayuran membesar dengan lebih baik elakkan tanah yang berbatu, berpasir atau tanah liat berat mengandungi banyak bahan organik

1. 2. 3. 4.

(b)

Dekat dengan sumber air membolehkan siraman sehari-hari sayur sayuran memerlukan banyak air untuk tumbesaran yang cepat Tempat lapang jauh daripada teduhan pokok besar dan bangunan tinggi sayur-sayuran tumbuh dengan baik di tempat yang banyak bekalan cahaya matahari cahaya matahari perlu untuk proses fotosintesis Tempat agak rata menjadikan aktiviti penanaman lebih senang tidak terdapat masalah hakisan tanah cerun sedikit boleh digunakan tetapi mestilah ditereskan teres-teres mesti lebar untuk mengurangkan hakisan elakkan kawasan tapak yang boleh menakung air tanah mestilah mempunyai saliran yang baik

(c)

(d)

(e)

Berdekatan dengan jalanraya hasil sayur-sayuran boleh dihawa ke pasar dengan cepat sayur sayuran biasanya dikehendaki dalam keadaan yang segar

Penyediaan tapak (a) Menerang dan membakar (jika kawasan baru) tumbuhan seperti pokok-pokok renik dan belukar hendaklah ditebas, dihimpun dan dibakar tunggul pokok hendaklah digali dan dibakar tumbuh-tumbuhan herba seperti rumput dikumpul dan dijadikan kompos (b) Membajak dan menggembur menghancurkan tanah supaya menjadi halus dan sesuai untuk penembusan akar sayuran

membaiki pengudaraan tanah memusnahkan rumpai mendedahkan hidupan perosak (seperti larva serangga, spora kulat, biji benih rumpai) untuk dibinasakan oleh cahaya matahari terik atau dimakan oleh burung-burung dilakukan dengan menggunakan alat-alat tangan seperti cangkul atau perkakas-perkakas ladang seperti bajak, alat-alat penggembur, mesin bajak putar yang dipasangkan kepada sebuah traktor tanah biasanya digali sedalam 30 cm (1 kaki) ketul-ketul batu, tin-tin, serpihan kaca dan bata hendaklah dibuang (c) Membina batas-batas - sayur-sayuran biasanya ditanam di batas atau batas alur (ridge) - menamam di batas memudahkan kerja penjagaan (merumput, menyiram, membaja, mengawal serangga dan penyakit) - batas atau batas alur akan memberi pengudaraan dan saliran yang baik - tinggi batas atau batas alur yang sesuai ialah kira-kira 15 - 30 cm (6 - 12 inci) - lebar batas alur biasanya 50 -70 cm (20 - 28 inci) - lebar batas pula hendaklah tidak melebihi 120 cm (4 kaki) - batas yang lebih lebar daripada 120 cm akan menyukarkan kerja penjagaan - panjang batas atau batas alur boleh disesuaikan dengan saiz kebun tetapi tidak menyusahkan penjagaan - panjang yang sesuai ialah 6 - 9 meter (20 - 30 kaki). - sayur-sayuran seperti kacang bendi, terung, cili, keledek dan sengkuang sesuai ditanam di batas alur - sayur-sayuran daun hijau seperti bayam, sawi putih, salad dan sawi bunga biasanya ditanam di batas-batas - lorong-lorong selebar 45 cm (1.5 kaki) hendaklah dibuat di antara barisan-barisan batas atau batas alur - selepas batas atau batas alur dibina, bahan organik (seperti baja tahi lembu yang reput atau baja kompos) hendaklah ditaburkan dan dicampur-gaulkan dengan tanah batas - tujuannya ialah untuk menambah kandungan bahan organik tanah supaya sayur-sayuran tumbuh dengan cepat - elakkan penggunaan tahi lembu yang baru kerana ia mengandungi biji benih rumpai yang banyak. Biji benih rumpai ini akan bercambah di atas batas sayur dan bersaing dengan anak benih sayur-sayuran untuk mendapatkan lembapan, mineral dan cahaya matahari. Tahi lembu yang cukup reput tidak mengandungi biji benih rumpai yang bernas sebab biji benih ini akan terbinasa oleh haba yang di hasilkan semasa penguraian tahi lembu itu. Jika penanaman sayur-sayuran diusahakan secara kecil-kecilan, beberapa pengubahsuaian perlu dilakukan dari segi penyediaan tapak terutamanya pembinaan batas. Contoh ubahsuaian termasuklah menggunakan medium campuran yang dikepung dengan papan atau batu-bata untuk dijadikan batas menanam, atau penanaman menggunakan bekas-bekas yang sesuai seperti beg politena,

pasu, kotak kayu atau sebagainya. Kaedah ini sesuai dilakukan di kawasan sekolah rendah. Pemilihan biji benih - penanaman sayur-sayuran kebanyakannya bermula dengan penyemaian biji benih - biji benih boleh diperolehi dengan mengutip daripada sayuran matang musim sebelumnya atau dibeli - hanya biji benih yang baik dan segar akan bercambah apabila ditanam - biji benih yang baik mempunyai sifat-sifat berikut: (a) Matang biji benih yang cukup matang mengandungi embrio bernas yang akan bercambah apabila keadaan-keadaan yang sesuai diberi biji benih yang belum matang biasanya tidak akan bercambah sama sekali (b) Cukup berisi biji benih yang cukup berisi mengandungi bekalan makanan yang cukup untuk pertumbuhan permulaan embrio biji benih yang ringan (boleh diuji dengan cara mengapungkannya dalam air) biasanya tidak cukup berisi dan kurang mampu bercambah dengan baik (c) Bebas dari penyakit dan perosak biji benih yang diserang penyakit biasanya menunjukkan tanda-tanda seperti tompok-tompok miselium atau spora hitam dan perang pada biji benih biji benih yang telah diserang oleh perosak mempunyai bahagian yang dimakan atau berlubang biji benih yang diserang penyakit atau perosak sukar atau tidak akan bercambah Rawatan dan penyimpanan biji benih

biji benih sayuran seringkali perlu disimpan untuk kegunaan masa depan kualiti biji benih merosot apabila disimpan tindakan-tindakan penting apabila menyimpan biji benih: (a) asingkan biji benih yang baik daripada yang rosak. (b) keringkan biji benih (c) jika perlu, gaulkan biji benih dengan racun kulat dan racun serangga (d) masukkan ke dalam botol kedap udara atau balut dalam beg plastik (e) labelkan botol atau beg plastik itu dengan nama biji benih dan tarikh mula disimpan. (f) simpan botol atau beg plastik itu di tempat sejuk dan kering (contohnya dalam peti sejuk pada suhu sekitar 10 - 14oC)

Menyemai Setengah-setengah biji benih sayur-sayuran boleh disemai terus, manakala yang lain pula perlu disemai di tapak-tapak semaian dan kemudiannya diubah. Biji benih besar (bendi, kangkung, sengkuang dan buncis) disemai terus Langkah penyemaian terus: lobak,

(i) Gaulkan biji benih itu dengan campuran racun serangga dan racun kulat untuk mengelakkan serangan serangga perosak dan kulat apabila biji benih bercambah. (ii) Tandakan tempat tanaman di batas itu mengikut jarak yang sesuai (iii) Buat satu lubang penanaman sedalam lebih kurang 2.5 - 5 cm (1 - 2 inci) di tempat yang telah ditandakan (iv) Masukkan satu atau dua biji benih ke dalam tiap-tiap lubang dan tutup dengan tanah (v) Tekankan tanah di atas biji benih dengan tapak tangan (vi) Siram batas itu dengan secukupnya Biji benih kecil sayur-sayuran seperti cili, terung dan tomato biasanya disemai dalam kotak atau di tapak semaian dan kemudiannya diubah ke batas tetap. Kebaikan-kebaikan mengadakan kotak/ tapak semaian: (a) Memudahkan penjagaan kerana anak-anak benih tumbuh dalam tempat yang terhad (kecil) dari segi saiz. Perhatian yang lebih dapat diberikan kepada tumbuhan muda ini. Kerjakerja penjagaan seperti menyiram, merumput, membaja dan memberi perlindungan boleh dilakukan dengan senang. (b) Anak benih yang sihat, segar, tegap dan sekata saiznya boleh dipilih untuk pengubahan ke batas-batas sayur. Tumbesaran pokokpokok yang sekata boleh diperolehi dan hasilnya boleh dikutip pada masa yang sama. Kejadian serangan penyakit dapat dikurangkan kerana anak-anak pokok yang lemah dan berpenyakit ini tidak dipilih (c) Kadangkala pokok-pokok yang baru diubah dirosakkan oleh serangga, penyakit, hujan atau sebab-sebab lain dan perlu diganti. Kaedah kotak semaian dapat memastikan gantian pokok-pokok yang rosak selepas diubah sentiasa ada. Langkah penyemaian di kotak semaian:

Mengubah Mengubah ialah proses memindahkan anak benih dari kotak/tapak semaian ke batas atau bekasbekas tanaman. Pengubahan dilakukan apabila anak benih mempunyai 3 - 4 helai daun sebenar dan/atau tingginya lebih kurang 5 - 10 cm (2 - 4 inci). Pengubahan perlu dilakukan dengan cermat supaya akar anak benih tidak rosak. Kerosakan akar semasa pengubahan boleh menyebabkan tumbuhan terbabit mengambil masa yang lama untuk pulih, bantut atau mati. Langkah pengubahan anak benih:

(i)

Keraskan anak benih 3 5 hari sebelum mengubah (ii) Siram anak benih kira-kira sejam sebelum mengubah (iii) Lakukan pengubahan pada waktu awal pagi atau lewat petang terutamanya pada hari redup. Elakkan mengubah pada waktu yang sangat panas kerana anak benih mudah kehilangan air melalui pepeluhan dan cepat layu (iv) Tandakan lubang penanaman di atas batas mengikut jarak penanaman yang betul bagi sayur-sayuran itu (v) Gali anak benih dengan cermat menggunakan sudip. Asingkan setiap anak benih bersama segumpal tanah (vi) Letakkan satu anak benih dalam satu lubang tersedia, padatkan tanah di keliling anak benih (vii) Letakkan satu lapisan sungkupan (viii) Siram anak benih yang diubah (ix) Berikan naungan atau pelindung kepada anak benih yang baru diubah untuk mengurangkan kesan pancaran matahari yang terlalu kuat. Contoh bahan naungan: pelepah daun kelapa, kertas, jaring tildenet (x) Kurangkan naungan beransur-ansur apabila tumbuhan telah kuat (selepas lebih kurang satu minggu) Biji benih halus seperti bayam, sawi putih, sawi bunga dan kailan disemai terus ke batas dan anak benih dijarangkan kepada jarak tanaman yang betul setelah bercambah Langkah penyemaian penjarangan: (i) terus diikuti dengan

(i) (ii)
(iii) (iv) (v) (vi) (vii) (viii)

Sediakan kotak semaian (kayu atau plastik) yang bersih dan bersesuaian saiz dengan lubang saliran di dasarnya Sediakan medium menyemai; contohnya medium campuran 2 tanah loam : 1 bahan organik : 1pasir Isi kotak semaian dengan medium hingga lebih kurang 3/4 penuh Ratakan permukaan medium Taburkan biji benih (rata-rata atau dalam barisan) di atas permukaan medium dan kemudian tutup dengan satu lapisan medium Siram secara cermat Jika perlu, alas kotak semaian untuk memberi pengudaraan yang baik Lakukan pengerasan anak benih apabila sudah cukup besar sebelum diubah

(ii)
(iii)

(iv) (v)

Pengerasan Pengerasan anak benih dilakukan dengan cara mengurangkan siraman dan/atau mendedahkannya kepada pancaran matahari penuh secara beransur-ansur dalam tempoh 3 hingga 5 hari sebelum mengubah. Pengerasan dapat menguatkan tisu-tisu anak benih, membiasakannya dengan persekitaran baru serta mengurangkan kejadian renjatan (kejutan) selepas anak benih diubah.

(vi)

Campurkan biji benih dengan sedikit pasir atau tanah kering Sediakan alur-alur cetek pada jarak tertentu di batas dan taburkan campuran biji benih dan pasir rata-rata sepanjang alur-alur Tutup alur-alur dengan lapisan nipis tanah dan tekan dengan perlahan menggunakan tapak tangan Apabila anak benih mencapai kira-kira 8 - 10 cm (3 - 4 inci) tinggi, jarangkan mengikut jarak penanaman yang dikehendaki Penjarangan menyingkirkan anak benih yang lemah, rosak, berpenyakit serta mengurangkan persaingan anak benih untuk mendapatkan cahaya, air dan nutrien Penjarangan dilakukan dengan mencabut anak benih dengan berhati-hati supaya akar pokok yang hendak dikekalkan tidak terganggu

(vii) Penjarangan juga boleh dilakukan dengan mengerat batang-batang pokok hampir kepada permukaan tanah Sungkupan

Sungkupan ialah penutupan permukaan batas dengan suatu lapisan nipis bahan-bahan yang sesuai selepas kerja penyemaian dilakukan Contoh bahan sungkupan: sisa potongan rumput yang kering, kertas, plastik silvershine, cocoa fibre Ketebalan yang sesuai ialah 2.5 - 5 cm (1 -2 inci) Anjakkan sungkupan setelah biji benih bercambah supaya anak benih mendapat cahaya matahari

Sebab-sebab membuat sungkupan (a) Mencegah permukaan tanah batas daripada dihanyutkan oleh air siraman atau air hujan. Kejadian hakisan tanah dan biji benih hanyut (terutamanya yang kecil) dapat dielakkan (b) Membantu memelihara lembapan tanah dengan mengurangkan sejatan air dari tanah semasa hari panas dan kering; setengah bahan sungkupan mampu menyerap dan menyimpan air (c) Melindungi tanah dari pancaran matahari dan memelihara lembapan dalam tanah menyebabkan suhu tanah rendah (d) Mengelakkan kepadatan tanah akibat daripada pukulan titisan hujan (e) Bahan sungkupan organik menambahkan kandungan humus tanah apabila reput. Humus yang terbentuk membantu dalam mengekalkan struktur tanah dan mengurangkan kejadian pemadatan tanah (f) Bahan sungkupan organik menambahkan kandungan mineral apabila reput (g) Lapisan sungkupan mampu menghalang percambahan biji benih rumpai. Sungkupan juga menghalang anak benih rumpai daripada menerima pancaran cahaya matahari. Kekurangan cahaya matahari menyebabkan anak benih rumpai tumbuh dengan keadaan lemah dan kerana itu senang disingkirkan

You might also like