You are on page 1of 12

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

IDULADHA: BUKTI PEMATUHAN SYARIAT ALLAH (26 OKTOBER 2012 / 10 ZULHIJJAH 1433H)

Muslimin Muslimat Yang Di Rahmati Allah, Marilah kita perkasakan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita mendapat keberkatan dan keredhaan-Nya di dunia dan di akhirat. Pada pagi yang berbahagia ini mimbar akan membicarakan tajuk :IDULADHA: BUKTI PEMATUHAN SYARIAT ALLAH .

Alhamdulillah, hari ini 10 Zulhijjah 1433 hijrah, seluruh umat Islam menyambut hari raya Haji atau hari raya Korban. Hari ini jutaan umat Islam dan hampir 30 ribu saudara mara, sahabat handai, jiran tetangga dari negara kita berada di Makkah menunaikan ibadah Haji. Bagi kita yang tidak berkesempatan untuk ke tanah suci, maka pada hari ini kita berhimpun, bertakbir, bertahmid dan menunaikan solat sunat iduladha. Seterusnya pada hari ini juga, umat Islam diperintah dan disunatkan berkorban binatang ternakan sebagai korban untuk disedekahkan dagingnya kepada fakir misikin semata-mata kerana Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW :

Mafhumnya: Sesungguhnya pertama-tama amalan yang kita lakukan pada hari ini (iduladha) ialah supaya kita solat kemudian kembali ke rumah lalu kita menyembelih korban, maka barangsiapa yang mengerjakan sedemikian ia telah mengikut sunnahku. Adapun orang yang menyembelih sebelum melakukan solat, maka itu hanyalah merupakan daging yang hendak dipergunakan untuk keluarganya sahaja, tidak termasuk amalan ibadah penyembelihan korban.(Riwayat Muslim dan al Bukhari)

Muslimin Muslimat Yang Di Rahmati Allah, Iduladha merupakan hari perayaan yang sangat istimewa dalam syariat Islam. Keistimewaannya ialah kerana mempunyai tuntutan ibadah besar yang dilaksanakan secara serentak di seluruh dunia iaitu: Pertama, di tanah suci Mekah dilaksanakan ibadah haji. Bermula 9 Zulhijjah berjuta-juta umat Islam menyempurnakan ibadah haji dengan berwukuf di padang Arafah, tawaf di Kaabah dan melontar jamrah. Meskipun di padang Arafah matahari panas terik, namun dengan berpakaian yang sama dan tujuan yang sama, mereka tetap mengabdikan diri kepada Allah SWT. Syiar ibadah haji juga merupakan perhimpunan tahunan yang disyariatkan oleh Allah dalam bentuk yang amat berkesan iaitu mengikat kesatuan dan perpaduan melalui pegangan akidah yang satu dan bukannya melalui fahaman bangsa dan material. Inilah asas perpaduan

yang dipraktikkan oleh Nabi SAW yang berjaya menegakkan negara Islam Madinah hanya dalam masa 10 tahun.

Muslimin Muslimat Yang Di Rahmati Allah, Kedua, Seluruh umat Islam disegenap ceruk rantau dunia semenjak hari Arafah hingga tamat hari Tasyrik mengumandangkan gema takbir, tahlil dan tahmid dengan suara yang penuh keyakinan mengisytiharkan pengakuan bahawa hanya Allah SWT sebagai tuhan yang perlu disembah, dipatuhi dan ditakuti. Pengajarannya kepada kita ialah supaya seluruh kehidupan, setiap perjuangan dan segenap pekerjaan yang dilakukan mestilah atas dasar penyerahan diri kepada Allah SWT. Ketiga, Menelusuri sirah ibadah haji yang berlaku lebih 1400 tahun yang lalu, telah terpatrinya satu perjanjian Hudaibiyah dengan puak kafir Quraisy di kota Mekah, hasil daripada perjanjian tersebut umat Islam dapat melaksanakan ibadah haji pada tahun berikutnya. Pengajaran daripada peristiwa tersebut bahawa kita telah mengambil pendekatan yang sama di dalam menjayakan pelan damai pihak pembebasan Islam Moro (MILF) dengan kerajaan Filipina baru baru ini. Pengorbanan kerajaan yang sanggup menjadi pengantara bagi mengakhiri konflik berdarah ini merupakan satu pengorbanan yang besar, sehingga kita diiktiraf sebagai sebuah neggara Islam yang progresif dan dinamik, termasuklah pengiktirafan oleh ulama tersohor di dunia Syeikh Dr Yusuf alQardhawi di atas usaha yang konsisten ini. Pengabdian diri kepada Allah SWT mestilah diterjemahkan melalui pelaksanaan syariat Allah yang terkandung dalam al-Qur'an dan as-Sunnah. Perlu kita insafi bahawa timbulnya pelbagai isu dan permasalahan dalam masyarakat seperti gejala keruntuhan akhlak, penyelewengan moral, jenayah rompakan, rogol, bunuh, penagihan dadah, penghidap AIDS, kes-kes rasuah, pecah amanah dan sebagainya; adalah kerana belum menyeluruhnya penghayatan kita kepada tuntutan-tuntutan syarak. Hal ini dinyatakan oleh Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 85:

Maksudnya: Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain?. Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu selain dari kehinaan ketika hidup di dunia; dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat, dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.

Muslimin Muslimat Yang Di Rahmati Allah, Iduladha dengan pensyariatan ibadah korban adalah isyarat yang jelas daripada Allah mengenai keperluan berkorban tenaga, masa dan harta benda demi agama Allah SWT. Tanpa pengorbanan agama, fikiran dan harta benda, tidak mungkin syariat Allah SWT dapat ditegakkan. Renungkanlah sejarah pengorbanan agong Nabi Ibrahim AS yang sanggup menyembelih Nabi Ismail AS, satu-satunya anak kesayangan Baginda semata-mata pengorbanan kepada Allah SWT. Inilah satu contoh seorang bapa yang berjaya membina sebuah keluarga yang cemerlang. Demikian juga, kepatuhan Hajar kepada suaminya Nabi Ibrahim untuk tinggal keseorangan di tanah gersang Mekah, merupakan model isteri mithali yang sanggup mengorbankan jiwa raga semata-mata kepatuhan kepada perintah Allah dan Nabi-Nya. Demikian juga kerelaan seorang anak iaitu Nabi Ismail AS untuk disembelih oleh bapanya, semata-mata kerana perintah Allah adalah merupakan isyarat bahawa berkorban sebenarnya tidak melihat kepada usia. Ini bermakna samada golongan tua, dewasa, belia, lelaki dan wanita, perlu bersedia untuk berkorban apa sahaja demi tertegaknya akidah tauhid dan terlaksananya syariat Allah SWT. Inilah intipati pengajaran daripada pengorbanan agong yang diterokai oleh Nabi Ibrahim AS, isteri dan anaknya alahimussolatuwassalam. Firman Allah SWT dalam surah As-Saafaat ayat 103-107:

Maksudnya: Setelah keduanya berserah diri, dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah. Serta Kami menyerunya: Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi itu. Demikianlah sebenarnya kami membalas orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar. Dan Kami kekalkan baginya nama yang harum dalam kalangan orang yang datang kemudian.

Muslimin Muslimat Yang Di Rahmati Allah, Mimbar ini ingin mengingatkan kita semua bahawa kedudukan umat Islam akhir-akhir ini semakin dicabar oleh musuh Islam dan pihak yang tiada kaitan dengan Islam. Cahaya kebenaran Islam sentiasa cuba dipadamkan oleh musuh Islam di mana mereka tidak pernah rehat dan berhenti dalam memesongkan manusia daripada menerima kebenaran Islam. Maka pada hari ini kita dapat lihat bagaimana mereka berusaha menghasut dunia agar membenci dan memusuhi Islam dan umatnya. Mereka sanggup lakukan segalanya termasuk penipuan dan penghinaan. Mereka menerbitkan suatu filem pendek yang menghina Nabi Muhammad SAW yang digambarkan sebagai seorang penipu, gila seks dan menyeru untuk pembunuhan beramai-ramai. Mereka juga menerbitkan karikatur yang memaparkan Nabi Muhammad dalam keadaan bogel. Mereka juga mengambarkan umat Islam sebagai mereka yang ganas dan suka bermusuhan. Mimbar yang mulia pada hari ini ingin menegaskan bahawa perbuatan ini, sebenarnya merupakan satu kebiadaban kepada umat Islam, dan akan mencetuskan kemarahan ummah. Justeru, mimbar ingin berpesan kepada semua pihak agar jangan cuba bermain api dengan umat Islam yang sememangnya cinta dan kasih kepada junjungan besar Nabi SAW. Sebagai umat Islam kita tidak akan membiarkan pemimpin agung ini dicaci apatah lagi digambarkan dalam keadaan yang hina. Biar
5

darah mengalir ke bumi namun umat Islam tidak akan reda kemuliaan Rasulullah SAW dipermainkan. Sesungguhnya filem dokumentari penghinaan ke atas Nabi bukan satu insiden yang terpisah dan tersendiri, malah ia adalah suatu konspirasi terancang untuk menghina utusan Allah dan memadam cahaya Islam. Firman Allah SWT di dalam surah as-Saaf ayat 8:

Maksudnya: Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang kafir tidak suka (akan yang demikian). Mimbar ingin mengingatkan umat Islam jangan membiarkan mana-mana pihak bertindak sesuka hati mempertikai dan menghina Islam dan umatnya. Marilah kita bergandingan dan terus mempertahankan kesucian Islam ini sesuai dengan semangat cinta kepada Allah SWT berdasarkan peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim AS, Nabi Ismail AS dan Hajar. Insaflah bahawa, ibadah haji dan ibadat korban mengingatkan kita agar jangan lupa bahawa kita berada dalam satu kesatuan kemanusiaan dan jangan pula kita hancur menjadi mangsa korban kepada musuh Islam.

Muslimin Muslimat Yang Di Rahmati Allah, Marilah kita gunakan kesempatan hari yang mulia ini, untuk membina keutuhan tali persaudaraan diantara kita dengan amalan ziarah-menziarahi dan bermaaf-maafan sesama kita. Buang yang keruh, ambillah yang jernih. lebih-lebih lagi dalam menangani isu yang membabitkan agama dan masa depan umat Islam, maka sewajarnya kita sama-sama bangkit bersatu hati tanpa mempedulikan perbezaan latar belakang, ekonomi, miskin atau kaya, berbeza latar belakang fahaman atau politik. Kita ketepikan segala perbezaan-perbezaan tersebut. Ingatlah bahawa pengorbanan yang sebenarnya adalah pengorbanan yang berasaskan kesatuan dan perpaduan. Inilah pengorbanan yang mesti dilakukan oleh setiap kita, demi membela dan menyelamatkan Islam dan umatnya. Kesemua ini menuntut pengorbanan jiwa raga dan harta benda berlandaskan ketakwaan dan

keikhlasan. Tanpa dua elemen ini, maka tidak tercapai matlamat pengorbanan seperti mana yang dituntut oleh Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah al-Hajj ayat 37:

Maksudnya: Daging dan darah binatang korban itu tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketaqwaan kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang itu bagimu supaya kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya kepadamu. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang berusaha supaya baik amalnya.

Muslimin Muslimat Yang Di Rahmati Allah, Mengakhiri khutbah, mimbar ini menyeru, marilah kita menghayati tuntutan-tuntutan syarak yang terkandung dalam amalan ibadah haji dan ibadah korban yang berpaksikan hubungan kita yang erat dengan Allah SWT dan hubungan kita sesama kita, demi kecemerlangan di dunia dan kesejahteraan di akhirat. Mimbar ini berpesan bahawa hari raya korban yang dirayakan tanpa pematuhan kepada syariat Allah SWT, tidak akan memberi apa-apa makna dan kesan kepada kita. Semoga semangat pengorbanan Nabi Ibrahim AS yang suci, Nabi Ismail AS yang berani dan bondanya Hajar yang begitu tabah hati, mampu menyuntik semangat kepada kita semua. Marilah sama-sama kita menghayati firman Allah SWT dalam surah al-Kauthar ayat 1-3

Maksudnya: Sesungguhnya kami telah mengurniakan kepadamu(wahai Muhammad) kebaikan-kebaikan yang banyak(di dunia dan akhirat). Oleh itu kerjakanlah sembahyang kerana tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).

KHUTBAH KEDUA IDULADHA

Muslimin Muslimat Yang Dirahmati Allah,


8

Marilah kita memperbanyakkan rasa syukur kepada Allah SWT yang mengurniakan kita nikmat keamanan dan keharmonian dalam negara ini. Dengan nikmat tersebut kita dapat berhimpun di masjid-masjid dan surau seluruh negara, sama-sama melaungkan takbir hari raya. Marilah juga kita suburkan perpaduan antara kita kerana akhir-akhir ini bibit perpecahan di kalangan masyarakat mencetuskan reaksi yang kurang menyenangkan. Renungkan sejenak tentang nasib saudara seagama kita yang kini hidup diburu ketakutan, kelaparan, sengsara di negara masing-masing. Saban hari ada sahaja nyawa yang hilang tanpa mengenal kanak-kanak atau orang tua. Hari ini kita menangis kerana kematian orang tersayang samada sakit atau kemalangan, tetapi di negara-negara lain mereka menangis disebabkan kematian yang berpunca daripada persengketaan dan kekacauan. Sesungguhnya keamanan adalah nikmat yang sangat berharga dan wajib dipertahankan. Justeru, dengan nikmat keamanan ini, kita dapat berhimpun dan bertemu saudara mara, sahabat handai juga jiran tetangga. Dengannya juga, kita dapat menunaikan ibadah korban serta berziarah tanpa sebarang halangan. Tidak hairan ramai pengunjung yang datang ke negara ini merasa tenang, gembira di atas keselamatan diri mereka. Walau bagaimanapun keadaan ini perlu dipertingkatkan sejajar dengan pembangunan negara berasaskan prinsip keimanan dan ketakwaan yang lebih teguh.

Muslimin Muslimat Yang Dirahmati Allah, Selepas ini umat Islam akan melakukan ibadat korban bagi meninggikan syiar Islam. Binatang yang hendak di korbankan mestilah mematuhi syarat-syarat tertentu yang telah ditetapkan oleh agama Islam.Ini menunjukkan bahawa Allah SWT tidak menerima ibadat yang dilakukan sambil lewa, tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan serta mengabaikan soal kesempurnaan ibadat yang hendak dilaksanakan, oleh itu ketelitian dan kesungguhan dalam melakukan apa jua kerja mestilah di beri perhatian oleh semua umat Islam. Ingatlah bahawa setiap pengorbanan yang kita lakukan hendaklah disertakan dengan niat dan amalan yang ikhlas. Seandainya ibadat korban yang kita lakukan
9

dicemari dengan sifat riak, takabbur dan menunjuk-nunjuk, maka akan tertutuplah rahmat Allah SWT dan sia-sialah amalan yang kita lakukan. Pengagihan daging korban dapat membantu meringankan beban, mempertingkatkan kualiti hidup dan mengeratkan perpaduan di antara umat Islam itu sendiri. Selain daging korban, umat Islam juga boleh menghantar sumbangan dalam pelbagai bentuk tanda kasih sayang sesama kita, walaupun harga sebahagian binatang korban semakin meningkat, namun ianya tidak menjadi penghalang bagi yang mampu kerana ganjaran pahalanya yang besar. Mimbar menyambut baik usaha yang telah dijalankan oleh pihak-pihak yang tertentu seperti masjid-masjid, surau-surau, NGO dan pertubuhan Islam lain yang menjalankan ibadat korban di negara-negara minoriti Islam seperti Kemboja, Vietnam, Filipina bagi menyahut seruan suci ini. Paling penting adalah mereka yang mengorbankan harta dan binatang ternakan bagi tujuan suci ini dengan penuh ketakwaan dan hati yang ikhlas kepada Allah SWT. Mimbar amat menghargai sumbangan jemaah dan umat Islam sekalian yang menghidupkan ibadat korban samada di peringkat kampung, taman perumahan mahupun di luar Negara.

Muslimin Muslimat Yang Dirahmati Allah, Pada hari ini marilah kita memperbanyakkan ucapan salawat dan salam ke atas Baginda Nabi Muhammad SAW kerana telah menyampaikan Islam kepada kita melalui berbagai bentuk pengorbanan dan jihad. Tanda kasih kita kepada Baginda hendaklah dirakamkan dalam bentuk ucapan selawat dan salam sebagaimana Firman Allah SWT di dalam Surah al-Ahzab ayat 56:

Bermaksud: Sesungguhnya Allah SWT dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.

10

11

12

You might also like