You are on page 1of 23

FRASA MENARIK YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENULIS KARANGAN

-mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang -mendukung kebenaran yang kita sepakati -mengamalkan sikap dan perwatakan yang murni -mengambil langkah sederap -menghirup udara hasil kemerdekaan -mengikut acuan sendiri -mengundang kontroversi -menjadi cerucuk utama pembangunan -menjulang negara ke puncak jagat -menuntut setiap anak watan mengotakan aspirasi -menyambut gamitan menara impian -menyebabkan imej negara tercalar -menyediakan kursus dan latihan yang relevan -menyembunyikan masalah utama masyarakat -mereka lebih cenderung kepada keseronokan dan berpeleseran -mewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan -milineum baru ini pasti sahaja sarat dengan muatan cabaran reformasi -muafakat merupakan inti kepada perpaduan -negara kita akan bersih daripada unsur sosial yang tidak sihat -nilai keinsanan yang syumul -nilai-nilai material semakin memberkas dan meluas dalam masyarakat -pandangan pro dan kontra yang dipaparkan -pelbagai cabaran yang bakal menghambat -pelbagai masalah sosial sedang menghinggapi masyarakat -pembentukan masyarakat sakinah -pembudayaan ilmu perlu dipupuk dan dibajai oleh generasi muda masa

kini -pendedahan oleh pihak media massa menghangatkan senario ini -perlu dibaja kembali -perubahan yang diharap masih belum menjelma -petanda kehancuran generasi -pewujudan masyarakat madani-propaganda negatif terhadap negara kita dapat ditepis -kita perlu mengorak langkah -kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini -komitmen menyeluruh agensi yang terlibat -kongkongan yang selama ini dianggap membelenggu -Masalahnya, kita mahu memberi pendapat tetapi tidak rela dikritik -makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kekeluargaan -mampu mengadunkan satu kombinasi usaha yang cukup padu -manifestasi kesanggupan bangsa -manusia bukanlah `haiwan robotik yang tidak mempunyai rasa dan jiwa -masa depan menjanjikan cabaran di luar jangkaan -masalah putusnya komunikasi dan jurang generasi -masalah sosial dan susila yang meruncing -masih terbelenggu dengan cara berfikir yang sempit -masyarakat yang naif dengan mata kebendaan yang melalaikan -melangkah dengan seribu kekuatan -melontarkan soalan yang cukup penting -melupakan cita-cita yang lebih luhur -membangunkan generasi yang berketerampilan, bersahsiah mulia dan berilmu -membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan kegelapan -membenam budaya hedonistik yang tidak berfaedah -membetulkan ketidaktepatan fakta

-membimbing mereka memenuhi impian -membina impian masa depan yang lebih gemilang -membongkar kepincangan -membuktikan sensitiviti, kepekaan dan keprihatinan mereka -mempengaruhi minda generasi muda -mempertahankan perasaan saling bersefahaman -mempertingkat dan memperteguh kefahaman -mempraktikkan elemen tolak ansur -memudaratkan kesejahteraan rakyat -menabur bakti kepada mereka yang kurang beruntung -menaburkan nilai kebendaan yang tidak bertahan lama -menagih komitmen dan pengertian serius semua pihak -menampilkan wajah baru yang disulami tekad -menangkis tuduhan yang tidak berasas -mencapai tahap yang mencemaskan -mencerminkan dengan jelas akan hakikat ini -mencerminkan generasi yang muflis dan tercabut daripada akar tradisinya -mendapat perhatian dan liputan media massa -mendepani masa depan yang tidak menentu KATA-KATA HIKMAT DIGUNAKAN DALAM KARANGAN 01. baik kaya ialah kaya hati,sebaik-baik bekal ialah takwa,seburukburuk buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta. 02. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka). 03. Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. ~Horne 04. Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji

kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu. 05. Kalau hidup ingin merdeka, Tiada tercapai hanya berkata, Ke muka maju sekata, maju kita, Melemparkan jauh jiwa hamba. ~Usman Awang 06. "Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." ~Surah al-Hajj:77 07. "Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sajalah tempat meminta pertolongan" ~Surah Yusuf:18 08. Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu. 09. Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. ~Davey John Schwartz 10. "Peristiwa itu memberi pengajaran kepada saya mengenai bagaimana guru besar perlu bersikap profesional dan tidak menggunakan emosi dalam melakukan tindakan." ~Tengku Habsah Tengku Petera (Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan) 11. "Satu perkara yang menakutkan saya pada masa ini ialah peningkatan gejala rasuah. Secara umumnya, lebih tinggi rasuah yang ada, lebih kurang kemerdekaan yang dimiliki." ~Profesor Diraja Ungku Aziz 12. Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat. 13. Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai. 14. Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari. 15. Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit. 16. Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. ~ Saidina Ali Abu Talib 17. Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu."

18. Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok. 19. Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (surah Al-Baqarah:214) 20. Kekitaan yang erat tiada yang berat. 21. Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari. 22. Orang bakhil tidak akan terlepas daripada salah satu daripada empat sifat yang membinasakan iaitu; dia akan mati dan hartanya akan diambil warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau; hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau; hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan digunakan untuk kejahatan atau; adakalanya harta itu akan dicuri dan digunakan untuk berfoya-foya. - SAIDINA ABU BAKAR 23. Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Kesihatan yang hilang boleh diperolehi dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang. 24. Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah. 25. Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati. Karangan Semangat Kejiranan Terhakis Dalam Masyarakat Kita? Semangat kejiranan sudah longgar dalam masyarakat kita kalau kita lihat sejak akhi-akhir ini. Keadaan ini menimbulkan pelbagai spekulasi kepentingan semangat ini diamalkan.Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk meningkatkan semangat ini dan kepentingannya.

Semangat kejiranan merujuk semangat membantu masyarakat setempat terutama jiran bersebelahan dalam kehidupan seharian mereka. Sememangnya semangat kejiranan ini semakin hilang dalam masyarakat kita sehingga menimbulkan pelbagai isu semasa pula. Jadi, ada banyak kaedah yang boleh dilaksanakan untuk memastikan semangat ini berterusan kerana memang ada kepentingannya.Langkah awal ialah masyarakat menghidupkan semua konsep rukun tetangga di kawasan perumahan mereka. Rukun tetangga berfungsi untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan terutama pada malam hari. Aktiviti ini memerlukan pembabitan semua pihak tanpa mengira kaum yang mampu menanam semangat kejiranan ketika melakukan rondaan bersama-sama. Oleh itu, hubungan rapat yang terjalin melalui rukun tetangga ini mengeratkan lagi perhubungan antara jiran. Selain itu, semangat ini mampu dipupuk dengan mengadakan pelbagai majlis yang bercorak setempat. Majlis perkahwinan, rumah terbuka dan hari keluarga mampu menghidupkan semula semangat yang murni ini. Semua jiran akan beramah mesra dan mengenali satu sama lain melalui majlis seperti ini. Sesungguhnya, semangat kejiranan berupaya tumbuh dengan subur berdasarkan majlis sebegini. Kerajaan turut mampu memainkan peranan dengan mengadakan kempen kesedaran semangat kejiranan ini. Penggunaan media massa seluas mungkin dengan iklan yang menarik sudah pasti berupaya menarik perhatian masyarakat terhadap isu ini. Masyarakat akan mula mempersoal tahap semangat kejiranan mereka dan berusaha ke arah mengekalkan serta meningkatkan semangat itu di kawasan mereka. Sememangnya kerajaan berperanan penting dalam memulakan usaha memupuk semangat mulia ini.Dalam masa yang sama sikap dan

persepsi masyarakat perlu berubah. Masyarakat hendaklah memandang semangat kejiranan ini sebagai satu perkara penting dalam kehidupan bermasyarakat. Semangat ini perlulah diutamakan dalam sebarang tindakan yang ingin dilaksanakan oleh masyarakat. Jelaslah, paradigma yang baru ini memastikan semangat kejiranan akan terus mekar dalam masyarakat kita.Kepentingan semangat ini sudah pasti dalam mewujudkan semangat perpaduan. Dalam masyarakat berbilang kaum yang wujud di negara ini pemupukan konsep perpaduan amat strategik. sesuatu masyarakat sesebuah negara itu terbentuk daripada individu yang saling berjiran sebelum berkembang menjadi satu umah. Oleh itu, semangat kejiranan menjadi titik tolak pembentukan konsep perpaduan nasional.Kesimpulannya, semangat kejiranan memang boleh dicapai melalui beberapa kaedah yang dijelaskan tadi. Semua pihak perlulah berusaha untuk memastikan semangat ini terus diamalkan oleh masyarakat di negara ini. Mungkin kita semua harus bertanya diri sendiri "siapakah jiran kita? PENGGUNAAN AYAT GRAMATIS / MENARIK DALAM KARANGAN Di bawah disertakan beberapa frasa yang dianggap gramatis untuk digunakan dalam sesuatu karangan. Anda boleh memilih frasa-frasa tersebut dan menggunakannya dalam karangan anda sekiranya sesuai dengan karangan yang ditulis. Perlu diingat, penggunaan frasa gramatis mungkin tidak sesuai untuk sesetengah karangan atau sesetengah ayat yang cuba anda buat. Oleh itu, pemilihan frasa gramatis perlu dilakukan dengan teliti dan berhati-hati. Kita tidak mahu, hanya kerana mahukan ayat kelihatan menarik, kesannya ayat yang digunakan tidak memberi

makna langsung. Jadi berhati-hati ketika memilih dan menggunakan frasa gramatis yang diberi. Antara contohnya adalah : -kita perlu mengorak langkah -kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini -komitmen menyeluruh agensi yang terlibat -Masalahnya, kita mahu memberi pendapat tetapi tidak rela dikritik -makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kekeluargaan -mampu mengadunkan satu kombinasi usaha yang cukup padu -manifestasi kesanggupan bangsa -manusia bukanlah `haiwan robotik yang tidak mempunyai rasa dan jiwa -masa depan menjanjikan cabaran di luar jangkaan -masalah putusnya komunikasi dan jurang generasi -masalah sosial dan susila yang meruncing -masih terbelenggu dengan cara berfikir yang sempit -masyarakat yang naif dengan mata kebendaan yang melalaikan -melangkah dengan seribu kekuatan

-melontarkan soalan yang cukup penting -melupakan cita-cita yang lebih luhur -membangunkan generasi yang berketerampilan, bersahsiah mulia dan berilmu -membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan kegelapan -membenam budaya hedonistik yang tidak berfaedah -membetulkan ketidaktepatan fakta -membimbing mereka memenuhi impian -membina impian masa depan yang lebih gemilang -membongkar kepincangan -membuktikan sensitiviti, kepekaan dan keprihatinan mereka -mempengaruhi minda generasi muda -mempertahankan perasaan saling bersefahaman -mempertingkat dan memperteguh kefahaman -mempraktikkan elemen tolak ansur -memudaratkan kesejahteraan rakyat

-menabur bakti kepada mereka yang kurang beruntung -menaburkan nilai kebendaan yang tidak bertahan lama -menagih komitmen dan pengertian serius semua pihak -menampilkan wajah baru yang disulami tekad -menangkis tuduhan yang tidak berasas -mencapai tahap yang mencemaskan -mencerminkan dengan jelas akan hakikat ini -mencerminkan generasi yang muflis dan tercabut daripada akar tradisinya -mendapat perhatian dan liputan media massa -mendepani masa depan yang tidak menentu -mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang -mendukung kebenaran yang kita sepakati -mengamalkan sikap dan perwatakan yang murni -mengambil langkah sederap -menghirup udara hasil kemerdekaan

-mengikut acuan sendiri -mengundang kontroversi -menjadi cerucuk utama pembangunan -menjulang negara ke puncak jagat -menuntut setiap anak watan mengotakan aspirasi -menyambut gamitan menara impian -menyebabkan imej negara tercalar -menyediakan kursus dan latihan yang relevan -menyembunyikan masalah utama masyarakat -mereka lebih cenderung kepada keseronokan dan berpeleseran -mewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan -muafakat merupakan inti kepada perpaduan -negara kita akan bersih daripada unsur sosial yang tidak sihat -nilai keinsanan yang syumul -nilai-nilai material semakin memberkas dan meluas dalam masyarakat

-pandangan pro dan kontra yang dipaparkan -pelbagai cabaran yang bakal menghambat -pelbagai masalah sosial sedang menghinggapi masyarakat -pembentukan masyarakat sakinah -pendedahan oleh pihak media massa menghangatkan senario ini -perlu dibaja kembali -perubahan yang diharap masih belum menjelma -petanda kehancuran generasi -pewujudan masyarakat madani -propaganda negatif terhadap negara kita dapat ditepis

Karangan yang menarik diselitkan dengan ungkapan yang menarik . Ungkapan menarik terdiri daripada pelbagai jenis seperti Peribahasa , Pantun, syair, sajak,gurindam, seloka,senikata lagu . Termasuk juga ucapan daripada pemimpin, cendekiawan, ahli falsafah dan kata-kata hikmat. Elakkan melakukan perkara berikut: Menulis ungkapan menarik yang tiada kaitan ataupun yang tidak relevan dengan isi yang dibincangkan .

Tidak menulis ulasan yang menunjukkan perkaitan antara ungkapan menarik dengan huraian/isi yang dibincangkan. Dengan erti kata lain , tiada kesinambungan /pertautan dengan ayat sebelum atau selepas ungkapan menarik itu dalam karangan. Menulis ungkapan menarik yang tidak lengkap Mengubah ungkapan menarik yang sedia ada kepada ayat lain. Contoh penggunaan ungkapan menarik :Contoh 1 Masukkan lirik lagu Ayah dan ibu Itulah permulaan kami Dapat melihat bulan dan matahari Yang dikurniakan dari ilahi Ahai Ayah dan ibulah yang mesti dhormati Lirik lagu di atas telah didendangkan oleh.. Menerusi sebahagian daripada lirik lagu itu kita didendangkan dengan pengorbanan ayah dan ibu yang tiada batasannya demi anak tercinta. Kita juga dididik menjadi manusia yang tahu menghormati orang yang banyak berjasa kepada kita. Contoh 2

Masukkan beberapa peribahasa yang sinonim dan yang lain dalam satu ayat Sesungguhnya perpaduan menjadi wahana utama dalam kehidupan yang harmoni. Perpaduan mampu melahirkan masyarakat yang saling membantu dan bekerjasama ibarat aur dengan tebing ,yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing , ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni sekaligus menghapuskan resmi hidup bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing . Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang,begitulah yang dapat saya gambarkan tentang usaha menjayakan majlis seperti ini yang tentunya melibatkan permuafakatan dan semangat kerjasama erat serta usaha gigih semua pihak. Sesebuah institusi pendidikan yang cemerlang ditunjangi oleh modal insan yang dibina melalui sistem pendidikan yang berkualiti . Contoh 3 Masukkan maksud hadis Didikan agama yang diterapkan ke dalam diri anak-anak sejak kecil menjadikannya insan yang berpekerti mulia. Nilai-nilai Islam yang baik patut diamalkan oleh setiap individu di muka bumi ini. Rasulullah SAW pernah bersabda Aku tidak tinggalkan apa-apa kepada kamu semua melainkan dua perkara iaitu Al-Quran dan Sunah . Kamu tidak akan sesat selamalamanya selagi berpegang teguh kepada kedua-keduanya. Perkara ini membuktian bahawa perjalanan hidup berlandaskan al-Quran dan sunah dapat membimbing kita ke arah jalan yang

diredainya sekali gus membentuk diri menjadi manusia yang berpekerti mulia Contoh 4 Masukkan kata-kata/ ucapan daripada tokoh Oleh itu sebagai rakyat yang memiliki minda kelas pertama, usahlah kita berat tangan dalam soal menabur bakti kepada negara, sebaliknya sentiasa bersedia untuk mencurahkan tenaga, idea dan lain-lain lagi demi negara tercinta. Akhirulkalam, renunglah kata-kata bekas Presiden Amerika Syarikat , F. Kennedy ini usah ditanya sumbangan Negara kepada anda, tetapi tanyalah bakti anda untuk negara Contoh 5 Masukkan gurindam Kewujudan masyarakat penyayang dapat direalisasikan seandainya semua pihak bersatu hati dan mengatur langkah sederap yakni berusaha bersungguh-sungguh mengamalkan semangat ukhuwah dalam keluarga dan masyarakat . Ibu bapa seyogianya memainkan peranan dengan berkesan mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang. Hal ini demikian kerana benih-benih kasih sayang yang disemai oleh ibu bapa akan tumbuh mekar dalam sanubari anak-anak dan seterusnya mereka akan menjadi manusia yang sentiasa prihatin tentang hubungan sesama manusia. Dalam hal ini , gurindam Melayu ada mengingatkan kita akan peri pentingnya ibu bapa mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang antara lainnya berbunyi :

Jika benihnya benih molek, Jika tanahnya tanah cantik, Jika bajanya baja baik, Tentu pokok cepat naik Oleh itu soal mendidik anak bukanlah soal yang boleh dipandang enteng . Hal ini demikian kerana daripada institusi keluargalah masyarakat penyayang dapat dijelmakan . Contoh 6 Masukkan pantun ( bukan sahaja untuk karangan jenis ucapan, syarahan, pidato seperti contoh di bawah , pantun boleh dimasukkan untuk karangan yang lain seperti karangan pendapat, rencana, wawancara, keperihalan dan lain-lain ). Amalkan segala langkah yang telah kita bincangkan sebentar tadi untuk mewujudkan budaya membaca di rumah masingmasing agar modal insan yang dilahirkan mampu menjadikan Negara kita duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain. Nampaknya masa amat mencemburui kita dan sebelum saya mengundur diri, terimalah serangkap pantun daripada saya: Kalau ada sumur di ladang, Boleh saya menumpang mandi, Kalau ada umur yang panjang,

Boleh kita berjumpa lagi Frasa-frasa menarik yang boleh digunakan dalam penulisan karangan pelajar: 1Memanifestasikan fikiran - Menggunakan idea dengan sebaik-baiknya 2Menukilkan kata-kata - Menulis / bercakap sesuatu 3Memberikan impak - Mengakibatkan / menyebabkan 4Rentetan senario itu - Selepas fenomena itu 5Jika ditelusuri - Jika dikaji secara mendalam 6Penyalur ilmu - Pemberi banyak pengetahuan 7Alaf baharu - Masa terkini 8Mutakhir ini - Pada masa kini 9Seantero dunia - Seluruh dunia 10Menikam sanubari - Merosakkan perasaan 11Meluaskan horizon pemikiran - Meluaskan pandangan / pemikiran 12Menggabungjalinkan elemen - Menggunakan pelbagai aspek 13Merangsang ekonomi - Mengaktifkan proses jual beli 14Lebih intelektual dan berketerampilan - Lebih bijak dan berkebolehan 15Bitara - Tiada tandingan / eksklusif / hanya satu-satunya 16Simbiosis - Dua benda yang saling berkaitan 17Masih bermain dengan fantasi - Berkhayal / bermenung / tidak berfikiran matang 18Mendabik dada - Kesombongan akibat kejayaan / keangkuhan 19Mengkodifikasikan undang-undang - Menyelaras undang-undang / peraturan 20Kestabilan spiritual dan fizikal - Keseimbangan rohani dan jasmani 21Mekanisme kawalan - Alat / aspek yang mengawal sesuatu 22Pandangan sarwa - Pemikiran biasa / umum 23Anjakan paradigma - Perubahan demi kemajuan atau kebaikan 24Relevan dengan kehendak zaman - Diterima dengan perubahan dari semasa ke semasa

25Landasan berfikir - Cara berfikir 26Masyarakat konvensional - Masyarakat umum / biasa 27Mengaibkan diri - Memalukan diri 28Alma mater - Sekolah / universiti / tempat pelajar 29Kemapanan fikiran - Keteguhan cara berfikir 30Alpukah - Daya usaha / inisiatif 31Bacul - Tidak bersemangat 32Badai kehidupan - Cabaran hidup 33Inteligensia - Kumpulan manusia yang pandai 34Berkongkalikung - Bersepakat 35Bukti yang konklusif - Bukti yang kukuh 36Praja - Kota / negeri 37Prakarsa - Inisiatif / daya usaha 38pramusaji - Pelayan tetamu di restoran 39Rutin harian - Kerja yang biasa dilakukan dan sehari-hari 40Nawaitu diri - Keinginan diri 41Narsisistik - Terlalu memuji diri sendiri 42privasi - Keadaan atau suasana bersendiri tanpa sebarang gangguan 43Portfolio menteri - Tugas menteri 44Pentas siasah - Dunia politik 45Polemik - Bahas / debat / konflik 46Melikwidasikan - Membubarkan / memansuhkan 47Linglung - Hilang ingatan 48Falah - Kejayaan / kemenangan 49interpretasi - Tafsiran / penjelasan 50.bersilengah - Bersikap tidak tahu -----------------------------------------------------------------------------------------------1. bermaharajarela - berleluasa 2. konflik jiwa - pergolakan jiwa 3. menopang dagu- termenung 4. tonggak - asas/dasar

5. aset - sesuatu yang bernilai 6. menuding jari - menyalahkan orang lain 7. seantero - seluruh 8. malapetaka- bencana/ bala 9. keserakahan - kerakusan, ketamakan 10. konkrit- kuat, kukuh, mapan 11. merealisasikan - menjadikan kenyataan 12. vandalisme - merosakkan harta benda 13. lumrah - kebiasaan 14. duniawi - hal-hal dunia 15. ketandusan - tidak ada 16. disisihkan - dipinggirkan 17. kritikal - serius 18. sanubari - jiwa 19. akar umbi - punca 20. meranapkan - menghancurkan 21. kesedaran sivik - kesedaran tentang tanggungjawab 22. perdana - utama, primer 23. materialistik - kebendaan 24. membendung - mengawal 25. realiti - hakikat 26. berjat - kawan 27. pancaroba - keadaan yang kacau 28. mengheret - membawa kepada 29. sayugia - harus, patut 30. merunsingkan- merisaukan 31. kepupusan - kehilangan 32. khazanah - harta benda 33. global - dunia seluruhnya 34. pusaka - sesuatu yang diwarisi turun-temurun 35. warisan - harta pusaka

36. prihatin - peka, cakna 37. demonstrasi - menunjukkan 38. gemuruh- hebat 39. serampang dua mata - melakukan dua kerja serentak 40. terjebak - terlibat 41. arkib - tempat menyimpan benda khazanah 42. mencungkil- mencari 43. iltizam - harapan tinggi 44. silaturahim - persaudaraan 45. motivasi - semangat tinggi 46. menyarankan - mencadangkan 47. era - zaman 48. sistematik- teratur, mengikut peraturan 49. intensif- giat, bersungguh-sungguh 50. menberangsangkan- membanggakan 51. menimba- mendapat 52. rentetan - ekoran 53. tersadai - tidak bergerak 54. peras ugut- ancaman, paksaan 55. dif - tetamu 56. sahsiah- keperibadian 57. komitmen- kesungguhan 58. perspektif - tanggapan 59. julung-julung kali - pertama 60. nadi - penggerak 61. mengikis - membuang 62. kegawatan - kejatuhan 63. tampil - keluar 64. syabas - tahniah 65. kewibawaan- keupayaan 66. muafakat - kerjasama

67. terpikul- tertanggung 68. teladan - contoh 69. mengubah- menukar 70. dinafikan - disangka 71. menyeru- meminta 72. ditakrifkan- didefinisikan, dimaksudkan 73. mutakhir- terkini 74. fasilitator - pemudah cara 75. fleksibel - mudah diubah suai 76. kebejatan - kejatuhan 77. persada -gelanggang, arena 78. boikot- dipulaukan 79. manfaat - faedah 80. total- menyeluruh 81. senggang - santai, tidak sibuk 82. bergelandang- berperleseran 83. maslahat- faedah 84. norma - adat 85. tersohor- terkenal 86. kutsi - suci 87. diuar-uarkan- dicanangkan 88. dana - modal 89. menerajui - memimpin, mengetuai 90. imej - penampilan 91. emansipasi - hak kebebasan 92. merencatkan - menggagalkan 93. dimonopoli - dikuasai 94. kolot- kuno 95. profesion - kerjaya 96. informasi - penerangan 97. integrasi - perpaduan

98. aspirasi - cita-cita, keinginan 99. memudaratkan - memburukkan 100. dinamis - berdaya saing 101. progresif- sihat dan cemerlang 102. drastik - cepat 103. perisai - pertahanan 104. diagnosis - mengenal pasti 105. pemantauan - pengawasan, pemeriksaan 106. manifesto - pendirian 107. waswas - tidak yakin 108. natijahnya - kesannya 109. mencerminkan- melambangkan 110. jenama - jenis barang 111. pornografi - bahan-bahan lucah 112. diiktiraf -diakui 113. obligasi - semangat 114. impak - kesan 115. tuntasnya- keseluruhannya 116. akur - bersetuju 117. efektif - berkesan 118. konvensional- ceramah 119. panji - bendera 120. individualistik - mementingkan diri sendiri 121. manipulasi- tindakan 122. musibah - bencana 123. lewa - tidak sepenuh hati 124. prosedur - peraturan 125. inisiatif - daya usaha 126. anasir- gejala 127. penggemblengan - penyatuan 128. transisi - perantaraan

129. kaliber - berkeupayaan 130. darsawarsa - satu dekad 131. insentif - imbuhan, ganjaran

You might also like