Ini turut bermaksud, bagi pasangan yang bercadang mendirikan rumah tangga, 3 ke 4 bulan sebelumhari bersejarah, wanita sudah perlu besedia mengambil permakanan tambahan seperti multi vitamin dansusu untuk ibu mengandung.Ya jangan malu untuk bersedia. Walaupun belum sampai masa, minum susu untuk ibu mengandungmenyediakan wanita untuk mengandung. Bukan sahaja untuk kesihatan bayi dalam kandungan malahuntuk kesihatan ibu.Susu ibu mengandung bukan sepatutnya diambil sewaktu mengandung, malah ia sepatutnya diambilsebelum mengandung lagi. 2 3 bulan sebulan mengandung dan sehinggalah selepas bersalin.Pengambilan susu untuk ibu mengandung selepas bersalin memastikan anak yang menyusu badanmasih terus mendapatkan khasiat yang diperlukan.Penekanan perlu dibuat untuk zat-zat berikut sewaktu mengandung.Asid folik yang penting untuk pembentukan saraf bayi dalam kandungan terutamanya saraf tunjang,bulan pertama kandungan itu lagi saraf mula dibentuk. Sebab itu pengambilan asid folik ditekansebelum mengandung. Ia mampu mengurangkan risiko kecacatan saraf tunjang tulang bagi bayi dalamkandungan. Oleh kerana asid folik tidak disimpan lama dalam badan, maka pengambilan berkala perludilakukan. Kebanyakan roti dipasaran telah ditambahkan asid folik bagi tujuan ini.*** Kalsium ***Kalsium diperlukan oleh ibu. Bayi dalam kandungan mendapatkan kalsium daripada ibunya sepanjangmasa dalam kandungan. Akibatnya ibu akan mengalami ketegangan urat kaki, sakit gigi gusi dan risikotulang rapuh bila meningkat usia. Mengambil kalsium daripada awal membolehkan badan membuatsimpanan awal dalam tulang dan ia turut membantu menguatkan tulang. Minum susu dan jika andayang tidak selera dengan susu, pil kalsium boleh didapati difarmasi.*** Zat besi ***Sewaktu mengandung kandungan darah dalam diri ibu bertambah daripada jumlah biasa. Penambahanini meningkatkan permintaan terhadap zat besi, salah satu faktor bagi pembentukan sel darah merahdarah. Ambillah permakanan yang kaya dengan zat besi.Asik Folik, Zat Besi dan DHA memang telah tersedia dalam susu untuk ibu mengandung dan multivitamin.*** DHA ***Bagi wanita yang ingin meningkatkan kandungan DHA dalam simpanan badan, makanlah minyak ikansama ada dalam bentuk pil atau cecair. DHA banyak terdapat dalam minyak ikan. Ada terdapat pelbagai jenama pil dan cecair minyak ikan yang bersesuaian. Tanyalah farmasi bagi minyak ikan yang sesuaiuntuk ibu mengandung.*** Elakkan Kacang Soya ***Terdapat kajian di Britain, mendapati, sekiranya wanita ingin mengandung, elakkan pengambilan soyasewaktu hari-hari ingin bersama.