You are on page 1of 41

Asas-Asas Kemahiran Kaunseling

Kaunseling

Merupakan seni dan sains dalam komunikasi bertujuan meringankan keseksaan dengan penyimbangan, munasabah, dan pengetahuan rasional tentang penyebab gangguan emosi pada masa tersebut. Tujuannya untuk individu tersebut mendapat kesedaran tentang perasaan dan pemikiran di mana membantu diri sendiri menghadapinya dengan penuh tanggungjawab.

Ciri-Ciri Kaunselor
1.

Bijaksana dan mempunyai pengetahuan yang luas. Mempunyai latihan dan kelulusan. Mempunyai keinginan membantu.

2.

3.

4.

Mempunyai kemahiran komunikasi berkesan. Menggunakan teori kaunseling bersesuaian dengan keadaan diri klien dan situasi sekeliling. Mematuhi etika kaunseling.

5.

6.

7. Harus mempunyai sifat-sifat berikut:

Approachability Openness

boleh dibawa berunding. bersikap terbuka dan berminat mendengar. bersifat jujur dan tidak pura-pura. memahami dan menyelami. bersifat menerima tanpa mengira latarbelakang, ketutunan dan lain-lain.

Genuineness

Empathy

Unconditional acceptance

Proses Kaunseling
1.

Menjemput kehadiran klien seperti yang ditetapkan. Memberi keselesaan kepada klien/keluarga. Memperkenalkan diri kepada klien/keluarga
- Mewujudkan rapport. - Menerima kehadiran klien tanpa syarat dan secara ikhlas.

2.

3.

4. Jelaskan perkhidmatan diberi - tujuan kaunseling/terapi sokongan, - peruntukan masa. - prinsip kerahsiaan - sesi lanjutan. 5. Meneroka/menganalisa masalah klien. - Mendengar , memberi perhatian kepada komunikasi lisan dan bukan lisan. - Berempati, memberi respon terhadap emosi klien

6. Mengenalpasti/memberi fokus kepada punca masalah klien. 7. Memberi peluang kepada klien untuk membuat pilihan/alternatif .

8. Mengambil tindakan untuk membantu klien melaksanakan keputusan telah dicapai.


Menghuraikan alternatif dipilih Berbincang langkah perlu diambil Menentukan masa dan langkah akan diambil. Meminta klien menyatakan semula keputusan telah dipersetujui.

9.

Tamatkan sesi kaunseling.


Memberi temujanji untuk sesi berikut, sekiranya perlu. Catatkan rumusan sesi dan keputusan klien

10.

11.

TEKNIK-TEKNIK KEMAHIRAN KAUNSELING


Kaunseling memerlukan kemahiran-kemahiran berikut:1. Mendengar 2. Membalas (responding) 3. Memberi Perhatian 4. Komunikasi Lisan dan Bukan Lisan 5. Refleksi 6. Parafrasa 7. Menyoal 8. Merumus 9. Konfrantasi 10. Menginterpretasi

1. Kemahiran Mendengar
Mendengar :- Isi kandungan yang diperkatakan. - Perasaan yang dilahirkan melalui tingkah laku tanpa lisan dan perasaan yang dinyatakan.

Mendengar Isi
Memahami tema perbincangan: - memberikan tumpuan secara fizikal
dan mendengar segala petanda yang dilahirkan oleh rasa hati klien. - memerhatikan klien dan menyediakan diri untuk memahami klien.

Mendengar Perasaan
Perasaan ialah emosi yang dialami pada satu-satu situasi yang dapat digambarkan dengan perkataan dan tingkah laku. - tindak balas secara lisan dan bukan lisan. - tingkah laku tanpa lisan seperti kedudukan tubuh badan, anggukkan, pandangan mata, wajah dan penggunaan separa bahasa.

- kemahiran lisan yang asas iaitu refleksi.

2. Kemahiran Membalas (Responding)


Antara kemahiran membalas :

Penstrukturan
Matlamat penstrukturan ialah menyediakan nada dan struktur sesi perundingan yang bakal dilaksanakan.

Dorongan minimum
Tujuan: - Memberansangkan klien untuk terus bercerita. - Menunjukkan kaunselor mendengar. - Menunjukkan kaunselor faham dan mengikuti apa yang diperkatakan oleh klien.

3. Kemahiran Memberi Perhatian


Paling penting dalam proses membantu. Dilakukan berterusan dari awal, semasa dan akhir sesi. 1. Membantu dalam proses:
- bina hubungan antara klien dan kaunselor, - mengumpul data dan fakta, - penjelajahan ke arah penyelesaian masalah. 2. Beri perhatian kepada: - mesej non-verbal dan verbal, - memahami perasaan dan fikiran.

4. Kemahiran Komunikasi (lisan dan bukan lisan)


4 perkara perlu diberi perhatian:- Kedudukan badan - Gerakan badan dan kepala - Air muka - Nada suara

Suasana fizikal semasa menerima klien (SOLER) S squarely O open posture L Lean toward E Eye contact R Relaxed

Komunikasi Lisan (Verbal) Guna perkataan yang senang difahami, respon yang minima, gambarkan kembali perasaan, merumus kenyataan, memberi maklumat sesuai, tidak menilai atau menghukum.
Komunikasi Bukan Lisan (Non Verbal) Renungan mata yang tidak tajam atau terlalu kerap mengalih pandangan, airmuka yang bersahaja, gerakan tangan dan kepala menunjukkan mendengar dan sentuhan mesra bila perlu, kedudukan badan tidak terlalu jauh atau dekat dan tiada penghalang.

5. Kemahiran Refleksi
Refleksi

merupakan satu usaha memahami klien dari sudut pandangan klien itu sendiri.

- Refleksi Isi . - Refleksi Perasaan . - Refleksi Pengalaman.

Refleksi Isi:Pernyataan semula oleh kaunselor mengenai idea yang disampaikan oleh klien. Kaunselor menggunakan perkataan yang ringkas, tepat dan padat.

Refleksi Perasaan :Pernyataan semula oleh kaunselor tentang perasaan dan sikap yang dinyatakan oleh klien.

Refleksi Pengalaman:Refleksi pengalaman dibuat setelah kaunselor memerhatikan gerak-geri tubuh badan semasa sesuatu pengalaman atau perasaan diperkatakan oleh klien.

6. Kemahiran Parafrasa
Parafrasa ialah respon kaunselor setelah mendengar isi dan memerhati tingkah laku klien. Bertujuan untuk menunjukkan kepada klien bahawa mesej yang berikan mula difahami oleh kaunselor.

Parafrasa ringkas, tepat dan kaunselor memahami.

7. Kemahiran Menyoal
Matlamat

menyoal :

Mendapatkan maklumat dengan tepat. Mendapatkan maklumat lanjut. Mendapatkan kepastian .


Dua

bentuk soalan dalam sesi kaunseling:

Soalan tertutup. Soalan terbuka.

8. Kemahiran Merumus

Mengulang dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh klien. Menonjolkan perkara-perkara penting atau tema-tema utama yang mengandungi isi dan perasaan klien semasa perundingan dibuat. Panduan membuat rumusan:
- Gunakan bahasa mudah. Elakkan daripada menambah idea baru. - Memberi perhatian kepada nada, emosi, dan isi penting yang diperbincangkan oleh klien. - Menyusun idea-idea dan perasaan yang penting dengan baik agar memudahkan klien memahaminya.

Ice Berg Philosophy

9. Kemahiran Konfrantasi
Dilaksanakan

setelah terbentuk hubungan yang baik dan kukuh di antara klien dan kaunselor. Konfrontasi digunakan apabila terdapat percanggahan antara apa yang dikatakan oleh klien tentang dirinya dengan apa yang dilakukannya.

10. Kemahiran Menginterpretasi


Proses

aktif di mana kaunselor menjelaskan makna perkara atau isu yang dibawa oleh klien mengikut fahaman kaunselor dan dari perspektif yang baru. penghuraian kepada klien supaya klien dapat melihat event yang berlaku dari perspektif yang berlainan.

Memberi

LATIHAN ASERTIF
BERTEGAS UNTUK HAK PERIBADI DAN MENYATAKAN PENDAPAT, PERASAAN DAN KEPERCAYAAN SECARA TERUS, JUJUR DAN SESUAI TANPA MENGANCAM HAK ORANG LAIN

KRITERIA UTAMA ASERTIF


BERTEGAS UNTUK HAK PERIBADI MENYATAKAN PERASAAN SECARA JELAS, TELUS DAN JUJUR MENGHORMATI HAK DAN PERASAAN ORANG LAIN MENYATAKAN `TIDAK BILA ANDA TIDAK MAHU MELAKUKAN SESUATU

HAK ASAS PERIBADI

MENENTUKAN CARA MENGURUS HIDUP DAN MENETAPKAN KEUTAMAAN DIRI MENENTUKAN MATLAMAT DAN NILAI DIRI

MENYATAKAN PANDANGAN SECARA JUJUR


MEMBERITAHU ORANG LAIN BAGAIMANA ANDA MAHU DILAYAN MENYATAKAN `TIDAK BILA ORANG MEMINTA BANTUAN ANDA

TIDAK MENERANGKAN TINDAKAN DAN PERASAAN ANDA KEPADA ORANG LAIN MEMBUAT KESILAPAN MENUKAR FIKIRAN

MENYATAKAN `SAYA TIDAK TAHU ATAU `SAYA TIDAK FAHAM


MEMBUAT KEPUTUSAN TIDAK LOGIK PADA KETIKA-KETIKA TERTENTU

TIPS MENJADI ASERTIF


MENENTUKAN APA YANG PENTING DALAM HIDUP ANDA NYATAKAN PENDAPAT ANDA DENGAN TEPAT, JELAS DAN PENUH KEYAKINAN BINA MATLAMAT YANG REALISTIK DAN MENGGAPAINYA TANPA MENGGUGAT MATLAMAT ORANG LAIN PASTIKAN PERMINTAAN ANDA MUNASABAH DAN TIDAK GUGAT HAK ORANG LAIN GUNAKAN BAHASA BADAN UNTUK MENGUKUHKAN PANDANGAN ANDA SPT. KONTAK MATA, KEDUDUKAN TUBUH DAN GERAK TANGAN / JARI UNTUK PENEKANAN KEPADA FRASA PENTING

ULANGI PERMINTAAN ANDA TANPA MENJADI MARAH.


NYATAKAN ANDA SIMPATI DENGAN KEADAANNYA KEMUDIAN NYATAKAN APA YANG ANDA MAHU DIA LAKUKAN. GUNAKAN UNGKAPAN `SAYA.SAYA KECEWA ANDA TIDAK TUNAIKAN JANJI JANGAN HUKUM PERLAKUAN ORANG LAIN BELAJAR KATAKAN `TIDAK DENGAN SOPAN UNTUK PERMINTAAN YANG TIDAK MUNASABAH BERTEGAS DENGAN HAK ANDA YANG SAH

MEMPERKASAKAN (Empowerment)
Memperkasakan adalah satu proses di mana klien menperolehi sumber personal, organisasi dan komuniti- yang membolehkan klien lebih menguasai persekitaraan untuk mencapai aspirasinya ( Hansefeld, 1987).

Memperkasaan mempunyai dimensi personal, interpersonal dan struktur:Memperkasakan personal kompetensi, kepakaran, kekuatan dan kebolehan untuk membawa perubahan. Memperkasakan interpersonal kebolehan untuk mempengaruhi orang lain. Kebolehan untuk berinteraksi secara berkesan dengan orang lain. Struktur perhubungan dengan struktur sosial seperti mempunyai akses kepada sumbersumber.

Strategi memperkasakan memerlukan pekerja sosial dan agensi percaya bahawa sistem klien mempunyai potensi: pengetahuan pengalaman dan sumber.
Dalam memperkasaan: kekuatan klien diberi penekanan, motivasi klien diperkuatkan, klien perlu memberi kerjasama.

Kemahiran Daya Tindak


Kemahiran dayatindak diperlukan untuk menangani stres Berikut adalah Kemahiran dayatindak yang boleh dilakukan untuk menangani stres:1. Senaman. 2. Relaksasi. 3. Harga-diri. ( Self-esteem ) 4. Yakin kebolehan diri sendiri (Self-efficacy) 5. Penerimaan hakikat kebolehan diri sendiri. 6. Tindakbalas menangani masalah dan ancaman. 7. Bercakap sendiri mengenai cabaran yang dilalui.

You might also like