You are on page 1of 1

PerbualanTentang Tahap Disiplin Sekolah. Dalam perjalanan menuju kantin sekolah, saya terserempak dengan Aisyah.

Kami telah membincangkan masalah disiplin dalam kalangan pelajar. Ailiah: Aisyah, kamu tahu tak, disiplin memainkan peranan penting dalam kehidupan kita? Aisyah: Saya pasti tahulah. Akhlak dapat membentuk disiplin dalam kehidupan kita. Dengan itu, kita tidak akan melakukan kesalahan yangmenjejaskan imej diri, sekolah, dan keluarga. Aliah: Tapi, saya nampak disiplin pelajar sekolah kita semakin meruncing. Mereka melakukan banyak kesalahan tanpa memikirkan denda yang bakal diterima oleh mereka. Aisyah: Ya, mereka memang degil dan nakal. Semalam saya mendapat tahu daripada Cikgu Tan bahawa pelajar kelas 6 Citra tidak menghormati guru. Ada antara mereka yang ponteng sekolah dan membuli pelajar dari sekolah lain. Nampaknya, tahap disiplin sekolah sudah bisul jadi nanah. Aliah: Betul ke? Saya memang berasa kecewa dengan sikap mereka. Saya berpendapat pihak sekolah mesti tegas menyelesaikan masalah ini. Tindakan yang tegas mestilah dikenakan kepada mereka yang melanggar peraturan sekolah. Aisyah: Sebenarnya, saya berpendapat bahawa pelajar dan guru-guru harus bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam mengatasi masalah ini. Saya pasti, kerjasama dan komitmen dalam pelajaran akan menyebabkan masalah disiplin dapat diatasi. Aliah: Betullah kata kamu. Saya juga berpendapat bahawa apabila pelajar mementingkan pelajaran, masalah disiplin tidak akan menjadi serius. Peningkatan disiplin pelajar dapat meningkatkan imej sekolah. Aisyah: Ya, eh, itupun Shakinah. Kenapa dia menangis? Aliah: Jom kita tanya dia? Aisyah: Baiklah. Selepas tamat berbincang, mereka pun menuju ke arah Shakinah yang mengalirkan air mata.

You might also like