Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Hadith Palsu

Hadith Palsu

Ratings: (0)|Views: 93 |Likes:
Published by alhadith1

More info:

Published by: alhadith1 on Oct 28, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/04/2012

pdf

text

original

 
ISU 20 : CONTOH HADIS PALSU YANG TERSEBAR 
 
Soalan 20:
 
Apakah contoh-contoh hadis dhaif dan palsu yang telah tersebar dalammasyarakat?
 
 Jawapan:
 
Berikut saya senaraikan beberapa contoh hadis-hadis yang popular di dalam masyarakat.Sayangnya hadis-hadis yang popular ini pada hakikatnya adalah dhaif atau palsu. Sayamenyebutnya sebagai dhaif atau palsu dengan meletakkan komen dan hasil kajian paraulama hadis dulu dan kini untuk sama-sama diteliti dan difahami. Ini bermakna,bukanlah saya yang memandai-mandai mengatakan ia dhaif atau palsu, tetapi sayaberpandukan kepada hasil kajian yang telah sedia ada di dalam buku-buku para ulamahadis. Bagi para pembaca, mereka dialu-alukan untuk membetulkan kesilapan saya samaada dari segi penggunaan bahan rujukan atau kesilapan dalam terjemahan teks asalnyayang ditulis dalam bahasa arab.Di samping itu saya juga selitkan sedikit ulasan bagi menjelaskan maksud hadis tersebutdan juga membincangkan adakah maksud hadis boleh diterima dan disokong oleh dalil-dalil daripada Al Quran atau hadis sahih. Walau bagaimana baik maksud sesuatu hadisyang dhaif atau palsu, hadis tersebut tetap tidak boleh dinyatakan atau ‘diiklankan’ sebagai ‘hadis sahih’ atau sebagai ‘sabda Nabi SAW’. Hadis tersebut mungkin bolehdianggap sebagai kata-kata hikmah atau nasihat yang baik sekiranya maksudnya tidakbertentangan dengan ajaran Islam. Pembaca akan dapat melihat apa yang sayamaksudkan dalam huraian setiap hadis.
Pertama:
 
Maksudnya:
Tuntutlah ilmu walaupun hingga ke negeri China. 
Kedudukan Hadis:
Ini adalah hadis palsu. Hadis ini telah disebutkan sebagai palsu oleh Ibn al Jauzi di dalambuku al Maudhu’at[1]. Pembaca juga boleh melihat buku Menangkis PencemaranTerhadap Agama dan Tokoh-Tokohnya karya Mohd. Asri Zainul Abidin untuk mendapatmaklumat lanjut tentang hadis ini. Hadis ini dikritik juga oleh pengkaji hadis seperti IbnuTahir al Maqdisi (507H)[2], al Iraqi[3], Ibn Hibban[4]dan Muhammad Nasiruddin al Albani[5].
 
Ulasan:
Hadis ini kerap dijadikan hujah bagi membuktikan bahawa Islam menggalakkan umatnyamenuntut ilmu sejauh yang mungkin walaupun ke negara China. Sedangkan padahakikatnya hadis ini adalah palsu. Telah ada dalil-dalil serta hujah-hujah yang jelasdalam Al Quran dan hadis-hadis sahih tentang kewajipan menuntut ilmu serta kelebihanmereka yang mempunyai ilmu. Terdapat ayat-ayat Al Quran yang mengiktiraf golonganyang berilmu contohnya:Maksudnya :
ALLAH mengangkat kedudukan orang-orang yang beriman dan yangmempunyai ilmu dengan beberapa darjat
.
 
Begitu juga di dalam hadis-hadis sahih terdapat saranan ke arah menuntut ilmuantaranya seperti hadis:
 
Maksudnya:
Sesiapa yang melalui jalan ke arah menuntut ilmu maka ALLAHmudahkan untuknya jalan ke syurga
[7].Maksudnya:
Menuntut ilmu adalah kewajipan ke atas setiap muslim
[8].Telah diketahui umum bahawa menuntut ilmu adalah kewajipan dalam kehidupan umatIslam. Apa yang ingin saya sebutkan di sini adalah kesalahan menggunakan hadis palsudalam menyatakan sesuatu perkara yang telah sedia ada dalam Islam sama ada di dalamAl Quran atau hadis-hadis sahih. Tindakan menggunakan hadis palsu ini bolehmenjadikan kita lupa bahawa ayat Al Quran atau hadis sahih sudah pun memadai danmencukupi untuk kita menyatakan sesuatu yang berkaitan dengan Islam. Berhati-hatilahdalam menggunakan sesuatu hadis. Pastikan bahawa hadis tersebut adalah sahihsebelum menggunakannya sebagai dalil atau hujah.
 
 
Kedua:
 
Maksudnya:
Tuntutlah ilmu dari buaianhingga ke liang lahad
 
Kedudukan Hadis:
Hadis ini adalah hadis palsu. Menurut Yusuf al Qaradhawi, walaupun maksud hadis inibenar, bukanlah bermakna itu adalah hadis yang benar-benar datang dari Nabi SAW[9].Hadis ini juga ditolak kesahihannya sebagai sabda Nabi SAW oleh seorang pengkaji hadiszaman ini, Abd. Fattah Abu Ghuddah[10].
Ulasan:
Seperti yang telah disebutkan dalam komen saya terhadap hadis pertama, terdapatbanyak dalil dalam Al Quran dan hadis-hadis yang sahih yang menyuruh danmenggalakkan umat Islam menuntut ilmu. Dalil-dalil itu sudah mencukupi dan kita tidakperlu lagi menggunakan hadis-hadis palsu yang direka. Penggunaan hadis-hadis palsuadalah salah walaupun dengan niat yang baik.Wujudnya segolongan pendakwah atau penceramah yang tidak mendalami bidang hadistelah menyebabkan ramai pendengar yang terkeliru dengan hadis-hadis yang tidak sahihtetapi disangkanya sahih. Bahkan disangkanya hadis ini menjadi kaedah utama dalamagama Islam sehingga dia terlupa dalil yang sudah sedia ada dalam Al Quran dan hadis-hadis sahih. Pendakwah atau penceramah selalunya mencari jalan singkat untukmengumpulkan bahan ceramahnya lalu mereka menggunakan buku-buku berbentukakhlak atau buku cerita yang kadangkala tidak memperdulikan kesahihan fakta yangdimuatkan di dalamnya. Ada yang mengambil hadis-hadis daripada buku al Ghazali iaitu

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->