Welcome to Scribd. Sign in or start your free trial to enjoy unlimited e-books, audiobooks & documents.Find out more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
3Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
x Qabliyah Jumaat

x Qabliyah Jumaat

Ratings: (0)|Views: 45|Likes:
Published by alhadith1

More info:

Published by: alhadith1 on Oct 28, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/05/2012

pdf

text

original

 
Imam asy-
Syafi'i rahimahullah (Wafat: 204H) menegaskan, “Tidak ada seorang pun
melainkan ia wajib bermazhab dengan sunnah Rasulullah dan mengikutinya. Apa jua yangaku ucapkan atau tetapkan tentang sesuatu perkara (ushul), sedangkan ucapanku itubertentangan dengan sunnah Rasulullah, maka yang diambil adalah sabda Rasulullah
Shallallahu „alaihi wa Sallam. Dan demikianlah ucapanku (dengan mengikuti sabdaRasulullah).” (Disebutkan oleh Ibnul Qayyim dalam I‟lam al
-
Muwaqq‟in, 2/286)
 
 ________________________________________________________________ __________________
 
  ________________________________________________________________ __________________
 
Rabu, 23 April 2008
88 - Sunnahkah (Tsabitkah) Solat Qabliyah Jumaat?
Sunnahkah (Tsabitkah) Solat Qabliyah Jumaat?
 Diriwayatkan dari as-
Sa‟ib bin Yazid, ia berkata, “Sesungguhnya azan pada hari
Jumaat pada awalnya ketika imam duduk di atas mimbar pada hari Jumaat, iaitupada masa Rasulullah s.a.w., Abu Bakar, dan Umar r.anhuma. Pada masa khalifahUtsman r.a. (ketika jumlah mereka semakin ramai), dia memerintahkan untukmengumandangkan azan ketiga (iaitu azan tambahan) pada hari Jumaat. Iamemerintahkan untuk mengumandangkan azan dari atas az-Zaur
a‟, lalu hal itu
terus berlangsung dan tidak ada seorang pun yang mencelanya. Padahal mereka
telah mengkritiknya (sebelumnya), ketika dia menyempurnakan solat di Mina.”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari, no. 916, Abu Daud, no. 1087, at-Tirmidzi, no. 516,an-Na
sa‟i, 3/101, dan Ibnu Majah, no. 1135)
 Dapat difahami melalui hadis ini bahawa:1
Azan pada hari Jumaat dilakukan ketika imam duduk di atas mimbar.2
Disunnahkan satu kali azan pada hari Jumaat, iaitu ketika imam duduk di atasmimbar.Diriwayatkan
dari Jabir, ia berkata, “Seorang laki
-laki masuk ke dalam masjid padahari Jumaat (ketika Nabi s.a.w. sedang berkhutbah), maka beliau bertanya,
“Apakah engkau sudah solat?” Ia menjawab, “Belum”. Beliau s.a.w. berkata,“Kalau begitu, solatlah dua rakaat”.”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari, no. 930, danMuslim, no. 875)Menurut Abu Malik Kamal di dalam Kitabnya, Shahih Fiqh Sunnah:
“Tidak ada solat sunnah qabliyah sebelum solat Jumaat. Jika azan telah
dikumandangkan, maka tidak boleh seorang pun bangkit mengerjakan solat.(Kecuali jika dia datang setelah azan dikumandangkan, maka ia boleh mengerjakan
 
solat sunnah Tahiyatul Masjid, kemudian duduk. Ataupun ia lupa solat TahiyatulMasjid, maka dia boleh bangun untuk mengerjakannya) Ini adalah pendapat ulamayang paling sahih. Ini adalah pendapat yang dipilih oleh Abu Hanifah, Malik, asy-
Syafi‟i dan majoriti sahabatnya (kecuali imam Nawawi) serta inilah pendapat yang
masyhur dari mazhab Ahmad. (al-Fatawa al-Kubra, Sheikhul Islam, 2/433, danTharh at-Tatsrib, 3/41) Inilah yang selaras yang bertepatan dengan sunnah. KeranaRasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya, menuju ke masjid, dan setelah beliau naikke mimbar, Bilal memulai azan Jumaat. Setelah azan selesai, Nabi terus sahajaberkhutbah tanpa ada pemisah. Hal ini (situasi ini) disaksikan dengan jelas, jadi,bilakah masanya mereka mengerjakan solat sunnah (Qabliyah Jumaat)? Oleh itu,barangsiapa mendakwa bahawa mereka semua (para sahabat di hadapan nabiketika berkhutbah
tamb.) berdiri untuk mengerjakan solat dua rakaat, setelahBilal selesai mengumandangkan azan, maka ia adalah orang yang tidak melihatkepada sunnah.
Malah hal ini dikuatkan lagi dengan hadis Ibnu Umar, ia berkata, “Aku solat
bersama Rasulullah s.a.w. dua rakaat sebelum Zuhur, dua rakaat sesudah Zuhur,
dua rakaat setelah maghrib, dua rakaat setelah Isya‟, dan dua rakaat setelahJumaat.” Ini adalah nash yang sangat jelas bahawa solat Jumaat, menurut
sahabat, terpisah dari solat Zuhur (solat Jumaat adalah berbeza dengan solatZuhur) dengan sendirinya. Kerana tidak disebutkan bahawa solat Jumaat memilikisolat sunnah, kecuali setelahnya, maka diketahui bahawa tidak ada solat sunnahQabliyah Jumaat. (Shahih Fiqih Sunnah, jil. 2, m/s. 310)Imam asy-
Syafi‟e rahimahullah menyatakan berkenaan hal ini, “Maka
setelah
matahari tergelincir dan imam telah duduk di atas mimbar, serta mu‟azzin (tukangazan) mengumandangkan azan, maka tidak ada lagi ruku‟ (solat). Maka janganlahseseorang ruku‟ (solat), melainkan seseorang yang datang (ke masjid) dalam
keadaan belum
ruku‟ (solat), maka hendaklah dia ruku‟ (solat Tahiyatul masjid).”
(al-Umm, jil. 1, m/s. 202)Berkata Ibnu Taimiyah rahimahullah:Adapun Nabi s.a.w. tidak pernah mengerjakan solat Qabliyah Jumaat atau apa-apapun selepas azan Jumaat. Tidak pernah dinukil berkenaannya walaupun walaupundari seorang. Sesungguhnya di masa Nabi s.a.w. tidak pernah dikumandangkanazan kecuali setelah baginda di atas mimbar. Setelah Bilal azan, Rasulullah lantasmeneruskan dengan dua khutbah. Setelah itu Bilal iqamah, maka Nabi s.a.w.bersolat bersama sekalian manusia (yang ada). Oleh yang demikian, maka tidakmungkin Baginda dan tidak juga walau salah seorang dari kaum muslimin yang solatJumaat dengan Baginda s.a.w. melakukan solat selepas azan. Tidak pernah seorangpun menukil bahawa Baginda solat di rumahnya sebelum keluar ke masjid di hari
Jumaat.” (Majmu‟ al
-Fatawa, jil. 24, m/s. 188)
Berkata „Abdullah „Abdur Rahman al
-
Bassam, “Tidak ada sunnah untuk solat
Jumaat sebelumnya (Qabliyatul Jumaah). Itulah kata-kata ulama dan dengannyalah
petunjuk sunnah.” (Taudhihul Ahkam min Bulughul Maram, 2/345) Katanya lagi,“Tidak ada sunnah rawatib sebelum solat Jumaat, sesungguhnya Nabi s.a.w.
setelah keluar dari rumahnya terus naik ke mimbar, lantas Bilal terusmengumandangkan azan, setelah sempurna azan, Nabi s.a.w. terus berkhutbah
 
tanpa berlengah.” (Taudhihul Ahkam min Bulughul Maram, 2/345)
 
Solat Sunnah Qabliyah Jumaat Menurut Mazhab ays-
Syafi’e
 Di sisi al-Imam asy-
Syafi‟e rahimahullah (204H) sendiri, menurutnya tidak ada solat
sunat Qabliyah Jumaat. Pendapat beliau dalam bab ini adalah selari dengan sunnahRasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, dimana beliau berkata:Aku menyukai apabila azan pada hari Jumaat dilaungkan ketika imam sudahmemasuki masjid dan beliau duduk pada tempat yang beliau berkhutbah di atasnyadengan posisi yang agak tinggi seperti kayu atau pelepah kurma, mimbar, pelantaratau selainnya, atau di atas tanah itu sendiri. Apabila (imam telah) melakukan(sedemikian), muazin melaungkan azan. Apabila telah selesai, imam berdiri lalumenyampaikan khutbah. Tidak ada tambahan ke atas itu. (al-Umm (Tahqiq: AhmadBadr al-Din; Dar al-Qutaibah, 1996), jld. 3, m/s. 60)
 
Sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. dan dipraktikkan oleh parasahabat, al-Imam asy-Sya
fi‟e juga menyukai agar orang
-orang yang sampai awal kemasjid melaksanakan solat-solat sunat mutlak sehinggalah imam menaiki mimbar.Setelah menerangkan kelebihan orang yang pergi awal ke masjid sempena solatJumaat, beliau berkata:
 
Apabila orang ramai pergi melaksanakan solat Jumaat, hendaklah mereka bersolatsehinggalah imam menaiki mimbar. Apabila imam berada di atas mimbar, merekayang mendirikan solat dua rakaat dan berkata-kata hendaklah berhenti supayaimam dapat memulakan khutbah. Apabila imam berkhutbah, mereka diammemerhatikannya. (al-Umm, jil. 3, m/s. 73)Al-Hafiz Abu Syamah rahimahullah (665H) menerangkan:Bahawa kebiasaan Nabi s.a.w. ketika keluar dari rumahnya pada hari Jumaat,maka baginda terus naik ke mimbar lalu muazin melaungkan azan. Setelah muazinselesai melaungkan azannya, maka baginda terus menyampaikan khutbahnya.Seandainya pada solat Jumaat tersebut wujud solat sunat qabliyah, tentu sesudahazan selesai dilaungkan baginda akan menyuruh para sahabat mendirikan solatsunat tersebut. Bahkan baginda sendiri akan mendirikannya terlebih dahulusebelum menyuruh para sahabatnya. Pada zaman Nabi s.a.w., tidak dikenali solatsunat pada hari Jumaat yang didirikan setelah azan dilaungkan dan didirikan di
hadapan khatib. (Bid„ah yang Dibungk
us Dengan Hadits Palsu (Judul Asli: al-
Ba‟its
al-Ingkar al-
Bida‟ wa al
-Hawadits, Tahqiq: Basyir Muhammad Uyun),TerbitanPustaka Azzam, m/s. 225-226)al-Hafiz al-
„Iraqi rahimahullah (806H):
 Yang sedemikian adalah kerana Nabi al-Sholah wa al-Salam, tidak dilaungkan azanpada hari Jumaat kecuali di hadapan baginda dan baginda pada ketika itu di atasmimbar. Maka tidaklah baginda bersolat untuknya (sesudah azan). Dan demikianjuga para sahabat radhiallahu 'anhum, dimana apabila keluarnya imam merekaterus memberhentikan solat. (Tharh al-Tsarib fi Syarh al-Taqrib (Muassasah al-Tarikh al-
„Arabi, Beirut, 1996), jil. 3, m/s. 41)
 

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->