Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
9Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Nota Ketamadunan Manusia Bab 3 (Repaired)

Nota Ketamadunan Manusia Bab 3 (Repaired)

Ratings: (0)|Views: 390|Likes:
Published by Hazman Azhar

More info:

Published by: Hazman Azhar on Oct 28, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/23/2014

pdf

text

original

 
 1Disediakan oleh: Hazman_ipda©2012
Nota SJH1105
 
Ketamadunan Manusia
KOMPONEN TIGA: PEPERANGAN DAN SISTEM PERTAHANAN(A) TAMADUN DUNIAKONSEP
 
Ketahanan:
Ketahanan ertinya ketabahan , kecekalan dan kesabaran dalammenghadapi sebarang ancaman dan dugaan serta tidak mudah luntur dalamperjuangan.
 
Ketahanan terdiri daripada ketahanan rohani/spiritual dan ketahanan fizikal.Ketahanan rohani/spiritual meliputi aspek-aspek agama dan moral. Ketahanan fizikalmerangkumi aspek-aspek lahiriah termasuk pembinaan jasmani dan ketenteraan.
 
Ilmu pengetahuan, pengalaman, kecekapan dan pelaksanaan yang betul merupakanasas-asas yang penting dalam pembinaan ketahanan fizikal dan rohani bagi sesebuahmasyarakat dan negara.
 
Ketahanan rohani dan fizikal mestilah dibina secara seimbang dan sepadu.Ketahanan diri, masyarakat dan negara merupakan persediaan yang wajar dan perludiambil perhatian yang serius bagi melaksanakan tahap kedua iaitu pertahanan.
 
Pertahanan:
Pertahanan ialah perihal mempertahankan diri, masyarakat, agama dannegara daripada serangan musuh.
 
Membela golongan yang lemah, teraniaya dan dizalimi juga termasuk dalam ertipertahanan Mempertahankan hak dan tanggungjawab memerlukan pengorbananyang besar dari segi harta,, masa, jiwa dan nyawa.
TAMADUN MESOPOTAMIA
 
 
Orang Sumeria
adalah orang yang pertama di kalangan manusia awal yangmengetahui tentang taktik-taktik peperangan.
 
Walaubagaimanapun, mereka bersifat kemanusiaan, bijak membuat ramalanberdasarkan agama dan tidak mempunyai cita-cita berperang yang bersungguh-sungguh.
 
 2Disediakan oleh: Hazman_ipda©2012
Nota SJH1105
 
Ketamadunan Manusia
 
Mereka berperang dengan cara berbaris-baris dan berdiri rapat-rapat. Senjatamereka ialah tombak dan lembing dan memakai topi kulit.
 
Pemerintah membina tembok pertahanan untuk mencegah pencerobohan musuhdan melindungi penduduknya.
 
Dalam masa-masa mereka berhenti bertelingkah sesama sendiri, orang Sumeria inibersatu pula memerangi puak nomad yang sentiasa menyerbu dataran-dataransubur dan menjadi ancaman besar kepada peradaban Sumeria.
 
Mereka bukan sahaja diganggu oleh puak yang berpindah randah bahkan juga olehorang Semitik yang tinggal di Akkad (kawasan yang terletak di bahagian utaradataran Sinnai).
 
Orang Semitik
berperang dengan cara terbuka, menggunakan panah dan buatbeberapa abad tidak dapat ditandingi oleh orang Sumeria.
 
Permusuhan dan peperangan sering berlaku di antara negara-negara kota diMesopotamia atas sebab tuntutan air dari sungai yang menjadi punca kekayaan.Contohnya ialah peperangan yang berlaku antara negara kota Ur dan Urech adalahkerana hendak menguasai hilir Sungai Euphrates.
 
Akibat daripada peperangan demi peperangan di antara negara-negara kota, makaberlakulah pertukaran pemerintah, kemusnahan negara-negara kota dan keruntuhantamadun Mesopotamia.
 
Pada tahun kira-kira 2750SM, Raja Sargon dari Akkadia telah menguasai tamadunMesopotamia. Beliau menguasai semua negara kota dan meluaskan empayarnyadari Elam di Timur hingga ke Laut Mediterranean.
 
Pada kira-kira tahun 2200 SM sekumpulan orang nomad iaitu Amorites telahmenyerang Mesopotamia dan berjaya menawan Babylon. Babylon telahberkembang menjadi sebuah negara kota yang indah, kuat dan masyhur di bawahpemerintahan Hammudrabi (1709SM
 –
1669SM).
 
Hammurabi telah mendirikan kubu di setiap kota. Kubu-kubu itu dikawal olehangkatan tentera. Kubu Babylonlah yang paling terkenal di antara kubu-kubu yangdibina.
 
 3Disediakan oleh: Hazman_ipda©2012
Nota SJH1105
 
Ketamadunan Manusia
Ketahanan dan Pertahanan Tamadun Mesopotamia
 
Sebagai salah satu bentuk pertahanan, pemerintah bagi sesebuah negara kota dalamtamadun Mesopotamia bertindak membina kubu pertahanan bagi melindunginegara kota daripada serangan musuh.
 
Dalam hal ini, sesebuah kubu pertahanan dalam ketamadunan Mesopotamiamengandungi bahagian tembok (dinding kota), terowong dan kubu. Tembok kotakebiasaannya dibina mengelilingi sesebuah negara kota dengan dibina beberapabuah pintu gerbang pada tembok kota sebagai pintu masuk.
 
Sebagai contoh, Hammurabi ketika menguasai Mesopotamia telah mendirikan kubudi setiap kota sebagai pertahanan terutamanya di Kota Babylon.
 
Kubu pertahanan adalah penting kepada ketamadunan Mesopotamia yang seringdiserang oleh orang gasar dan nomad yang sering menyerbu kawasan delta dandataran subur yang kaya dengan hasil pertanian. Selain itu, persengketaan antarasesebuah negara kota dengan negara kota yang lainnya membawa kepada keperluansebuah kota yang mampu bertahan dalam semua jenis serangan daripada luar.
Organisasi Ketenteraan Tamadun Mesopotamia
 
Tentera dalam tamadun Mesopotamia terbahagi kepada tentera terlatih yangprofesional (dikenali sebagai
 Agaush
) dan tentera yang dikerah dalam kalanganrakyat biasa dan hamba yang dikenali sebagai
Eren
.
 
 
Di bawah bahagian tentera profesional
(Agaush)
terdapat tiga unit ketenteraan yangberbeza yang dikelaskan mengikut fungsinya iaitu Unit Risikan, Unit Kejuruteraandan Unit Logistik.
 
 
Sebagai contoh, unit Logistik merujuk kepada unit tentera yang berperananterhadap persenjataan dan peralatan lain seperti ubatan dan makanan. Dalam unitini misalnya, sekumpulan tentera wanita turut dibentuk oleh pemerintahMesopotamia bagi menyediakan makanan kepada para tentera.
 

Activity (9)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Peto Zerotz liked this
Khomathy Mathy liked this
CY Yii liked this

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->