You are on page 1of 12

MOHD RIDZUAN BIN AHMAD ROSIDI 890718-02-5635 PISMP PJ/PKE/BI SEMESTER 8

Resusitasi Kardiopulmonari Menurut Laporan ekonomi 1981/82 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia, Kematian akibat penyakit jantung menduduki tempat pertama di Malaysia (Hasbullah Hussin,1988). Ini menunjukkan rakyat

Malaysia sering menghidapi penyakit jantung yang boleh menyebabkan kematian. Kematian dapat di kurangkan seandainya ramai rakyat Malaysia mempunyai pengetahuan mengenai Pertolongan Cemas. Melalui pertolongan cemas, kita dapat memberi bantuan awal kepada mangsa yang mengalami masalah sakit jantung ataupun tersekat saluran pernafasan dan mungkin dapat menyelamatkan nyawa mereka. Cardiac Pulomonary Resuscitation (CPR), merupakan salah satu kaedah pertolongan cemas yang boleh diberikan kepada mangsa yang mengalami masalah sakit jantung ataupun saluran pernafasan tersekat. CPR juga dikenali sebagai Resusitasi Kardio Pulmonari. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-empat (2010), resusitasi bermaksud kaedah memulihkan seseorang yang hampir maut secara tiba-tiba kerana lemas ataupun serangan jantung. Kardio pula bermaksud jantung dan Pulmonari pula adalah paru-paru. Resusitasi berasal dari perkataan resuscitate yang bermaksud menyedarkan semula. Dapat disimpulkan di sini ialah resusitasi kardiopulmonari merupakan suatu proses ataupun kaedah pertolongan cemas yang diberikan bagi menyedarkan semula mangsa yang mengalami masalah jantung terhenti dan saluran nafas tersekat.

MOHD RIDZUAN BIN AHMAD ROSIDI 890718-02-5635 PISMP PJ/PKE/BI SEMESTER 8

Tiga simptom mangsa yang memerlukan bantuan CPR dengan segera ialah mangsa tidak sedarkan diri, tidak bernafas dan tiada denyutan nadi.

Rajah 1 : Memeriksa keadaan mangsa dan melakukan CPR 1. Tidak sedarkan diri Tidak sedarkan diri merupakan keadaan mangsa seperti tidur tetapi tidak memberi sebarang respon kepada sebarang pertanyaan ataupun soalan, sentuhan dan juga goncangan yang perlahan. Orang yang tidur selalunya akan memberi respon kepada bunyi bising, jeritan dan goncangan yang perlahan manakala orang yang tidak sedarkan diri memberi reaksi di sebaliknya. Apabila

MOHD RIDZUAN BIN AHMAD ROSIDI 890718-02-5635 PISMP PJ/PKE/BI SEMESTER 8

mangsa tidak sedarkan diri, mangsa tidak mampu untuk batuk atau bernafas dengan sempurna kerana saluran pernafasan mangsa terhalang yang boleh membuatkan mangsa lemas dan mati. Seseorang yang mempunyai penyakit kronik, kecederaan atau baru menjalani pembedahan mempunyai risiko yang tinggi untuk tidak sedarkan diri. Jika seseorang itu pengsan dalam suatu masa yang singkat, ini mungkin adalah kerana dehidrasi, tekanan darah rendah ataupun kurang gula dalam darah. 2. Tidak Bernafas Tidak bernafas juga dipanggil apnea iaitu mangsa tidak dapat bernafas seperi biasa. Keadaan ini memerlukan rawatan yang segera. Mangsa boleh menjadi lemah dan tidak bermaya, sawan dan muka berubah menjadi biru. Apnea dalam jangka mangsa yang panjang juga dipanggil pernafasan terhenti. Bagi kanak-kanak apnea panjang ini boleh menyebabkan serangan jantung di mana jantung akan berhenti berdenyut manala bagi orang dewasa, serangan jantung akan terjadi terlebih dahulu dan akan membawa kepada henti pernafasan. Antara penyebab terjadinya apnea di kalangan orang dewasa ialah obstructive sleep airway (ada sesuatu yang menghalang saluran pernafasan semasa tidur), tercekik, terlebih dos dadah, hampir lemas, kecederaan kepala, serangan jantung, gangguan sistem saraf atau gangguan metabolisme. Punca bagi kanak-kanak mungkin berbeza seperti pra-matang, gangguan bronkiol,

MOHD RIDZUAN BIN AHMAD ROSIDI 890718-02-5635 PISMP PJ/PKE/BI SEMESTER 8

radang paru-paru, saluran udara tersumbat atau tercekik bendasing, menahan nafas, sawan, meningitis, memuntahkan makanan dan serangan asma. 3. Tiada Denyutan Nadi Tiada denyutan nadi ialah keadaan di mana penyelamat tidak dapat mengesan kadar nadi ataupun sukar untuk mengesan denyutan nadi. Keadaan ini boleh menunjukkan penggunaan teknik menyelamat yang salah atau tidak betul ataupun kejutan ataupun serangan jantung berlaku pada mangsa. Jika penurunan kualiti denyutan dan kadar nadi berlaku secara tiba-tiba, berserta simptom-simptom lain muncul, pengancaman nyawa mangsa boleh berlaku. Penyelamat mungkin perlu menjelaskan kepada doktor ataupun staf perubatan mengenai di mana denyutan di ukur di badan mangsa, jika denyutan nadi lemah ataupun tidak dapat mengesan denyutan nadi langsung. Jika keadaan in berlaku CPR dan bantuan perubatan perlu diberi segera kepada mangsa. Jika, penyelamat lebih daripada seorang adalah perlu jika seseorang membuat panggilan kecemasan perubatan dan seorang yang lain mula melakukan CPR kepada mangsa. Bagaimana CPR dilakukan? 4. Pemeriksaan ABC Sebelum seseorang penyelamat melaksanakan CPR, beberapa aspek perlu diberi perhatian seperti keadaan sekeliling,keadaan mangsa dan kadar denyutan nadi mangsa. Terdapat 3 prinsip pertolongan cemas CPR iaitu

MOHD RIDZUAN BIN AHMAD ROSIDI 890718-02-5635 PISMP PJ/PKE/BI SEMESTER 8

PEMERIKSAAN

ABC

ataupun

Airway

(saluran

pernafasan),

Breathing

(pernafasan) dan Circulation

(peredaran darah).

Airway merupakan proses pertama yang perlu dilakukan oleh seorang penyelamat dalam proses melaksanakan CPR. Pemeriksaan saluran

pernafasan adalah penting bagi memastikan saluran pernafasan mangsa terbuka. Jika saluran pernafasan mangsa tersekat, keadaan ini boleh diatasi dengan mendongakkan kepala mangsa ke belakang dan dagu mangsa di angkat. Keadaan ini akan mengangkat lidah mangsa dari belakang tekak supaya ia tidak menghalang laluan udara.

Rajah 2 : Cara memperbetulkan saluran pernafasan yang tersekat Breathing merupakan tindakan seterusnya selepas saluran pernafasan dibuka. Pernafasan mangsa dapat diperiksa melalui cara penyelamat perlu mendekatkan telinga dekat mulut mangsa dengan keadaan muka menghadap dada mangsa. Keadaan ini membolehkan penyelamat mendengar dan merasa

MOHD RIDZUAN BIN AHMAD ROSIDI 890718-02-5635 PISMP PJ/PKE/BI SEMESTER 8

hembusan nafas mangsa serta melihat pergerakan turun naik dada mangsa. Jika tiada pernafasan dari mangsa, bantuan perlu diberikan dengan segera kepada mangsa seperti bantuan mulut ke mulut.

Rajah 3 : Cara memeriksa pernafasan mangsa Circulation merupakan salah satu cara untuk mengekalkan peredaran darah. Langkah ini perlu dilakukan sekiranya jantung mangsa terhenti ataupun nadi mangsa telah berhenti berdenyut. Sekiranya mangsa masih mempunyai denyutan nadi, penyelamat perlu memberikan bantuan pernafasan sehingga mangsa boleh bernafas dengan sendiri seperti tekanan atau mampatan ke dada.

MOHD RIDZUAN BIN AHMAD ROSIDI 890718-02-5635 PISMP PJ/PKE/BI SEMESTER 8

Rajah 3 : Salah satu cara untuk mengekalkan peredaran darah Jenis-Jenis Pertolongan Kecemasan CPR 1. Kaedah mulut ke mulut Kaedah ini adalah antara kaedah yang paling berkesan kerana udara dihembuskan terus kepada mangsa. Bagaimanapun, cara ini hanya boleh dilakukan kepada mangsa yang tidak cedera di bahagian muka atau leher. Pertama, periksa saluran pernafasannya, bersihkan semua sisa

makanan atau buih dengan menggunakan jari. Longgarkan pakaian di bahagian leher, dada dan pinggang. Tiup kuat-kuat sebanyak empat kali pada mulut mangsa itu jika kanak-kanak dan enam kali jika orang dewasa.

I.

Dongakkan kepala ke belakang dan angkat dagu mangsa bagi memastikan perjalanan udara terbuka

MOHD RIDZUAN BIN AHMAD ROSIDI 890718-02-5635 PISMP PJ/PKE/BI SEMESTER 8

Rajah 4 : Cara memastikan perjalanan udara terbuka

II.

Bantuan pernafasan secara mulut ke mulut dan picit hidung mangsa

III.

Letakkan bibir ke mulut dan tiuplah ke dalam peparu

Rajah 5 : Cara melakukan hembusan dari mulut ke mulut 2. Kaedah mulut ke hidung Kaedah ini berguna bila mulut pesakit tersumbat dan tidak boleh dibersihkan segera. Bibir pesakit dipicit rapi dan tiupan nafas ke dalam hidung mangsa.

MOHD RIDZUAN BIN AHMAD ROSIDI 890718-02-5635 PISMP PJ/PKE/BI SEMESTER 8

3. Kaedah mulut ke hidung dan mulut Kaedah ini digunakan untuk bayi atau kanak-kanak kecil yang ruang kawasan mulut dan hidungnya boleh ditutupi oleh penyelamat, maka kaedah ini boleh digunakan. Tetapi tiupan untuk bayi adalah lembut dan perlahan.

Rajah 6 : Cara melakukan hebusan dari mulut ke hidung dan mulut

4. Kaedah mampatan atau tekanan ke dada Mangsa yang pernafasannya terhenti tetapi masih ada denyutan nadi masih boleh diberi pemulihan pernafasan. Denyutan nadi boleh diambil melalui nadi karotid dan nadi radial kerana melalui nadi-nadi ini denyutan senang untuk dikesan. Berikut merupakan kedudukan nadi radial dan nadi karotid. Gambar berikut menerangkan kedudukan nadi karotid dan nadi radial.

MOHD RIDZUAN BIN AHMAD ROSIDI 890718-02-5635 PISMP PJ/PKE/BI SEMESTER 8

Rajah 7 : Kedudukan Nadi Karotid

Rajah 8 : Kedudukan Nadi Radial

Kedudukan tangan yang betul semasa memberi bantuan dengan sebelah tangan di buka luas dan sebelah tangan lagi digenggam di antara celahan jari yang terbuka. Berikut merupakan contoh kedudukan tangan yang betul semasa melakukan mampatan kepada kanak-kanak dan orang dewasa.

Rajah 9 :Kedudukan tangan untuk kanakkanak

Rajah 10 :Kedudukan tangan untuk orang dewasa

MOHD RIDZUAN BIN AHMAD ROSIDI 890718-02-5635 PISMP PJ/PKE/BI SEMESTER 8

Nisbah mampatan dada dan hembusan nafas bagi orang dewasa ialah 15 mampatan dan 2 hembusan nafas bagi satu kitaran. Aktiviti diteruskan sehingga mangsa mampu bernafas sendiri. Manakala nisbah bagi kanak-kanak dan bayi ialah 5 mampatan dan 1 hembusan bagi satu kitaran. Kaedah mampatan ataupun tekanan di dada ini boleh dilakukan secara berseorang ataupun secara berdua untuk menolong mangsa yang mengalami terhenti pernafasan.

a. Pemulihan oleh seorang Pada keadaan yang memaksa dan penyelamat hanya

bersendirian atau seorang sahaja yang mahir dalam melakukan kaedah ini.

Rajah 11 : Cara melakukan CPR seorang diri

MOHD RIDZUAN BIN AHMAD ROSIDI 890718-02-5635 PISMP PJ/PKE/BI SEMESTER 8

b. Pemulihan oleh dua orang Kerja pemulihan pernafasan boleh dibahagikan kepada dua orang penyelamat yang mahir atau seorang mahir membuat mampatan sambil seorang lagi boleh memberi pernafasan mulut ke mulut.

Rajah 12 : Cara melakukan CPR jika ada dua orang penyelamat Bagaimanapun, mampatan ataupun tekanan ke dada ini mempunyai kesan negatif kepada pesakit seperti patah tulang-tulang sternum dan rusuk, cedera pada perut atau hati sekiranya bantuan tidak diberi dengan betul.

You might also like