You are on page 1of 21

Analisis item

Tujuan
Menilai kesesuaian item dari segi kesukarannya , sama ada terlalu mudah atau terlalu sukar bagi sesuatu kumpulan pelajar Menunjukkan keupayaan sesuatu item mengasingkan pelajar pandai daripada pelajar lemah

Indeks kesukaran item (item difficulty index) (p)

Indeks kesukaran item,(p)


Indeks ini digunakan untuk menunjukkan item / soalan yang digunakan itu sama ada terlalu sukar, sederhana atau terlalu mudah. Cara pengiraan bagi mendapatkan indeks kesukaran bagi ujian berbentuk objektif ialah : P = Bilangan calon yang memberi jawapan betul __________________________________ Jumlah calon yang menjawab soalan itu

Cara pengiraan indeks kesukaran bagi ujian berbentuk objektif ialah : P = Bil.calon yang menjawa betul suatu item Jumlah calon yang menjawab item itu Contoh: 40 pelajar menjawab satu item soalan dan 30 darinya menjawab betul. Maka Nilai p bagi soalan ini ialah 30/40 = 0.75

Nilai p ialah antara 0.00 hingga 1.00; [ 0.00 < p < 1 ] P = 0 jika tiada pelajar menjawab betul; rumusannya soalan terlalu sukar P = 1 jika semua pelajar menjawab betul; rumusannya soalan terlalu senang

Aras Kesukaran dan Pengkelasan Item


Nilai (p) P < 0.30 0.3 p 0.80 P > 0.8 Pengkelasan Item/status Terlalu sukar/ubahsuai Sederhana/terima Terlalu mudah/ubahsuai

soalan yang terlalu mudah akan dapat dijawab oleh hampir semua pelajar, sementara soalan yang terlalu sukar tidak akan dapat dijawab oleh hampir semua pelajar soalan-soalan begini tidak dapat membezakan pelajar yang lebih rendah keupayaan dengan yang lebih tinggi keupaayaan

Jika indeks kesukaran bagi sesuatu item ialah 0.65, ini bermakna 65% pelajar akan dapat menjawab item tersebut dengan betul.

Indeks bagi soalan esei


p = __Markah Purata__ Julat Markah Penuh

Contoh : Markah purata bagi 10 pelajar ialah 6.3 Julat markah penuh item ialah 10 [markah minimum markah maksimum; Maka p = 6.3 / 10 = 0.63 [63%]

Bagi calon yang ramai P = BT + BR J Dimana, BT bil.calon dlm kump.tinggi menjawab betul BR bil.calon dlm kump.rendah menjawab betul dan J ialah bilangan calon kump. Tinggi & rendah

Kepentingan indeks kesukaran


mengenal pasti konsep yang perlu diajar semula, iaitu apabila guru mendapati soalan soalanberkenaan tidak dapat dijawab oleh sebahagian besar pelajar (soalan sukar) mengenal pasti dan melaporkan kekuatan dan kelemahan bahagian-bahagian kurikulum, iaitu yang boleh dikuasai pelajar dan yang tidak boleh dikuasai pelajar;

memberi maklum balas kepada pelajar tentang kekuatan dan kelemahan mereka bagi setiap tajuk pengajaran yang diuji mengenal pasti soalan yang bias kepada sesuatu kandungan (content bias), seperti kandungan yang ditekankan semasa pengajaran

Indeks diskriminasi,d

ID berfungsi untuk membezakan calon-calon kumpulan cerdas dengan calon kumpulan lemah / lambat ID berfungsi untuk membezakan keupayaan pelajar-utk tujuan tertentu ID untuk menentukan sama ada item itu sesuai digunakan atau tidak .

Bagaimana mengira ?
1. Membahagikan pelajar kepada 3 kumpulan pencapaian:

27% pelajar berpencapaian rendah 46% pelajar berpencapaian sederhana 27% pelajar berpencapaian tinggi .

2. Tentukan : -R L, bil. pelajar yang menjawab betul dlm .kump. Rendah( Right Lower), -R U, bil.pelajar yang menjawab betul dlm.kump.tinggi(Right Upper) -T (L + U), bil. pelajar berpencapaian rendah dan tinggi (Total)

3. Menggunakan formula berikut: Indeks Diskriminasi (d) = (R U R L) ( T (L + U))

ID boleh bernilai 1.00, sekiranya semua pelajar berpencapaian tinggi dan tiada seorang pun pelajar berpencapaian rendah dapat menjawab soalan ini dengan betul ID boleh bernilai 0.00, sekiranya bilangan pelajar berpencapaian tinggi dan rendah yang dapat menjawab soalan ini dengan betul adalah sama ID boleh bernilai -1.00, sekiranya semua pelajar berpencapaian rendah dan tiada seorang pun pelajar berpencapaian tinggi menjawab soalan ini dengan betul

Tafsiran dan keputusan


ID,d d > 0.40 0.20 < d 0.40 Tafsiran Item Diskriminasi positif tinggi Diskriminasi positif sederhana Keputusan Amat sesuai diterima Ubahsuai item

0.00 d 0.20
d < 0.00

Diskriminasi positif rendah


Diskriminasi negatif, prestasi kumpulan rendah lebih baik

Tulis item semula


Item buruk dan perlu dibuang

Tujuan Indeks Diskriminasi


mengenal pasti konsep yang perlu diajar semula, iaitu apabila guru mendapati soalan-soalan berkenaan tidak dapat dijawab oleh sebahagian besar pelajar pandai mengenal pasti dan melaporkan kekuatan dan kelemahan bahagian-bahagian kurikulum, iaitu yang tidak boleh dikuasai pelajar pandai memberi maklum balas kepada pelajar pandai tentang kelemahan mereka bagi setiap tajuk pengajaran yang diuji

mengenal pasti soalan yang bias kepada sesuatu kandungan, seperti kandungan yang tidak ditekankan semasa pengajaran atau langsung tidak diajar mengenal pasti pelajar-pelajar yang berpencapaian tinggi untuk melanjutkan pengajian dalam bidang-bidang tertentu

You might also like