Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
P. 1
Ijmak Dan Qiyas Sebagai Sumber Hukum Fiqh

Ijmak Dan Qiyas Sebagai Sumber Hukum Fiqh

Ratings: (0)|Views: 63 |Likes:
Published by Ciko Tembak Bulan
Ijmak dan qiyas...
Ijmak dan qiyas...

More info:

Published by: Ciko Tembak Bulan on Oct 30, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/19/2013

pdf

text

original

 
 1
1.0 Pengenalan
Islam bukan sekadar ibadah seperti sembahyang, puasa dan haji, akan tetapiia adalah jalan hidup bagi manusia. Jalan hidup yang dimaksudkan antara lainmenjamin kemaslahatan dan menjauhkan kemudaratan bagi manusia. Tentu sahajadua perkara ini (menjamin kemaslahatan dan menjauhkan kemudaratan) juga disebutoleh agama lain dan para ahli fikir. Namun terdapat perbezaan yang besar antaracara Islam dan selainnya, iai
tu Islam tidak sekadar “menyebut” tetapi memastikan ia
dilaksanakan ke atas manusia. Pemastian inilah yang menyebabkan Islam memilikihukum-hukum yang diterapkan ke atas manusia.Di sini mungkin timbul persoalan, bukankah agama sepatutnya bersifatpilihan manakala hukum pula bersifat paksaan? Justeru adakah Islam agamapaksaan?Dijelaskan bahawa ciri-
ciri “menjamin kemaslahatan dan menjauhkankemudaratan” yang ada pada Islam pada asalnya ada pada fitrah kebanyakan manusia.
Namun tidak semua manusia melaksanakan fitrah tersebut dengan sempurna. Justeru
manusia memerlukan hukum bagi memastikan fitrah “menjamin kemaslahatan danmenjauhkan kemudaratan” benar 
-benar diterapkan di kalangan manusia.Sebagai contoh, kebanyakan manusia adalah pemandu yang berdisiplin.Namun ada segelintir pemandu yang menjauhi sifat tersebut. Maka untuk memastikan keselamatan semua pemandu, sama ada yang berdisiplin atau tidak, kitamemerlukan undang-undang jalanraya. Tidak sekadar itu, kita juga memerlukan
 
 2
pasukan polis untuk memastikan undang-undang tersebut benar-benar diterapkan diatas jalanraya.Demikianlah juga dengan hukum Islam. Disebabkan adanya sebahagianmanusia yang suka mengakibatkan mudarat dan menjauhkan maslahat kepada dirimereka sendiri dan orang lain, maka hukum Islam perlu diterapkan ke atas manusia.Dari satu sudut yang sempit ia kelihatan satu paksaan, namun dari pelbagai sudutyang luas ia adalah kebaikan untuk semua.Apabila dikaji hukum-hukum Islam, akan ditemui bahawa ia memilikibeberapa ciri yang istimewa, iaitu:1.
 
Hak asasi orang ramai diunggulkan di atas hak asasi individu. Yang
dimaksudkan dengan “Hak asasi” ialah hak untuk memperoleh
kemaslahatan dan menghindari kemudaratan.2.
 
Hak asasi untuk jangka masa panjang diunggulkan di atas hak asasiuntuk jangka masa pendek.3.
 
Apabila usaha menghindari mudarat bertembung dengan usahamemperoleh maslahat, maka menghindari mudarat diunggulkan daripadamemperoleh maslahat.4.
 
Pencegahan diunggulkan sebelum mudarat (cegah sebelum parah).
 
 3
5.
 
Semua yang ada di alam ini adalah halal dan harus untuk manusiamelainkan wujud dalil yang menyatakan sebaliknya (makruh atauharam).Dalam menetapkan hukum ke atas manusia, Islam mengambil hukumtersebut daripada yang Mencipta manusia dan bukannya manusia itu sendiri. Ini jauhberbeza dengan hukum sivil kerana yang membuat hukum tersebut adalah manusiayang sudah tentu tidak terlepas daripada pelbagai kekurangan.Sumber hukum Islam boleh dibahagi kepada dua. Pertama dan utama(
Primary
) ialah al-
Qur’an dan al
-Sunnah. Untuk memudahkan kefahaman, kedua-dua sumber hukum ini akan dikupas secara berasingan.Selain daripada al-
Qur’an dan al
-Sunnah, Islam juga memiliki beberapasumber hukum yang lain. Sumber ini berperanan memberikan hukum bagi sesuatuperistiwa yang baru timbul selari dengan perkembangan zaman, tempat danperadaban. Sumber-sumber hukum ini diasaskan daripada al-
Qur’an dan al
-Sunnah jua. Dua daripadanya yang paling masyhur adalah Ijmak dan Qiyas.

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->