You are on page 1of 7

MITOS

Apa itu mitos?


Mitos (dari Greek mythos) menurut pengertian Kamus Dewan, adalah "cerita (kisah) tentang dewa-dewa dan orang atau makhluk luar biasa zaman dahulu yang dianggap oleh sesetengah golongan masyarakat sebagai kisah benar dan merupakan kepercayaan berkenaan (kejadian dewa-dewa dan alam seluruhnya)." Mitos juga merujuk kepada satu cerita dalam sesebuah kebudayaan yang dianggap mempunyai kebenaran mengenai sesuatu perkara yang pernah berlaku pada suatu masa dahulu. Ia dianggap sebagai satu kepercayaan dan kebenaran mutlak yang dijadikan sebagai rujukan. Ia selalunya satu dogma yang dianggap suci dan mempunyai konotasi upacara

Konsep
cara manusia memahami, menyatakan dan menghubungkan kepada diri sendiri konsep yang penting bagi identiti diri sendiri sebagai budaya. Mitos biasanya digunakan dalam bidang antropologi, kesusasteraan, dan semiotik. Dalam antropologi, cerita mitos berkaitan dengan budaya manusia atau masyarakat yang menciptanya. Mitos dalam kesusasteraan dilihat sebagai cerita atau imej manusia yang kekal, dan biasanya mempunyai hubungan dengan moral atau estetik. Manakala dalam semiotik pula, mitos dilihat sebagai rantaian yang tidak bersambungan dalam budaya manusia. Fungsi mitos dalam konteks semiotik adalah untuk meneutralkan budaya.

Cerita zaman dahulu, tergolong dalam sastera sejarah, juga dianggap dongeng atau direkareka Mungkin juga dianggap benar

Gaya bahasa
Naratif lisan yang paling tua di dalam mana-mana masyarakat di dunia ini. Genre ini mengandungi cerita tentang dewa-dewi, berunsur keagamaan dan dianggap benar oleh masyarakat yang melahirkannya. Di samping itu, mitos mengandungi unsur-unsur ajaib, supernatural, tidak berdasarkan logik dan tidak cenderung kepada sejarah. Namun demikian, isi-isinya dianggap kudus oleh pendukungnya.

Mitos Dalam Melayu -pantang larangSesetengah orang melihat pantang larang Melayu lama tidak lagi sesuai diamalkan pada masa kini kerana bimbang boleh memesongkan akidah masyarakat khususnya dalam hal berkaitan kejadian, jodoh, rezeki, ajal dan maut kerana ia di tangan Ilahi.

Contoh pantang larang


Larangan membuang air di tempat yang tidak sepatutnya dengan alasan akan dimarahi penunggu sehingga mendatangkan penyakit, hakikatnya bertujuan menjaga adab dan kebersihan alam sekitar. Larangan makan dalam pinggan sumbing kerana hutang akan bertimbun sebenarnya perbuatan itu bertentangan dengan sunnah Rasulullah saw dan memudahkan diri dijangkiti kuman yang berkumpul pada bahagian yang rosak itu.

You might also like