You are on page 1of 6

LAGU KALAU RASA GEMBIRA

Walaupun pendidikan teknologi maklumat dan penggunaan internet di sekolah-sekolah masih lagi baru, semua pihak menyedari penggunaan perisian kursus dalam pendidikan telah membuka berbagai peluang belajar bagi para pelajar.Walaubagaimanapun, menghasilkan satu perisian pendidikan yang bermutu adalahsesuatu yang perlu dikaji dengan lebih mendalam lagi terutama jika proses pengajaran dan teknologi mahu disepadukan dalam bilik darjah seperti yang dicadangkan dalam projek sekolah bestari.Persoalannya, siapakah yang patut membangunkan perisian tersebut? Membiarkan guru-guru dengan tanggungjawab membina perisian pendidikan disamping tugas-tugas yang sedia ada adalah terlalu membebankan. Dalam pada masa yang sama mengharapkan jurutera perisian membangunkan perisian pendidikan pula beerti menjemput masalah yang sudah dijangka kerana pengetahuan pedagogi mereka adalah terbatas. Walau apapun jalan penyelesaiannya, penghasilan perisian yang berkualiti perlu ditekankan agar ia menjadi lebih dari mempersembahkan maklumat dalam bentuk multimedia sahaja.

You might also like