You are on page 1of 9

DEFINISI MUZIK Menurut Campbell 1995, Muzik adalah suatu kesenian yang tertumpu pada aspek pendengaran atau

aural. Muzik boleh diperkenalkan kepada bayi dan kanak-kanak pra sekolah dalam bentuk elemen bunyi. DEFINISI PERGERAKAN Cara terbaik bagi kanak-kanak belajar adalah dengan cara melakukan (learning by doing: Dalcroze 1950) kerana tubuh adalah alat paling utama dan merupakan asas keseluruhan pergerakan muzik dan seterusnya mengembangkan daya komunikasi yang mengintegrasikan telinga (pendengaran), minda dan tubuh badan sebagai respon fizikal secara improvisasi kepada muzik. Pergerakan adalah perlakuan / aksi individu yang boleh berlaku secara Automatis Spontan Terurus ( melibatkan perancangan yang lebih tersusun ) melalui postur, gerak isyarat dan pelbagai pergerakan badan. KEPENTINGAN PERGERAKAN Pergerakan merupakan aktiviti yang memenuhi aktiviti kanak-kanak untuk penglibatan yang aktif dalam situasi pembelajaran muzik. Ia memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melibatkan diri sepenuhnya dan meluahkan perasaan mereka, imaginasi dan menginterpretasi melalui muzik secara pergerakan fizikal yang bersifat non verbal. Respon kepada muzik merupakan pelengkap kepada pelbagai aktiviti pengajaran pembelajaran di bilik darjah kerana dalam dunia kanak-kanak muzik dan gerakan tidak boleh dipisahkan kerana sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bergerak.

KEPENTINGAN MUZIK dan PERGERAKAN TERHADAP: Emosi

- Aktiviti muzik memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan perasaan dan emosi
yang tidak menyenangkan. Mendengar dan terlibat dalam aktiviti dapat menenangkan perasaan kanak-kanak. - Kanak-kanak merasa dihargai apabila guru menyelitkan nama-nama mereka dalam nyanyian yang dinyanyikan. Pembelajaran akan lebih berkesan sekiranya mereka terlibat secara langsung dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di mana guru boleh mengadakan aktiviti dalam kumpulan yang melibatkan semua kanak-kanak, melalui aktiviti ini mereka akan menyanyi dan menari bersama rakan-rakan yang lain.

- Membolehkan kanak-kanak meluahkan perasaan takut, gembira, sedih, cemas dll. Kognitif - Meningkatkan daya pendengaran. - Kanak-kanak akan mahir dalam membezakan nada bunyi yang kuat dan lembut. Contoh aktiviti: Guru memperdengarkan kerincing kepada kanak-kanak dan memukul kerincing dengan kuat dan menyatakan bahawa bunyi itu kuat, manakala aktiviti untuk memperkenalkan bunyi lembut pula ialah guru memukul kerincing secara lembut dan memperkenalkan bahawa bunyi itu lembut. - Kanak-kanak akan mahir dalam membezakan bunyi panjang dan pendek. Contoh aktiviti: Guru memukul kastenet dan memperkenalkan bahawa bunyi itu panjang, manakala aktiviti untuk memperkenalkan bahawa bunyi yang pendek ialah guru memukul kerincing dan memperkenalkan bahawa bunyi itu pendek. - Kanak-kanak akan mahir dalam membezakan bunyi tinggi dan rendah. Contoh aktiviti: Guru menggetarkan loceng sebagai bunyi yang tinggi manakala memukul kastenat sebagai bunyi rendah. Bahasa - Dapat mengembangkan perbendaharaan kata kanak-kanak. - Kanak-kanak akan mengingati lirik lagu yang telah diperdengarkan. - Kanak-kanak akan cuba menghafal lirik lagu itu maka secara tidak langsung kanak-kanak dapat mengetahui perkataan baru.

Kegembiraan - Aktiviti muzik merupakan salah satu cara untuk menyediakan suasana riang kepada kanakkanak. Irama dan rentak muzik yang ceria dapat menarik perhatian kanak-kanak.

Fizikal - Muzik juga melibatkan pergerakan. Kanak-kanak membuat pergerakan secara bebas dan kreatif mengikut rentak muzik yang didengar. - Meningkatkan kemahiran motor kasar. - Menggalakkan koordinasi anggota badan, mata dan tangan. Keyakinan diri. - Aktiviti muzik dan pergerakan kreatif dapat memupuk keyakinan diri dalam kalangan kanakkanak. Bermula dengan menyanyi secara berkumpulan diikuti menyanyi secara solo adalah asas latihan keyakinan diri. Kreativiti. - Aktiviti muzik dan pergerakan dapat mendorong kanak-kanak mengubah suai seni kata lagu

dan pergerakan kreatif mengikut ciptaan sendiri. KECERDASAN MUZIK Kebolehan berfikir dalam bentuk muzikal, mendengar dan mengecam paten, membezakan antara bunyi dan mencipta muzik . Sensitif dengan bunyi dipersekitaran. Kemahiran individu ini ialah menyanyi, bersiul, mengubah muzik, mengingati melodi, memahami struktur dan rentak muzik. KECERDASAN KINESTETIK Kebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan untuk

berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Cekap mengintepretasi pergerakan anggota atau tubuh. Lebih cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lain-lain. Seseorang individu juga cekap memanipulasi objek fizikal dan dapat mengimbangi pergerakan fizikal dengan mental. PERGERAKAN MENGIKUT MUZIK Umur perkembangan Lahir- 4 bulan Kesedaran muzik bermula : bayi mungkin menunjukkan kesedaran awal dengan melakukan tindak balas yang berbeza terhadap muzik. Ketika bayi tidur, muzik sebagai pengulit dan bayi menjadi aktif ketika muzik dimainkan. 4- 8 bulan Kesedaran muzik menjadi lebih aktif: bayi mula mengamati semua bunyi yang didengari di persekitarannya. Dia mula menunjukkan lebih aktif terhadap kesedaran muzik dengan melakukan pergerakan kepala atau wajah ke arah sumber muzik. 10-18 bulan Kecenderungan terhadap ekspresi muzik: bayi mula menunjukkan jenis muzik yang paling disukai-mungkin pada usia ini bayi lebih suka bunyi yang muncul daripada alatalatan-serta jelas menunjukkan ketidaksukaannya terhadap muzik yang dia tidak suka. Dia akan mengoyangkan pinggul dan bertepuk tangan apabila mendengar muzik yang disukainya. 8 bulan 2 tahun Eksplorasi bunyi muzik meningkat: bunyi muzik di persekitaran akan memikat kanak-kanak yang bertatih. Kanak-kanak mula mengembangkan kemahiran bahasa dan meningkatkan mobility untuk mencari muzik yang paling disukainya. Mereka mungkin lebih suka terhadap bunyi terutamanya muzik di TV atau radio atau iklan dan mungkin akan tertarik atau terpesona apabila ahli keluarga memainkan alat muzik. 2 - 3 tahun Mula menari: kanak-kanak pada peringkat ini berupaya untuk menari mengikut muzik dengan menekuk lutut, berputar-putar, berayun, menghayunkan tangan, dan menganggukkan kepala. Dia lebih suka irama yang jelas, jadi kumpulan muzik atau lagu kanak-kanak. Kanak-kanak menunjukkan peningkatan kemampuan untuk menjaga masa untuk mengikuti penggunaan dalam permainan muzik yang disukainya. Sekarang kanak-kanak boleh berbaring atau duduk dengan tenang dan mendengar selama beberapa minit pada sesuatu masa.

3 1/2- 4 tahun Ekspresi diri melalui muzik meningkat: pada tahap ini, perubahan yang ketara berlaku. Semasa mendengar, dia sudah tahu beberapa komponen-komponen yang membentuk muzik yang disukainya. Dia mungkin suka mendramatisasi lagu dan mungkin juga cuba mentafsir muzik ( misalnya, percubaan dengan irama yang berbeza). Peningkatan dapat dilihat apabila ia pandai menjada irama, walaupun tidak semuanya tepat. 4 5 tahun Kemampuan untuk berkongsi pengalaman muzik: anak-anak boleh bercakap tentang muzik yang telah dicadangkan kepadanya, dan dia dapat menceritakan secara terperinci apa yang dia dengar. Ini adalah tahap pendengaran aktif. Dengan dorongan, keinginan anak untuk mendengar muzik akan meningkat. 5 6 tahun Keselarasan gerak tari bermula : meningkatkan kawalan motor dan kemampuan untuk melakukan pergerakan yang serentak dengan irama muzik sebagai langkah untuk menari. Kanak-kanak mula boleh melakukan pergerakan tangan dan kaki serentak dengan muzik dan boleh melompat dengan menggunakan satu kaki dan membuat gerakan-gerakan tari berirama muzik. Kanak-kanak juga mungkin mula menunjukkan minat untuk belajar tarian. MENYANYI Peringkat umur Perkembangan Lahir 4 bulan Tangisan pertama bayi adalah muzik: Tangisan bayi pertama bayi sangat penting untuk mengekspresikan keperluan dan perasaan. Mereka dapat membezakan pic, kelantangan dan pola-pola berirama. Secara berperingkat, bayi mula melakukan percubaan dengan suara yang lain: dia berbisik, bubling, jeritan dan mula bercakap yang bukan-bukan mengulangi suara seperti ba-ba-ba. 6 18 bulan Bercakap makin meningkat, memuatkan ciri-ciri muzikal lebih jelas : ketika kanak-kanak terus untuk bereksperimen dengan membebel suaranya menjadi aktiviti kegemarannya. Ketika ini bayi dalam lingkungan pic, keamatan nada suara semakin meluas, muncul aktiviti yang mennyerupai lagu. Jangan hairan jika pada satu masa bayi mampu mengulangi pic anda menyanyi dengan not yang sama. 8 bulan 3 tahun Mula menyanyi dengan betul: terdengar bayi merapu dengan merdu seperti betul-betul lagu ketika sedang bermain. Dia mungkin menyanyikan sebuah sajak yang mudah diingat, menggunakan suku kata atau hanya cakap kosong ketika bermain. Dia mungkin juga meminati lagu-lagu yang diminati oleh anda, ia sangat meminati lagu-lagu biasa dan meminta anda untuk menyanyikan berulang-ulang. 3 - 4 tahun Ketepatan dalam persamaan ton bermula : sekarang anak mula menyanyi hampir sama dengan orang dewasa. Dia mungkin secara spontan mencipta lagu sendiri, meskipun kata-kata yang sering berulang-ulang dan lagu mungkin sangat mirip dengan lagulagu yang dia tahu.

4 5 tahun Ketepatan menyanyi meningkat: anak mula menunjukkan peningkatan kawalan suara dan anggaran lebih dekat nada dan irama. Kadand-kadang dia mencipta lagu ketika bermain dan boleh menggunakan lagu untuk menarik perhatian ornag lain. Dia menunjukkan lebih berminat dalam kumpulan menyanyi dan mungkin suka menikmati giliran menyanyi sendirian. Dia berasa bangga dengan kemampuannya untuk mengenal pasti melodi kegemarannya. 5 tahun ke atas Repertoir lagu makin berkembang, pengiktirafan dan penghargaan meningkat : Kebanyakan anak kini menghasilkan lagu-lagu mudah. BERMAIN ALAT MUZIK Peringkat umur Perkembangan 6 9 bulan Bayi suka membuat bunyi dengan apa-apa objek yang tersedia : koordinasi mata-tangan bayi terbentuk. Dia suka memanipulasika bendabenda untuk mencapainya dan adalah tertarik dengan kemampuan barunya menghasilkan bunyi dengan objek. Dia akan tekan, tending atau memukul hampir semua benda yang berada di sekilingnya untuk menghasilkan bunyi. 18 bulan 2 tahun Kanak-kanak mencari objek khas untuk menghasilkan bunyi : Anda mungkin pernah melihat anak-anak berupaya mendapatkan objek tertentu seperti cawan, mangkuk, dan peralatan-peralatan lain untuk menghasilka bunyi. 2 - 3 tahun Minat sebenar terhadap alat muzik meningkat: pada tahap ini, ketika anak menunjukkan minat dalam mendengar alat muzik dan rakaman, berikan padanya mainan yang dapat membuat bunyi muzik yang menarik seperti zilofon, drum, paip, rebana atau marakas. Permainan alat muzik tidak seharusnya mahal. Bahkan, anda boleh membuatnya sendiri dengan kopi(drum), botol (rebana) dan sebagainya. 4- 5 tahun Anak mula melakukan percubaan dengan alat muzik yang sebenar : Pada tahap ini, anak boleh mengenalpasti bunyi-bunyi tertentu dari alat muzik dan boleh memainkan pelbagai irama muzik, baik untuk mengiringi lagu atau dendangan muzik atau mencipta lagu sendiri. MUZIK DAN PERGERAKAN UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK KECIL BAYI(INFANTS) Bayi selalunya akan memberikan reaksi yang berbeza terhadap pelbagai jenis bunyi muzik. Jenis muzik yang sesuai dan digemari oleh bayi dapat ditentukan dengan memastikan muzik tersebut mesti dipasang ketika bayi dalam keadaan sedar dan jaga. Bayi selalunya gemar berbaring dan anda boleh menggerakkan anggota badan mereka, malah penggunaan instrumen muzik seperti loceng digalakkan untuk merangsang pendengaran dan penglihatan mereka. Stimulasi pendengaran bayi Sejak lahir hingga 1 tahun, kebanyakan bayi mula memperbaiki kemampuan mereka untuk mendengar suara atau bunyi yang berbeza di persekitaran mereka. Pada peringkat awal ini bayi perlu mendengar pelbagai bunyi dan belajar untuk menumpukan perhatian mereka. Bayi juga akan memberi tindak balas iaitu melakukan pergerakan apabila mendengar muzik.

KANAK-KANAK KECIL(TODDLERS ) Apabila bayi mula membesar sebagai kanak-kanak kecil, mereka sudah boleh bergoyang, bergerak dan menari mengikut irama muzik. Kanak-kanak ini boleh bermain dengan alat muzik seperti kastenat, kerincing, tamburin dan sebagainya. Di taska, guru perlu mengajar kanakkanak ini memainkan alat-alat muzik tersebut. Ibu bapa atau guru boleh menjadikan lagu dan muzik sebahagian daripada masa bermain mereka dengan memasangkan kaset lagu kanakkanak. Kanak-kanak sudah boleh meniru sesuatu gaya atau pergerakan bagi setiap muzik yang ditunjukkan. MUZIK DAN PERGERAKAN UNTUK KANAK-KANAK 3 TAHUN Muzik & Pergerakan Untuk Kanak-Kanak 3 Tahun Telah mengalami perkembangan dari segi fizikal, kognitif, emosi dan sosial yang memberangsangkan. Mampu menggolek, membaling dan menyepak yang boleh diaplikasikan dengan muzik. Mestilah merangkumi nyanyian, tarian, pendengaran dan permainan alat muzik Tindak Balas Kanak-kanak Terhadap Bunyi & Pergerakan Akan menggerakkan badan, bertepuk tangan, membengkokkan lutut mereka, memusingkan lengan dan menganggukkan kepala dalam keadaan bertenaga. Sangat aktif dan menyukai muzik yang rancak. Mampu menyanyikan beberapa patah perkataan, menyukai permainan drama dan khayalan. Mula minat untuk bermain alat muzik seperti drum, tamborin dan kayu stick. MUZIK DAN PERGERAKAN UNTUK KANAK-KANAK 4 8 TAHUN (KINDERGARTEN AND EARLY PRIMARY) Kanak-kanak melakukan pergerakan mengikut muzik Terdapat beberapa tahap perkembangan kanak-kanak dalam melakukan pergerakan mengikut muzik Antaranya ialah Tahap rendah, Tahap tengah, Tahap tinggi. Tahap perkembangan (Low level) Antara akitiviti yang dilakukan ialah berguling, meniarap, mengesot, berjalan sambil mengheret kaki, bergerak ke belakang dan depan. Tahap perkembangan (Middle level) merangkak, duduk, mencangkung, lompat katak, berjalan dengan empat kaki. Tahap perkembangan (High level) Langkah seperti raksaksa, berjalan sambil memegang bendera, berjalan menggunakan lutut, melompat dan berlari, berlari dan berhenti. Muzik dan pergerakan sebagai bahasa komunikasi. Pergerakan dapat menggambarkan perwatakan kanak-kanak. Pergerakan juga dapat

melahirkan imaginasi kanak-kanak (berfantasi). Kanak-kanak dapat meluahkan rasa melalui muzik dan gerakan yang mereka lakukan. Mempengaruhi perkembangan motor kanak-kanak, bila kanak-kanak bergerak, tubuh badan mereka turut melakukan pergerakan. Kanak-kanak juga bergerak mengikut temponya.

Pergerakan dan muzik sebagai satu permainan. Meningkatkan perkembangan motor kanak-kanak melalui pergerakan. Contohnya, apabila muzik dimainkan kanak-kanak akan menari secara spontan. Muzik dan pergerakan dan bahasa seni. Perkembangan bahasa Muzik nyanyian sangat baik untuk mengembangkan bahasa kanakkanak. Dapat membantu kanak-kanak membezakan antara perkataan, huruf dan suku kata. Kanak-kanak juga akan mudah memahami frasa dan seni kata dalam lagu, kanak-kanak akan mudah belajar mengenai bahasa Muzik dan pergerakan. Muzik dan kemahiran membaca. Melalui mendengar muzik dan menyanyi kanak-kanak dapat menerokai perkataan baru dan dapat menambah kosa kata mereka. Muzik, pergerakan dan matematik. Puzzle dapat membantu kanak-kanak mengembangkan kemahiran matematik mereka.

Contohnya, kanak-kanak akan belajar tentang Besar dan kecil Panjang dan pendek Tinggi dan rendah Awal dan lambat Sikit Banyak Sekali Kumpulan dll. Contohnya kanak-kanak dapat bekerja dalam kumpulan, dan membesar dan mengecilkan badan mereka. FALSAFAH SUZUKI Dr. Suzuki berpendapat bahawa semua kanak-kanak berupaya mempelajari muzik. Beliau juga berkata, kebolehan muzik bukan satu bakat semula jadi tetapi satu kebolehan yang boleh dikembangkan melalui latihan atau didikan yang betul. Beliau juga percaya bakat seseorang kanak-kanak tidak terhad. PRINSIP SUZUKI Dimulakan dari usia bayi 3 bulan. Gerakan dalam langkah-langkah kecil bagi membina keyakinan. Penglibatan ibu bapa (membina keyakinan ibu bapa perlu meluangkan masa bagi membantu P&P ini). Mendengar rakaman dari repertoire Dr Suzuki. Kanak-kanak mendengar dan mengajuk sebelum aspek muzikal ditekankan. Dapat memperkembangkan tahap kemahiran pelajar dan dapat mewujudkan dorongan yang kuat terhadap pelajar. Kerjasama ditekankan bagi mengelakkan persaingan. Dr. Suzuki juga percaya bahawa seorang kanak-kanak yang mendengar muzik yang baik semenjak lahir dan mempelajari muzik sendiri, kanak-kanak itu mengembangkan kepekaan, disiplin dan juga daya tahan dirinya. Dr. Suzuki juga dalam falsafahnya mengatakan mengajar muzik bukanlah tujuan utama namun, hasrat sebenar adalah untuk membentuk seorang warganegara yang baik dan manusia yang mulia.

PENDEKATAN SUZUKI Pendidikan berdasarkan bakat. Fokus kepada pendidikan muzik kepada kanak-kanak

(permainan alat muzik). Dimulakan sejak berumur 2 atau 3 tahun. Kanak-kanak dapat dipupuk melalui pembelajaran muzik bersistematik. Sokongan terhadap keyakinan dan penghargaan bagi membentuk disiplin diri. Menekankan pendengaran, peniruan dan bermain muzik dalam kumpulan. Kaedah mothertongue. Pendekatan Suzuki memberi fokus kepada sistem Imitasi dan Pengulangan dalam pengajaran Violin. Dalam sistem Imitasi, murid-murid akan belajar bagaimana melihat, mendengar dan menghafal skor-skor muzik. Manakala pengulangan ( repetition ) memerlukan murid-murid memainkan semula skor-skor lagu yang telah dipelajari pada peringkat awal agar tidak melupakan sahaja lagu-lagu yang telah dipelajari dahulu. KELEBIHAN PENDEKATAN SUZUKI Kanak-kanak dapat memainkan skor lagu yang sukar lebih daripada tahap kecekapannya. Dengan itu, peningkatan mereka lebih cepat berbanding kaedah biasa. Mengembangkan dan membentuk disiplin diri dan bakat sebagai satu cara untuk membentuk sikap. Menanam sifat penghargaan dalam diri kanak-kanak. Membentuk semangat dalam muzik (enthusiasm). Mengalakkan guru untuk memastikan murid-murid mendapat alat muzik yang bersesuaian dengan size / ukuran fizikalnya. Komunikasi dan kerjasama antara ibu bapa dan guru. Inspirasi dan keseronokkan merupakan tunjang kepada Pendekatan Suzuki. Latihan Berkumpulan Lebih sesuai untuk era moden sekarang, bagi murid-murid yang mementingkan peningkatan yang cepat dalam pembelajaran Violin. KELEMAHAN PENDEKATAN SUZUKI Cara permainan muzik lebih kaku ( robotic ). Guru Muzik yang terlatih dan memenuhi syarat Pendekatan Suzuki sahaja yang layak mengajar. Oleh itu, Ibu bapa terpaksa membayar yuran yang lebih mahal untuk memperoleh khidmat yang bermutu tinggi. Sesetengah orang mempertikaikan pendekatan Suzuki bahawa untuk jangka panjang, murid mungkin kekurangan elemen sebagai pemuzik (musicianship).

You might also like