Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Hamba Abdi Menurut Al-quran Dan Kaitannya Terhadap Permasalahan Pemerdagangan Manusia

Hamba Abdi Menurut Al-quran Dan Kaitannya Terhadap Permasalahan Pemerdagangan Manusia

Ratings: (0)|Views: 112 |Likes:
Published by Arbaiyah Saron

More info:

Published by: Arbaiyah Saron on Nov 02, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/27/2013

pdf

text

original

 
1
KANDUNGAN
1.0
Pendahuluan ..22.0Pengertian Hamba Abdi ..3
3.0
Istilah-istilah Hamba Abdi Dalam Al-Quran ..5
4.0
Perhambaan Dalam Islam 125.0 Beberapa Hukum Tentang Perhambaan …………………………… 156.0 Permasalahan Semasa Isu Pemerdagangan Manusia ………………196.1Takrif Pemerdagangan Manusia ..216.2Definisi Pemerdagangan Manusia .216.3Definisi Istilah .226.4Kes-kes yang Berlaku di Malaysia .236.5Punca-punca Berlakunya Pemerdagangan Manusia …………236.6Hukum Pemerdagangan Manusia …………………………247.0Kesimpulan …………………………………………. 25RUJUKAN
 
2
HAMBA ABDI MENURUT AL-QURAN DAN KAITANNYA DENGAN ISUPEMERDAGANGAN MANUSIAOleh:Siti Arbaiyah binti Mohd Saron ( P 58390 )1.0PendahuluanBerdasarkan statistik 
 Anti-Slavery International 
, pada ketika ini terdapat lebih kurang 27 jutaorang menjadi hamba di seluruh dunia. Ia merupakan jumlah tertinggi di dalam sejarah peradaban manusia. Walaupun masih ada perhambaan warisan di sesetengah tempat di Afrika,kebanyakan hamba yang dimaksudkan itu bukanlah seperti yang terdapat pada zaman feudal diawal kurun ke-16 dahulu. Hamba yang dimaksudkan di sini adalah manusia merdeka yangterperangkap atau diperangkap lalu diperdagangkan akibat kesempitan hidup dan belengguhutang. Di antara negara-negara yang dicatatkan mempunyai statistik perdagangan manusiayang tertinggi adalah negara-negara Afrika, India, Pakistan, Haiti, China dan Thailand. ‘Hamba-hambaini sama ada dijual, ditukar milik sebagai jaminan hutang atau untudieksploitasi sebagai buruh di ladang-ladang atau di bidang industri atau di dalam kegiatan pelacuran. UNICEF melaporkan, lebih kurang 200,000 kanak-kanak di Afrika Tengah danBarat dijual sebagai hamba setiap tahun.
1
Menurut statistik 
 Amnesty International 
pula, kira-kira 700,000 manusia setahun diperdagangkan untuk tujuan seks.
1
 
www.Infoplease.com
 
3
Itu adalah sebahagian kecil daripada kisah perhambaan dan eksploitasi manusia yang berlaku pada masa sekarang. Di dalam kehidupan hari ini, di mana manusia hanya hidup untuk meraih sebanyak mungkin manfaat sehingga kewujudan penindasan sebegini adalah sesuatuyang tidak menghairankan.Pembentangan Rang Undang-undang Anti Pemerdagangan Orang 2007 hanyalahsebahagian usaha atau cara untuk memerangi jenayah ini. Tetapi sebagai umat Islam, kitamempunyai al-Quran, yang mana al-Quran yang diturunkan Allah tidak sahaja menjadi rahmat bagi kehidupan manusia tetapi menjangkau kepada alam semesta, tentunya mempunyai jawapan tersendiri terhadap permasalahan seperti ini. Seperti yang kita yakini al-Quranmerupakan satu-satunya kitab yang boleh dijadikan pedoman hidup hingga akhir zaman. Olehitu, penulis cuba menganalisis ayat-ayat al-Quran yang ada kaitannya dengan permasalahantersebut sehingga dapat diketahui bagaimana pandangan al-Quran dan penyelesaian Islamterhadap permasalahan yang mirip bahkan sama dengan perlakuan perhambaan.2.0Pengertian Hamba Abdi.Hamba abdi dalam bahasa mempunyai erti, orang belian atau orang tebusan yang disuruh bekerja untuk faedah orang yang membelinya iaitu tuannya dengan bekerja tanpa upah, hanyasekadar mendapat makanan sahaja.
2
 Hamba abdi juga disebut sebagai budak. Namun budak mempunyai pengertian yang lebih luas, antaranya hamba, ghulam, sahaya, abdi, amah, jongos, penolong rumah tangga, orang gaji, bujang, kuli, inang, khadam, babu, pengasuh, anak-anak yang belum matang fikiran.
3
 Istilah hamba abdi juga dapat dijumpai dalam kamus bahasa Inggeris. Ada dua istilahyang sering diertikan dengan budak atau hamba abdi ini. Kedua-dua istilah tersebut adalah
 servant 
dan
 slave
. Servant mempunyai erti pelayan, pembantu, orang yang menjadi abdi padaseseorang atau sesuatu.
4
 Mengikut pandangan Prof Dr. Hamka, hamba abdi adalah merupakan seorang yangtidak lagi merdeka. Nilai mereka sama dengan sebuah barang yang boleh diperdagangkan,
2
Zainal Abidin Safarwan. Haji.(tth) Kamus Bahasa Melayu Utusan, Utusan Publication &Distributor Sdn.Bhd, hlm 579.
3
Ibid, hlm 217.
4
Peter Salim (1993) Advanced English – Indonesian Dictionary, Moden English Press, Jakarta. Edisi ke-4, hlm 766.

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->