You are on page 1of 9

MITOS

PENSYARAH: PUAN JAIMAH BINTI ABDUL MANAF

OLEH: NOR AISHAH BINTI ADENAN NETTY AZIEANA MOHD AYOB

DEFINISI
merupakan sekumpulan cerita yang benarbenar berlaku pada zaman silam. Biasanya memperkatakan kisah dewa dewi dan manusia agung berhubung dengan asal usul raja, tempat, kedatangan Islam yang dianggap aneh dan menakjubkan. merupakan kepercayaan kerana ianya dianggap benar-benar berlaku kerana mempunyai hubungan dengan kepercayaan sesuatu agama, misalnya cerita tentang Tuhan, dewa dan Nabi.

cerita zaman dahulu yg dianggap benar, terutamanya yg mengandungi unsuru- nsur konsep atau kepercayaan tentang sejarah awal kewujudan sesuatu suku bangsa, kejadiankejadian alam.

FUNGSI
Dapat menerangkan perasaan ingin tahu manusia terhadap sesuatu kejadian alam yang tidak terjawab melalui pemikiran biasa. Berfungsi menghubungkan manusia dengan kuasa yang agung- yang diluar daripada batas-batas kehidupan manusia biasa. Sebagai alat kawalan sosial. Sebagai alat pendidikan, untuk pengajaran dan contoh teladan.

untuk menerang sebab dan akibat sesuatu kejadian itu.


Ahli antropologi- Untuk memberi pengesahan atau pendokongan terhadap sesuatu institusi sosial.

Memberikan hiburan kepada pendengarpendengar tentang asal-usul kejadian sesuatu yang terdapat dalam kehidupan mereka.

CIRI-CIRI CERITA MITOS


a. Cerita mitos dianggap sebagai cerita rekaan tetapi masyarakat tradisional mempercayai yang cerita metos itu benar-benar berlaku. Cerita mitos dari segi isi dan tema, adalah dihubungkan dengan asal usul bermulanya sesuatu kejadian, benda, binatang, manusia, asal usul nama tempat, asal usul keturunan raja dan lain-lain lagi. Setiap asal usul itu dikaitkan dengan pelbagai peristiwa dengan keadaan yang luar biasa tetapi dipercayai benar-benar berlaku. b. Bagi masyarakat Melayu tradisional, cerita mitos adalah suci dan mulia serta berlawanan kepada sifat duniawi. Cerita mitos adalah certa tentang dewa dewi dari kayangan dan dipercayai ada kaitan dengan unsur keagamaan, bersifat suci dan kudus. Banyak pantang larang dikenakan dalam hal mematuhi cerita mitos. Kalau dipatuhi pantang larang itu mendapat kebaikan dan kekurniaan. Jikalau dilanggar maka mala petaka akan menimpa.

c. Latar masa cerita mitos adalah pada zaman pra-sejarah iaitu zaman animisme. Semua masyarakat Melayu lama percaya pada kepercayaan animisme.

d. Latar tempat cerita mitos berlaku di dunia luar, di dunia kayangan dan di dasar laut. Latar trmpat sejarah juga terdapat dalam cerita mitos. Misalnya, mitos asal usul negeri Melaka sebagaiman yang digambarkan dalam Sejarah Melayu mengambil latar tempat sejarah. Latar tempat di dasar laut pula melalui mitos dinasti seperti yang digambar dalam sejarah Melayu iaitu seorang daripada anak cucu Raja Iskandar Zul-Karnain memasuki dan melawat negeri bawah laut bernama Dika. Beliau berkahwin dan mendapat tiga orang anak di negeri bawah laut itu. Anak-anak bagindalah kemudiannya menjadi raja di Palembang, Singapura dan akhirnya menjadi raja negeri Melaka. e. Watak-watak dalam cerita mitos pula terdiri daripada Tuhan dan dewadewi sebagai watak-watak bukan manusia. Dalam cerita metos juga terdapat watak manusia dan binatang. Beberapa contoh dapat dilihat di dalam teks Sejarah Melayu. Umpamanya nama Samudera-Pasai berasal daripada semut besar. Nama ini diperoleh daripada peritiwa seekor anjing bernama Si Pasai yang menyalak bukit kerana nampak semut sebesar kucing. Sempena dengan peristiwa yang luar biasa ini maka Sultan Malikul Salleh membuka sebuah negeri baru yang dinamakannya Samudera-Pasai. Melalui metos nama tempat ini, watak-watak yang terlibat melibatkan watak manusia dan bukan manusia iaitu watak Malikul Salleh, anjing dan semut besar.

PERANAN / FUNGSI
Cerita mitos memainkan peranan yang tersendiri dalam masyarakat Melayu lama. Pertama, ia berperanan menggambarkan serta memuliakan golongan raja. Golongan raja dianggap memiliki kuasa yag luar biasa serta taraf mereka disamakan dengan golongan dewadewi. Contohnya asal usul raja-raja, pengislaman raja serta pembukaan negara kota. Cerita-cerita ini dapat dilihat dalam teks Sejarah Melayu, Hikayat Si Miskin, Hikayat Hang Tuah dan Hikayat Merong Mahawangsa. Misalnya dalam teks Sejarah Melayu, kemasukan agama Islam dapat dilihat melalui peristiwa Raja Kecil Besar diislamkan oleh Nabi Muhammad s.a.w dalam mimpinya. Ia juga memainkan peranan sebagai mengeritik serta menyindir sikap golongan raja yang zalim dan buruk tingkah lakunya. Umpamanya melalui mitos alegori peristiwa Singapura diserang ikan todak. Peristiwa itu sebenarnya menyindir kezaliaman raja Singapura membunuh Tuan Jana Khatib yang telah dengan tidak sengaja menilik pohon pinang hingga terbelah dua di hadapan raja pemaisuri. Ekoran sikap zalim itu, maka Singapura menerima bala dan bencana serangan todak

BIBLIOGRAFI
http://sasterarakyat-kedah.com/?cat=21 http://kmtppuintan.blogspot.com/2011/08/ce rita-mitos.html Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat

You might also like