You are on page 1of 5

Mengakar, Merimbun,

Menggapai awan

LAPORAN TEMASYA SUKAN TAHUNAN KALI KE-12/TAHUN 2012 SK RAJA CHULAN,31400 IPOH

TAJUK PROGRAM TARIKH MASA TEMPAT

: : : :

TEMASYA SUKAN TAHUNAN KALI KE-12 30 SEPTEMBER 2012 8.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI PADANG, SK RAJA CHULAN

(S) Kekuatan 1. Guru Besar dan pihak pentadbiran memberi kerjasama yang sangat baik. Turut terlibat membantu membuat persiapan. 2. Sokongan dan bantuan padu daripada ahli jawatan kuasa tertinggi PIBG dan semua ahlinya.
3. Bantuan daripada anggota 23rdRoyal Malay Regiment Kem Gua Permai

membuat persiapan awal,perasmian serta sepanjang program berlangsung.


4. Penyediaan kemah daripada pihak Kem dan Majlis Bandaraya Ipoh melancarkan

lagi temasya ini. 5. Pameran kereta kebal daripada pihak tentera.


6. Barisan jawatankuasa perlaksana terlibat yang komited terhadap tugasan yang

diberikan. 7. Program bermula dan tamat tepat pada waktu yang telah ditetapkan.
8. Sumbangan hadiah dari orang perseorangan memeriahkan lagi temasya sukan

ini. 9. Persiapan kemah rumah sukan oleh guru-guru dan bantuan murid-murid rumah sukan masing-masing. (W) Kelemahan 1. Terdapat beberapa guru yang kurang memberi kerjasama semasa program berlangsung.
2. Kekurangan AJK dikalangan guru mengawal murid disekitar rumah-rumah sukan

menyebabkan ada di kalangan murid berkeliaran berlaku beberapa kesulitan mencari peserta pertandingan.

3. Berlaku percampuran murid tahun satu setiap rumah sukan, semasa sukaneka berlangsung. 4. Sampah bertaburan di sekitar padang dan kemah semasa dan selepas temasya sukan. (O) Peluang
1. Temasya sukan ini dapat meningkatkan semangat kesukanan murid-murid

SKRC. Ia juga mengeratkan lagi hubungan antara sesama guru dan muridmurid SKRC.
2. Murid gembira dan melakukan aktiviti

bersama tanpa mengira latarbelakang agama, kaum ataupun warna kulit kerana kita merupakan rakyat 1 Malaysia. bersaing secara sihat dan menjaga kesihatan untuk sentiasa sihat dan cergas.

3. Perubahan sikap kepada yang positif seperti sentiasa memotivasikan diri untuk

(T) Ancaman
1. Murid yang tidak terlibat mengganggu rakan lain dan mengejek murid lain yang

kalah dalam pertandingan.


2. Kurang kesedaran dan kurang memahami tujuan program diadakan.

Kesimpulan Temasya sukan Tahunan ini perlu diadakan setiap tahun. Program ini juga dapat memberi peluang kepada murid-murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan, memperkembangkan potensi diri, meningkatkan semangat kesukanan dan rasa kekitaan. Aktiviti ini juga dapat melahirkan murid yang seimbang dari segi interlek, rohani, jasmani, sosial dan emosi juga meningkatkan lagi kecergasan badan dan kecerdasan minda di kalangan murid, sekaligus dapat menjaga kesihatan. Segala kerjasama daripada semua yang terlibat secara langsung atau tidak sangat amat dihargai. Semoga Temasya Sukan Tahunan pada masa akan datang akan berlaku perubahan yang lebih positif demi menyemarakkan lagi semangat semua murid SKRC terutama golongan muda demi meningkatkan lagi mutu Sukan Negara.

Disediakan Oleh:

Disediakan Oleh:

. (KHOIRIANI BINTI MAHMUD) (Nazariah Binti Md.Isa) AJK Juru Gambar dan Dokumentasi AJK Jurugambar dan Dokumentasi

Disemak Oleh:

Disahkan Oleh:

. . (NORZANITA BINTI ZARI) (HAJI ISMAIL BIN A.MOHAMAD) Penolong kanan Ko-kurikulum Guru Besar SKRC

You might also like