You are on page 1of 4

Sekarang ini musim Hari Guru.

Saya perasan ramai orang post di blog, facebook, website mereka dengan post Hari Guru. Saya tahu Hari Guru, tapi saya dah terlupa tarikh tetapnya. Sebab di MATRI, tak terdidik pula Hari Guru itu hari apa. Hari-hari Hari Guru. Malah, majlis Hari Guru di MATRI berubah-ubah setiap tahun. Bagi guru-guru saya, dari saya kecil hingga dewasa, saya ucapkan terima kasih. Saya mengucapkan terima kasih dengan kepala menunduk ke bumi dan tubuh rendah ke tanah kepada guru-guru saya, dengan ucapan: Guru-guru Nurseri Taska Al-Fath, tenaga pengajar di Tadika Ibu, cikgu-cikgu di Tadika Iman, Ustaz ustazah di SRIH, murabbi-murabbi di MATRI, Hilal minta halal segala ilmu yang pernah ditumpahkan, dan Hilal minta maaf atas segala salah silap selama ini. InsyaAllah Hilal usaha gunakan semua yang guru-guru Hilal ajar untuk hidup dengan baik dan menyebarkan Islam. Semoga guru-guru Hilal dirahmati Allah SWT, dan diberikan ganjaran yang tinggi serta besar di akhirat Jadi, mungkin hari ini perkongsian pendek sahaja. Hubungan dengan guru. Pernah fikir?

Guru dan murid Semasa kecil, saya suka tengok cerita kungfu. Bagusnya cerita kungfu, satu perkara yang diterapkan adalah menghormati guru. Dalam kebanyakan cerita kungfu, murid sangat menghormati gurunya dan menghargai gurunya dengan bersungguh-sungguh. Sedikit sebanyak, cerita-cerita kungfu itu memberikan kesan kepada hubungan saya dengan guru-guru saya. Guru dan Murid hakikatnya ibarat hubungan Ibu ayah dan anak, adakalanya ibarat Abang kakak terhadap adik. Bagi guru-guru veteran yang berumur pula, kadangkala kelihatan seperti Datuk dan cucu. Bezanya, guru dan murid tiada perhubungan darah. Mereka hanya dihubungkan oleh satu perasaan cintakan ilmu yang tinggi. Guru ingin menyebarkan ilmu, murid hendak menuntutnya. Maka, dalam menyampai dan menuntut, perlulah ada hubungan yang erat dan bersih bagi membolehkan ianya berjalan lancar. Mahu tidak mahu, guru dan murid sama-sama perlu membina jambatan hati, faham memahami, cinta mencintai, dalam merealisasikan pengaliran ilmu yang efisyen dan berkesan. Hubungan yang takkan terputus Bila saya sudah berada di Universiti, saya sering berusaha untuk menghubungi guru-guru saya di Malaysia. Baik guru di SRIH, mahupun guru-guru di MATRI. Kesalnya saya, guru di Tadika Ibu, Tadika Iman dan Nurseri Al-Fath telah terputus hubungan. Saya harap, ada antara mereka yang mengikuti Langit Ilahi dan menghubungi saya. Kenapa saya berusaha menghubungi guru-guru saya walaupun saya sudah lepas dari penjagaan mereka? Sebab saya kira, sekali seseorang itu menjadi guru kita, selama-lamanyalah dia guru kita. Dengan guru, kita perlu menjaga hubungan agar Allah SWT sentiasa mempermudahkan urusan kita dalam hal-hal ilmu. Adab dengan guru telah ditunjukkan dengan cantik oleh Imam As-Syafie, Imam Ahmad ibn Hanbal, Sultan Muhammad Al-Fateh dan ramai lagi tokoh-tokoh islam. Imam As-Syafie sangat menjaga hubungan dengan gurunya Imam Malik. Imam Ahmad Ibn Hanbal juga sangat menjaga hubungannya dengan gurunya Imam As-Syafie. Sultan Muhammad Al-Fateh juga sangat menghormati gurunya, sehingga gurunya dibawa sama ke medan perang sebagai penasihat. Dan mereka ini mempunyai satu persamaan, selain mereka semua menghormati guru mereka. Persamaan itu adalah Mereka adalah orang yang berjaya. Jadi saya kira, adalah ralat bagi pelajar-pelajar yang sudah menamatkan pengajiannya di satu-satu tempat, kemudian dia sekadar melupakan begitu sahaja gurunya. Tambah pula kalau ada kenangan yang memberikan kesan dalam kehidupannya. Guru, antara kunci keredhaan Allah kepada kita. Sebab itu orang selalu kata, berkat ilmu ada pada guru. Kita bukan mahu sekadar manual Saya sentiasa melihat guru saya sebagai qudwah. Alhamdulillah, saya dibesarkan dalam suasana guruguru saya semuanya berakhlak mulia. Tiada guru saya yang merokok, dan tiada antara guru saya cakap tak serupa bikin. Mungkin di luar sana ada sahaja guru-guru yang gagal menjadi contoh yang baik kepada pelajarnya. Tetapi saya tetap percaya, semua guru perlu dihormati selagi dia bukan yang membawa kesesatan dalam kehidupan manusia.

Saya nampak, hubungan murid dan guru, bukan sekadar hendak mengambil manual akademi, hendak belajar menjawab soalan periksa, bukan sekadar hendakkan ilmu dalam buku teks. Tetapi saya kira, dengan guru adalah masanya kita belajar akan kehidupan, bagaimana hendak mengharungi cabaran, bagaimana hendak menyelesaikan masalah dalam jiwa. Pernahkah anda bersembang-sembang dengan guru anda berkenaan kehidupan? Berkongsi pengalaman hidupnya, bertanya bagaimana dia mengharungi cabaran hidupnya? Kalau saya, saya suka demikian. Di MATRI, saya banyak duduk-duduk dengan guru-guru saya dan bertanya itu dan ini. Berkongsi itu dan ini. Alhamdulillah, saya lihat, perkongsian di luar kelas itu yang banyak mendidik pemikiran dan membentuk kehidupan saya. Penutup: Pada guru ada hikmah Pada guru itu, ada banyak rahsia kehidupan sebenarnya. Selain ilmu akademi, ilmu peperiksaan, pada guru ada ilmu kehidupan yang perlu kita cungkil. Kita perlu jadikan guru sebagai sahabat kita. Sahabat berkelas istimewa. Saya lihat, biasanya kita suka memilih guru. Tetapi itu pada saya adalah satu perkara yang silap. Saya sendiri pernah melakukan kesilapan itu. Sepatutnya, semua guru kita usahakan untuk baik dengannya. Walaupun mungkin dia garang, sangat tegas dan kurang mesra pula. Kerana setiap guru ada hikmahnya yang tersendiri. Siapakah yang berusaha mengambil hikmah yang tersembunyi daripada guru-gurunya? Di sini kita sebagai murid perlu mempersoalkan diri kita. Apakah cukup sekadar sijil peperiksaan yang cemerlang? Saya kata tidak. Anda akan faham apa yang saya katakan, jika anda berhubungan baik dengan guru-guru anda. empena hari Guru ini perlu kita ketahui bahawa seseorang yang bergelar penuntut, pelajar, murid, tholib, mahasiswa, mahasiswi dan sebagainya itu tidak akan memperolehi ilmu pengetahuan, kecerdikan, kepandaian, kebijaksanaan dan lain-lainnya melainkan melalui perantaraan seorang individu yang bergelar GURU, CIKGU, USTAZ, USTAZAH, MUALLIM, MUALLIMAH, SIFU dan sebagainya. Ketahuilah bahawa memuliakan guru adalah sebahagian daripada memuliakan ilmu berdasarkan kepada kata-kata Saidina Ali r.a : Aku adalah hamba abdi bagi orang yang mengajarkan aku satu huruf, maka terpulanglah kepada kehendaknya sama ada ingin menjual, memerdekakan atau mempergunakan aku sebagai hamba untuk berkhidmat kepadanya. Ketua Hakim Fakhruddin Al-Irsabandi yang merupakan ketua ulama di Marwu, pernah berkata : Sesungguhnya aku mampu mencapai kedudukan ini adalah kerana menghormati guru. Aku telah menjadi khadam kepada guruku Hakim Abu Yazid Ad-Dabusi. Aku telah melayaninya dan memasak makanan untuknya tetapi aku tidak pernah memakannya. Demikianlah tingginya martabat seorang guru kepada pelajarnya, menghormatinya adalah sebahagian dari menghormati ilmu. Jadi sempena hari guru ini sama-samalah kita melihat kembali kedudukan seorang guru dan menghormatinya bukan sekadar hanya pada hari Guru sahaja. Renungi Syair dari Ali bin Abu Talib r.a yang bermaksud : * Aku sedar bahawa hak guru adalah hak yang paling utama berbanding dengan hak-hak lain. Dan aku sedar bahawa hak ilmu adalah hak yang paling wajib untuk dijaga oleh setiap orang Islam. * Sesungguhnya telah pasti dan wajib dihadiahkan kepadanya seribu dirham kerana mengajar satu huruf sebagai suatu penghormatan * Kerana sesungguhnya orang yang mengajar engkau satu huruf yang engkau perlukan dalam perkara keagamaan, dia adalah bapa engkau dalam perkara keagamaan.

Bunga Sirih untuk Guru Guru adalah Ibu pengasuh budiman guru adalah ratu lebah lalu memujuk membelai kelopak cinta kasih sayang lilinnya berbunga sinar cahaya madunya berbunga penawar jiwa. Guru adalah penyu pengasih lalu menabur bunga telur baktinya segar mewangi sepanjang pantal zaman. Guru adalah lampu penyuluh pedoman kehidupan guru adalah pendakwah lalu mengikut jejak Nabi Muhammad memimpin insan ke jalan lurus ke padang luas. Bunga sirih bunga pirtang terima kasih terima savang budi bicara guru berjasa kami sanjung tinggi.

J.M. Aziz

ISTILAH GURU
[Hari Guru 16 Mei 2008]

Guru Bekerja dengan ilmu.untuk insan Menyampaikan dengan ilmu.untuk insan Mendidik dengan ilmu.untuk insan Membimbing dengan ilmu.untuk insan Memimpin dengan ilmu.untuk insan Mengurus dengan ilmu.untuk insan Guru Tanggungjawab mencabar Bersabaran dengan ilmuuntuk negara Berikhlasan dengan ilmu untuk negara

Bertabahan dengan ilmu untuk negara Bercekalan dengan ilmu untuk negara Bergigihan dengan ilmu untuk negara Bersusahan dengan ilmu untuk negara Guru Bacalah dengan nama Tuhanmu [ALLAH] Guru bukan hanya di sekolah Guru bukan hanya di madrasah Guru bukan hanya di masjid Guru bukan hanya di kolej Guru bukan hanya di universiti Siapakah guru? Di dalam rumah? Di dalam pejabat? Di dalam perkampungan? Di dalam taman percutian? Di dalam gedung beli belah? Di dalam kilang industri? Di dalam kapal? Di dalam kem tentera? Di gelanggang permainan? Di padang bolasepak? Di dalam parti politik? Di dalam sebuah negara? Guru Bebaskan insan-insan itu Dari diperhambakan oleh kejahilan Dari penjara kemiskinan Dari belitan kelalaian Dari ranjau-ranjau kekeliruan Dari perdayaan syaitan Dari pesona nafsu Guru Hari Guru sebagai pengiktirafan Di dunia dan akhirat Kecemerlangan dengan ilmu JUARA Kehebatan dengan ilmu JUARA Kegemilangan dengan ilmu JUARA Malaysia maju 2020 dengan ilmu JUARA Malaysia maju 2020 dengan Modal Insan Juara ZAIFUL ZAKARIA

You might also like