Nama-nama A l-Qur'an
•
Al-Kitab
= Tulisan yang Lengkap
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allahdan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;(Al-Baqarah, 2:2)
•
Al-Furqan
= Memisahkan yang Haq dari yang Bathil
Maha berkat Tuhan yang menurunkan
Al-Furqan
kepada hambaNya (Muhammad),untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam.(Al-Furqan, 25:1)
•
Al-Mau'idhah
= Nasihat
•
Asy-Syifa'
= Penawar (obat)
Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi
nasihat
pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi
penawar
bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.(Yunus, 10:57)
•
Al-Huda
= Petunjuk (yang memimpin)
Dan bahawa sesungguhnya kami, ketika mendengar
petunjuk
(Al-Quran), kamiberiman kepadanya (dengan tidak bertangguh lagi); kerana sesiapa yang berimankepada Tuhannya, maka tidaklah ia akan merasa bimbang menanggung kerugian(mengenai amalnya yang baik), dan juga tidak akan ditimpakan sebarang kesusahan.(Al-Jinn, 72:13)
•
Al-Hikmah
= Kebijaksanaan
Perintah yang demikian itu ialah sebahagian dari
hikmah
yang telah diwahyukankepadamu (wahai Muhammad) oleh Tuhanmu. Dan (ingatlah) janganlah engkau jadikan bersama-sama Allah sesuatu yang lain yang disembah, kerana akibatnyaengkau akan dicampakkan ke dalam neraka Jahannam dengan keadaan tercela dantersingkir (dari rahmat Allah).(Al-Isra’, 17:39)