Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Peranan Guru PSV, Pengurusan Blik Seni

Peranan Guru PSV, Pengurusan Blik Seni

Ratings: (0)|Views: 242 |Likes:
Published by MrPejoe Al-Bukhori

More info:

Published by: MrPejoe Al-Bukhori on Nov 04, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/04/2012

pdf

text

original

 
PENGENALAN
Kurikulum Pendidikan Seni Visual disusun berdasarkan dua bidang iaituBidang Penghasilan Seni Visual serta Sejarah dan Apresiasi SeniVisual. Kedua-dua bahagian ini diharapkan dapat membantu muriddalam menguasai pelbagai kemahiran. Antara kemahiran yang akandikuasai murid melalui pendidikan seni visual ialah kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran berkomunikasi secara berkesan,kemahiran membuat pilihan dankeputusan yang tepat, kemahiranmencari, menginterpretasi dan mengaplikasi maklumat, kemahiranbekerjasama dan kemahiran pengurusan.Bagi membolehkan murid menguasai kemahiran-kemahiran ini guruperlu mengintegrasikan kedua-dua bidang ini dalam pengajaran danpembelajaran. Dalam penghasilan seni visual, kegiatan harusmelibatkan penerokaan, pewujudan idea, perkembangan idea,pembelajaran secara terancang, penggunaan teknologi, alat dan bahanmelalui teknik tertentu. Semua kegiatan seni mengutamakan kajian-kajian sebelum, semasa dan selepas proses penghasilan. Ini bertujuan
 
menerapkan budaya penyelidikan di kalangan murid.Dalam mencapai matlamat Pendidikan Seni Visual dan juga matlamatFalsafah Pendidikan Kebangsaan ini, peranan guru amat penting dalampengurusan terutamanya dalam menghasilkan ruang atau bilik studiokhusus yang memberi impak yang maksimum kepada murid. Ini keranakekuatan Pendidikan Seni Visual di sesebuah sekolah terletak kepadaguru dan tempat operasi iaitu Bilik/Studio Pendidikan Seni Visual.Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual dijalankan dalambentuk teori dan praktikal tetapi pendekatannya bergantung kepadakebijaksanaan guru untuk mengendalikannya asalkan meliputi tigadomain iaitu, pengetahuan, kemahiran dan nilai.Perkara yang ditegaskan dalam bidang penghasilan seni visual adalahkegiatan kreatif yang melibatkan benda-benda yang dapat disentuh,dilihat dan diimaginasi bagi menggalakkan perkembangan persepsi dandaya intuisi.Dengan ini diharapkan fahaman nyata dan abstrak dapatdiselaraskan dan pemupukan minat terhadap Pendidikan Seni Visualdapat dikembangkan.Bidang Sejarah dan Apresiasi Seni Visual memberi tumpuan kepadapengalaman seni dalam kehidupan harian dan dalam budayakebangsaan. Perbandingan dengan seni dan budaya luar jugadigalakkan bagi memperlihatkan keseimbangan pendedahan dalambidang seni visual termasuk kraf kebangsaan demi mengenali senivisual dalam evolusi budaya kebangsaan.
PENGURUSAN BILIK SENI
Pengurusan bilik seni merupakan satu aspek utama dalam konteksproses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni. GuruPendidikan Seni hendaklah memainkan peranan penting dalam aspekini. Guru Pendidikan Seni hendaklah sentiasa berusaha bersama-samaguru-guru seni yang lain untuk mewujudkan keadaan dan suasana yangsesuai. Suasana dalam bilik seni ini sepatutnya menjadi daya penarikdan menjadi sumber ilham bukan sahaja kepada pelajar dan gurubahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat. Selain hasilkerja pelajar, contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yangsesuai juga dipamerkan dalam bilik seni.Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah disusun mengikut jenisnya seperti:• unsur seni• menggambar / melukis• warna• lukisan alam semulajadi• seni huruf dan sebagainya.Guru-guru pendidikan seni , terutamanya guru panatia/guru kanan jugaperlu mewujudkan bilik seni yang standard. Standard di sini bermaksud
 
ianya mempunyai fasiliti yang lengkap, menarik dan menekankanaspek-aspek keselamatan. Di dalam pengurusan bilik seni, aspek-aspek yang perlu di beri perhatian yang sewajarnya adalah sepertiberikut :1. Trapuitik - yakni bilik/studio yang menarik apabila masuk, mempunyaiciri kebersihan, keindahan, mesra pengguna dan terasa selesa.Bilik/studio seni perlu menampilkan suasana yang menyeronokkanapabila masuk.2. Perabot yang sesuai - perabot perlu sesuai dengan P&P PSV. Antaraciri-cirinya ialah ada bahagian P&P teori, Bengkel kasar dan bengkelhalus.3. Bahan P&P - teredapat bahan P&P yang sesuai di letakkan ditempat-tempat yang sesuai, seperti carta, buku-buku dan lain=lain,4. Alat P&P - Alat P&P seperti LCD projektor, Komputer, Printer danlain-lain5. Peralatan PSV - Alat-alat yang digunakan untuk Penghasilan Produk.Misalnya mesin-mesin yang digunakan untuk membina tembikar, klin,gergaji elektrik dan sebagainya.6. Bahagian Pameran - bahagaian pameran terbahagi kepada dua iaitusatu yang kekal dan satulagi semasa hasil dari kerja-kerja pelajar.Sebaiknya semua bidang perlu ada dipamerkan: Bidang Seni Halus,komunikasi Visual, Kraf dan reka bentuk.7. Singki Air - Sebaiknya ada beberapa singki air untuk membantuproses P&P.8. Stor - Stor adalah tempat terkawal menyimpan bahan dan alat untukkegunaan P&P.9. Poster keselamatan perlu ada agar guru dan pelajar sentiasa berhati-hati semasa menggunakan peralatan dan bahan PSV.10. Papan Maklumat - iaitu Notis Board, maklumat notis semasa, jadualpengagihan tugas dan jadual waktu penggunaan bilik seni.11. Sebaiknya di bilik/studio PSV juga terletaknya pejabat seni keranamemudahkan segala pengurusan PSV samada darisegi pengurusanFail dan pengurusan P&P.
PENGURUSAN RUANG PENDIDIKAN SENI VISUALBERKONSEPKAN FUTURISTIK
Seiring dengan era globalisasi, pendidikan seni juga turut berubahkearah kesenian yang lebih kontemporari. Sebagaimana yang telah kitasedia maklum melalui peredaran masa dan zaman, telah berlakubanyak perubahan di sekeliling kita tanpa kita sedari. Murid-muridsemakin kreatif dalam menterjemahkan idea secara lisan tulisanmahupun melalui seni khususnya melalui subjek Pendidikan Seni danVisual. Justeru, perlu ada satu arena yang kondusif dan sesuai sertalengkap prasarana juga infrastruktur supaya bakat-bakat seni dapatdigilap.

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->