You are on page 1of 57

TATABAHASA

KESALAHAN BAHASA

Kesalahan bahasa kerap dilakukan oleh pengguna bahasa Melayu.


Faktor utama kesalahan bahasa disebabkan pengguna bahasa tidak arif tentang peraturan dan hukum bahasa. Terdapat beberapa kesalahan yang kerap dilakukan oleh pengguna bahasa Melayu.

Kesalahan Bahasa
Perbincangan tentang aspek kesalahan bahasa dibuat berdasarkan topik berikut: 1. Kesalahan ejaan 2. Kesalahan tanda baca 3. Kesalahan kosa kata 4. Kesalahan imbuhan 5. Kesalahan frasa 6. Kesalahan ayat

BAHAGIAN SATU

KESALAHAN EJAAN

1. Kesalahan Berkait dengan Pola Keselarasan Vokal

Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu telah menetapkan pola-pola keselarasan vokal dalam bahasa Melayu. Sistem ini berbeza daripada sistem ejaan yang digunakan dalam sistem terdahulu. Kesalahan berlaku apabila pola keselarasan vokal tidak dipatuhi.

Apakah pola keselarasan vokal?

Pola keselarasan vokal ialah keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara vokal pada suku kata awal dan suku kata akhir tertutup.

Pola Keselarasan Vokal


Sepuluh pola yang tidak berubah 1. a-a (batal) 6. i-a (bilang) 2. e-a (lekat) 7. o-a (botak) 3. e-a (petak) 8. o-e (toleh) 4. e-e (leceh) 9. o-o (tolong) 5. e-o (tempoh) 10. u-a (pusat)

Pola Keselarasan Vokal


Lapan pola yang berubah
Pola Ejaan Lama Pola 1. a-e 2. a-o 3. e-e 4. e-o aleh batok lebeh tempoh a-i a-u e-i e-u Ejaan Baharu alih batuk lebih tempuh

Pola Keselarasan Vokal


Lapan pola yang berubah
Pola 5. i-e 6. i-o 7. u-e 8. u-o Ejaan Lama pileh tidor puteh untok Pola i-i i-u u-i u-u Ejaan Baharu pilih tidur putih untuk

Perhatian!
Kekecualian Sistem Keselarasan Vokal
1.

Kata pinjaman daripada bahasa Indonesia.

Contoh: lapor tulen

bukan bukan

lapur tulin

Kekecualian Sistem Keselarasan Vokal


2. Kata pinjaman daripada bahasa Inggeris

tiket bukan tikit kupon bukan kupun

2. Kesalahan Berkait dengan Ejaan Gugus Konsonan


Apakah gugus konsonan? Perkataan yang mengandungi deretan dua konsonan atau lebih.

Kesalahan Berkait dengan Ejaan Gugus Konsonan

Dalam bahasa Inggeris terdapat perkataanperkataan yang dieja dengan gugus konsonan, iaitu deretan dua konsonan atau lebih. Apabila perkataan seperti ini dipinjam dalam bahasa Melayu, unsur gugus konsonan itu dikekalkan, tidak dieja seperti dalam sistem ejaan lama.

Kesalahan Berkait dengan Ejaan Gugus Konsonan


Contoh: SALAH BETUL

belok deraf kelinik keredit

blok draf klinik kredit

Kesalahan Berkait dengan Gugus Konsonan


PERHATIAN!
Terdapat beberapa kekecualian, seperti berikut: SALAH klas plan stem BETUL kelas pelan setem

3. Kesalahan Berkait dengan Prinsip Mempertahankan Bentuk Visual Kata Pinjaman

Kesalahan ejaan berlaku apabila kata pinjaman daripada bahasa asing, terutama bahasa Inggeris tidak dieja mengikut prinsip mempertahankan bentuk visual. Contoh: SALAH BETUL odit audit talipon telefon petrolium petroleum

4.Kesalahan Ejaan Berkait dengan Kata Majmuk

Kata majmuk lazimnya dieja terpisah, kecuali kata majmuk yang sudah mantap ejaannya.

Contoh:

SALAH aturcara urusetia gambarajah bandaraya

BETUL atur cara urus setia gambar rajah bandar raya

Kesalahan Ejaan Berkait dengan Kata Majmuk

Terdapat perkataan yang dianggap mantap dalam bentuk ejaan yang digabungkan.
SALAH beri tahu antara bangsa tanda tangan warga negara suka rela BETUL beritahu antarabangsa tandatangan warganegara sukarela

Contoh:

5. Kesalahan Berkait dengan Mengeja Perkataan kerana Terpengaruh dengan Sistem Ejaan Lama atau Bahasa Indonesia

Banyak kesalahan ejaan berlaku kerana pengguna bahasa masih dipengaruhi oleh sistem ejaan lama atau sistem ejaan bahasa Indonesia. SALAH
pesaka selsema istirehat pengkalan

Contoh:

BETUL
pusaka selesema istirahat pangkalan

6. Kesalahan Berkait dengan Cara Mengeja Kata Sendi Nama dan Awalan

Kata sendi nama dieja terpisah daripada kata nama yang mengikutinya, manakala awalan dieja bercantum dengan kata dasar yang mengikutinya. Kata sendi nama di dan ke dieja terpisah daripada frasa nama yang mengikutinya. SALAH disitu diIpoh kerumah keTaiping BETUL di situ di Ipoh ke rumah ke Taiping

Contoh:

Kesalahan Berkait dengan Cara Mengeja Kata Sendi Nama dan Awalan

Awalan di- dan ke- dieja bercantum dengan kata dasar.


BETUL ditulis dibungkus ketua kedua

Contoh: SALAH di tulis di bungkus ke tua ke dua

BAHAGIAN DUA

KESALAHAN TANDA BACA

1. Kesalahan Tanda Titik (.)

Tanda titik, selain digunakan untuk menunjukkan berakhirnya sesuatu ayat, digunakan juga untuk menyatakan singkatan. Kesalahan berlaku apabila tanda titik tidak digunakan.
SALAH
Hj Prof Abd dll

Contoh:

BETUL
Hj. Prof. Abd. dll.

2. Kesalahan Tanda Sempang (-)


Terdapat banyak tempat dalam penulisan yang memerlukan tanda sempang, tetapi penggunaannya diabaikan. Berikut dihuraikan kesalahan-kesalahan dari segi penggunaan tanda sempang.
Sebagai tanda kata ganda. Kata ganda ditulis dengan penggunaan tanda sempang. Contoh: SALAH BETUL ipar duai ipar-duai gunung ganang gunung-ganang

1.

Kesalahan Tanda Sempang (-)


2.

Antara ke dengan angka. Sempang hendaklah hadir antara ke dengan angka.


SALAH BETUL

Contoh:

ke 21 ke 100

ke-21 ke-100

Kesalahan Tanda Sempang (-)


3.

Antara angka yang merujuk tahun dengan akhiran an. Sempang perlu hadir antara angka yang merujuk tahun dengan akhiran an.
SALAH tahun 90 an tahun 40an BETUL tahun 90-an tahun 40-an

Contoh:

Kesalahan Tanda Sempang (-)


4.

Antara huruf kecil dengan huruf besar Huruf besar digunakan apabila merujuk Tuhan atau nama khas. Jika huruf besar ini digunakan serangkai dengan perkataan lain, maka sempang digunakan untuk memisahkan huruf besar daripada huruf kecil.
SALAH BETUL hamba-Mu rahmat-Nya pro-Barat

Contoh:

hambaMu atau hamba Mu rahmatNya atau rahmat Nya pro Barat atau proBarat

3. Kesalahan Tanda Seru (!)

Tanda seru hadir di akhir ayat.

Contoh: SALAH
1. 2. Amboi!Mahalnya harga baju ini. Alamak!Saya terlupa bawa pensel.

BETUL
1. 2. Amboi, mahalnya harga baju ini! Alamak, saya terlupa bawa pensel!

BAHAGIAN TIGA

KESALAHAN KOSA KATA

1. Menggunakan Perkataan yang Tidak Tepat atau Tidak Sesuai


Kosa kata ialah perbendaharaan kata. Terdapat pengguna bahasa yang tidak menggunakan kata ganti nama orang ketiga dengan betul.

Contoh: SALAH Ini buku cerita rakyat. Ia mengandungi kisah-kisah yang menarik. BETUL Ini buku cerita rakyat. Buku ini mengandungi kisah-kisah yang menarik.

2. Menggunakan Bentuk Kata Tunggal bagi Bentuk Ganda

Dalam bahasa Melayu, terdapat beberapa perkataan yang digunakan dalam bentuk ganda. SALAH BETUL berbagai-bagai kain bersama-sama adik kedua-dua pelajar setengah-setengah orang

Contoh:

berbagai kain bersama adik kedua pelajar setengah orang

3. Menggunakan Penanda Jamak dengan Cara yang Salah

Pelbagai kesalahan dibuat berkaitan menandakan maksud jamak. Antaranya:

dengan

cara

1.

Menggandakan kata nama yang sudah mendukung maksud banyak. SALAH mereka-mereka umat-umat BETUL mereka umat

Contoh:

Menggunakan Penanda Jamak dengan Cara yang Salah


2.

Menggandakan kata nama yang didahului oleh perkataan yang menandakan jumlah banyak.
SALAH dua buah rumah-rumah semua penonton-penonton segala pegawai-pegawai BETUL dua buah rumah semua penonton segala pegawai

Contoh:

Menggunakan Penanda Jamak dengan Cara yang Salah


3. Menggandakan kata majmuk yang dieja terpisah.
Contoh: guru besar-guru besar (X) guru-guru besar (/) kertas kerja-kertas kerja (x) kertas-kertas kerja (/)

4. Menggunakan Kata Sendi Nama dengan Cara yang Salah


1.

Banyak kesalahan yang dilakukan dengan cara menggunakan kata sendi nama. Berikut ialah beberapa contoh: Kesalahan dengan kata sendi nama di
SALAH BETUL pada pagi hari pada masa itu

Contoh:

di pagi hari di masa itu

Menggunakan Kata Sendi Nama dengan Cara yang Salah

2. Kesalahan dengan kata sendi nama ke


Contoh: SALAH ke Siti ke kucing BETUL kepada Siti kepada kucing

Menggunakan Kata Sendi Nama dengan Cara yang Salah


Kesalahan dengan kata sendi nama dari Contoh: SALAH bertiup daripada utara daripada kurun ke-15
3.

BETUL bertiup dari utara dari kurun ke-15

Menggunakan Kata Sendi Nama dengan Cara yang Salah


4. Kesalahan dengan kata sendi nama kepada
Contoh: SALAH ke bahaya dadah ke pegawai itu

BETUL kepada bahaya dadah kepada pegawai itu

5. Kesalahan Berkait dengan Penggunaan Perkataan yang Hampir Sama Bunyi tetapi Berlainan Makna
Kesalahan dalam aspek ini sering dilakukan oleh pengguna bahasa Melayu. Contoh: tonton dengan tuntun pedalaman dengan pendalaman kelok dengan keluk

BAHAGIAN EMPAT

KESALAHAN IMBUHAN

1. Tidak

Menggunakan Imbuhan

Banyak kesalahan berlaku dalam ayat yang kata kerjanya perlu menggunakan imbuhan.
Contoh: SALAH Mereka sedang kerja. Dia hendak ambil barang itu. BETUL Mereka sedang bekerja. Dia hendak mengambil barang itu.

2. Menggunakan

Imbuhan yang Salah

Banyak ayat menjadi salah apabila imbuhan yang digunakan itu salah.
Contoh: SALAH Mereka sedang menjalankan kursus untuk pelatih baharu. BETUL Mereka sedang menjalani kursus untuk pelatih baharu.

3. Tidak

Sedar Bentuk itu Awalan

Beberapa bentuk seperti juru-, maha-,pro-, tata-, pra-, dan eka- ialah awalan dan mesti dieja bercantum dengan kata dasar. Kesalahan berlaku apabila peraturan ini tidak dipatuhi.
SALAH juru bahasa maha guru BETUL jurubahasa mahaguru

Contoh:

4.Perbezaan antara Apitan peN--an dengan Apitan peR--an


Terdapat perbezaan yang nyata antara perkataan yang menerima apitan peN- dengan peR--an. Ada perkataan yang boleh menerima kedua-duanya; ada yang hanya dapat menerima salah satu. Kesalahan berlaku apabila pilihan salah satu ini tidak tepat.
SALAH perlantikan pejanjian perlaksanaan BETUL pelantikan perjanjian pelaksanaan

Contoh:

BAHAGIAN LIMA

KESALAHAN FRASA

1. Melanggar Hukum D-M

Binaan frasa nama, pada amnya, tertakluk pada hukum D-M, iaitu bahagian yang diterangkan (D) mendahului bahagian yang menerangkan (M).
BETUL
sos cili pisang goreng Hotel Putera

Contoh: SALAH
cili sos goreng pisang Putera Hotel

2. Frasa

Kerja Tak Transitif

Kata kerja tak transitif boleh diikuti oleh unsur keterangan, yang selalunya berbentuk frasa sendi nama.
Kesalahan berlaku apabila kata sendi nama tidak digunakan. SALAH balik kampung berbincang hal itu

Contoh:

BETUL balik ke kampung berbincang tentang hal itu

3. Objek

Selepas Kata Kerja Transitif

Dalam frasa kerja transitif, objek hendaklah hadir selepas sahaja kata kerja transitif. Salah jika diselitkan kata sendi nama atau unsur-unsur yang lain.
SALAH memasuki dalam bilik menceritakan tentang hal itu BETUL memasuki bilik menceritakan hal itu

Contoh:

4. Frasa Sendi Nama Selepas Kata

Adjektif

Kata adjektif yang memberikan pengertian konsep perasaan, misalnya kasih, benci, dan rindu hendaklah diikuti oleh kata sendi nama. Kesalahan berlaku apabila kata sendi nama tidak digunakan.
SALAH rindu emaknya gemar durian BETUL rindu akan emaknya gemar akan durian

Contoh:

5. Bentuk Perbandingan dengan Frasa

Adjektif

Dalam frasa adjektif, bentuk perbandingan dapat dinyatakan dalam tiga darjah, iaitu darjah biasa, darjah bandingan, dan darjah penghabisan.

Contoh: terbesar sekali (X) terbesar atau besar sekali (/) paling tinggi sekali (X) paling tinggi atau tinggi sekali (/)

BAHAGIAN ENAM

KESALAHAN AYAT

1. Ayat Tergantung

Ayat tergantung ialah ayat yang tidak mempunyai subjek atau predikat.

Contoh: SALAH Mengikut jurucakap Kementerian Pelajaran, mengatakan prestasi tahun ini amat baik .

BETUL Mengikut jurucakap Kementerian Pelajaran, prestasi pelajar pada tahun ini amat baik.

2. Klausa Kecil tanpa Klausa Induk


Dalam ayat majmuk pancangan, klausa kecil hanya dapat hadir sekiranya wujud ayat induk. Oleh itu klausa kecil yang hadir bersendirian dianggap tidak gramatis.

Contoh: Bahawa laporan itu benar. (X) Polis mengesahkan bahawa laporan itu benar. (/)

3. Ayat dengan Kata Nafi yang Salah


Dalam BM, terdapat dua kata nafi, iaitu tidak dan bukan. Tidak menafikan predikat yang terdiri daripada frasa kerja dan frasa adjektif. Bukan menafikan predikat yang terdiri daripada frasa nama dan frasa sendi nama. Contoh: Rumah itu bukan besar. Rumah itu tidak besar.

(X) (/)

Mereka tidak orang miskin (X) Mereka bukan orang miskin (/)

Perhatian!

Walau bagaimanapun, kata nafi boleh juga hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa ini mendukung maksud pertentangan maklumat.

Contoh: Pelajar itu bukan sahaja bijak, tetapi rajin pula.

4. Binaan Ayat Pasif yang Salah


Dalam BM, ayat pasif bagi orang pertama dan kedua berbeza daripada orang ketiga. (KGN 1@@ diletakkan dihadapan kata kerja dasar. Contoh: Surat itu dikirim oleh saya. (X) Surat itu akan saya kirim. (/)

Tugas itu patut diselesaikan oleh anda sekarang juga. (X) Tugas itu patut anda selesaikan sekarang juga (/)

SEKIAN

TERIMA KASIH

You might also like