You are on page 1of 10

PENILAIAN HASIL KERJA

Kefahaman aspek seni dan rekaan Eksplorasi konsep Bahasa Visual Persembahan

Barnes(1987) mencadangkan 5 kategori perlu dinilai:


1. Proses kerja

5. Peringkatperingkat perkembangan peribadi

2. Pengendalian bahan

4. Kemahiran kritikal

3. penggunaan media

1. Proses kerja
proses menghasilkan kerja-kerja seni. terkandung di dalamnya aspek-aspek penting dalam perkembangan artistik ketika menghasilkan kerja-kerja seni seperti perkembangan idea, menukah-ubah design, menokok-tambah dan membaiki sesuatu dalam proses penghasilan kerja atau pruduk akhir seni.

2. Pengendalian bahan
tahu samada pelajar telah menunjukkan perkembangan dalam pengurusan kepelbagaian bahan ketika menghasilkan seseuatu produk seni. tahu setakat mana pelajar berupaya mengurus bahan untuk akt. catan umpamanya atau b/mana k'upayaa'n pelajar menggunakan gunting utk m'gunting sstu motif. guru dpt merapatkan hubungan antara keinginan pelajar menghasilkan sesuatu bentuk seni dengan kemahirannya mengguna alat dan bahan. Dengan ini dapat menghilangkan rasa kecewa atau sukar ketika mereka melalui proses kerja seni tersebut.

3. Penggunaan media
mengenalpasti sejauh manakah pelajarnya telah memahami dan menguasai media yang mereka gunakan. Sebagai contoh bolehkah pelajar membancuh warna untuk menghasilkan bentuk dan bayang. Bolehkah mereka mengguna tanah liat untuk membuat design sesuatu model. Bolehkah mereka menggunakan warna untuk menghasilkan corak, jalinan, dan sebagainya.

4. Kemahiran mengkritik
Katogeri ini berkaitan dengan kemahiran pelajar mendiskriminasi apabila berhadapan dan menganalisis sesuatu bentuk seni. Pelajar bukan sahaja menghasilkan bentuk seni tetapi mereka memperkembangkan keupayaan untuk membuat diskriminasi antara satu bentuk dengan satu bentuk seni yang lain , antara satu warna dengan satu warna yang lain. Melihat persamaan dan perbezaan di antara unsur-unsur seni dan pengolahannya, serta gaya yang digunakan oleh para seniman. Pelajar juga akan memperlihatkan keupayaannya menganalisis persekitaran secara kritikal. Kemahiran mengkritik secara kritikal ini termasuk juga penilaiankendiri (self-assessment).

5.Peringkat perkembangan peribadi pelajar


perlu mengambil kira dan mengetahui tahap perkembangan peribadi pelajarnya berdasarkan umur. Eisner (1972) menyatakan tahap-tahap perkembangan ini adalah sebagai indikator kepada guru supaya apa yang pelajar lalui itu sesuai dengan alat dan bahan yang disediakan atau sebaliknya. Indikator itu tidaklah digunakan secara rigid. Yang diutamakan ialah guru dapat melihat sejauh manakah cirri-ciri perkembangan telah berlaku pada pelajarnya melalui aktiviti seni yang disediakan berbanding dengan tahap perkembanganyang sepatutnya

Michael (1998) mencadang 8 objektif perlu dibuat penilaian berasas pengalaman studio dan hasil kerja seni pelajar itu sendiri; meliputi:
a) Komunikasi/ekspresi b) Keyakinan diri

c) Perkembangan persepsi
d) Pengetahuan seni e) Ketekalan organisasi estetika f) Kreativiti g) Kemahiran h) keupayaan

Elemen-elemen Seni 1. Garisan - kita melihat hasil kerja itu dengan penggunaan garisan. Ada beberapa jenis garisan yang perlu kita ketahui seperti garisan tebal, nipis, bergigi, putus-putus dan sebagainya. 2. Warna - Terdapat berbagai jenis warna. Terdapat warna panas dan warna sejuk (warm to cool).Warna asas, warna sekunder, tertier. Warna juga boleh jadi dari sudut monokromatik dan akromatik. Penggunaan warna yang sesuai akan mewujudkan keharmonian,kontra dan dramatik dalam sesebuah hasil kerja. 3. Rupa - Bermula dari satu titik dan berakhir dengan titik mula akan menghasilkan rupa. Perlu diingat rupa bukan bentuk. 4. Bentuk - Boleh di lihat dari sudut 2D dan 3D.Penggunaan ton akan mewujudkan bentuk. 5.Tona- Iaitu satu kesan tampak yang diwujudkan oleh kesan cahaya.Contoh gelap ke terang.

You might also like