Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
7Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
PENULISAN TAHUN 6

PENULISAN TAHUN 6

Ratings: (0)|Views: 8,453|Likes:
Published by cikgukhair

More info:

Published by: cikgukhair on Nov 05, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOC, TXT or read online from Scribd
See More
See less

04/04/2014

pdf

text

original

 
PERSEDIAAN AWAL SEBELUM MENULIS KARANGANMEMBACA
1.Salah satu daripada masalah yang dihadapi oleh murid-murid apabila menulis karangan ialahgagal memberikan isi yang baik dan bernas . Di samping itu juga murid-murid gagalmemberikan kupasan isi yang jelas iaitu isi sokongan yang padu dan mantap sertakekurangan isi.2.Masalah ini pasti akan dapat diatasi, jika murid-murid banyak melakukan pembacaan dansering berbincang dengan rakan-rakan.3.Bahan-bahan bacaan seperti akhbar, majalah dan buku-buku cerita merupakan sumber rujukan yang terbaik dan berkesan.4.Membaca adalah kunci kepada pengetahuan kerana ada pepatah mengatakan bahawa“Banyak membaca, luas pengetahuan”.5.Pastikan setiap kali selepas melakukan setiap pembacaan hendaklah mencatatkan segala isi-isi penting ke dalam buku nota.
BERFIKIR DAN MENYELIDIK 
1.Selain banyak melakukan pembacaan, kita juga hendaklah menggunakan akal kita untuk memerhatikan kejadian yang berlaku di sekeliling kita. Ini akan dapat membantu kitamengembangkan daya pemikiran kita.Contohnya: Kamu terlihat satu kemalangan jalan raya.( Peristiwa ini boleh mengajak kita untuk berfikir; mengapa kemalangan boleh berlaku – salah siapa – bagaimana cara untuk mengelakkan kemalangan – mengapa perlu ada undang-undang jalan raya dan sebagainya.)
BERBINCANG DAN BERTUKAR-TUKAR PENDAPAT
1.Ingat! Untuk meluaskan lagi pengetahuan kita, kita hendaklah sentiasa mengadakan perbincangan dengan kawan-kawan kita tentang sesuatu topik yang telah kita baca. Jangan jadi kedekut untuk berkongsi maklumat. Lebih kerap kita berbincang, lebih banyak maklumatyang akan berjaya kita kumpul.2.Dengan perbincangan juga, kita akan dapat mengumpulkan ke semua isi-isi yang terbaik dansecara tidak lansung ini akan mengajar kita untuk menajamkan lagi pemikiran kita.
PERBENDAHARAAN KATA
1.Kita juga haruslah mempunyai koleksi perbendaharaan kata yang banyak kerana ini akanmembantu kita menulis karangan dengan lebih berkesan.2.Cara terbaik bagi kita untuk mengumpul perbendaharaan kata dengan banyak ialahmempunyai pembacaan dan sentiasa merujuk kepada kamus terbitan yang terkini.3.Ingat! Kita juga harus tahu menggunakan perkataan-perkataan yang telah kita pilih itu dengan bijaksana. Jadi sentiasalah menjadikan guru kamu sebagai pakar rujuk kamu jika menghadapimasalah. Malu bertanya, sesat jalan.4.Sentiasalah menggunakan perkataan-perkataan baru dalam penulisan kamu. Latihan secara berterusan akan memahirkan diri kamu.
1
 
CARA-CARA BERKESAN UNTUK MENULIS KARANGAN
Sebelum kita membincangkan dengan lebih mendalam lagi tentang tajuk di atas, inginsaya perjelaskan di sini bahawa ada beberapa perkara yang menyebabkan murid tidak dapatmenulis dengan karangan baik atau menepati kehendak soalan.- Tiada minat- Tanggapan karangan susah- Tidak boleh membaca- Tidak faham apa yang dibaca- Baca merangkak-rangkak - Tidak mempunyai idea- Kurang membaca- Tidak membuat nota atau peta fikiran
KARANGAN CERITA
1. Karangan ini sebenarnya terbahagi kepada enam bahagian iaitu:i) Gambar Tunggalii)Gambar Bersiriiii)Cerekaiv) Menyambung Ceritav) Berakhir denganvi) Karangan KBKK 2. Karangan jenis ini biasanya merupakan karangan yang tidak berformat.3. Di antara perkara-perkara yang sering ditimbulkan ialah:i)suka, duka, atau ngeriii) pengalaman sebenar, bahan bacaan, rekaan semata-mataiii) melengkapkan cerita dengan berpandukan pendahuluan atau permulaan/penutup yangdiberikan.4. Jadi karangan ini mesti mempunyai tiga perkara iaitu:i) Pendahuluanii) Puncak/Klimaks Ceritaiii) Penutup5. Ia merupakan karangan yang menceritakan tentang sesuatu perkara atau peristiwa.6. Peristiwa atau cerita yang hendak anda gambarkan haruslah logik. Oleh itu, anda harusmembayangkan peristiwa yang hendak digambarkan itu dengan sebaik-baiknya.7. Cerita anda hendaklah mempunyai unsur pengajaran atau nasihat yang berguna kepada pembaca. Unsur pengajaran tersebut boleh disampaikan secara langsung atau tidak langsung.8. Untuk menjadikan karangan kamu lebih menarik, selitkanlah peribahasa, perumpamaan dansebagainya.
2
 
CEREKA/GAMBARAN
- Karangan ini ada berkaitan dengan cerita atau sesuatu peristiwa untuk anda tuliskan.- Ia selalunya berkisar kepada:- Ia memerlukan anda menggabungkan segala pengalaman/pengetahuan sedia ada- Karangan jenis ini mesti mempunyai pendahuluan yang menarik, klimaks cerita yang berkesandan penutup yang berunsurkan pengajaran.- Isi mestilah logik dan berkaitan- Bahasa yang hendak digunakan mestilah menarik dan berkesan. Pelbagai ragam ayat bolehdigunakan. Kiasan, ungkapan dan perumpamaan yang sesuai dengan jalan cerita bolehdimasukkan.
1. Peristiwa yang tidak dapat saya lupakan. Tuliskan sebuah karangan berdasarkan tajuk tersebut.
Setiap orang pasti mempunyai peristiwa yang tidak dapat dilupakan. Begitulah dengandiri insan yang kerdil ini. Peristiwa itu merupakan peristiwa hitam dalam hidupku. Ianya berlakutiga tahun yang lalu sewaktu aku di tahun tiga.Peristiwa itu bermula pada suatu hari yang tarikhnya tidak lagi kuingati. Nenek sakittenat. Mula-mulanya dia hanya demam biasa sahaja. Setelah beberapa hari, demamnya semakinmelarat. Aku ingin membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan, tetapi dia enggan pergi. Katanya,"Biarlah dia mati di rumah dan bukan di hospital." Aku begitu takut denganmendengar kata-kata yang dilafazkan oleh nenek.Sejak daripada kecil lagi, neneklah yang mengasuh aku. Walaupun ibu dan bapakumenghalangnya supaya tidak menjaga aku dan rehat sahaja di rumah, tetapi dia enggan. Dia berkata akulah cucu perempuan yang dia ada sekarang. Sedangkan emak-emak saudaraku ramailagi anak perempuan. Agaknya aku yang paling rapat dengannya. Jadi akulah yang palingdisayanginya.Keesokan harinya, aku berasa berat hati untuk meninggalkan nenek keseorangan dirumah. Ibu dan bapaku bekerja. Namun nenek tetap juga menyuruh aku ke sekolah. "Pergilah cu,tinggalkan nenek di rumah, nenek boleh menjaga diri sendiri. Ilmu itu penting untuk bekalan didunia dan akhirat," kata nenek. Aku sungguh sedih mendengar kata-kata nenek. Berat sungguhlangkahku ke sekolah kali ini. Aku gagahi juga melangkah setelah mendapat kata-kata perangsang daripada nenek.Kring, kring! Loceng tanda berakhir sekolah telah berbunyi. Aku sepantas kilatmenyambar beg dan terus pulang ke rumah. Apabila tiba di rumah, aku amat terkejut melihatramai orang yang berada di rumah nenek. Kemudian emak datang dan memberitahuku bahawanenek telah pergi meninggalkanku untuk selama-lamanya. Aku memahami maksud emak. Tanpadisedari, air mataku berlinangan. Aku tidak dapat menerima hakikat itu. Emak menyuruhku bersabar dan bersyukur kerana Allah lebih menyayangi nenek.Peristiwa itu memang tidak dapat aku lupakan. Tidak hairanlah sayangku lebih kepadanenek daripada kedua ibu bapaku sendiri.
3

Activity (7)

You've already reviewed this. Edit your review.
yasminsuhaimi added this note|
:)
yasminsuhaimi liked this
1 thousand reads
1 hundred reads
Afif Suhail liked this
cikgukhair liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->