Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
4Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Penggunaan Kaedah Nyanyian Dapat Menarik Minat Dan Meningkatkan Kemahiran Membaca Perkataan

Penggunaan Kaedah Nyanyian Dapat Menarik Minat Dan Meningkatkan Kemahiran Membaca Perkataan

Ratings: (0)|Views: 36 |Likes:
Published by cegu_siti

More info:

Published by: cegu_siti on Nov 07, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/17/2013

pdf

text

original

 
Seminar Penyelidikan Tindakan IPG Kampus Sultan Abdul Halim 2011
1
 
PENGGUNAAN KAEDAH NYANYIAN DAPAT MENARIK MINAT DAN MENINGKATKANKEMAHIRAN MEMBACA PERKATAAN (vkv, kvkv, vkvk, kvkvk)MURID PRASEKOLAH
Oleh :
Mohamad Lutfi Bin Mat Saad
IPG Kampus Sultan Abdul Halim
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membantu murid prasekolah dalam meningkatkan kemahiran membacaperkataan dan seterusnya untuk melihat adakah kaedah nyanyian ini dapat menarik dan mengekalkan minat muriduntuk belajar. Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Batu Hampar, Bedong. Kumpulan sasaran dalam kajian
ini adalah seramai 25 orang yang terdiri daripada murid Prasekolah Nur’ Alif. Kajian ini dijalankan
terhadappenggunaan kaedah nyanyian yang dilaksanakan oleh penyelidik sepanjang proses pengajaran dan pembelajaranyang berlangsung di dalam kelas Prasekolah. Kajian ini menggunakan kaedah ujian pengesanan bacaan, pemerhatiandan kaedah temubual. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian responden dalam kajian inidimana keseluruhan murid dapat membaca perkataan (vkv, kvkv, vkvk, kvkvk). Ini menunjukkan penggunaankaedah nyanyian dalam pembelajaran meningkatkan kemahiran membaca perkataan adalah berkesan.
PENGENALAN
Pendidikan Prasekolah adalah pendidikan asas yang penting dan ia telah mendapat perhatian di semua peringkatmasyarakat kerana ia merupakan pendidikan awal dalam perkembangan hidup seseorang individu selain daripadapendidikan yang diterimanya di rumah. Di Malaysia, program pendidikan prasekolah adalah satu programpendidikan untuk golongan kanak-kanak berusia antara 4 hingga 6 tahun sebelum mereka memasuki pendidikansecara formal di tahun satu sekolah rendah (Garis Panduan Kurikulum Prasekolah, 1998).Berdasarkan kepada proses pengajaran dan pembelajaran semasa di dalam kelas, penyelidik mendapatimurid kurang berminat semasa mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka juga mudah menunjukkanrasa bosan dan sering membuat bising di dalam kelas. Walaupun peraturan telah ditetapkan, namun potensi untuk mengubah tingkah laku adalah sangat rendah. Penyelidik sempat melihat rekod peribadi murid untuk mengetahuisedikit sebanyak latar belakang murid-murid prasekolah ini dan penyelidik mendapati kebanyakan murid-muridprasekolah datang daripada latar belakang keluarga yang berpendapatan rendah dan bekerja sendiri. Namun begitu,terdapat juga murid yang jarang datang ke sekolah tanpa ada alasan yang munasabah. Hal ini bukan sahajamembimbangkan penyelidik malahan apa yang menjadi kerisauan di sini ialah tahap perkembangan mereka tidak mencapai ke tahap yang maksimum.Berpunca daripada ini, mereka kurang dapat menguasai sesetengah kemahiran yang diajar oleh guruterutama kemahiran membaca di mana kemahiran membaca ini sangat penting untuk murid prasekolah sebelummengikuti alam pembelajaran formal di tahun satu. Penyelidik mendapati semua murid berpotensi untuk menguasaikemahiran ini. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kebanyakan murid menghadapi masalah untuk menyebut, mengingat, menghafal dan yang paling ketara ialah masalah dalam membaca perkataan. Perkataan-perkataan yang menjadi masalah kepada murid prasekolah ini untuk membaca ialah perkataan yang bersuku kataterbuka dan tertutup (vkv, kvkv, vkvk, kvkvk).Penyelidik mengambil inisiatif untuk menggunakan kaedah nyanyian di dalam aktiviti pengajaran danpembelajaran dalam usaha menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid prasekolah ini. Banyak hasilkajian lalu (Colwell, 1994 dan Stanley & Hughes, 1997) telah menunjukkan bahawa nyanyian dapat meningkatkankemahiran membaca dan mengingat. Menurut Drosher (2006) pula, pendedahan terhadap teknik nyanyian dapatmeningkatkan IQ dan perkembangan mental. Manakala bagi pandangan Butzlaff (2002) dan Lamb & Gregory(1993) kaedah nyanyian dapat mewujudkan hubungan antara pencapaian membaca dengan teknik nyanyian.
 
Seminar Penyelidikan Tindakan IPG Kampus Sultan Abdul Halim 2011
2
 
Membuat tinjauan awalMelaksanakan sesipengajaran 1Melaksanakan sesipengajaran 2Menyanyi juga dapat menguji kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. Selain daripada itu juga,aktiviti nyanyian dapat mempelbagaikan aktiviti pengajaran-pembelajaran di dalam kelas. (Hawijah Ahmad dan Md.Safea Mohamad, 1992). Kanak-kanak berasa gembira dan seronok apabila menyanyi kerana nyanyian bolehmeransang minat kanak-kanak bagi mengikuti pengajaran guru, membantu menenangkan fikiran mereka danmemberi peluang mereka melakukan pergerakan (Ahmad Ramli Zakaria dan Osni Anuar Othman, 1992). MenurutNani Menon ( 2005), kanak-kanak prasekolah berasa seronok menyanyi bersama-sama atau dalam kumpulan besar.
Fokus Kajian
Kajian ini memberi fokus terhadap penggunaan teknik nyanyian dalam mengatasi masalah murid dalam kemahiranmembaca perkataan yang bersuku kata terbuka dan tertutup vkv, kvkv, vkvk dan kvkvk.
Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk membantu murid prasekolah dalam meningkatkan kemahiran membaca perkataan (vkv,kvkv, vkvk dan kvkvk) serta membolehkan murid suka untuk belajar.
Soalan Kajian
1.
 
Adakah kaedah nyanyian dapat meningkatkan kemahiran membaca perkataan vkv, kvkv, vkvk dan kvkvk di kalangan murid prasekolah?2.
 
Adakah kaedah nyanyian membolehkan murid menjadi suka untuk belajar?
METODOLOGIInstrumen Kajian
Alat instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian pengesanan bacaan, pemerhatian dan juga temubual.Ujian pengesanan bacaan ini dilakukan oleh penyelidik bagi mendapatkan gambaran sebenar tentang tahapperkembangan kemahiran membaca murid-murid prasekolah ini. Ujian ini akan dilakukan sebanyak dua kali iaitusebelum penyelidik menjalankan intervensi dan selepas penyelidik menjalankan intervensi. Ujian ini digunakanuntuk membandingkan prestasi tahap perkembangan membaca sebelum dan selepas intervensi yang dijalankan olehpenyelidik.Data pemerhatian di analisis tentang perlakuan murid semasa sesi pengajaran dijalankan. Pemerhatiandilakukan adalah untuk mengenalpasti respon dan minat mereka terhadap kaedah nyanyian yang dilakukan sertaadakah mereka suka untuk melibatkan diri di dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung di dalamkelas.Manakala bagi instrumen temubual, penyelidik telah menganalisis kandungan hasil temubual bertujuanuntuk mendapatkan maklum balas tentang keberkesanan kaedah nyanyian dengan menekankan soalan-soalan yangberkaitan perasaan, minat, pendapat dan adakah mereka dapat mengingat dan membaca semula pekataan yang telahdinyanyikan.
Responden
Kajian ini melibatkan 25 orang murid prasekolah daripada Sekolah Kebangsaan Batu Hampar Bedong, Kedah.Mereka ini terdiri daripada beberapa orang murid yang mempunyai perbezaan dari segi jantina (11 orang lelaki dan14 perempuan), tahap umur (5 dan 6 tahun).Berikut adalah pelaksanaan tindakan yang telah dilakukan dalam menjayakan kajian ini:
 
Seminar Penyelidikan Tindakan IPG Kampus Sultan Abdul Halim 2011
3
 
Membuat tinjauan awal
UjianPengesananBacaanMelaksanakan sesipengajaran 1
Menggunakan kaedah nyanyian lagu vkvdan vkvk yang ditayangkan semasa setinduksi, langkah 2 dan penutup.
 
Melaksanakan sesipengajaran 2
Menggunakan kaedah nyanyian lagukvkv dan kvkvk yang ditayangkansemasa set induksi, langkah 2 danpenutup
DAPATAN KAJIANSoalan Kajian 1:Adakah kaedah nyanyian dapat meningkatkan kemahiran membaca perkataan vkv, kvkv, vkvk dan kvkvkdi kalangan murid prasekolah?
Kemahiran membaca perkataan dalam kalangan murid prasekolah meningkat selepas intervensi dijalankan kepadamurid
Prasekolah Nur’ Alif 
. Dapatan kajian menunjukkan seramai 7 orang murid telah mencapai objektif kajian.Kesemua murid ini boleh membaca kesemua perkataan (vkv, kvkv, vkvk, kvkvk) dengan betul. Walaupun muridlain tidak boleh membaca kesemua perkataan, namun dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan terhadap jumlah perkataan yang boleh dibaca oleh mereka selepas intervensi dilakukan.Oleh itu, dapatan ini telah membuktikan bahawa penggunaan kaedah nyanyian ini dapat meningkatkankemahiran membaca (vkv, kvkv, vkvk, kvkvk) murid prasekolah. Data-data yang diperolehi dari ujian pengesananbacaan sebelum intervensi dan selepas intervensi kaedah nyanyian dijalankan telah dianalisis dalam bentuk huraiandan deskriptif. Berdasarkan jadual 1.0 dan 2.0 (rujuk lampiran 1dan 2), bagi perkataan vkv data menunjukkan hanya14 daripada 25 orang murid sahaja yang boleh membaca sebelum intervensi kaedah nyanyian dijalankan manakala jumlah bilangan murid yang boleh membaca perkataan vkv ini meningkat daripada 14 kepada 21 orang selepasintervensi dijalankan. Jumlah perbezaan peningkatan ini adalah sebanyak 7 orang.Bagi perkataan kvkv pula, hanya 12 orang murid sahaja yang boleh membaca pada awalnya namun jumlahini juga meningkat setelah intervensi dijalankan iaitu daripada 12 kepada 17 orang murid. Jumlah perbezaanpeningkatan ini adalah sebanyak 5 orang murid yang boleh membaca perkataan. Sebanyak 6 daripada 25 orangmurid sahaja yang boleh membaca perkataan vkvk sebelum intervensi kaedah nyanyian dijalankan. Walaubagaimanapun jumlah ini menunjukkan peningkatannya setelah intervensi dijalankan iaitu daripada 6 orang murid
 
-Ujian PengesananBacaan-Pemerhatian-Temubual-Ujian PengesananBacaan-Pemerhatian-Temubual

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->