Menurut Mohamad Abu Bakar, falsafah perjuangan mahasiswa adalah manifestasi daristatus mereka sebagai pelajar universiti, fungsi mereka sebagai rakyat yang sudah dewasa dansituasi mereka sebagai kumpulan individu yang seringkali terdedah kepada dunia semasa.
Elemen ini memberi kesan kepada kehidupan mereka di dalam masyarakat khususnya di kampus.Oleh itu, pengaruh kemanusiaan ini mewujudkan aspirasi mahasiswa bagi menegakkan gagasankeadilan, kebenaran dan kebebasan.Gagasan yang didokongi oleh gerakan pelajar ini diperjuangkan melalui proses interaksigerakan pelajar dengan kerajaan dan penguasa universiti melalui medium diplomasi dankekerasan. Tindakan
lagha
kerajaan dan penguasa universiti telah memberi alasan kepadagerakan pelajar mengambil langkah kekerasan seperti berdemonstrasi. Tindakan demonstrasidilabelkan sebagai golongan kiri yang cuba menumbangkan kerajaan. Gerakan pelajar yangdilabel aliran kiri ini cukup penting dalam proses pembinaan sesebuah negara. Menurut Lipset, pelajar merupakan elemen penting dalam revolusi Jerman dan Austria pada tahun 1848 danaktivis pelajar dilihat sebagai ‘
Professors Parliament’
dalam usaha menumbangkan rejimmonarki.
Gambaran ini menjelaskan gerakan pelajar berperanan sebagai jurubicara masyarakatdan sedia menegak kepentingan masyarakat.Oleh itu, dalam bab satu penulis memaparkan sejarah awal gerakan pelajar di Malaysiayang menjadi antara asas nasionalisme negara. Penulis juga cuba memperlihatkan indikasi-indikasi yang menyebabkan kebangkitan gerakan pelajar.
2.0 SEJARAH PENUBUHAN UNIVERSITI MALAYA
Universiti Malaya diwujudkan pada 8 Oktober 1949 oleh
Ordinan Enated Legislatures of Federation of Malaya
di Singapura. Maklumat daripada
Report of Commission on University Education in Malaya
di bawah Dr. Sir Alexander Carr Sauder yang mengatakan ia diwujud padaMarch 1947 oleh
Secretary of State
untuk kolonial dirujuk;
‘to make recommendation, in the light of Report of the Commission of 1939 on Higher Education in the colonies, for the development of universityeducation in Malaya’
2
Mohamad Abu Bakar, “Falsafah Perjuangan Mahasiswa” dlm
. Majalah Varsiti
1981/82, Kuala Lumpur:Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya, hlm. 137.
3
S.M Lipset, “ Students and Politic in Comparative Perspective”, dalam S. M Lipset and P. G Altbach(ed.),
Student in Revolt
, Boston: Houghton Mifflin Company, 1969, hlm. xv.
3
Leave a Comment
Salam... mintak saudara emailkan kt saya boleh? shamil91@streamyx.com