CABARAN PERJUANGAN GERAKAN MAHASISWA ISLAM ALAF BARUOleh mamat.com¶Gerakan ini sebuah pertemuan kental yang bernuasa persaudaraan dan kerohanian·Hasan al BannaPENGENALANGerakan Mahasiswa Islam(GMI) kini mengalami cabaran yang agak kompleks, sesuai denganzamannya. Walaupun cabaran GMI adalah berbeda berdasarkan perubahan zaman tetapiasasnya adalah sama. Sejak dari zaman Rasulullah, cabaran gerakan Islam adalah samadimana adanya penindasan, pemulauan, ugutan, fitnah dan rasuah. Cuma yang berbedaadalah pendekatan sahaja.Penulis adalah seorang pemerhati gerakan mahasiswa semasa di kampus. Diberi secangkirilmu untuk menulis tentang gerakan mahasiswa. Penulis cuba berkongsi ilmu dan pendapatdengan pembaca melalui sikap keterbukaan. Penulis juga ingin berkongsi semangat agarjiwa kita terus muda dan istiqamah dalam perjuangan.Kritikan melalui mata pena adalah pendekatan penulis. Sejauh mungkin penulis cubamenjauhi perkara negatif dan fitnah serta kutukan(kecuali kadar yang sepatutnyaberasaskan kejijikan sesuatu perkara). Penulis memaklumi ada tulisan penulis yang pedasdan mengegar tahi telinga pembaca tetapi percayalah ia berniat baik; menyedar danmengislah diri termasuk diri penulis sendiri.Karya penulis kali ini adalah membicara cabaran perjuangan GMI berdasar ilmu,pembacaan dan pengalaman penulis di kampus. Diharapkan karya ini dijadikan pedomandalam meniti arus perjuangan di kampus sebagai da·ie muda Islam pada alaf baru.Penulis juga adalah insan yang bebas daripada politik kepartaian tetapi sedia menyokonggerakan Islam melalui wadah politik, sosial dan ekonomi termasuklah NGO atau partipolitik Islam. Penulis bersikap antisekular, kapitalisme, kebejatan sosial dan iman danpemodenan-pembangunan terlampau yang menjejaskan keinsanan manusia dan alam.Akhir kalam, syukur kerana curahan idea dan memperolehi kesihatan sepanjang penulisanini. Semoga Allah SWT memberi sedikit pahala di atas tulisan ini. Segala komentar amatdialu-alukan.Sekian. Terima kasih.Cinta Agung Hanya Untuk Allah SWTmamat.comtokawang_sufi@yahoo.com 5/3/0812:11 MalamSandakan, Malaysia Timur
Leave a Comment