Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
1Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Stres Dalam Kalangan Guru

Stres Dalam Kalangan Guru

Ratings: (0)|Views: 263|Likes:
Published by prettypetuniapetals
Dr.Zahari
Dr.Zahari

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: prettypetuniapetals on Nov 11, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOCX, TXT or read online from Scribd
See More
See less

12/04/2012

pdf

text

original

 
1
 
Pendahuluan
Di zaman yang serba mencabar ini, pelbagai tekanan yang dihadapi oleh setiap manusia dantidak terkecuali profesion keguruan. Tekanan ini wujud sama ada dalam bentuk fizikal, sosialatau psikologikal. Kesan tekanan ke atas individu bergantung kepada ciri-ciri atau sikapbagaimana seseorang individu itu menanganinya.Falsafah Pendidikan semakin hari semakin bermutu dengan perangkuman pelbagai kriteria dantuntutan yang perlu diterapkan dalam objektif pendidikan. Perubahan semasa di kalangan arusmodenisasi dan globalisasi menjadikan keperluan bidang pendidikan perlu dipertingkat dandipertambahkan cakupannya kepada pengkayaan multi-bidang. Berdasarkan permintaan yangtinggi tersebut, kita terpaksa membayar harganya yang wujud dalam bentuk bebanan terhadappelaksanaan dan menghadapi permasalahan sampingannya. Arus pendidikan hari ini semakinmendesak para profesional pendidikan untuk bekerja keras dan lebih masa demi mencapaipermintaan tinggi pendidikan tersebut.Di samping usaha peningkatan dan pelaksanaan, guru-guru semakin mula tertekan atausekurang-kurangnya pernah merasa tertekan dengan permintaan tinggi bebanan kerjayapendidikan ini. Hasilnya, secara tidak sedar para guru mengalami tekanan yang dianggapsebagai suatu keuzuran berpotensi mengganggu kelancaran operasi pendidikan. Justeru,simptom ketegangan atau tekanan di kalangan guru ini adalah suatu fitrah semulajadikemanusiaan yang perlu ditangani dengan bijak dan bertimbang rasa. Adalah suatu tindakanyang rasional untuk memikir dan melaksanakan resolusi penyelesaian bagi masalah-masalahguru di samping melaksanakan pelbagai pelan peningkatan terhadap pendidikan.Kini profesion perguruan mengalami perubahan yang pesat dalam sistem pendidikan. Pelbagaidasar dan sistem pendidikan digubal atau diubahsuai sejajar dengan ledakan pengetahuan dan
 
2
 
perkembangan dalam bidang sains dan teknologi. Ini menyebabkan bidang tugas seorang gurusemakin bertambah dan membebankan.
Ini kerana guru merupakan “amanah” yang
diberitanggungjawab untuk menyampaikan ilmu kepada anak didiknya. Sama ada rela atau tidak,mereka dituntut untuk menyesuaikan diri dengan sebarang bentuk perubahan sertapembaharuan dalam bidang pendidikan yang berlaku dari semasa ke semasa. Situasi ini secaraumumnya mengakibatkan guru-guru terpaksa berhadapan dengan pelbagai tanggungjawabyang lebih mencabar dan semakin kompleks.Pendapat ini disokong oleh Faridah Karim dan Zubaidah Aman (1998) yang mengatakan selaindaripada mengajar dan berdepan dengan pelbagai karenah pelajarnya, seseorang guru jugadituntut untuk melaksanakan pelbagai tugasan lain yang menjadi rutin pekerjaan merekaseperti mengutip yuran, mengemaskini kedatangan pelajar, menyediakan soalan ujian danpeperiksaan dan lain-lain lagi. Adakalanya, tugas guru bukan sekadar pengurus di sekolah sahaja, malah mereka jugamenjalankan tugas di peringkat daerah dan negeri. Jelaslah kepada kita bahawa gurumempunyai tugas harian, mingguan dan tahunan yang penuh mencabar dan profesionperguruan ini sebenarnya sukar, meletihkan dan membosankan (Faridah Karim dan Zubaidah Aman, 1998).Peranan guru sebagai pendidik disanjung tinggi oleh masyarakat dan mereka meletakkanharapan yang tinggi agar dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam mendidik anakbangsa. Dalam usaha ini, mereka terdedah kepada pelbagai cabaran, risiko dan kerumitan.Oleh itu stres yang dialami oleh guru merupakan satu isu yang patut diberi perhatian yangwajar kerana pengelakan
(burnout)
mereka dalam memberi sumbangan kepada proses
 
3
 
pendidikan akan meninggalkan kesan negatif terhadap pembangunan akademik dankesejahteraan diri generasi muda secara amnya. (Tang dan Yeung, 1999)
Pernyataan Masalah
Guru merupakan anggota utama dalam sekolah. Ini adalah kerana guru memainkan perananyang paling penting untuk mendidik murid-murid di sekolah menuju ke arah pembentukanwarganegara yang berilmu dan berakhlak mulia. Secara ringkasnya guru memainkan perananpenting dalam merealisasikan strategi Kementerian Pendidikan Malaysia demi mencapaimatlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan seterusnya membangunkan sistem pendidikanbertaraf dunia.Walau bagaimanapun tugas dan tanggungjawab guru tidak dapat dilaksanakan dengansempurna sekiranya para guru menghadapi tekanan kerja. Menurut Kyriacou (1987), jumlahkajian yang semakin meningkat tentang tekanan guru di seluruh dunia menunjukkan keseriusanmasalah ini. Gold dan Roth (1993) berpendapat salah satu punca yang menyebabkan gurumengalami tekanan adalah disebabkan oleh perubahan dalam sesuatu dasar. Pada tahun2003, guru dikejutkan dengan dasar kerajaan Malaysia yang telah memperkenalkan pengajarandalam Bahasa Inggeris untuk mata pelajaran Sains dan Matematik (PPSMI). Ini memberi impakyang besar kepada guru pada masa itu kerana mereka perlu bersedia dari segi mental danemosi untuk mengajar dalam Bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun dasar tersebut akandigantikan dengan dasar baru yang dikenali sebagai dasar memartabatkan Bahasa Melayudan memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI).Fenomena ini menyebabkan guru mengalami tekanan kerana terpaksa mengubah corakpengajaran mereka daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia. Mereka juga dituntutuntuk mempersiapkan diri bagi melaksanakan dasar ini mulai tahun depan. Keadaan ini akan

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->