You are on page 1of 23

Ebook Formula Kejayaan Newbie Oleh Amir Azros

FORMULA KEJAYAAN NEWBIE DALAM PERNIAGAAN INTERNET OLEH AMIR AZROS

RAHSIA BAGAIMANA ANDA BOLEH MENGUASAI KEMAHIRAN PEMASARAN INTERNET YANG TELAH DIGUNAPAKAI OLEH 20% NEWBIE YANG TELAH BERJAYA!

Copyright Amir Azros | Team 1Artikel Network

Ebook Formula Kejayaan Newbie Oleh Amir Azros

ISI KANDUNGAN Syarat dan Terma Penafian Siapa Amir Azros? Prakata Kemahiran Yang Perlu Ada Sebagai Seorang Newbie Asas Perniagaan Internet Mempunyai Sistem Pembayaran Online Pemilihan Produk Domain + Web Hosting CPanel + FTP Asas HTML Grafik Web Jualan + Minisite Program Affiliate Autoresponder Blog + Forum Pemasaran + Promosi Penutup

Copyright Amir Azros | Team 1Artikel Network

Ebook Formula Kejayaan Newbie Oleh Amir Azros

SYARAT & TERMA Dengan memiliki produk ini, pengguna telah bersetuju dan mengakui untuk mematuhi syarat dan terma penggunaan produk ini. Produk ini diterbitkan oleh Amir Azros dan dilindungi dibawah Akta Hak Cipta 1987. Pengguna tidak dibenarkan untuk menyalin ulang mana mana bahagian dalam produk ini tanpa kebenaran daripada pihak penerbit. Sebarang perlakuan atau perbuatan penyalinan produk ini tanpa kebenaran sama ada secara sengaja ataupun tidak sengaja akan menyebabkan pengguna akan dikenakan tindakan undang undang.

Sesetengah nama produk, syarikat atau perkhidmatan yang dinyatakan di dalam produk ini adalah dilindungi oleh hak cipta atau trademark tersendiri. Pengguna haruslah mematuhi segala syarat dan terma yang telah ditetapkan oleh pihak yang berkenaan.

Copyright Amir Azros | Team 1Artikel Network

Ebook Formula Kejayaan Newbie Oleh Amir Azros

PENAFIAN

Pihak penerbit dan pengedar telah berusaha sedaya upaya untuk memastikan informasi dan material yang dibekalkan adalah tepat serta lengkap sewaktu produk ini dicipta namun tiada jaminan bahawa segala kandungan yang telah disediakan akan dapat digunapakai selamanya kerana dunia informasi sentiasa berubah mengikut perubahan masa. Pihak penerbit dan pengedar tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang maklumat yang disalahgunakan, risiko kerugian, kehilangan liabiliti sama ada secara langsung atau tidak langsung sepanjang penggunaan material serta informasi di dalam produk ini. Tiada jaminan bahawa produk ini mampu mengubah kehidupan pengguna sama ada dari segi pendapatan, kepakaran, kebolehan dan sebagainya kerana ia adalah bergantung kepada usaha yang diletakkan oleh pengguna. Pengguna adalah bertanggungjawab sepenuhnya diatas tindakan sendiri yang dilakukan berdasarkan kandungan di dalam produk ini. Pengguna memahami bahawa pihak penerbit dan pengedar tidak terlibat dalam kegiatan khidmat nasihat secara professional. Pengguna adalah dinasihatkan untuk merujuk kepada pihak yang bertauliah dan professional jika diperlukan. Tujuan utama material yang diberikan adalah untuk perkongsian informasi dan hiburan semata - mata. Informasi yang dibekalkan tidak ada kena mengena dengan mana mana pihak sama ada yang masih hidup mahupun yang telah mati.
Copyright Amir Azros | Team 1Artikel Network 4

Ebook Formula Kejayaan Newbie Oleh Amir Azros


Siapa Amir Azros?

Mungkin nama saya terlalu asing di dunia Perniagaan Internet ini. Sebenarnya saya telah melibatkan diri sejak dari 2008 lagi. Ketika itu, saya masih peringkat baru nak mengenali, mempelajari, mengikuti dan memahami apa itu perniagaan internet. Sehingga kini, saya masih lagi aktif secara separuh masa (kerana saya merupakan pendidik sepenuh masa) dalam dunia maya ini. Dalam forum Wangcyber, saya lebih dikenali sebagai Cikgu Cinta. Ini adalah kerana saya juga pernah menerbitkan beberapa ebook berkenaan dengan perhubungan. Selain itu, saya juga telah

menerbitkan beberapa ebook dan menerima pendapatan secara pasif iaitu: i. ii. iii. Panduan Memikat Lelaki Masa Kini Panduan Khas Warga Pendidik Meningkatkan Kredibiliti Teknik Menghasilkan Produk PLR Gaya Seorang Otai Oleh Amir Azros Dan terkini saya sedang menyiapkan beberapa ebook iaitu: i. ii. Cari Duit Paling Mudah Sebagai Penulis Ebook Oleh Amir Azros Menjana Idea Penulisan Artikel Oleh Amir Azros

Copyright Amir Azros | Team 1Artikel Network

Ebook Formula Kejayaan Newbie Oleh Amir Azros


Selain produk digital, saya juga menerima pendapatan melalui produk fizikal. Produk fizikal yang saya maksudkan adalah Wangian Pemikat. Anda boleh lihat sendiri produk berkenaan di

http://wangianpemikat.com/

Akhir kata, saya mempunyai impian di mana, saya ingin menjadi seorang usahawan informasi dan dapat berkongsi dengan masyarakat di luar kerana ini adalah minat dan keinginan saya. Insya-Allah.

Rakan Usahawan Informasi Anda

Amir Azros | Cikgu Cinta (ID Wangcyber) 0195772768 amirazros [@] yahoo.com http://facebook.com/amirazrospage http://wangianpemikat.com/ http://1artikel.com/
Copyright Amir Azros | Team 1Artikel Network 6

Ebook Formula Kejayaan Newbie Oleh Amir Azros

PRAKATA Pertama sekali saya ingin memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah s.w.t kerana dengan izinNya saya dapat menyiapkan panduan ini. Tidak lupa juga, penghargaan kepada

keluarga dan rakan-rakan IM (Usahawan Internet) yang banyak memberi idea dan sokongan. Siapa saya? Nama penuh saya, Amir Azros Bin Abdul Aziz dan saya dipanggil Amir Azros a.k.a Cikgu Amir dalam perniagaan internet. Mungkin nama saya tidak semasyur seperti Dr. Irfan Khairi, Mohd ZulFadli (SmartUsaha), Amirol Zolkifli, Bearnerd Bondly, Ammar Zahar, Rahman Basri, Zamri Nayan dan ramai lagi IM terkemuka di negara kita ini. Itu belum masuk lagi IM antarabangsa lagi. Tetapi percayalah, niat saya bukanlah untuk mencari populariti dalam menerbitkan panduan ini. Tujuan utama panduan ini diterbitkan adalah untuk memberi gambaran kepada anda yang masih baru ataupun berfikir hendak memulakan perniagaan internet (dinamakan sebagai Newbie). Ini adalah kerana sejak kebelakangan ini, kita disajikan

dengan pelbagai jenis maklumat dan informasi termasuklah daripada Ebook, Video, rakaman audio dan sebagainya sehinggakan ada sesetengah pihak yang mengambil kesempatan terhadap Newbie. Jadi harapan saya, semoga panduan ini, dapat membantu anda melangkah dengan yakin ke alam perniagaan internet tanpa mengambil jalan yang salah dan tertipu dengan pihak-pihak tertentu. Insya-Allah.
Copyright Amir Azros | Team 1Artikel Network 7

Ebook Formula Kejayaan Newbie Oleh Amir Azros

Asas Perniagaan Internet

Dunia sekarang sangat memerlukan wang yang banyak untuk hidup. Makanan, tempat tinggal dan kenderaan menguasai penggunaan wang kebanyakan keluarga di Malaysia. Kadangkala, kita seperti hidup untuk kerja bukannya kerja untuk meneruskan kehidupan.

Oleh itu, ramai mula mencari pendapatan tambahan dan perniagaan melalui internet adalah antara perniagaan yang mereka pilih. Kos operasi yang rendah dan potensi keuntungan yang lumayan

membuatkan lebih ramai memilih perniagaan internet untuk mencari pendapatan tambahan. Tambahan pula, ia boleh di jalankan dari rumah dan berada di samping keluarga yang tersayang.

Namun, kehadiran skim cepat kaya telah memusnahkan konsep perniagaan internet itu sendiri. Perniagaan adalah perbuatan yang suci. Maka anda perlu sedar bahawa perniagaan memerlukan produk yang jelas.

Copyright Amir Azros | Team 1Artikel Network

Ebook Formula Kejayaan Newbie Oleh Amir Azros

Menjana pendapatan melalui skim cepat kaya adalah tindakan yang siasia kerana apa yang anda sedang lakukan adalah membeli angan-angan. Anda bayar sejumlah wang dan di janjikan untuk menjana sekian-sekian jika berjaya mendapat downline, itulah namanya membeli angan-angan. Teruskan pembelian angan-angan anda. Berbanding perniagaan yang melibatkan produk yang jelas, anda hidup dalam dunia realiti. Kalau anda dapat jual satu produk, dapatlah anda keuntungan sebanyak satu jualan.

Anda perlu ingat, perniagaan internet adalah perniagaan sebenar. Anda perlu rajin dan sentiasa berusaha untuk mendapat keuntungan yang besar.

Copyright Amir Azros | Team 1Artikel Network

Ebook Formula Kejayaan Newbie Oleh Amir Azros

Mempunyai Sistem Pembayaran Online

Sebelum anda memulakan langkah pertama, anda perlulah mempunyai sistem pembayaran sendiri. Ini bagi memudahkan urusan jual dan beli. Seperti mana yang saya perkatakan sebentar tadi, perniagaan internet juga seperti perniagaan sebenar. Ianya juga memerlukan anda

mengeluarkan modal. Tidak kiralah, modal tersebut rendah ataupun tinggi.

Jadi, anda perlulah mendaftar sistem pembayaran online sebelum memulakan apa jua bentuk perniagaan.

Contoh sistem pembayaran online di Malaysia: 1. Maybank2u.com 2. CimbClicks.com.my

Manakala sistem pembayaran online antarabangsa adalah seperti PayPal.com

Copyright Amir Azros | Team 1Artikel Network

10

Ebook Formula Kejayaan Newbie Oleh Amir Azros

Pemilihan Produk Kini terlalu banyak produk yang anda boleh membuat jualan melalui online. Secara ringkasnya, anda boleh menjual produk fizikal dan juga produk digital. Produk fizikal adalah produk dimana ianya boleh

disentuh, dirasa dan dihidu. Contohnya, produk minyak wangi, baju, seluar, kad kahwin, cenderahati, dan sebagainya. Manakala produk

digital adalah seperti e-buku (ebook), video tutorial, dan audio.

Sudah tentu ebook, video dan audio ini anda perlu hasilkan. Kandungannya pula adalah informasi. Tahukah anda bahawa hampir 80% pengguna internet menggunakan internet adalah untuk

mendapatkan informasi? Jadi, jika anda bertindak sebagai penjual produk informasi, anda berada dalam zon kawasan orang yang buat duit di internet! Anda memerlukan produk yang tidak memerlukan modal yang besar? Saya sarankan anda memilih produk yang mempunyai lesen PLR, MRR dan RR. Lesen ini membolehkan anda menjual semula produk yang dijual oleh penjual. Anda boleh juga menjana pendapatan dengan

menjual produk orang lain. Program ini dinamakan sebagai Affiliate. Anda hanya perlu promosi produk orang lain dan anda akan dibayar komisyen.

Secara ringkasnya, untuk mula menjual produk digital di internet anda memerlukan modal dan kepakaran yang sangat minima berbanding model perniagaan internet yang lain.
11

Copyright Amir Azros | Team 1Artikel Network

Ebook Formula Kejayaan Newbie Oleh Amir Azros

Domain + Web Hosting Secara mudahnya, nama domain adalah seperti papan tanda perniagaan anda. Anda taip saja nama domain tersebut, maka terpampanglah

laman web yang anda tujui. Jadi, amatlah disarankan supaya pemilihan nama domain dapat dibuat dengan betul. Untuk pemilihan nama

domain, anda perlulah memilih nama domain yang mudah diingati dan mudah ditulis. Contohnya Google.com, Yahoo.com,

WangianPemikat.com dan sebagainya. Antara nama domain yang tidak disarankan adalah seperti mempunyai sengkang (Play-Stations.com) dan penggunaan nombor (Domains4u.com). Selain itu, anda perlulah memilih nama domain .com, .com.my atau .my. Ini adalah kerana nama domain tersebut sangat popular di seluruh dunia. Web Hosting juga penting. Hosting adalah server dimana ianya

menyokong (support) perkara yang berkaitan dengan laman web. Sekiranya anda hanya mempunyai domain semata-mata, maka anda tidak dapat memuat naik (upload) laman web anda. banyak pakej yang disertakan oleh pihak hosting. Kini tedapat Anda bolehlah

membuat pilihan mengikut kemampuan anda. Contoh hosting: 1. DataKL.com 2. 3uHosting.com 3. Sempoihosting.com 4. NetKL.com

Copyright Amir Azros | Team 1Artikel Network

12

Ebook Formula Kejayaan Newbie Oleh Amir Azros

CPanel + FTP

Secara amnya, Cpanel adalah sistem di mana apabila anda telah membeli hosting, maka anda boleh mengubah sistem tersebut mengikut kehendak anda. Manakala FTP (File Transfer Protocol) pula adalah sistem dimana anda ingin memuat naik (upload) file laman web anda ke sistem hosting. Jadi sebagai seorang Newbie, anda perlulah memahami serba sedikit tentang asas Cpanel dan FTP. Saya tidak mahu mengupas lebih lanjut tentang Cpanel dan FTP di sini. memahami maksudnya. Ini adalah kerana, untuk memahirkan diri anda berkenaan dengan Cpanel, anda perlulah mendapatkan panduan yang 100% menumpukan tentang Cpanel. Cukuplah hanya anda

Copyright Amir Azros | Team 1Artikel Network

13

Ebook Formula Kejayaan Newbie Oleh Amir Azros

Kemahiran HTML

Mengapa anda perlu mempelajari HTML? Sebagai Newbie, kemahiran HTML amatlah perlu semasa anda ingin mengubah laman web. Meskipun ada pelbagai sebab lain mengapa anda perlu mempelajari HTML tetapi sebab utama adalah kerana ia merupakan keperluan yang tidak boleh dinafikan oleh anda. Tidak mempunyai kemahiran teknikal dan IT? Ini bukanlah alasan

untuk anda melarikan diri daripada mempelajari HTML. Anda patut mencubanya memandangkan HTML lebih mudah daripada algebra . Ianya merupakan sistem programming yang bila anda mahir serba sedikit tentang asas HTML anda akan mula berminat untuk meningkatkan pengetahuan dalam HTML. Walaupun pada masa kini, terdapat banyak perisian yang tidak perlukan anda mempunyai kemahiran HTML, tetapi percayalah, satu hari nanti anda akan memerlukannya juga Kesimpulannya, sebagai seorang Newbie, anda perlulah mempunyai asas HTML.

Copyright Amir Azros | Team 1Artikel Network

14

Ebook Formula Kejayaan Newbie Oleh Amir Azros

Grafik

Grafik sangat penting dalam asas web jualan. Jadi, pemilihan grafik yang betul akan dapat memikat prospek anda. Anda mempunyai bakat dan seni dalam menghasilkan grafik? Ianya adalah kelebihan buat anda. Ini adalah kerana, anda bukan sahaja dapat menjimatkan kos malah boleh membuat duit menggunakan bakat anda. Ya, anda boleh menjual grafik yang anda hasilkan. Jangan bimbang sekiranya anda tidak mempunyai bakat, anda boleh mengupah designer-designer yang boleh membantu anda dalam meningkatkan lagi kredibiliti web jualan anda. Antara pereka grafik yang saya sarankan adalah Saudara Alimuddin dari GrafikNiaga.com. Selain itu, anda bolehlah mengikuti forum-forum dan blog-blog bagi mendapatkan perkhidmatan pereka grafik.

Copyright Amir Azros | Team 1Artikel Network

15

Ebook Formula Kejayaan Newbie Oleh Amir Azros

Mempunyai Laman Web Jualan Ataupun Minisite

Secara ringkasnya, laman web jualan yang saya maksudkan adalah sebuah laman web yang mampu menghasilkan keuntungan dengan membuat penjualan terhadap apa-apa jenis produk yang diperlukan oleh pasaran. Berikut adalah contoh Web Jualan atau Minisite:

http://wangianpemikat.com/ (Produk Fizikal | Minyak Wangi)

Copyright Amir Azros | Team 1Artikel Network

16

Ebook Formula Kejayaan Newbie Oleh Amir Azros

http://belajaraffiliate.com/ (Produk Digital | Ebook)

Jadi kesimpulannya, sebagai Newbie, perkara yang wajib yang perlu anda ada adalah sebuah Web Jualan!

Copyright Amir Azros | Team 1Artikel Network

17

Ebook Formula Kejayaan Newbie Oleh Amir Azros

Mempunyai Program Affiliate

Program Affiliate adalah satu program dimana pengusaha sesebuah laman web menawarkan perkongsian keuntungan kepada sesiapa sahaja yang ingin mendaftar menjadi agen affiliatenya. Program affiliate adalah merujuk kepada satu bentuk peluang perkongsian keuntungan yang ditawarkan oleh pemilik produk kepada pengguna internet yang lain. Pengguna internet yang berminat dengan peluang tersebut akan mendaftar sebagai agen pemasaran dan dikenali sebagai agen affiliate. Agen affiliate akan bekerja untuk pemilik

produk dengan cara mempromosikan link affiliate yang mereka perolehi daripada proses pendaftaran program affiliate yang disertai. Setiap link affiliate agen akan membawa identiti agen ketika ia dipromosikan dan datanya akan disimpan ke dalam komputer prospek menerusi fungsi cookies.

Komisyen akan diberikan kepada agen affiliate yang berjaya membawa hasil sama ada dari segi bentuk jualan, pendaftaran ataupun klik kepada pemilik produk.

Copyright Amir Azros | Team 1Artikel Network

18

Ebook Formula Kejayaan Newbie Oleh Amir Azros

Autoresponder

Autoresponder adalah serangkaian program yang membolehkan anda untuk mengirimkan sejumlah email dengan jarak masa tertentu mengikut jadual yang boleh ditetapkan bersesuaian dengan kehendak kita. Dengan program Autoresponder anda seakan-akan mempunyai penolong peribadi yang menggantikan tugas follow up anda untuk 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan seterusnya. Inilah salah satu keunggulan daripada perniagaan online yang tidak dimiliki oleh perniagaan offline. Anda mampu melakukan follow up secara automatik tanpa campur tangan anda sama sekali. Anda tidak perlu melakukan pengiriman email follow up setiap hari kepada prospek secara manual kerana system akan lakukan kerana mempunyai data prospek. Apa yang harus anda lakukan adalah

penyediaan email follow up dan menentukan setting pengirimannya pada bila-bila masa yang anda inginkan! Contoh Autoresponder yang sering digunakan oleh IM: 1. Getresponse 2. Aweber 3. Traficwave
Copyright Amir Azros | Team 1Artikel Network 19

Ebook Formula Kejayaan Newbie Oleh Amir Azros

Blog + Forum Sebagai seorang Newbie, anda memerlukan blog sendiri. Blog

digunakan bukan saja untuk anda menyalurkan serba sedikit tentang diri anda tetapi juga sebagai medium di antara anda dan juga pelanggan anda. Anda bolehlah membina blog samaada blog secara percuma

ataupun blog berbayar. Bagi meningkatkan lagi kredibiliti anda sebagai seorang usahawan internet, anda disarankan supaya mengunjungi forum-forum. Ini secara tidak langsung, anda dapat menambah ilmu pengetahuan tentang perniagaan interent. Selain daripada itu, dengan mengunjungi forum, anda dapat membina jaringan (network) dengan rakan-rakan IM yang lain. Antara forum yang perlu anda kunjungi adalah Wangcyber.com, Putera.com, BicaraJutawan.com dan sebagainya.

Copyright Amir Azros | Team 1Artikel Network 20

Ebook Formula Kejayaan Newbie Oleh Amir Azros

Pemasaran + Promosi Setelah anda mengambil tindakan semua perkara yang telah dijelaskan dalam panduan ini, perkara yang terakhir adalah pemasaran dan promosi. Anda tidak akan mendapat jualan sekiranya tiada sesiapa yang mengetahui kewujudan laman web anda. Apabila tiada

pengunjung (trafik) maka, tiada jualan. Jadi, promosi adalah perkara yang sangat penting dalam arah tuju perniagaan internet. Di sini saya nyatakan beberapa langkah bagaimana mempromosikan laman web anda. 1. Promosikan melalui iklan berbayar. Contohnya anda iklankan laman web anda di Harian Metro, Harian Metro dan sebagainya. 2. Iklan percuma. Taip saja di google iklan percuma. Dan anda boleh memulakan promosi anda. 3. Melalui Blog. Anda sudah mempunyai blog, jadi, gunakan ia

sebagai medium pemasaran anda. 4. Forum. Selain menambah kenalan (network), forum juga boleh dijadikan tempat mempromosikan laman web anda. 5. Email. Gunakan email anda sebagai ejen pemasaran.

Seperti mana perniagaan offline, perniagaan internet juga memerlukan anda melakukan pemasaran dan promosi. Jadi, adalah amat merugikan sekiranya anda mempunyai laman web yang berkualiti tetapi tiada pengunjung.
Copyright Amir Azros | Team 1Artikel Network 21

Ebook Formula Kejayaan Newbie Oleh Amir Azros

PENUTUP Kewujudan Ebook Formula Kejayaan Newbie ini bertujuan untuk

membantu newbie-newbie mencari arah yang betul dalam usaha mencari pendapatan online. Yang pasti kita tidak dilahirkan dengan mengetahui segala kemahiran dan pengetahuan di dunia ini, apatah lagi kemahiran yang melibatkan pengetahuan IT. Saya berharap panduan ini akan membuka mata anda dengan lebih jelas lagi tentang apa yang anda perlu pelajari dalam usaha menghasilkan empayar perniagaan internet anda sendiri.

Terima kasih kerana membaca panduan ini dan saya harap anda akan belajar sesuatu daripadanya dan menghargai ilmu ini sebaik mungkin.

Copyright Amir Azros | Team 1Artikel Network

22

Ebook Formula Kejayaan Newbie Oleh Amir Azros

Sila sebarkan panduan ini tanpa perlu mengubah apa-apa isi kandungannya. Terima kasih.

Rakan Usahawan Informasi Anda

Amir Azros | Cikgu Cinta (ID Wangcyber) Team 1Artikel.Com 0195772768 amirazros [@] yahoo.com http://facebook.com/amirazrospage http://wangianpemikat.com/ http://1artikel.com/

Copyright Amir Azros | Team 1Artikel Network

23

You might also like